Anda di halaman 1dari 7

KHUTBAH JUMAAT

HIKMAH KEBERSIHAN JIWA DALAM PERISTIWA ISRA MIKRAJ


(23 Mei 2014M/ 23 Rejab 1435H)
____________________________________________________________________________________________________________

:    
   

$
| % {
F #$
f


y 9 #$ <n )
#t s
y 9 #$
f


y 9 #$

i
W 9s
7 y /
3 u
&r
%
! #$
z s
y 6

 
7t 9 #$


9#$ u
) 4 $! o G t #u
t  9 9s m
y $o . t /t %
! #$


           
  "  $#   
 %& ' ( ")  *         !
 .4   $ 01 2 3+, -. !/



3



 % & ' 6 ") 7 ) 3 8 &  8 9

       
 C+") +:D ,? + .3 :; ,  <
?+9 @ 7 ) A  

% B 
=


>





   
 
 
 
 4% F? H+0 3E :9   
. %   =  B 3 E  ,   F)+
G



 
    
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah
subhanahu wataala iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi
segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan memperolehi kebahagiaan
di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan memperkatakan khutbah
yang bertajuk: Hikmah Kebersihan Jiwa Dalam Peristiwa Israk Mikraj.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Menurut sebahagian ulama, Peristiwa Isra dan Miraj ini berlaku pada malam
27 Rejab, setahun sebelum Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berhijrah ke
Madinah. Peristiwa ini adalah perjalanan suci Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam bagi memenuhi jemputan Allah subhanahu wataala yang
mengandungi begitu banyak hikmah, petunjuk, pedoman dan panduan untuk
kita di akhir zaman. Firman Allah subhanahu wataala dalam surah al-Isra,
ayat 1:

%!$# $|%F{$# fy9$# n<) #tys9$# fy9$# i Ws9 7y/ 3ur& %!$# zys6
t79$# 9$# u ) 4 !$oGt#u t9 s9ym $o.tt/
Maksudnya : Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid
al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya,
Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Sebelum berlaku Isra dan Miraj, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah
menjalani pembedahan dada yang dilakukan oleh Malaikat Jibril alaihis salam
untuk membersih hatinya dan dimasukkan ke dalamnya hikmah, ilmu, dan
iman sebagai persediaan bagi mengadap Allah Rabbul Jalil.
Peristiwa Isra dan Miraj ini melibatkan perjalanan Nabi Muhammad
sallallahu alaihi wasallam dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di
Baitulmaqdis Palestin, yang diakhiri dengan solat berjemaah bersama para
rasul alaihimus salam yang terdahulu. Di sinilah baginda sallallahu alaihi
wasallam diberi penghormatan untuk menjadi imam kepada solat jemaah
tersebut. Selepas itu, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dimirajkan
ke langit dan diberi kemuliaan tertinggi untuk mengadap Allah subhanahu
wataala di Sidratul Muntaha. Kemuncak kepada peristiwa inilah, Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam telah menerima perintah secara langsung dari Allah
subhanahu wataala mengenai solat lima waktu.
Perjalanan Isra yang melibatkan Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa adalah
lambang kesucian, kebesaran dan keutamaan kedua-dua masjid tersebut
serta kaitan keduanya di dalam sejarah penentuan kiblat umat Islam serta
perjuangan para Rasul dan Anbiya alaihimus salam untuk melaksanakan
perintah Allah dalam menegakkan agama Allah subhanahu wataala.
2

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Yakinlah bahawa menjadi salah satu pengajaran dalam peristiwa Isra Mikraj
ialah persediaan teliti Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam penyucian
hati atau kalbu. Proses penyucian hati ini akan mengukuhkan kepercayaan
kita bahawa dalam pertemuan dengan Allah subhanahu wataala, seseorang
dituntut membersihkan jiwa dan raganya daripada pelbagai sifat keji. Dengan
jiwa yang bersih, penuh keimanan dan ketakwaan, maka akan beroleh
kemudahan untuk berkomunikasi secara khusyuk dengan Allah subhanahu
wataala.
Kebersihan dan penyucian hati amat penting dalam membentuk keperibadian
manusia. Secara fitrahnya, manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan
bersih. Bagaimana pun, manusia mempunyai sifat kelemahan, mudah lupa
dan lalai. Sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, manusia kadangkala
tersasar dengan melakukan dosa dan maksiat. Dosa ini akan menjadi titik
hitam dalam hati. Semakin banyak kesalahan maka semakin meneballah titik
hitam

dalam

menyelenggara

hati
dan

seseorang.

Kelemahan

meningkatkan

prestasi

dan

kegagalan

penyucian

manusia

hati

telah

menjerumuskan individu atau keluarga dalam perbuatan yang bercanggah


dengan hukum Allah subhanahu wataala dan hak asasi manusia. Di antara
tanda-tanda semakin menebalnya titik hitam dalam hati manusia ialah;
Pertama: Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan;
Kedua:

Tidak tersentuh hatinya apabila mendengar ayat- ayat al-Quran;

Ketiga:

Tidak tersentuh dengan perkara yang terjadi seperti berlakunya


peristiwa yang dapat memberikan pelajaran sebagai contoh
kematian, sakit, bencana;

Keempat: Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat;


Kelima:

Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat;

Keenam: Kemaksiatan yang berterusan;


Ketujuh:

Meremehkan dosa kecil; dan


3

Kelapan: Tidak peduli sumber makanan sama ada halal atau haram.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada masa ini umat Islam terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran yang
menguji kekuatan akidah umat Islam. Pelbagai fahaman, ideologi moden
seperti

kapitalisma,

komunisma

dan

materialisma,

fahaman

humanrightisma

serta

liberalisma,

unsur-unsur

pluralisma,

negatif

yang

mempengaruhi umat Islam telah melanda dengan mudahnya. Kita juga


digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita
dihimpit dengan budaya songsang seperti black metal, budaya punk, gejala
gay, seks bebas dan sebagainya. Semuanya berlaku adalah akibat daripada
kepincangan keimanan dan kecemaran hati umat Islam yang digelapkan oleh
perbuatan mereka sendiri. Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara kita
membaiki, menyelenggara dan meningkatkan prestasi hati kita supaya ianya
terus selari dengan akidah, akhlak dan syariat Islam?.
Ketahuilah bahawa hati kita adalah pusat kesedaran, pusat penggerak setiap
gerak geri kaki tangan, mulut, mata, fikiran dan pancaindera kita. Alangkah
indahnya kehidupan manusia yang mempunyai hati yang putih bersih kerana
dapat menjamin kehidupan yang selari dengan aqidah, syariah dan akhlak
Islam.
Sudah tiba masanya umat Islam meletakkan kepentingan Islam di dalam
hatinya melebihi segala kepentingan yang lain. Pertahankanlah kesucian dan
kedaulatan agama Islam sebaik yang mungkin dan bertindaklah berdasarkan
kebijaksanaan dan keimanan. Janganlah disebabkan tindakan dan perbuatan
kita yang hanya menurut emosi, kesucian agama Islam boleh tergadai dan
tergugat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bersempena dengan kita mengingati
peristiwa Isra dan Miraj, marilah kita bersama-sama melakukan penyucian
4

diri dan melipatgandakan ibadah wajib dan sunat dengan penuh berkualiti
serta sentiasa bertaubat kepada Allah subhanahu wataala. Sebagai umat
Islam sekiranya peristiwa dan kebenaran dalam Isra dan Miraj ini diteladani
dan dipelajari serta dihayati sebaik mungkin, insyaallah kita mampu
mengelakkan diri daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan dan
kemungkaran serta terjerumus dengan gaya hidup berdosa.
Sesungguhnya, peristiwa Isra dan Miraj merupakan satu ujian dalam proses
pemisahan antara orang yang benar-benar beriman atau mereka yang tipis
imannya dan yang kufur ingkar terhadap Allah subhanahu wataala dan
Rasul-Nya. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah subhanahu
wataala di dalam surah al-Ankabuut ayat 45:

   
  
   
 
  
 

!$tsx9$# t 4sSs? n4n=9$# ) ( n4n=9$# %r&u =tG39$# y7s9) zr& !$t ?$#
tos? $t n=t !$#u 3 t92r& !$# .%s!u 3 s39$#u
Maksudnya : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang
diwahyukan kepadamu dari yl-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun);
Sesungguhnya, solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;
dan sesungguhnya, mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan
kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

 0L M  :D +N 3I +0 O,= P 3 :; , @



1 I J8  K+
           1   Q  3 E  R   6'+ ?
J T R % X Y %  X .3 : ,  - : S  % T P BUB 3 E V O 8   " B 3 :E W

 
 

 


!
  V[   K+ S   !
   S   1 +S  3 E  R  3 :;,   1 =Z F&
 

 D K+
 V[

.!
 
  "+F \ +] +0 M 01 =Z FS   ^% D +:D (1 =Z F&+

5

KHUTBAH KEDUA
____________________________________________________________________________________________________________

 (  b            .1  + I _* `I  * a 


    .
   
 . %&' ( ")   c      01 
+P  8:& 7  ) 6' +? 3 8 &  8 9
3



    
     * 
,d
?+9   7 ) A  c
.!



 
    
 C+") +:D ,? +
:>+
 X . %   =  B 3 E  ,  B+  B $ b  % B 
 , B  Y+
   
(#k=yu n=t (#=| (#t#u %!$# $pr't 4 c<9$# n?t t=| tGx6n=tu !$# )}

{ $=n@

A  c Y  7 ) A  c 7 ) 9 3 

Y  7  )  3 :T 1? 7  ) g
+

I



   8 
 : 9
 
A 
A

Y  7  )  3 :T 1? 7 ) g
 I'+ ? + I  c Y 7  )   c 7  ) 6' +? 3 :T1?
   P ! +, Q 3:T 1?
M 0   1 j+ =  k
 M ) 3 
 l
      
 '  . h :i h :a 

   M ) q )  +`) 1) 1A E ? r +VBC+& !80  
3 m !
    
  p        
  ,?+F n?+ o


 V[ !V[ K+
 
  
A
K+
       S   !
   S    1 =u  3 
.M 08  s% 0 >   +S b t?
 :b/
 v+W
 %)  w:i w01 X -:x 
 %/ 3V j
 X +0 K
 .K

.K+
q
.+
P







h

  
  h

 
Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibu
bapa, ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan di dunia
ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu


kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara
kami khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia,
dan juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami khususnya Tuan Yang
Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami
rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah
memperkukuhkan syiar Islam dan negara kami, khususnya Negeri Sarawak
yang tercinta ini, sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru,
kami pohon ke hadratMu ya Allah, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah
amal

kami,

eratkanlah

perpaduan

kami,

murahkanlah

rezeki

kami,

kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah peribadi kami


dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau
redhai, lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar, kemarau
panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami
berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan
sentiasa bertambah makmur dan berkat.

X *nVSb \1zL


  Q *nVSb +:P #  Q +VB  V?'
y
J
)
+
V

 ' +0 !   !   .' +V y




  
  

 F0 .+
 C+") .! +,
M ) 7  V0 ~ 1   H} j
   S b {  Y  , +? 1  |0    .
   
 = 
.3 I 1 I J 0 3 :; ,   1 I }+D . 1 I J B 3 E  ,  3 E ;,0 .q Z " 1 E V  j

 
    D M (% |& .3I C 0   ,P 7 ) (1E  
 .1 "I   1 I J .3 E 2, 0  <
         
.\Uo
  % :X . %, Vo
 B + 3  , 0

Anda mungkin juga menyukai