Anda di halaman 1dari 12

3.

Huraikan permasalahan Guru Pendidikan Islam semasa dan nyatakan cara-cara untuk
mengatasinya
Bagaimana kita ingin mengembalikan kegemilangan pendidik dan pendidikan islam

3.0

PENGENALAN

Pendidikan Islam pula ditakrifkan oleh Ahmad Mohd Salleh (2004) sebagai suatu usaha
berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan alQuran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat,
alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.
Melalui definisi dan maksud di sebalik Pendidikan Islam seperti yang dihuraikan di atas,
dapatlah kita fahami betapa besarnya peranan guru Pendidikan Islam dalam mendidik pelajarpelajar agar tujuan yang Pendidikan Islam itu benar-benar dicapai. Namun begitu, untuk
mencapai tujuan tersebut guru Pendidikan Islam masa kini menghadapi banyak cabaran
khususnya dalam melaksanakan persekitaran bilik darjah dan sekolah yang kondusif selari
dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. Sebelum melihat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru
Pendidikan Islam, lebih elok diteliti apakah maksud cabaran, kondusif dan apakah pula prinsipprinsip Islam.
Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, permasalahan diertikan sebagai sesuatu yang menguji
kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Kondusif membawa erti
sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan
sesuatu.
Prinsip-prinsip asas ajaran Islam pula ialah sesuatu yang dilakukan itu mestilah berteraskan alQuran, as-Sunnah, ijma ulama, qias serta selari dengan nilai-nilai Islam. Jadi di sini, dapat kita
fahami bahawa yang dimahukan di sini ialah apakah cabaran atau indikator-indikator yang
menguji kemampuan guru Pendidikan Islam dalam menagani sebarang masalah sebagai
seorang guru dan cara mengatasinya berteraskan sumber Islam yang dibenarkan.

Permasalahan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:3.1. Masalah dalaman diri sebagai guru pendidikan islam melaksanakan tugas selari dengan
prinsip-prinsip ajaran Islam.
3.2. Masalah mewujudkan suasana sekolah yang kondusif selari dengan prinsip-prinsip ajaran
Islam.
3.1.1 Pernyataan Masalah :
Kesamaran Peranan Sebagai Guru Pendidikan Islam.
Guru pendidikan Islam lebih bersikap menjalankan tugas sahaja bagi memenuhi arahan dari
pihak atasan samada pengetua, Pegawai Pelajaran Daerah atau Kementerian Pendidikan.
Guru akan kurang berusaha menentukan pembelajaran yang berkesan dan lebih mudah
memenuhi keperluan pentadbiran kerana ia diperhatikan dan dihargai oleh orang atasan. Oleh
itu mereka mengabaikan keperluan pelajar di bilik darjah. Ini menimbulkan rasa tidak ikhlas di
dalam diri guru dalam mendidik. (Ishak Haron, 1993)
Mereka lupa bahawa Islam memandang tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Guru adalah murabbi,
muallim, mudarris, alim atau ulama pada kaca mata Islam. Mereka menyampaikan ilmu-ilmu
Allah supaya setiap yang dididiknya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. (Ahmad Mohd
Salleh, 1995)
Cadangan

penyelesaiannya

Sebagai guru Pendidikan Islam, amalan muhasabah diri perlu dilaksanakan. Fungsi dan
peranan dalam membentuk ummah perlu direnung semula. Kegagalan memahami fungsi dan
peranan yang sebenar akan memberi kesan yang amat besar kepada pembentukan ummah.
Selain itu, guru perlu mengetahui, memahami dan menghayati isi kandungan mata pelajaran
Pendidikan Islam melangkaui batasan sukatan pelajaran, menguasai ilmu naqliyyah dan ilmu
aqliyyah pada tahap yang membanggakan, dan pelbagai lagi. Guru juga perlu mengetahui
dengan luas berkaitan pedagogi dan psikologi pembelajaran di samping melengkapkan diri
dengan kemahiran pengurusan bilik darjah. (Nik Azis Nik Pa, 1993)
Perkara yang penting juga ialah sebagai seorang pendidik, guru harus mempamerkan sifat-sifat
terpuji yang dapat diterima oleh pelajar, masyarakat dan rakan sekerjanya. Antara sifat seorang

guru ialah tegas, ramah, suka berjenaka, adil, dedikasi, toleransi, pandangan luas dan dinamik.
Sifat dinamik ini perlu dimiliki oleh guru supaya tidak ketinggalan di belakang dalam arus
pengetahuan yang semakin berkembang.
Oleh itu guru Pendidikan Islam perlu memahami, menghayati dan berusaha mencapai apa yang
digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. Peranannya
sebagai penyemai nilai-nilai murni, pembimbing, fasilitator, kaunselor, sebagai contoh teladan,
hakim dalam memberi hukuman sewajarnya kepada pelajar-pelajarnya perlu diambil berat.
(Shahril Marzuki & Habib Mat Som, 1999)
3.1.2. Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran
Al-Quran adalah sebuah mukjizat agung yang diturunkan oleh Allah SWT kepada
Rasulullaha SAW bagi membenarkan ajaran syariat sebelumnya dan juga menyempurnakan
hukum-hukum Allah SWT sehingga terbentuk suatu ajaran yang universal dari berbagai
aspek sama ada material, spiritual, jasmani, rohani, dunia dan akhirat. Begitulah
kesempurnaan Al-Quran yang wajib dipelihara melalui penguasaan bacaan dan hafazan AlQuran dengan baik mengikut hukum tajwid yang telah ditetapkan. Walau pun demikian,
terdapat segelintir guru yang hanya menguasai kemahiran atau pengetahuan yang sederhana
dalam membaca Al-Quran. Mereka didapati kurang menguasai kemahiran atau pengetahuan
yang lebih tinggi dan mencabar. Contohnya, ilmu tajwid dan tanda-tanda bacaan, menghafaz
ayat-ayat Al-Quran dan membaca Al-Quran di khalayak ramai. Masalah-masalah tersebut
boleh dikaitkan dengan faktor-faktor seperti ketiadaan pembimbing, kurang penekanan
terhadap ilmu Tajwid dan sikap ibu bapa terhadap penguasaan kemahiran membaca AlQuran.
Sesetengah

guru

mendapat

pendedahan

awal

pembelajaran

membaca

Al-Quran

daripada pembimbing yang tidak bertauliah. Ramai dibimbing oleh para guru dan ibu bapa
sendiri yang tidak dilatih khas untuk membimbing membaca Al-Quran. Ini bererti guru
tersebut tidak dibimbing secara teratur ketika mula belajar membaca Al-Quran. Ini
mengakibatkan tahap kebolehan membaca Al-Quran yang rendah di kalangan guru tersebut.
Faktor kedua yang mempengaruhi keadaan ini pula berpunca dari kurangnya penekanan
terhadap Ilmu Tajwid semasa belajar membaca Al-Quran. Apabila pembelajaran dan
pengajaran yang tidak sistematik berlangsung maka banyak menjadi penyebab kepada
kelemahan penguasaan bacaan Al-Quran. Keadaan ini menjadi bertambah parah apabila

dalam

pendidikan

Islam

di

sekolah,

Ilmu

Tajwid

hanya

disampaikan

melalui

penggabungjalinan kemahiran Tilawah Al-Quran sahaja. Peruntukan masa khas untuk Ilmu
Tajwid tidak disediakan. Ia lebih banyak bergantung kepada budi bicara guru Pendidikan
Islam sendiri. Adalah malang bagi ibu bapa yang beranggapan Pendidikan Islam di sekolah
sudah membebaskan mereka dari tanggungjawab memberi ilmu kepada anak-anak mereka
khususnya

yang berkaitan dengan ilmu Fardhu Ain,

termasuk Ilmu Tajwid.

