Anda di halaman 1dari 13

Panduan KBAT | Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Konsep Pentaksiran
Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama
ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh
dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.
Proses ialah satu susunan langkah/ tindakan/operasi yang bertertib dan terarah yang digunakan untuk
mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Maklumat ialah evidens yang menggambarkan prestasi murid dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid.
Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai/adab yang diperoleh murid
setelah melalui proses pendidikan.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghuraikan, mengumpulkan, merekodkan, memberikan skor dan menginterpretasikan maklumat tentang
hasil pembelajaran seseorang calon bagi tujuan tertentu.
Untuk lebih faham mengenai Kemahiran Berfi kir Aras Tinggi ini, SGO sarankan anda mendownload 1 ebook yang
sangat hebat dan mudah difahami bertajuk :

PANDUAN KBAT | Pentaksiran Kemahiran Berfi kir Aras Tinggi

Selamat mendownload dan semoga bermanfaat.

Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT


PENDAHULUAN
Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan
generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfi kir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan
berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfi kir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP
akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam
pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science
Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.

KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


(KBAT)
KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas
dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

Apa Itu KBAT Konsep & Teori KBAT

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran refl ektif dan meta kognitif. Secara
mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam
pelbagai bentuk. Kemahiran berfi kir ini juga dikatakan sebagai berfi kir secara kritis dan kreatif.

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan
akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi
jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran
berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.
KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan
dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih

produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa
sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.
Bagi menerapkan kemahiran berfi kir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifi kan. Usaha ke arah itu perlu
dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfi kir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan
tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau
apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfi kir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid
dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan
mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang
membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula
fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

KEPELBAGAIAN STRATEGI DALAM PENYELESAIAN MASALAH


Strategi juga merujuk kepada prosedur yang akan membantu anda untuk memilih pengetahuan dan kemahiran yang
digunakan di semua langkah penyelesaian masalah. Strategi yang dipilih harus fl eksibel agar dapat digunakan untuk
menyelesaikan pelbagai masalah. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan.
Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pembelajaran dan
pengajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum.
Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan
pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seper ti berikut :
Memahami dan mentafsirkan masalah
Merancang strategi penyelesaian
Melaksanakan strategi
Menyemak semula penyelesaian

Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus
diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina
kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat
menggunakan Matematik apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi
penyelesaian masalah yang boleh diper timbangkan :
Cuba jaya / teka uji
1.

Membina senarai / jadual / car ta yang sesuai

2.

Mengenal pasti kemungkinan

3.

Menggunakan algebra

4.

Mengenal pasti pola

5.

Melukis gambarajah

6.

Guna Kaedah Unitari

7.

Guna Model

8.

Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

10. Guna rumus


11. Guna analogi / perbandingan
12. Lakonan / ujikaji
13. Mempermudahkan masalah
14. Membuat anggaran
15. Mental arimetik

Strategi : (Cuba jaya / Mengenal pasti kemungkinan / Melukis

gambarajah / Guna rumus)

Contoh soalan yang diberikan ini mempunyai pelbagai strategi penyelesaian masalah.
Contoh Soalan:
Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24 cm untuk membentuk satu rangka segiempat dengan luas yang
maksimum. Apakah panjang dan lebar bentuk segi empat itu?

Melukis gambarajah
Lukis atau lakar seberapa banyak gambarajah bentuk segi empat. Cuba letakkan nombor pada setiap sisi
sehinggaberjaya menemui perimeter yang berjumlah
24 cm. Kemudian, gunakan kemungkinan kemungkinan nombor lain yang difi kirkan sesuai. Seterusnya, gunakan rumus
luas segi empat untuk mencari luas maksimum segi empat tersebut dengan mendarab panjang dan lebar. Akhirnya, padanan
nombor yang sesuai dan munasabah akan ditemui bersesuaian dengan kehendak soalan tersebut iaitu seper ti gambarajah
di bawah.

Bentuk-bentuk yang berkemungkinan :

Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT

Jawapannya ialah 6 cm x 6 cm = 36 cm. Jawapan ini dipilih kerana bentuk itu mempunyai luas maksima jika dibandingkan
dengan bentuk yang lain.

Strategi : (Guna Kaedah Unitari / Guna rumus / Guna algebra dan

Melukis gambarajah)

Contoh Soalan :

Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada John dengan harga RM 240. Dia telah mendapat
keuntungan sebanyak 20% selepas menjual basikal itu. Berapakah harga kos basikal tersebut?
Penyelesaian :

i)

Guna Kaedah Unitari

Untung

= 20%

Harga Jual

= RM 240 (100% +20%)

Harga Kos

= (100%)

Oleh itu,
1%

120% = RM 240

= ?

Cari nilai 1% terlebih dahulu.


RM 240 120 = RM 2

Oleh itu, 1% = RM 2
Harga Kos
= RM 200

= RM 2 100

Apa Itu KBAT | Perbandingan Teori Berkaitan KBAR dan KBAT


Perbandingan Teori Berkaitan KBAR dan KBAT Dalam Matematik

Kemahiran Berfi kir Aras Rendah (KBAR)

Kemahiran Berfi kir Aras Tinggi (KBAT)

Lower-order thinking (LOT) is often


characterized by the recall of information or
the application of concepts or knowledge to
familiar situations and contexts. Resnick
(1987)

Characterized higher-order thinking (HOT) as


non-algorithmic.

LOT tasks requires a student to recall a


fact, perform a simple operation, or solve a
familiar type of problem. It does not require
the student to work outside the
familiar Schmalz (1973)

The use of complex, non-algorithmic thinking


to solve a task in which there is not a
predictable, well-rehearsed approach or
pathway explicitly suggested by the task, task
instruction, or a worked out example. Stein
and Lane (1996)

LOT is involved when students are solving


tasks where the solution requires applying a
well-known algorithm, often with no

HOT as solving tasks where no algorithm has


been taught, where justifi cation or explanation
are required, and where more than one

Resnick (1987)

justifi cation, explanation, or proof required,


and where only a single correct answer is
possible.

solution may be possible. Senk, et al (1997)

Senk, Beckman, & Thompson (1997)

LOT as solving tasks while working in familiar


situations and contexts; or, applying
algorithms already familiar to the
student. Thompson (2008)

HOT involves solving tasks where an


algorithm has not been taught or using known
algorithms while working in unfamiliar contexts
or situations.
Thompson (2008)

Apa Itu KBAT | Perbezaan Masalah Rutin & Bukan Rutin


Secara umum, masalah boleh diklasifi kasikan sebagai masalah rutin dan masalah bukan rutin. Masalah rutin hanya memerlukan
beberapa prosedur seperti operasi aritmetik untuk mendapatkan penyelesaian.

Sebaliknya, jika situasi masalah itu tidak boleh diselesaikan mengikut kaedah pengiraan biasa maka ia dikenali sebagai
masalah bukan rutin. Dalam situasi seperti itu, pelajar meneroka cara penyelesaian yang lebih mendalam untuk
menyelesaikan masalah tersebut.

Masalah Rutin KBAR

Masalah rutin merupakan masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam menyelesaikannya. Dalam
menyelesaikan masalah rutin, kita hanya perlu memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mengaplikasikan
algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya adalah sudah kita ketahui. Ketika menyelesaikan
masalah rutin, kita perlu mengenalpasti
1.

Apakah soalan yang perlu dijawab

2.

Fakta-fakta atau nombor yang perlu digunakan

3.

Operasi-operasi yang perlu digunakan

4.

Anggaran nilai penyelesaian

Masalah rutin memberi kesan seperti berikut kepada kita:


a.

Memberi latihan dalam mengingat fakta-fakta asas dan langkah - langkah yang berurutan

b.

Mempertingkat kemahiran-kemahiran dalam operasi asas

c.
Memberi peluang untuk berfi kir tentang perkaitan antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi
sebenar.

Contoh-Contoh Soalan Rutin


Contoh 1 :
Ali makan 2 keping roti. 5 minit kemudian, dia makan 1 keping lagi roti. Berapa banyak keping roti Ali makan kesemuanya?
Contoh 2:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Berapakah jumlah wang
yang dibayar oleh Maria?

Contoh 3 :
Cari perimeter segi empat tepat yang mempunyai panjang 8 meter dan lebar 17 meter.
Contoh 4 :
Cari panjang sebuah segi empat tepat yang mempunyai luas 48 meter persegi dan lebar 6 meter.

Masalah Bukan Rutin KBAT


Masalah bukan rutin merupakan masalah yang memerlukan proses-proses yang lebih tinggi dalam menyelesaikan masalah
berbanding masalah rutin. Untuk mencari penyelesaian dalam masalah bukan rutin adalah bergantung kepada kebolehan
menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan.
Prosedur penyelesaian masalah bukan rutin tidak kita ketahui. Masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai
cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza.
Antara kesan positif dalam mengaplikasikan masalah bukan rutin ialah seper ti berikut:
1. Dapat mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah
2. Memberi peluang untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah serta
meningkatkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik
3. Dapat menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik
4. Meningkatkan kemahiran berfi kir secara kritis.

Contoh-contoh Soalan Bukan Rutin

Contoh 1 :

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00
kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling
5 sen, 10 sen dan 20 sen?
Terangkan jawapan anda?
Contoh 2 :

Mamat ingin membina pagar bagi reban ayam yang berbentuk segi empat. Dia mempunyai 20 meter wayar pagar.
1.

Apakah saiz segi empat yang boleh beliau hasilkan?

2.

Bentuk manakah yang terbaik

Contoh 3 :
Antara nombor-nombor berikut, nombor yang mana berbeza? Mengapa?
23, 20, 15, 25
Contoh 4 :
Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada rakannya dengan harga RM240. Dia telah mendapat
keuntungan sebanyak 20% selepas menjual basikal itu.
Berapakah harga kos basikal tersebut ?

Anda mungkin juga menyukai