Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

Bil.

Isi Kandungan

Muka Surat

1.

ISI KANDUNGAN

2.

PENGENALAN

3.

INTERPRETASI DAN CADANGAN TENTANG PERANAN

3-9

GURU DALAM MEREALISASI DAN MELESTARIKAN


PROFESION KEGURUAN
4.

RUJUKAN

1 |EDU 3083

10

PENGENALAN
Subjek ini mengajar erti sesuatu yang memajukan diri kita.Semua orang
perlu berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan masinmg-masing. Ilmu
perlu dicari untuk mencapai sesuatu tahap yang lebih tinggi kehadapan. Belajar
dan pembelajaran merupakan suatu istilah yang tak dapat dipisahkan satu sama
lain dalam proses pendidikan. Jika ada proses belajar, maka disitu ada
pembelajaran. Dan jika ada pembelajaran bererti disitu ada proses belajar.
Proses pembelajaran bermaksud aktiviti yang melibatkan guru dan juga murid.
Peranan guru dalam aktiviti pembelajaran tidak hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan

tetapi

juga

memainkan

berbagai

peranan

yang

bertujuan

mengembangkan potensi anak didik. Dalam membentuk potensi anak didik, guru
harus

mempersiap

dirinya

dengan

kemahiran-kemahiran

dan

juga

ilmu

pengetahuan. Mereka juga perlu kreatif untuk merangsang minda murid dalam
memahami isi pelajaran yang disampaikan. Dengan itu, apakah peranan guru
yang baik memberi impak kepada pencapaian akademik murid?

2 |EDU 3083

INTERPRETASI DAN CADANGAN TENTANG PERANAN GURU DALAM


MEREALISASI DAN MELESTARIKAN PROFESION KEGURUAN
~ PENGAMAL ILMU DAN KEMAHIRAN
Pada masa kini, guru berada pada zaman teknologi yang begitu mudah seperti
facebook. Pengetahuan dan keterampilan yang dikuasai tidak hanya terbatas
pada pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan tugas professional.
Masyarakat sekarang asyik dengan dunia teknologi yang begitu pesat maju
sehinggakan

mudah

untuk

mendapat

maklumat.Oleh

itu.

guru

memikul

tanggungjawab yang amat besar dalam kehidupan. Tugas guru bukan saja
mendidik dan mengajar, malah membentuk anak bangsa menjadi seorang
berjaya di masa hadapan. Oleh itu, dalam proses membentuk insan yang
berketrampilan, guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang
mendalam dan meningkatkan kemahiran yang pelbagai sebagai persediaan
menghadapi dan mendidik anak bangsa.
Kaedah pedagogi amat penting kepada semua guru untuk mengajar murid
di sekolah. Seseorang guru dapat menjalankan aktiviti mengajar dengan lebih
mudah apabila mereka mempunyai pengetahuan yang banyak dan luas serta
mempunyai

kemahiran-kemahiran

yang

berkualiti.

Pedagogi ialah

kajian

mengenai pengajaran khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Selain


itu, ini merupakan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Antaranya ialah
mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah,
organisasi sekolah dan juga interaksi guru dengan pelajar. Semasa berada di
institut Pendidikan Guru (IPGM), guru pelatih diajar tentang teori, model, dan
dilatih

dengan

strategi,

pendekatan,

teknik

dan

kaedah

pembelajaran.

Penggunaan aspek pedagogi yang berkesan memberi impak yang besar kepada
aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya guru menggunakan teknik
pengajaran yang pelbagai seperti permainan serta bernasyid. Murid akan
berubah menjadi lebih minat untuk belajar dan merangsang minda murid. Hal ini
menyebabkan murid suka untuk hadir ke sekolah kerana bersemangat akan
3 |EDU 3083

aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mendorong kepada capainya objektif


pembelajaran pada hari tersebut.
Sebelum memasuki ke bilik darjah, guru hendaklah merancang beberapa
strategif

untuk

menitikberatkan

memulakan
tentang

pembelajaran

objektif

pelajaran,

dan
isi

pengajaran.Guru
pengajaran,

perlu

bahan-bahan

pelajaran serta beberapa kemudahan ict yang canggih. Perancangan aktiviti


pengajaran yang dibuat oleh guru perlulah sesuai dengan tahap pelajar di
sekolah. Bagi mencapai objektif pelajaran, guru perlu memilih kaedah mengajar
yang sesuai dengan tahap pelajar di dalam kelas. Strategi dan kaedah
pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara
sistematik dan menarik seperti kaedah bercerita, permainan serta soal jawab Hal
ini

untuk

memastikan

dikehendaki.

murid-murid

mencapai

objektif

pelajaran

yang

Di samping itu, guru perlu berusaha menerapkan kemahiran-

kemahiran kepada murid supaya mereka belajar untuk menghadapi persekitaran


di luar bilik darjah.Pelajar ini perlu bijak untuk memilih yang rakan atau berada di
persekitaran yang terkawal dan menjauhi aktiviti yang dilarang. Murid yang
berjaya ialah mereka yang mempunyai sikap dan nilai peradaban yang tinggi
hasil daripada penguasaan ilmu pengetahuan dan didikan yang baik daripada
guru. Oleh itu, guru yang baik akan diberi tumpuan oleh murid dan menjadikan
mereka sebagai tauladan dalam kehidupan mereka. Seterusnya, guru perlu bijak
untuk menarik minat murid dalam belajar seperti mempelbagai aktiviti
pengajaran seperti bahan baru, penggunaan bahan bantu mengajar dan
sebagainya supaya pembelajaran menjadi lebih menarik. Mereka juga akan
mencari jalan dan usaha menambahbaik aktiviti pengajaran dan pembelajaran
supaya murid menerima isi pelajaran dengan mudah dan mendorong kepada
pencapaian hasil pembelajaran. Oleh itu, guru yang cemerlang mengamalkan isiisi yang terkandung dalam pedagogi pendidikan dengan menyeluruh agar
meningkatkan kualiti pembelajaran.

~ GURU MERUPAKAN IBUBAPA KEPADA MURID-MURID SEMASA DI


SEKOLAH
Ibu bapa kepada murid-murid di sekolah ialah guru. Mereka bukan sahaja
memegang tanggungjawab sebagai guru, malah mereka juga adalah ibu bapa di
4 |EDU 3083

sekolah. Peranan ibu bapa yang dipegang oleh guru sangat luas termasuklah
menjaga kebajikan, mengambil berat tentang diri murid dan sebagainya. Oleh
itu, guru sebagai ibu bapa perlu memastikan anak didik mendapat kasih sayang
yang sama rata dalam membentuk murid yang berjaya.
Pelbagai latar belakang pelajar dan masing-masing mempunyai identiti
yang berbeza. Perwatakan mereka berbeza antara satu sama lain mengikut
pelbagai latar belakang keluarga mereka. Antara perbezaan yang dapat dilihat
ialah dari aspek ekonomi, sosial, taraf hidup dan sebagainya. Ada yang datang
dari keluarga yang berada, ada juga dari keluarga yang susah dan sebagainya.
Oleh itu, guru perlu memahami dengan sosiobudaya murid yang berbeza ini
supaya lebih mudah untuk mendekati murid. Guru dapat mengenali tingkah laku
murid dengan memahami latar belakang murid itu. Selain itu,guru dapat
menyediakan bahan-bahan mengajar sesuai dengan tahap pemikiran murid yang
datang dari identiti yang berbeza ini.Murid yang membesar di kawasan bandar
akan berfikiran lebih maju dari segi cara hidup berbanding murid yang berada di
kawasan luar bandar. Tugas guru sebagai ibu bapa perlu mengambil berat
tentang perkembangan murid dengan menjaga kebajikan, mengawal tingkah
laku dan sebagainya ini memberi impak kepada murid. Kadang-kadang guru
terlalu sibuk dengan tugaswan mereka di sekolah dan mereka tidak dapat
layanan yang baik kepada murid di sekolah. Oleh itu, setiap masalah yang
dihadapi oleh murid itu akan bertambah besar kerana mereka tidak ada tempat
untuk berkongsi masalah.Jadi guru haruslah bijak untuk memberi perhatian
kepada semua murid di sekolah dengan sama rata untuk memotivasikan murid
yang mengalami masalah.
.Selain itu, setiap murid mempunyai pelbagai jenis tingkah laku serta
emosi yang berbeza. Paul Ekman (2007) telah membahagikan emosi kepada
enam jenis iaitu marah, menjijikkan, ketakutan, kegembiraan, kesedihan dan
kehairanan. Seseorang guru perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai karenah
yang ada pada murid di sekolah.Setiap murid mempunyai perwatakan yang
berbeza. Antara tanda-tanda awal gangguan emosi adalah seperti kurang
tumpuan, penarikan diri, perubahan perasaan dan sebagainya.Sesetengah itu
berpunca dari pengabaian dari guru, keluarga dan masyarakat, persekitaran
yang tidak selesa, perasaan dibuli, faktor keluarga dan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang tidak menarik. Oleh yang demikian, semua guru harus peka
dengan perubahan emosi murid dalam kelas. Guru perlu mempelajari dengan
5 |EDU 3083

pelbagai cara seperti mengamalkan sikap penyayang dan juga bertimbang rasa
kepada murid. Guru juga perlu bertindak dengan tegas mengikut masa tertentu
untuk memudahkan guru itu mengawal kelas. Selain itu, sebagai seorang guru
yang berprofesional, sikap pilih kasih tidak boleh sama sekali berlaku di dalam
kelas. Setengah guru ini melihat pada paras rupa murid yang menarik, pemikiran
yang cerdik dan berbudi bahasa serta menunjukkan perwatakan yang baik di
sekolah berbanding dengan murid yang menunjukkan sikap yang kurang baik
seperti melanggar disiplin, guru lebih memberi perhatian kepada murid yang
baik. Guru tidak boleh bersikap sedemikian sebaliknya guru harus memberi fokus
kepada semua murid sama rata dan adil. Kemungkinan besar ini akan memberi
kesan kepada aktiviti pembelajaran dimana murid akan bekerjasama memberi
respon kepada guru.
Guru juga perlu mempamerkan cara pendekatan yang baik bagi membentuk
tingkah laku murid. Contohnya guru perlu banyak mendekati murid dengan cara
manis muka mengikut kesesuaian masa.Tingkah laku positif dapat dibentuk
melalui guru yang berjaya mempengaruhi anak murid mereka. Oleh itu, guru
perlu menunjukkan sikap tauladan dan nilai peribadi yang baik kepada murid
supaya murid dapat mengikut setiap sikap positif yang guru tunjukkan dengan
erti kata lain guru menjadi contoh kepada murid. Setiap murid datang dari
pelbagai latar belakang yang berbeza memberi impak kepada tingkah laku yang
pelbagai. Guru perlulah menguasai pelbagai teknik atau kaedah yang dapat
mempengaruhi murid. Pihak sekolah haruslah melatih semua guru di sekolah
untuk mempelajari teknik atau kaedah pendekatan dengan murid. Contohnya
mengamalkan budaya memberi salam antara guru dengan guru dan murid
dengan guru-guru ketika berjumpa. Hal ini untuk melatih murid-murid untuk
menghormati semua guru di sekolah serta ketika berjumpa guru mereka di luar
kawasan sekolah.Selain itu, melalu kaedah ini juga pihak sekolah telah melatih
murid mengikut cara Rasulullah iaitu mengamalkan budaya memberi salam
kepada saudara seagama. Bagi murid yang bukan beragama Islam, guru
bolehlah melatih murid untuk mengucapkan salam sejahtera keatas kamu
seperti selamat sejahtera atau selamat pagi dan selamat petang. Hal ini dapat
menunjukkan akhlak yang baik kepada semua pihak.

6 |EDU 3083

~ PENGURUS PEMBELAJARAN
Sebagai seorang guru yang kreatif, guru perlu berusaha lebih gigih untuk
menguruskan pembelajaran dengan baik serta meningkatkan lagi pencapaian
pelajar dalam bidang akademik dan sosial. Guru perlu mengetahui aspek
pengurusan bagi menambahbaikkan taraf serta kualiti dalam pembelajaran dan
pengajaran.Antara aspek pengurusan yang perlu diambil kira termasuklah
keadaan fizikal, persekitaraan pembelajaran dan sebagainya. Guru yang baik
akan berusaha menitikberatkan keadaan fizikal bilik darjah iaitu berkaitan
dengan penyusunan kerusi-meja murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan
kebersihan bilik darjah. Kerja-kerja seperti menyapu lantai, membersihkan papan
kapur, menyusun kerusi meja, mengemas ruang dan sudut pembelajaran,
menyusun buku-buku dan majalah di sudut bacaan, mengelap cermin tingkap
dan menghias meja kerusi dan sebagainya boleh disusun dalam bentuk jadual
sebagai rutin aktiviti murid. Oleh itu, setiap murid dapat melibatkan diri dengan
pelaksanaan tugas ini serta akan mempengaruhi murid dalam mengawal emosi
serta sikap mereka menjadi lebih baik. Guru haruslah menyusun jadual
pembahagian kerja-kerja tersebut dengan adil dan saksama supaya mereka
dapat menjalankan kerja tanpa sebarang rungutan. Hal ini akan melatih muridmuris menjadi lebih bertanggungjawab serta memupuk nilai persahabatan,
kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar yang memberi impak kepada
pembelajaran mereka.
Tambahan pula, aspek seterusnya yang dapat dilihat oleh guru cemerlang
ialah aspek pengurusan persekitaran pembelajaran. Aspek ini perlu diambil kira
oleh guru untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.Contohnya,
organisasi bilik darjah yang menarik dapat memberi kemudahan kepada murid
untuk

belajar

dengan

baik.Contoh

yang

lain

pula

ialah

guru

boleh

memperkemaskan pada ruang aktiviti pembelajaran secara kelas dan ruangruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti
kumpulan perlu disediakan oleh guru kelas. Banyak aktiviti kumpulan boleh
dijalankan di dalam kelas seperti di belakang kelas terdapat ruang-ruang atau
sudut pembelajaran seperti sudut bacaan dan sudut ilmu pengetahuan.
Dengan adanya sudut ini, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti aktiviti
pengayaan

dan

pemulihan,

tambahan, perbincangan

dan

aktiviti
sebagainya.

sokongan
Di

samping

aktiviti
itu,

bacaan

ruang-ruang

pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan


7 |EDU 3083

hasil kerja atau murid-murid dalam kelas. Hal ini meningkatkan motivasi murid
untuk melakukan sesuatu dengan baik dalam kelas.
Guru mestilah melantik wakil kelas ataupun kumpulan murid untuk mengurus
sudut dan ruang pembelajaran. Organisasi ini penting untuk membantu guru
menguruskan sudut ini berada dalam keadaan kemas serta teratur. Beberapa
orang murid atau ahli jawatnkuasa yang dilantik ini akan memastikan murid lain
menjaga kebersihan seperti tidak membuat sebarang kotor dengan membuang
sampah sesuka hati mereka.Ahli jawatankuasa ini dapat membimbing rakanrakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang
betul. Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran ini, guru perlu
membimbing serta memastikan bahawa sudut dan ruang itu dapat dikelolakan
dengan jayanya serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang sesuai
digunakan oleh murid.
Selain itu, guru juga memainkan peranan untuk membentuk sahsiah murid
menjadi lebih baik serta mengawal masalah disiplin murid di sekolah. Oleh itu,
guru mestilah menyediakan peraturan bilik darjah. Peraturan bilik darjah yang
jelas dan ringkas memastikan semua pelajar mematuhi peraturan bilik darjah
dengan mudah. Guru juga perlu membimbing dan bersikap tegas dan adil
semasa melaksanakan peraturan tersebut. Sekiranya semua murid bekerjasama
dan rela mematuhi segala peraturan bilik darjah yang ditetapkan, masalah
disiplin dalam bilik darjah akan dapat dikurangkan.
Seterusnya, guru yang merangsang minda murid supaya minat dalam
pembelajaran mengurus dan membuat perancangan, persediaan mengajar
dengan teratur dan sistematik seperti rancangan pengajaran harian (RPH),
bahan bantu mengajar (BBM) dan sebagainya. Mereka juga membuat rujukan
pada bahan-bahan yang pelbagai supaya bahan yang disediakan itu menarik dan
baru untuk dikongsikan kepada murid. Hal ini menyebabkan murid minat untuk
belajar dan memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik
daripada murid melalui persediaan yang dilakukan oleh guru. Murid akan
memberi respon yang baik dengan adanya sesuatu yang baru dan menarik
dalam proses pembelajaran. Tambahan pula dapat mengeratkan lagi hubungan
baik antara guru dan murid.
~ GURU MERUPAKAN SEORANG PEMBIMBING KEPADA MURID DALAM
MELAKUKAN SESUATU TINDAKAN
8 |EDU 3083

Murid-murid di sekolah memerlukan bimbingan dalam proses menempuh


kehidupan di dalam mahupun di luar sekolah. Oleh itu, guru merupakan
pembimbing kepada murid supaya mereka dapat melakukan sesuatu dengan
lebih tersusun dan dipandu. Menurut D.W. Lefever (1970), bimbingan sebagai
suatu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan sistematik yang
bertujuan membantu seorang individu melalui daya usahanya sendiri untuk
mengembangkan

kebolehannya

serta

membuat

penyesuaian

diri

dengan

kehendak masyarakat agar memperoleh kesejahteraan hidup. Ini bermaksud,


tugas guru sebagai pembimbing memberi berbagai maklumat bagi mendorong
murid mengembangkan kemahiran dalam dirinya untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran. Dalam proses membimbing, guru perlu membantu murid
dalam pelbagai aspek termasuklah pencapaian akademik, ilmu pengetahuan,
jasmani, emosi, rohani, intelek, pengurusan diri dan masa dan sebagainya.
Sebagai contoh, guru perlu mengenalpasti tahap kekuatan murid itu melalui
ujian,latihan,soal jawab serta kuiz.Guru juga perlu membimbing dengan cara
yang sesuai kerana setiap murid mempunyai tahap kekuatan yang berbeza.Guru
bolehlah banyak bertanyakan khabar ataupun selalu menumpukan pelajar itu
dengan menggunakan pelbagai strategi.
Selain itu, guru boleh berusaha mempelbagaikan dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran seperti di dalam dan di luar bilik darjah.contoh lain ialah
mengadakan lawatan, acara sukan, dan menyambut sambutan hari jadi bersama
untuk menarik minat dan meransang minat murid-murid untuk belajar. Salah
satu objektif bimbingan ialah membina hubungan positif antara guru dan murid.
Ia juga untuk menyemai

minat dan motivasi terhadap mata pelajaran. Guru

dapat berkongsi maklumat dengan murid supaya mereka dapat mempelajari


sesuatu. Aktiviti luar darjah dapat menimbulkan suasana yang selesa dan
menggembirakan

dalam

kalangan

murid

yang

boleh

mewujudkan

dan

meningkatkan semangat ingin tahu, minat untuk menerokai dan menjelajah


dalam diri murid. Selain itu, ia meransang dan meningkatkan motivasi murid
untuk belajar dan bersosialisasi. Guru boleh memilih dan menyediakan bahanbahan serta peralatan bagi sesuatu aktiviti serta memberi bantuan kepada murid
mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti harian supaya mereka dapat
melibatkan diri secara aktif. Murid akan berasa diri mereka dititikberatkan dan
mereka akan lebih selesa untuk berkongsi masalah yang dihadapi dalam diri. Hal
ini membantu guru untuk memahami murid yang menghadapi masalah-masalah
9 |EDU 3083

untuk diatasi. Oleh itu, suasana pembelajaran yang menarik dapat membantu
menambahbaik pencapaian murid kerana mereka dapat menerima maklumat
dan juga bimbingan untuk bertindak sesuatu.
Guru juga bertanggungjawab membimbing rakan sekerja disamping untuk
menjaga hubungan baik antara guru lain di sekolah. Dalam erti kata lain,
seorang guru juga merupakan pembantu guru yang lain. Tugas guru adalah
membimbing dan menunjuk ajar guru lain dalam semua perkara seperti
berbincang dengan guru lain dalam mengendalikan perkara-perkara yang
berkaitan dengan murid di sekolah.
Sebagai contoh ialah semasa proses perbincangan ini berlangsung, guru
perlu sentiasa memberi nasihat dan galakan kepada guru lain supaya mereka
dapat mencapai satu persepakatan dalam menjalankan sesuatu aktiviti.Kadangkadang banyak cadangan yang boleh menyebabkan berlaku percanggahan serta
menyebabkan kerja menjadi sukar. Hal ini untuk memupuk semangat kerja
antara rakan sekerja.Oleh itu, guru seperti ini penting dalam sesebuah sekolah
supaya memberi perubahan kepada sekolah.

10 |EDU 3083

RUJUKAN
BUKU
Noriati A. Rashid, Ying, B. P, Wah, W. K (2010) Asas Kepimpinan dan
Perkembangan
Profesional Guru, Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Eh Ah Meng. ( 1993). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur.
Penerbitan
Fazar Bakti.
Kamaruddin Haji Husin (1994). Dinamika sekolah dan bilik darjah. Cheras :
Utusan

Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Hamzah, M. D. (1990). Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan
Bahasa dan Pustaka.

INTERNET
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_03.htm
www.bharian.com.my/bharian/articles/gurukreatiftingkatpembelajaranmurid/Artic
le/index_html

11 |EDU 3083

LAMPIRAN

12 |EDU 3083

Anda mungkin juga menyukai