Anda di halaman 1dari 2

Yang Berhormat Datuk Ir Dr Wee Ka Siong

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia I


Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 9, Blok E8, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

12 Januari 2012

Yang Berhormat Datuk,


PERMOHONAN TAWARAN MATA PELAJARAN BAHASA CINA KEPADA GURU PELATIH
PISMP AMBILAN JUN 2011 BIDANG PENGAJIAN PRASEKOLAH SJK(C) DI IPG KAMPUS
SULTAN MIZAN BESUT TERENGGANU
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, ingin dimaklumkan bahawa kami adalah guru
pelatih PISMP Ambilan Jun 2011 dari IPGM Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu. Kami ingin
memohon kepada YB Datuk agar mempertimbangkan permohonan kami untuk ditawarkan mempelajari
Bahasa Cina sepanjang tempoh pengajian.
2. Untuk makluman YB Datuk, kami merupakan guru pelatih SJK(C) yang berjaya mendapat tawaran
Bidang Pengajian Prasekolah (SJKC), Bidang Pengajian Pendidikan Seni Visual (SJKC), Bidang
Pengajian Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC) dan Bidang Pengajian Reka Bentuk dan
Teknologi (SJKC) PISMP Ambilan Jun Tahun 2011. Kami tidak ditawarkan mata pelajaran Bahasa
Cina sebagai mata pelajaran ataupun sebagai minor apabila kami mengikuti kursus PPISMP ataupun
PISMP, sebaliknya kami ditawarkan untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Muzik, Bahasa Inggeris,
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Matematik sebagai minor pengajian kami.
3. Semasa lawatan YB Datuk ke IPG Ipoh baru-baru ini, YB Datuk telah menyatakan bahawa semua
guru pelatih yang mendapat tawaran pengajian SJK(C) di seluruh IPG akan ditetap mempelajari Bahasa
Cina sebagai mata pelajaran minor, melainkan Bahasa Malaysia SJK(C) dan Bahasa Inggeris SJK(C).
Namun demikian, pihak IPG kami menyatakan bahawa KPM perlu mengemukakan surat atau pekeliling
berkenaan dengan kenyataan YB Datuk terlebih dahulu.
4. Kami telah mengutarakan masalah kami kepada pejabat YB Datuk pada 26hb June 2012, dan
dimaklumkan bahawa perkara ini sedang diuruskan dan akan diberi jawapan secepat mungkin. Akan
tetapi, masalah yang kami hadapi masih belum dapat diselesaikan sampai hari ini. Kami asyik
menunggu- nunggu berita baik daripada Datuk YB tetapi perasaan kecewa saja yang dapat kami alami
kerana sesungguhpun IPG Kampus Sultan Mizan mempunyai pensyarah Bahasa Cina tetapi bukan
ospyen dalam bahasa cina, oleh itu kami masih tidak berpeluang mempelajari Bahasa Cina.
5. Sehubungan itu, sekali lagi kami mengutarakan perkara ini kepada YB Datuk supaya mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi, agar memastikan kami
berpeluang mempelajari Bahasa Cina sepanjang tempoh pengajian.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih atas bantuan YB Datuk.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar,
Pelatih-Pelatih IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu
PISMP Ambilan Jun 2011 Bidang Pengajian Prasekolah SJK(C)

Anda mungkin juga menyukai