Anda di halaman 1dari 6

Literasi Komputer

Pengenalan
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak demikianlah tema bagi Hari Guru pada Tahun
2015 ini. Tema yang begitu mengharapkan agar golongan pendidik dapat melebarkan akal
modal insan yang diasuh supaya menjadi masyarakat yang mampu menjana transformasi di
dalam pelbagai bidang kelak. Justeru, sebagai seorang guru sudah tentulah kita
mengharapkan dan meletakkan wawasan yang tinggi ke arah pembentukan modal insan
terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi yang amat dahagakan para ilmuan,
orentalis dan cendekiawan yang segar dengan inovasi terkini menurut peredaran zaman.
Di dalam merencanakan pembangunan sains dan teknologi serantau Bumi Malaysia,
harus juga ditekankan kepada pembangunan akhlak, moral dan jati diri dikalangan modal
insan agar ilmu yang digendong terus mekar dengan keperibadian mulia bagi menjamin
kesejahteraan Negara kita yang kaya dengan pelbagai keturunan anak dan bangsa. Ini
selaras dengan Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia iaitu untuk membentuk individu yang
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan
kestabilan negara serta masyarakat global. (Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral,
2003).
Justeru, pembangunan modal insan dari segi sahsiah ini amat memerlukan
sokongan jitu dari pendidik yang memacu mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Para
guru Pendidikan Moral haruslah sentiasa segar dengan ciri-ciri guru yang cemerlang agar
dapat menjayakan matlamat ini dengan gemilang. Guru juga haruslah berketerampilan,
mempunyai daya tarikan yang dapat mendorong pelajar untuk bermotivasi mendengar dan
melaksana ilmu yang diterbitkan olehnya.
Perkembangan dunia sejagat memerlukan kita untuk mengetahui Ledakan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi impak positif dalam pelbagai aspek
kehidupan manusia. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting
dalam perkembangan pendidikan hari ini. Selari dengan abad ke-21, perluasan literasi
komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara. Era
teknologi maklumat memerlukan institusi pendidikan menggubal matlamat utama pendidikan
bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. ICT dikatakan mampu
menjadi penggerak utama ke arah mewujudkan masyarakat yang bermaklumat sekaligus
meningkatkan daya saing dan prestasi ekonomi negara secara menyeluruh. Teknologi
secara dasarnya telah mengubah kehidupan seharian. Jika dahulu takrif literasi dikhususkan
kepada kebolehan seseorang dalam membaca dan menulis, namun keadaan ini telah

berubah. Pada abad ini, untuk berfungsi dengan baik dalam masyarakat, kebolehan
seseorang dalam membaca dan menulis adalah tidak mencukupi. Dalam konteks itu,
keadaan pada masa kini memerlukan tahap literasi yang lebih tinggi. Selaras dengan abad
ke-21 ini, definisi literasi telah berubah seiring dengan perkembangan teknologi yang
menjadi satu keperluan dalam kehidupan pada masa kini. Teknologi maklumat dan
komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan
perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik
darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan system maklumat
berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat
secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video
dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan
guru dan pelajar untuk mempelajari Pendidikan Moral dan sebagainya.
Oleh itu, dalam usaha melahirkan masyarakat bermaklumat, kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah wang yang besar dalam usaha mengaplikasi teknologi ICT
dalam bidang pendidikan di negara kita. Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010, kerajaan telah memperuntukan sejumlah besar perbelanjaan pendidikan negara
bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di samping meningkatkan mutu dan kualiti
pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di antara salah satu
matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT
antara lokasi dan meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru dan pelajar (Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006).
Apa itu PBS, PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu
bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran
Psikometrik.
PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih
memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan
mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep

assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran
sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan
assessment of learning.
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran
Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat
kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang
murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu,
faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid
dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan
tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada
pernyataan standard.
PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan
integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai
untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka boleh memantau perkembangan
murid

secara

berterusan,

boleh

memberi

maklum

balas

yang

membina

untuk

penambahbaikan pembelajaran murid, lebih memahami konteks yang sesuai dengan


persekitaran dan perkembangan murid, mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan
standard prestasi.
Kesemua elemen di atas merupakan cabaran baru bagi seorang guru pendidikan
moral untuk di terjemahkan di dalam P&P di dalam kelas. Literasi computer merupakan satu
cabaran untuk di kuasai oleh guru pendidikan Moral dalam menangani murid yang celik IT.

Literasi Komputer
Perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas
talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama. Ia merupakan satu
permasalahan yang juga berkait rapat dengan kemahiran guru pendidikan moral dalam
penguasaan ICT. Ini merupakan satu cabaran guru alaf baru yang perlunya memahirkan diri
dengan teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT). Ini baru permulaan, adalah tidak
mustahil penggunaan ICT akan terus berkembang dan pengurusan matapelajaran Moral
hanya terus di atas talian.
Perkembangan sains dan teknologi telah membawa pelbagai perubahan pada
bidang pendidikan di Malaysia pada masa kini. Perubahan ini telah terjadi melalui kreativiti
dan inovatif para perancang kita merancang pelbagai program dan kemudahan untuk
disalurkan kepada para pelajar. Di antara kemudahan yang sedang pesat berkembang di
sektor pendidikan dan disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan ialah Program
Komputer Dalam Pendidikan (KDP). Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan
bidang yang baru dan langkah awal mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan
hasrat wawasan 2020 (Sulaiman Sarkawi 1994). Ini untuk memastikan PBS dapat di
laksanakan dengan baik berpandukan bila penguasaan Komputer dan ICT guru dan pelajar
berada pada tahap yang baik.
Dalam pelajaran Moral, komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah
menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakannya
untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan
teknologi komunikasi dan maklumat atau (ICT). Teknologi komunikasi dan maklumat adalah
medium sumber maklumat yang mudah dan cepat untuk memperolehi ilmu pengetahuan.
Murid boleh menggunakannya untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna
dalam pembelajaran Matapelajaran Moral.
Kesedaran kepada kepentingan teknologi maklumat ini telah mendorong kerajaan
untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat sekolah rendah, khususnya di luar
bandar. Ini adalah kerana selain daripada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira), satu lagi
kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik
komputer. Seseorang itu dikatakan celik komputer apabila ia mempunyai kefahaman asas
fungsi komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan perlaksanaan tugas
tugas harian sama ada untuk kegunaan peribadi atau untuk pekerjaannya dengan cekap
dan berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer menggunakan aplikasi-aplikasi
seperti multimedia dan internet.

Kemajuan

yang

begitu

pesat

dalam

bidang

teknologi

elektronik,

satelit,

telekomunikasi dan teknologi maklumat membolehkan seseorang itu menyampai,


mengumpul, menyalurkan, menyebarkan, mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai
jenis maklumat dengan cepat dan mudah. E-mel, World Wide Web, teknologi digital,
internet, CD-Rom dan bahan multimedia interaktif menjadi alat atau kemudahan baru dalam
sistem pendidikan bersifat bestari. Menurut Tengku Azzman (Wan Azlinda, 2002) terdapat
tiga sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan moral, banyak maklumat
yang boleh dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia sendiri. Kedua,
kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat
dikelolakan dengan cekap oleh computer, ketiga maklumat dan pengetahuan menjadi kunci
untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu sendiri.
Komputer dalam konteks pendidikan seharusnya mengenal pasti keperluan pelajar,
memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat pelajar, memantau dan
melaporkan kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar menganalisis data, menulis laporan dan
melayari internet untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan pelajar
dalam pendidikan moral khususnya dan lain-lain lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
komputer mampu menyumbang kepada proses pendidikan dalam pelbagai bentuk yang lain.
Sumbangan komputer adalah berkait rapat dengan kemahiran, pengetahuan dan komitmen
pengguna itu sendiri.
Walaupun kita menghadapi cabaran pada setiap kali kita memperkenalkan sesuatu
yang baru dalam bidang pendidikan, kita perlu sentiasa berusaha memperbaiki sistem
tersebut. Sesuatu perkara baru yang diperkenalkan pada suatu ketika mungkin merupakan
perkara yang paling terkini dan sesuai diperkenalkan berdasarkan pada situasi yang wujud.
Perkara yang sama mungkin menjadi perkara usang tidak lama kemudian (Rajendran,
1998). Oleh itu beberapa kajian mengenai penggunaan komputer dan KDP di sekolah
sekolah perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk membantu pihak-pihak tertentu
merancang, melaksana dan mengatasi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Untuk memperkayakan maklumat, generasi pelajar tidak seharusnya bergantung
kepada buku teks moral yang dibekalkan dan bahan-bahan yang disediakan oleh guru
semata-mata, tetapi kemahiran mencari maklumat dengan sendiri daripada penggunaan
komputer

perlu

dititikberatkan.

Penguasaan

sepenuhnya

kemahiran

menggunakan

komputer adalah asas dalam usaha menguasai pendidikan moral di sekolah.


Bagaimanapun, ramai yang menganggap kemunculan ICT akan menyemarakkan
jurang perbezaan di antara masyarakat di luar bandar dengan bandar memandangkan
prasarana masih belum mencukupi untuk membolehkan mereka disambungkan dengan

rangkaian lebuh raya maklumat. Sekolah di luar bandar masih kurang peralatan komputer
serta kemudahan seterusnya penggunaan sepenuhnya di kalangan pelajar. Malah di
sesetengah sekolah masih belum ada makmal komputer untuk digunakan.
Sebagai langkah merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, kerajaan
dalam belanjawan 2001 memperuntukkan belanjawan untuk membina sebanyak 1,262 buah
makmal komputer di sekolah-sekolah luar bandar di seluruh negara. Kerajaan yakin kaedah
multimedia yang dilengkapi dengan perisian berasaskan falsafah pendidikan negara mampu
menghapuskan jurang kualiti pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar (Utusan
Malaysia, 28 November, 2000).
Perkembangan ICT di sekolah dan PBS akan terus beriringan saling melengkapi.
Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka
dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara
pada masa akan datang. PBS ini juga mendatangkan impaknya yang tersendiri. Kelemahan
yang ada haruslah diperbaiki dan dicari jalan penyelesainnya bagi meningkatkan lagi kualiti
mutu pendidikan di Malaysia. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang telah disusun
haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan
dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak
yang terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk
perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu
mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain memberi
transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai