Anda di halaman 1dari 4

PILIHATUR

1. Ada 2 jalan berlainan dari kampung A ke kampong B dan 3 jalan berlainan dari kampung B ke
kampung C. Carikan bilangan penyelesaian cara seorang boleh berjalan dari kampung A ke kampung C
melalui kampung B. [6 cara]
2. Pasukan P mempunyai 6 orang pemain yang ingin mengadakan perlawanan pingpong dengan
pasukan Q yang mempunyai 7 orang pemainnya. Carikan bilangan perlawanan perseorangan yang
berlainan dapat diadakan.
[42 cara]
3. Seorang pelajar boleh memilih berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah. Carikan bilangan cara
pelajar itu ke sekolah untuk dua hari berturut-turut. [4 cara]
4. Berapakah caranya yang boleh anda menyusun 7 buah buku berlainan pada suatu rak? [5040]
5. Berapakah kod perkataan berlainan yang boleh dibentuk daripada huruf-huruf perkataan PENSIL?
6. Carikan bilangan susunan semua huruf dalam perkataan GREAT tanpa ulangan? [120]
7. Azie mempunyai 8 pasu tumbuhan. Berapakah bilangan susunan yang mungkin jika dia ingin
menyusun pasu itu pada suatu pinggir tingkap yang boleh memuat
a) kesemua pasu?
b) 6 pasu?
c) 5 pasu?
d) 3 pasu?
[40320]
[20160]
[6720]
[336]
8. Berapakah kod perkataan yang dapat dibentuk daripada huruf-huruf perkataan NUMBERS jika
a) 5 huruf ingin dibentuk?
b) 4 huruf ingin dibentuk?
c) 3 huruf ingin dibentuk?
[2520]
[840]
[210]
9. Berapakah caranya suatu kelab yang mempunyai 10 orang ahli memilih seorang presiden, seorang
naib-presiden dan seorang setiausaha dengan syarat bahawa setiap orang tidak boleh memegang lebih
daripada satu jawatan?
[720]
10. Berapakah nombor 2 digit dapat dibentuk daripada digit 2, 3, 4, 5, 7 dan 8 jika ulangan digit-digit
tidak dibenarkan?
[30]
11. Carikan bilangan cara huruf-huruf perkataan THEORY yang boleh disusun jika susunan
a) bermula dengan huruf R [120]
b) berakhir dengan huruf O [120]
c) bermula dengan satu vokal [240]
12. Hitungkan bilangan 4 angka yang boleh dibentuk tanpa pengulangan dari digit-digit 3, 4, 5, 6, dan 7
jika
a)angka itu adalah nombor genap [48]
b) angka-angka itu lebih dari 6000 [48]
c) angka-angka itu kurang dari 4000 [24]
d) angka-angka itu lebih dari 5600 [60]
e) angka itu adalah nombor ganjil melebihi 5000. [42]

13. Carikan bilangan nombor ganjil 4 digit yang lebih kecil daripada 5000 yang dapat dibentuk
daripada 2, 3, 5 dan 7 jika ulangan tidak dibenarkan.
[10]
14.
P Q R S T 2 3 4 6 8
Satu kod akan dibentuk dengan menggunakan huruf dan digit itu. Berapakah bilangan kod yang dapat
dibentuk
a) jika kod itu mengandungi 4 huruf diikuti dengan 2 digit [2400]
b) jika kod itu mengandungi 3 huruf diikuti dengan 3 digit [3600]
c) jika kod itu mengandungi 2 digit diikuti dengan 3 huruf [1200]
[1200]
d) jika kod itu mengandungi 3 huruf dan 2 digit dengan syarat huruf dan digit disusun berselang seli.
15. Suatu nombor 3 digit yang lebih daripada 400 dibentuk daripada digit-digit 2, 3, 4, 5 dan 6.
Tentukan bilangan nombor itu dapat dibentuk jika
a) digit itu tidak boleh diulangi [36]
b) semua digit boleh diulangi [75]
c) nombor itu ialah nombor ganjil tanpa ulangan
[15]
16. Huruf daripada perkataan VALUE disusun dalam satu baris. Cari bilangan cara huruf itu dapat
disusun tanpa ulangan jika
a) semua huruf digunakan
[120]
b) hanya tiga huruf digunakan [60]
c) huruf terakhir ialah vokal [72]
d) vokal mesti sebelah menyebelah [36]
17. Carikan bilangan cara perkataan EIGHT dapat disusun jika huruf vokal mesti sentiasa berada
bersebelahan. [12]
18. 7 orang lelaki dan 3 orang perempuan duduk dalam satu barisan. Hitung bilangan cara mereka
duduk jika 3 orang perempuan hendak duduk bersama.
[241920]
19. Seorang guru disiplin, 2 orang pengawas lelaki dan 2 orang pengawas perempuan disusun sebaris
untuk mengambil gambar. Tentukan bilangan cara mereka boleh disusun jika
a) guru disiplin berada di tengah-tengah barisan
[24]
b) guru disiplin berada di tengah-tengah barisan dan pengawas lelaki berada sebelah menyebelah [4]
c) pengawas perempuan perlu diasingkan. [108]
20. 4 orang lelaki, 2 orang wanita dan seorang budak duduk dalam sebaris. Cari bilangan cara mereka
boleh disusun jika
a) budak itu duduk di antara dua orang wanita itu [240]
b) budak itu duduk di hujung barisan itu
[720]
c) budak itu duduk ditengah-tengah barisan itu.
[720]

