Anda di halaman 1dari 3

MALARVILI A/P JAGANATHAN

Tujuan program penanda arasan berpusatkan kelas Pengajian Tamil, Bina Insan
Guru Fasa 5 ke SJK(T) Tun Sambanthan, Ladang Bukit Lembu, Sungai Petani untuk
memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandaarasan.
Program ini dilaksanakan bagi memenuhi kehendak Jadual 3 WAJ 3143.
SEBELUM
Apabila pensyarah kami memberitahu yang kami harus mengadakan satu
lawatan Benchmarking ke Sekolah Cemerlang, kami berasa tidak mempunyai
kesabaran untuk mengikuti lawatan tersebut. Ketua kelas telah memilih AJK atasan dan
bagi tugas-tugas yang lain untuk melicinkan setiap perancangan. Cik Kalai Selvi adalah
pengarah projek bagi lawatan ini manakala Cik Sanggitha adalah setiausahanya.
Mereka berdua telah menjalankan kewajipannya dengan tanggungjawab dan
sempurna. Setiausaha bersama pengarah projek telah membuat kertas kerja untuk
mendapat kelulusan daripada IPG. Kelulusan adalah untuk mendapat pengangkutan
dari IPG ke sekolah itu. Kertas kerja yang dibuat oleh setiausaha telah diluluskan oleh
pengarah IPG.
Selepas itu, AJK aktiviti telah membahagikan pelajar guru kepada empat
kumpulan dan diberi tugasan kepada setiap kumpulan. Tugasan adalah ciri-ciri
kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah dan infrastruktur kurikulum. Semua ahli
kumpulan telah menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk yang
diberi. Dengan soalan-soalan itu, pelajar guru akan melakukan perbincangan semasa
berjumpa pihak sekolah tersebut. Selain itu, AJK pengangkutan telah memohon untuk
coaster dan mendapat kelulusannya. Manakala makanan pun telah disediakan oleh
AJK makanan kepada pelajar guru dan pensyarah kami.
SEMASA
Pada hari itu, kami telah bertolak dari IPG pada pukul 7.30 pagi dan sampai di
sekolah itu pada masa 8.30pagi. Semasa perjalanan, kami tertunggu-tunggu untuk nak
sampai ke sekolah. Penungguan kami agak lama dan akhirnya kami sampai sekolah
itu. Penolong kanan dan guru-guru sekolah itu mengalu-alukan kedatangan kami.

MALARVILI A/P JAGANATHAN


Muka-muka guru sekolah itu agak ceria sungguh dengan kedatangan kami. Pihak
sekolah tenlah menyediakan tempat untuk kami di bilik mesyuarat.
Pihak sekolah telah membuat persediaan yang baik khas bagi kami seperti
maklumat sekolah dengan menggunakan slide, sarapan pagi kepada kami dan
sebagainya. Kami telah mengimbas kembali masa kami yang bertugas di sekolah.
Penolong kanan sekolah itu telah memberi taklimat kepada kami dan memberitahu visi
misi sekolah itu, barulah beliau telah mengatakan sekolah itu menuju ke arah 21. Kami
terkejut apabila mendengar isu tersebut. Kami sangat gembira dapat melawat satu
sekolah yang begitu hebat.
Selepas taklimat itu, kami dibawa untuk melawat sekolah itu. Barulah kami
tengok sudut-sudut khas yang disediakan bagi murid sekolah itu. Kami teringin-ingin
untuk mendapat bertugas di sekolah itu ataupun dapat membuat praktikum di sekolah
itu. Kami telah masuk kelas dan berjumpa dan memberi salam kepada semua murid.
Murid sekolah itu mempunyai kebakatan yang tinggi. Setiap murid mempunyai
kebakatan yang berbeza. Kami dapat melawat makmal sains, perpustakaan sekolah itu
dan sebagainya.
Kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan telah menemu bual pihak yang
berkaitan. Mereka dapat memberi maklumat yang tepat dan padat. Kami begitu
menghargai layanan yang telah diberi oleh mereka. Selepas itu, kami telah membawa
untuk sarapan pagi. Hidangan mereka yang sangat baik dan kami berasa masib kami
yang baik untuk membuat lawatan ke satu sekolah yang mempunyai pengurusan yang
baik, pencapaian yang tinggi dan sebagainya.
Kami telah mengambil gambar bersama-sama dengan guru sekolah itu. Lebih
kurang 1 tengah hari kami telah bertolak dari sekolah itu dan sampai ke IPG pada pukul
2 petang. Satu perkara yang amat menarik minat saya adalah penolong kanan bersama
guru sekolah itu menjadi rapat dengan kami dan hantar kami sehingga naik bus.
Walaupun kami dah keluar dari sekolah itu, bibir kami tak henti-henti percakapan
tentang sekolah itu. Kami berasa amat gembira. Kalau dapat peluang yang kedua, kami
akan pergi lagi sekali untuk melawat sekolah tersebut.

MALARVILI A/P JAGANATHAN

SELEPAS
Walaupun kami dah balik dari sekolah itu, kami tak berhenti cakap tentang
kebaikan sekolah itu. Kami telah berkongsi maklumat yang diperolehi dari sekolah itu
dengan rakan sekelas kami. Setiap kumpulan telah berkongsi maklumat yang didapati
dalam kelasnya. Dengan memperolehi maklumat sekolah, kami telah membuat satu
laporan yang lengkap, reflektif kendiri dan refleksi SWOT. Ia akan membantu kami
untuk meningkatkan taraf profesionalisme kami apabila bermula bekerja di sekolah.
Saya juga akan memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim kami
melalui penglibatan dalam aktiviti atau acara yang berlaku di sekolah nanti. Saya juga
akan menyemai nilai-nilai murni yang terdapat melalui lawatan sekolah ini. Lawatan ini
telah memberi manfaat kepada kami dan dapat membantu dalam menghadapi cabaran
pengurusan dan pentadbiran yang kian mencabar pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai