Anda di halaman 1dari 2

Mohd Hafiz Bin Ramli

(900911-11-5305)
Alhamdulillah, berjaya juga kami menyiapkan tugasan BMM3163 ini iaitu
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Subjek ini merupakan subjek
yang bagus dalam menyemai nilai-nilai estetika sastera dalam diri guru. Pada
pandangan saya, subjek ini dapat meningkatkan kesedaran diri guru bahawa
pentingnya pengajaran atau penggabungjalinan sastera dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Tugasan

ini

banyak

memberikan

maklumat

mengenai

sastera

dan

perhubungannya dengan kanak-kanak dan remaja. Kepentingan sastera kepada


kanak-kanak dan remaja dapat dilihat melalui pemerolehan ilmu berdasarkan
tugasan ini. Sastera boleh membentuk kanak-kanak dalam menjadi murid yang
produktif dan aktif jika guru pandai mengaplikasikan sastera dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, penggabungjalinan sastera dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran juga boleh melahirkan bakat-bakat baharu dalam kalangan murid
melalui penulisan karya seperti menghasilkan buku cerita kanak-kanak atau menjadi
penyampai bahan sastera yang hebat seperti penyajak.
Kepentingan sastera juga bukan sahaja dilihat dari segi pembentukan murid
tetapi dilihat sebagai satu aset dalam memelihara budaya dan warisan yang telah
diperturunkan oleh nenek moyang kita. Hal ini dapat mengekalkan warisan kita yang
sedia ada di samping mengelakkan generasi baharu kehilangan identiti bangsa dan
lupa pada asal usul mereka. Oleh itu, pengajaran sastera dalam pendidikan sekolah
rendah sangat bermakna dalam menghidupkan kembali warisan dan budaya kita
yang semakin dipinggirkan dan dilupakan masyarakat dek ditelan arus kemodenan.
Pengajaran sastera di awal bangku sekolah rendah juga boleh dijadikan
pendedahan awal kepada murid dalam menyambung pelajaran ke sekolah
menengah. Hal ini kerana Komponen Sastera (Komsas) dalam Bahasa Melayu
diwajibkan kepada semua murid. Komsas memainkan peranan yang penting andai
seseorang itu mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).

Saya berharap agar pengajaran subjek BMM3163 ini dapat membuka mata
lebih ramai guru Bahasa Melayu dalam memimpin murid mereka tentang kesedaran
dalam mendalami kesusasteraan Melayu. Semoga pengetahuan dan pengalaman
yang diperolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat saya terjemahkan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai