Anda di halaman 1dari 2

Paradoks ini menceritakan hubungan antara jarak

dengan masa.
Paradoks ini tercetus melalui kisah perlumbaan
antara Achilles dan Kura-kura. Achilles merupakan
seorang pahlawan perang zaman Yunani Kuno
yang diagungkan dan menjadi kegilaan ramai
wanita.
Zeno mengatakan selepas 1 saat, Achilles telah
pun sampai ke tempat permulaan kura-kura tetapi
kura-kura telah pun berada 5 meter di hadapan.
Achilles terus mengejar kura-kura sehingga tempat
kedua kura-kura tetapi sekali lagi kura-kura telah
bergerak ke hadapan tetapi dengan jarak 2.5 meter
ke hadapan pula.
Berikutnya Achilles masih mengejar untuk sampai
ke tempat kura-kura yang seterusnya tetapi kurakura telah pun bergerak 1.25 meter maju ke
hadapan.
Perlumbaan ini berterusan dan setiap kali Achilles
sampai ke tempat kura-kura, kura-kura telah pun
maju ke hadapan dan terus kekal berada di
hadapan Achilles.
Oleh hal demikian, Zeno menyifatkan bahawa
Achilles tidak akan pernah dapat untuk mengejar
kura-kura.
Disebabkan oleh bilangan titik yang perlu Achilles
sampai adalah infiniti, maka Achilles tidak berjaya
untuk mengejar mahu pun menandingi kura-kura.
Walaupun jaraknya semakin mengecil, Zeno tetap
mengatakan Achilles tidak akan berjaya memintas
kura-kura.
Dalam paradoks ini Zeno ingin membuktikan
bahawa ruang dan waktu adalah berterusan; dan
jika ada pergerakan, pergerakan tersebut adalah
seragam

Paradoks ini dinamakan sebagai Dikotomi


kerana
ia
melibatkan
pengulangan
pembahagian kepada dua.
Di dalam paradoks dikotomi, Zeno
memberi hujah bahawa sesuatu objek
akan sampai ke jarak tertentu sebelum
sampai ke destinasi.

Hal ini disebabkan oleh, beliau mesti


sampai 1/2 jarak terlebih dahulu untuk
sampai ke taman. Namun, apabila sampai
1/2 jarak, Zeno masih perlu menyeberangi
separuh baki jarak untuk ke destinasi.
Tetapi setelah menyeberangi separuh baki
jarak, beliau mesti meliputi separuh
daripada baki baru, dan seterusnya.

Zeno telah menyatakan pendapat beliau


tentang jumlah jarak untuk sampai ke
destinasinya adalah tidak terhingga.
Sebagai contoh, jika jarak daripada rumah
Zeno ke taman yang ditujuinya adalah 1
batu, beliau mesti meliputi jarak 1/2 batu,
1/4 batu, 1/8 batu, 1/16 batu 1/32 batu,
1/64 batu dan seterusnya sehingga jarak
tidak terhingga.

Jumlah Jarak = 1/2 batu + 1/4 batu + 1/8


batu + 1/16 batu + 1/32 batu +... = infinity

Anda mungkin juga menyukai