Lebih

menyedihkan lagi apabila kita meneliti banyak hasil dapatan kajian menunjukkan sangat
ramai ahli masyarakat yang buta huruf Al-Quran.
Apabila peranan ibu bapa yang mementingkan pencapaian akademik berbanding penguasaan
pembacaan Al-Quran maka situasi runcing seperti yang dinyatakan oleh para sarjana ini akan
terus berlarutan tanpa had sempadan.. Kesannya apabila anak tersebut meningkat dewasa dan
ada yang dipertanggungjawabkan mengajar Al-Quran kepada pelajarnya maka hasil yang dapat
diperolehi hanya minimum berikutan guru juga kurang menguasai kemahiran tersebut.
Cadangan

penyelesaiannya

Isu ini boleh diatasi dengan baik apabila semua pihak mula melakukan perubahan diri.
Perlu diberi perhatian bahawa perkara ini hendakalah dimulai dengan aspek mengenal AlQuran secara syumul. Ini bertujuan mengajak pembaca mengenal dan mengetahui hakikat
dan kepentingan Al-Quran.. Fadilat Al-Quran yang dijelaskan oleh para ulamak jelas bertujuan
supaya kita lebih merasa senang dengan Al- Quran, sama ada membacanya, menghayatinya
ataupun sekadar mendengar bacaannya.Walaupun siapa kita dan di mana kita berada, AlQuran adalah pembimbing kita. Kita perlusentiasa dibimbing oleh Al-Quran dalam semua aspek
kehidupan. Kelemahan kita menguasaikemahiran membaca Al-Quran akan menjejaskan diri
kita daripada mendapat petunjuk Al-Quran. Setiap kelemahan perlu dipelajari daripada pihak
yang mempunyai kemahiran dalambidang tersebut seperti mengadakan kursus.
Cadangan kedua dalam usaha mengatasi isu ini ialah merubah bentuk pelaksanaan
kurikulum sekolah. Apabila timbul isu penguasaan Al-Quran lemah maka setiap pihak tidak
terkecuali sukatan kurikulum wajar dikaji semula. Jika sebelum ini kurikulum tidak memberi
penekanan khusus kepada ilmu Tajwid yang hanya disampaikan melalui penggabungjalinan
kemahiran Tilawah Al-Quran sahaja, maka perlu diubah dan diberi penekanan khusus sebagai
jalan keluar kepada masalah ini. Wajar diperuntukan masa khas untuk ilmu Tajwid diajar dan
dibincangkan dengan bersistematik di kalangan pelajar.

Walaupun masa kini pihak kementerian telah menjalankan program jQAF namun usaha ini
masih belum mampu menyelesaikan masalah penguasaan al Quran di kalangan murid.
3 .1.3 Pernyataan Masalah :
Penguasaan ICT Di Kalangan Guru Pendidikan Islam
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran penting yang memberi penekanan kepada
pembentukan akhlak yang mulia. Namun, sehingga kini kemampuan mata pelajaran ini dalam
menjana akhlak mulia terus menjadi persoalan. Justeru itu, corak P&P Pendidikan Islam yang
sering dianggap mundur dilihat sebagai punca yang menjadi penyumbang kepada masalah ini.
Justeru itu, pendekatan yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) dalam
menyampaikan pengajaran mereka seharusnya lebih mampu untuk mendekatkan ilmu-ilmu
agama ini dengan jiwa pelajar. Untuk mewujudkan keadaan ini, pengkaji berpendapat bahawa
penggunaan ICT sebagai cara terbaik untuk menarik perhatian dan minat pelajar mempelajari
ilmu.Namun, permasalahan yang dapat dilihat pada hari ini ialah penggunaan ICT dalam
kalangan GPI tidak diaplikasikan. Kaedah chalk and talk menyebabkan pengajaran Pendidikan
Islam kelihatan lesu dan hambar.
Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang
penting dan sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia
memudahkan melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat
dilihat semakin melaus sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang
menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan
kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan
melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh
mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan
berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier.
Cadangan

penyelesaiannya

Di bawah kerangka behaviorisme ,Menurut Skinner (1974), dan kognitivisme, guru berperanan
sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan
sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif
pembelajaran tercapai. Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan
kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan

kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan


perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh
sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan
dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P,
model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid
sebagai

penerima

(Merill,

1996).

Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru pendidikan

islam

sebelum ianya dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang
sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam
penyediaan peralatan ICT. . Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru
daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai
bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan
hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran
berkomunikasi.Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil
dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan
memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan
ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan
implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.

3.1.4. Pernyataan Masalah :


Minat Dan Perspektif Murid Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam.
Kebanyakan murid berpandangan bahawa Pendidikan Islam hanyalah salah satu dari mata
pelajaran yang terdapat di sekolah. Bagi pelajar yang beragama Islam, mereka diwajibkan
untuk mengambil mata pelajaran ini. Ramai di antara mereka yang bersungguh-sungguh
menguasai mata pelajaran ini semata-mata untuk memperolehi A di dalam keputusan
peperiksaan. Sedangkan fungsi Pendidikan Islam jauh lebih besar daripada itu. (Che Noraini
Hashim, 2005)
Apabila sudah begitu perspektif murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam, mana
mungkin akan timbul minat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Jauh sekali untuk
menghayati pelajaran tersebut. Kesannya apabila tiba giliran mata pelajaran ini, murid-murid
tidak melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah. Hanya segelintir sahaja murid yang

mungkin memberikan tumpuan. Tetapi diganggu pula oleh murid-murid lain yang bising di dalam
kelas. Apabila situasi ini berlaku, pembelajaran yang kondusif di dalam kelas tidak dapat
diwujudkan.
Cadangan

penyelesaiannya

Jadi di sini, nampak bahawa guru perlu memainkan peranan yang penting. Guru perlu
menerangkan hakikat Pendidikan Islam di sekolah di mana ia mempunyai dua tujuan besar iaitu
untuk memberi pengetahuan agama Islam kepada pelajar sebagai satu pelajaran untuk tujuan
peperiksaan dan peranan paling besar ialah untuk membimbing murid sekolah agar menghayati
agama Islam untuk tujuan amalan dan penghayatan. Jadi, selain pelajar menguasai fakta-fakta
untuk tujuan peperiksaan, mereka juga harus dibimbing untuk mengamal dan menghayati
agama Islam. Tugas kedua ini adalah sesuatu yang tersirat dalam tugas guru Pendidikan Islam.
Ini harus disedari oleh semua guru Pendidikan Islam kerana tugas mereka tidak hanya terhad
kepada memberi pengetahuan agama sahaja sebagaimana yang digariskan dalam sukatan
pelajaran tetapi juga menanam minat dan cinta terhadap agama yang menjadi pegangan hidup
mereka. (Azman Wan Chik, 1987)
Namun persoalannya ialah berapa ramai guru yang menyedari hakikat ini? Adakah mereka
berusaha lebih daripada menyalurkan ilmu untuk tujuan peperiksaan sahaja? Adakah mereka
mampu menjadikan bilik darjah itu menarik dan murid-murid minat untuk mendalaminya?
3.1.5. Pernyataan Masalah :
Masalah Disiplin Dan Keruntuhan Akhlak Pelajar.
Namun akibat pengaruh dari barat, media massa dan sebagainya, kita dapat lihat betapa
runtuhnya akhlak dalam kalangan murid Islam pada masa kini. Rakan sebaya juga
mempengaruhi akhlak pelajar. Sebagai contohnya, pelajar yang mudah terpengaruh akan
mudah diajak untuk menimbulkan masalah disiplin samada di dalam bilik darjah atau di sekolah.
Contohnya menghisap rokok, meminum arak, menyalahgunakan dadah, merosakkan harta
benda sekolah, ponteng kelas, bersembunyi di dalam tandas dan sebagainya lagi. (Ibrahim
Mamat,1997) Pelajar-pelajar seperti inilah yang selalu menimbulkan masalah dan gangguan
apabila berada di dalam bilik darjah.
Untuk mewujudkan bilik darjah dan sekolah yang kondusif itu bukanlah suatu pekerjaan yang
mudah. Ada sesetengah sekolah dihadapkan dengan masalah disiplin dan keruntuhan akhlak

yang teruk dalam kalangan murid-muridnya. Menurut Zawawi Ahmad (1996), akhlak ialah suatu
menifestasi hidup yang luas yang mencakupi kegiatan menghubungkan manusia dengan Allah,
manusia dengan manusia dan manusia dengan semua makhluk Allah yang lain di dunia ini.
Akhlak manusia adalah sangat peka dan mudah berkesan dengan sebarang tingkah laku sama
ada baik ataupun buruk. Oleh yang demikian Rasulullah sering mengingatkan umatnya tentang
mustahaknya akhlak dibentuk dengan baik.
Cadangan

penyelesaiannya

Untuk mengatasi masalah ini guru Pendidikan Islam memerlukan bantuan dan kerjasama dari
pihak lain samada ibu bapa, guru-guru lain, pihak sekolah dan juga perhatian masyarakat.
Apabila semua turut memberikan perhatian terhadap masalah ini, sedikit sebanyak ia akan
mengurangkan masalah ini. Pihak sekolah sebagai contohnya perlu mengenakan tindakan
disiplin bagi murid-murid yang terlibat dengan masalah ini. Apabila pelajar-pelajar seperti ini
sudah dapat dikawal, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan
lebih kondusif.
Selain itu, guru Pendidikan Islam perlu mempelbagaikan kaedah yang digunakan untuk
membolehkan murid tertarik untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Islam ini. Antara kaedah
tersebut ialah kaedah perbandingan, kaedah soal jawab, kaedah perbincangan, kaedah
syarahan, kaedah hafalan, kaedah tulisan, kaedah pemahaman, kaedah ulangan, kaedah
permainan, kaedah amali dan demonstrasi, kaedah eksperimen, kaedah bercerita dan kaedah
pelaziman.(Ghazali Darussalam, 2004).
Kaedah dan teknik yang dipilih haruslah berdasarkan umur, kecerdasan, kebolehan dan minat
murid. Dalam hal ini pemilihan bahan pelajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan
teknik mengajar. ( Mok Soon Sang,1991) Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) merupakan
untuk memastikan murid menerima pengetahuan dan kemahiran yang diajar. Ia memberi
peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria,
iaitu deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran. Contoh alat bantu mengajar ialah
tayangan video,MP4, tayangan slide, kad manila, komputer, buku teks, buku rujukan, kertas
mahjong, kertas A4 dan lain-lain lagi. (Ahmad Mohd Salleh, 2004)
Penggunaan kepelbagaian teknik dan kaedah yang digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran serta dibantu dengan alat bantu mengajar membolehkan pelajar terlibat secara
aktif di dalam bilik darjah. Dari situ, pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Azman Wan

Chik (1987) mengesyorkan guru agar berusaha untuk menjadikan bilik darjah Pendidikan Islam
sebagai satu medan yang indah dan menarik sehingga murid di dalamnya tidak ingin keluar dan
murid yang di luar berebut-rebut untuk masuk ke dalam.
3.2. Masalah guru pendidikan islam dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif
selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
3.2.1 Masalah:
Budaya dan pengurusan sekolah
Kebanyakan sekolah pada hari ini lebih menumpukan kepada aspek kecemerlangan akademik
seperti mengadakan program motivasi, bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan dan
seumpamanya.

Aktiviti-aktiviti

bercorak

pemupukan

nilai

kurang

mendapat

sambutan.Contohnya aktiviti gotong royong, ceramah-ceramah kerohanian dan sebagainya


lagi. (Shahril Marzuki & Habib Mat Som, 1999). Hal-hal berkaitan program-program sekolah dan
sebagainya ini berkait
Cadangan

rapat dengan sistem pengurusan dan pentadbiran

penyelesaiannya

sekolah.

Pihak pengurusan hendaklah mempunyai misi dan wawasan yang jelas berlandaskan budaya,
nilai agama dan akhlak yang didokong oleh warga sekolah. Kurikulum dirangka dan
dilaksanakan harus memberi kepada peneguhan ilmu tentang akidah dan akhlak samada dalam
buku teks, pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti dalam bilik darjah dan sekolah. Aspek
agama dan nilai perlu ditekankan merentasi kurikulum dan kesepaduan ilmu wahyu dan ilmu
sains tabii dan sains kemanusiaan. Kegiatan ko-kurikulum juga harus menyokong pemupukan
aqidah dan akhlak di samping menyediakan ruang untuk penambahan pengalaman ilmiah,
disiplin dan tanggungjawab kepemimpinan. Sewajarnya pihak pengurusan menyediakan
prasarana untuk melaksanakan aktiviti ko-kurikulum berbentuk ibadah seperti berkhemah dan
bertamrin hujung minggu di sekolah,di luar dan sebagainya.
Pihak pengurusan sekolah juga hendaklah berusaha mewujudkan budaya sekolah yang
menghidupkan nlai-nilai aqidah dan akhlak supaya pelajar berasa selamat, sentiasa ingin
berbakti dan berusaha untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih tinggi iaitu
mencari keredhaan Allah bukan hanya untuk menggembirakan warga sekolah, ibu bapa dan
guru. Sebahagian dari budaya ini adalah sifat muraqabah iaitu merasa Allah sentiasa

memerhati mereka dan muhasah iaitu Allah akan menghitung perbuatan mereka untuk
dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya jika setiap warga sekolah bermula dari pengetua, guru,
kakitangan sokongan sehingga kepada pelajar menghayati nila-nilai akhlak ini, sudah tentu
sekolah yang kondusif berdasarkan nilai-nilai Islam ini dapat diwujudkan. ( Jabatan Pendidikan
Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia,1999).

3.2.2. Pernyataan Masalah:


Ketidakselarasan pendidikan ibu bapa di rumah dengan pendidikan di

sekolah.

Situasi ini akan berlaku apabila guru Pendidikan Islam mengajar sesuatu yang tidak menjadi
suatu amalan di dalam keluarga murid tersebut. Misalannya, murid diajar tentang kewajipan
menunaikan solat walau di mana sahaja berada. Tetapi apabila pulang ke rumah, dia melihat
ibu bapanya tidak menunaikan solat. Maka pengaruh ibu bapanya akan melebihi ajaran guru di
dalam bilik darjah. Tambahan pula jika guru tersebut tidak mempunyai kualiti dan daya sebagai
seorang

pendakwah

yang

berkesan.

(Azman

Wan

Chik,

1987)

Contoh yang lain ialah di sekolah, guru mengajar berkaitan budi pekerti, atau adab pergaulan
dan akhlak yang baik. Umpamanya bercakap dengan menggunakan suara yang lemah lembut,
mesra dan saling hormat menghormati, menunaikan suruhan Allah dan nilai-nilai murni yang
lain. Namun, lain pula suasana yang wujud di dalam keluarga atau masyarakat pelajar tersebut.
Cadangan

penyelesaiannya

Dalam menghadapi cabaran di atas, di awal pembelajaran lagi, guru Pendidikan Islam
menjelaskan apakah pendidikan Islam, tujuan dan matlamat Pendidikan Islam dan kesan
sekiranya tidak mempraktikkan apa yang dipelajari. Guru juga perlu bersungguh-sungguh
memikirkan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk memberi kefahaman yang
benar-benar boleh meyakinkan murid bahawa apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas
itu adalah benar untuk mengelakkan mereka terpengaruh dengan ibu bapa yang tidak
menunaikan ajaran Islam.
Pertemuan antara guru dan ibu bapa boleh diaturkan melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru.
Melalui pertemuan tersebut,guru Pendidikan Islam perlulah memainkan peranan menyelitkan
unsur-unsur Pendidikan Islam dan memberi kesedaran peri pentingnya ibu bapa berpegang
dengan ajaran Islam serta kepentingan ibu bapa menyelaraskan pendidikan tidak formal di
rumah dengan pendidikan formal di sekolah. Tugas guru bukanlah beralih kepada seratus

peratus mengubah masyarakat pula, tetapi usaha semua itu penting demi mencapai tujuan
Pendidikan Islam di sekolah agar pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah dan sekolah
secara Islam dapat diwujudkan.
3.2.3. Pernyataan Masalah :
Ketidakselarasan pendidikan masyarakat dengan pendidikan di sekolah.
Menurut Atan Long (1983), kepentingan guru tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan tiaptiap ahli masyarakat di dalam zaman moden ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru
dan proses pendidikan yang lain. Walaupun pendidikan lain yang berupa pendidikan tidak
formal itu penting, tetapi oleh kerana pendidikan formal yang disampaikan di sekolah
merupakan pendidikan yang bersistem, maka masyarakat lebih menumpukan harapan kepada
pendidikan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah. Namun, di dalam banyak hal tidak
terdapat keselarasan di antara apa yang dikemukakan di sekolah dengan apa yang diamalkan
di dalam masyarakat.
Contohnya guru mengajar tentang haramnya judi, tetapi murid melihat judi berleluasa di dalam
masyarakat. Maka, konflik akan timbul dalam diri mereka. Hal ini akan menyebabkan kurangnya
kepercayaan mereka terhadap apa yang disampaikan oleh guru di sekolah terutama bagi
murid-murid yang masih mentah. (Azman Wan Chik, 1987). Inilah yang dikatakan cabaran
kepada guru Pendidikan Islam.
3.2.4. Pernyataan Masalah :
Kekurangan Infrastruktur Dan Prasarana Yang Lengkap.
Sesetengah sekolah khususnya yang terletak di kawasan pedalaman, masih kekurangan
infrastruktur dan prasarana yang lengkap. Semua ini akan menyukarkan guru Pendidikan Islam
untuk mewujudkan suasana sekolah yang Islamik. Contohnya tiada kemudahan surau.
Cara penyelesaiannya :
Menurut Razali Ismail (1992), kemudahan dan infrastruktur pendidikan guru perlu disediakan
dengan secukupnya. Antaranya kemudahan pusat sumber, pusat penyuburan ilmu, makmal
teknologi dan vokesyenal, makmal komputer, bahan rujukan, bilik kuliah, bilik pengajaran mikro,

asrama, gimnasium, dewan perhimpunan, perabot, peralatan rekreasi, kenderaan dan staf
sokongan.
Mengikut Mohd Yusuf Ahmad (2004), surau sekolah adalah untuk pelajar-pelajar melakukan
praktikal ibadat serta kegiatan lain termasuk solat berjemaah, tilawah al-Quran, tazkirah dan
lain-lain. Pihak sekolah bertanggungjawab mendirikan surau di sekolah masing-masing. Ini
semua adalah untuk memantapkan Pendidikan Islam yang telah diberikan dalam bilik darjah
dan juga untuk menghidupkan amalan dan penghayatan Islam secara yang lebih berkesan.
Namun bagi guru Pendidikan Islam yang kreatif, sementara menunggu proses pembinaan
surau dibuat, mana-mana bilik darjah yang tidak digunakan, boleh diganti sebagai surau.

Anda mungkin juga menyukai