GABUNGAN
1. 4 huruf dipilih daripada perkataan SECTION. Carikan bilangan cara untuk memilih perkataan
tersebut.
2. Rosita ingin memilih 4 cenderamata daripada 7 cenderamata. Hitungkan bilangan pilihan yang boleh
dilakukannya.
3. 3 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan dipilih daripada 5 orang pelajar lelaki dan 6
orang pelajar perempuan untuk menyertai kuiz Matematik. Carikan bilangan cara pasukan itu boleh
dibentuk.
4. Satu jawatankuasa Persatuan Matematik yang terdiri daripada seorang pengerusi, seorang setiausaha
dan 3 orang AJK dipilih daripada 6 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan. Hitungkan
bilangan cara jawatankuasa dapat dibentuk jika pengerusi mesti seorang lelaki dan setiausahanya mesti
seorang perempuan.
5. Carikan bilangan cara di mana satu pasukan yang terdiri daripada 6 orang ahli dapat dipilih daripada
6 orang perenang, 5 orang pelari dan 3 orang jurulatih jika pasukan itu terdiri daripada
a) 2 orang jurulatih
b) 3 orang pelari
6. Satu kertas peperiksaan Matematik mengandungi 16 soalan. Carikan bilangan gabungan untuk
menjawab 8 soalan jika seorang pelajar
a) boleh menjawab mana-mana soalan
b) diminta menjawab 5 soalan dari bahagian A yang terdiri daripada 10 soalan dan 3 soalan dari
bahagian B yang terdiri daripada 6 soalan.
7. Satu pasukan yang mengandungi 6 orang ahli dipilih daripada 5 orang lelaki dan 4 orang wanita.
Hitungkan bilangan cara pasukan dapat dibentuk jika
a) tiada syarat dikenakan
b) bilangan lelaki mesti melebihi bilangan wanita
8. Suatu jawatankuasa yang terdiri daripada 5 orang dipilih daripada 3 orang lelaki dan 6 orang wanita.
Carikan bilangan cara untuk membentuk jawatankuasa jika
a) ia mengandungi 2 orang lelaki sahaja
b) ia mengandungi lebih lelaki daripada wanita
9.
J K L M O P Q
4 keping kad huruf dipilih daripada kad-kad di atas. Carikan bilangan cara memilih huruf-huruf itu jika
a) ia tidak mengandungi M
b) ia mengandungi K dan P

10. 4 huruf dipilh daripada perkataan GERMANY. Carikan bilangan cara untuk memilih jika ia
a) mengandungi huruf E
b) tidak mengandungi huruf vokal
11. Syarikat P menawarkan satu pilihan sebanyak 18 saluran. Dalam satu promosi khas, seorang
pelanggan baru boleh memilih 6 saluran mengikut minatnya. Carikan bilangan pilihan yang mungkin
jika
a) dia mesti memilih saluran dokumentari
b) dia tidak akan memilih saluran kartun
12. Suatu pasukan yang terdiri daripada 5 anggota dipilih daripada 5 orang lelaki dan 6 orang
perempuan. Cari bilangan cara untuk membentuk pasukan itu jika
a) tiada syarat
b) pasukan itu mempunyai 2 orang lelaki sahaja
c) pasukan itu mengandungi lebih ramai perempuan jika dibandingkan dengan bilangan lelaki.
13. Untuk suatu pertandingan badminton pasangan, satu pasukan yang terdiri daripada 2 orang dipilih
daripada 5 orang lelaki dan 4 orang wanita. Tentukan bilangan cara pasukan itu dapat dibentuk jika
a) tiada syarat
b) pasukan itu ialah pasangan campuran
c) pasukan itu hanya terdiri daripada lelaki atau wanita sahaja
14. Terdapat 4 keping panji merah, 2 keping panji biru dan 2 keping panji hijau yang digunakan sebagai
isyarat. Cari bilangan cara untuk memilih
a) dua panji yang sama warna
b) dua panji yang berlainan warna
c) tiga panji yang berlainan warna
15. Tentukan bilangan cara 4 orang pengawas dapat dipilih daripada 6 orang pelajar perempuan dan 8
orang pelajar lelaki jika
a) tiada syarat
b) bilangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah sama
c) bilangan pelajar lelaki adalah lebih daripada bilangan pelajar perempuan
16. Dua kotak hadiah akan diberi kepada dua orang pelajar yang dipilih daripada 5 orang lelaki dan 3
orang perempuan. Cari bilangan cara penerima itu dapat dipilih jika
a) tiada syarat
b) kedua-dua mesti sama jantina
c) kedua-dua orang mesti berlainan jantina

Anda mungkin juga menyukai