Anda di halaman 1dari 1

RESEPI MACARON DARI RAKAN2 FACEBOOK :Bahan-bahan : 35g telur putih (biarkan 12 jam pada suhu bilik)

40g serbuk badam


65g gula icing
15g gula caster
Secubit cream of tar tar
Pewarna (optional)
Cara penyediaan : 1. Ayak gula icing dan serbuk badam bersama. Ketepikan.
2. Masukkan cream of tar tar dalam telur dan kacau sekejap dengan whisk tangan.
Biarkan selama 1 minit.
3. Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.
4. Pada peringkat ini, mula masukkan gula caster sedikit2 (3 kali masuk).
5. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga
terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tidak jatuh apabila
mangkuk diterbalikkan.
6. Masukkan pewarna dan guna speed 1 untuk sebatikan.
7. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau
secara perlahan dengan rima pusaran. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan
kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.
8. Paipkan adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm,boleh dapat 7-8 biji
macaron.
9. Biarkan kering 40-45 mint.
10. Selepas 30 minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 150 celsius
selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada
model oven).
11. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada talam. Kalau tidak pecah nanti. Ok sedia
untuk dihiaskan dengan filling kegemaran

Anda mungkin juga menyukai