Anda di halaman 1dari 35

Perkembangan

Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan
detik bersejarah kelahiran satu tamadun baru yang telah merubah sejarah dunia. Tamadun ini
bukan sahaja telah berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat Arab Pra-Islam yang
bertuankan nafsu dan kejahiliyahan kepada cara hidup baru yang bertunjangkan akhlak dan
peradaban tinggi malah ia juga turut merubah geo-politik dunia.
Dengan asuhan dan bimbingan Rasulullah s.a.w. dan kemudiannya diteruskan oleh para sahabat
(r.a), penduduk Tanah Arab yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan berjaya
disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwwah Islamiyah. Mereka muncul sebagai satu umat
yang berakhlak, berketerampilan dan sedia berkorban demi Islam. Dalam tempoh waktu yang
singkat, kuasa besar Rom dan Parsi yang dulunya memandang remeh terhadap bangsa Arab kini
terpaksa tunduk kepada kekuasaan Islam. Oleh itu dari abad ke 7 hingga ke 18 Masihi, dunia
telah didominasi dan dicorak oleh tamadun Islam. Dalam jangka masa tersebut khususnya pada
abad ke 9 hingga ke 13 Masihi, sejarah telah merakamkan bagaimana tamadun Islam telah
melahirkan ramai sarjana ulung dalam berbagai ilmu pengetahuan.
Pada waktu itu kemajuan ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu yang lain yang dimiliki oleh
dunia Islam tiada dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara. Di setiap ibu kota
pemerintahan Islam khususnya Baghdad (di Asia), Cordova (di Eropah) dan Iskandariah (di
Afrika), kegiatan keilmuan dan kebudayaan berlaku dengan bersemarak serta disertai segenap
lapisan masyarakat. Ramai sarjana dan pelajar dari negara luar khususnya daripada negaranegara Kristian Eropah datang untuk mempelajari serta mendalami berbagai bidang dan cabang
ilmu pengetahuan.
Di sepanjang sejarah kegemilangan tamadun Islam, para sarjana Muslim dan sarjana non-Muslim
yang bernaung di bawah pemerintahan Islam telah berjaya membuat kemajuan dan pencapaian
dalam bidang ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Mereka telah menempa satu sejarah
tamadun kemanusiaan yang amat mengkagumkan meliputi aspek politik, sosial dan ekonomi.

1.Zaman Rasulullah s.a.w.

Sejarah pertumbuhan dan perkembangan tamadun Islam adalah bermula pada zaman Rasulullah
s.a.w. Zaman Rasulullah terbahagi kepada dua period iaitu period Makkah dan period Madinah.
Kedua-dua zaman ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari aspek pertumbuhannya.
Period Makkah merupakan zaman asas dalam pembentukan tamadun Islam yang memberi
penekanan kepada aspek spiritual, mental dan akhlak masyarakat. Period Madinah pula adalah
zaman untuk membina komuniti dan negara yang baik serta mendapat keampunan Tuhan.
a. Makkah
Penumpuan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. di Makkah adalah lebih bersifat penyediaan
kader-kader yang mantap dan kuat dalam menghadapi kejahatan puak-puak ekstrimis kuffar dan
musyrikin (kerana tidak membenarkan kebebasan melaksanakan ajaran Islam atau dakwah yang
diperintahkan oleh Allah). Malah mereka bertindak kejam ke atas kaum Muslimin yang ketika itu
sangat sedikit bilangannya. 13 tahun adalah masa-masa kritikal dan menyiksakan bagi orang
Islam. Penghijraan yang berlaku ke Habsyah dan Taif tidak banyak memberi ruang dan kejayaan
kepada orang Islam. Mereka menderita dengan pelbagai bentuk siksaan dan ancaman tetapi tetap
tabah dan yakin dengan akidah yang baru dianuti. Mereka adalah generasi awal yang kental dan
unggul yang dididik oleh Rasulullah s.a.w.
b. Madinah
Penghijrahan ke Madinah mencanangkan beberapa perubahan kepada orang Islam ke arah yang
lebih maju dan berjaya dalam segala bidang kehidupan berasaskan prinsip keimanan. Hijrah turut
menandakan bermulanya era pelaksanaan syariat samawi secara menyeluruh mencakupi sosial,
politik, agama dan lain-lain. Setelah menjejaki bumi Madinah, Rasulullah s.a.w. telah
melaksanakan langkah-langkah berikut:

i. Sosial

Sebagai seorang Rasul dan pemimpin kepada bangsa Arab, Nabi Muhammad s.a.w. berjaya
menyusun dan mengatur stratifikasi sosial masyarakat Arab dari negatif kepada positif.
Penyatuan yang selama ini tidak pernah wujud dalam kamus kehidupan bangsa Arab telah
menjadi kenyataan dengan kedatangan Rasulullah s.a.w. Malah kehidupan mereka menjadi
lebih aman dan tenteram. Contohnya, usaha mempersaudarakan di antara golongan Ansar dan
Muhajirin sehingga masing-masing sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentingan bersama.
Taraf wanita juga dimartabatkan apabila mereka dibolehkan menerima harta pesaka kerana
sebelum ini mereka tidak punya apa-apa hak.
Rasulullah s.a.w. telah memberi fungsi kepada institusi masjid sebagai pusat ibadat khusus
sekaligus sebagai markaz, madrasah dan parlimen. Rasulullah menyusun segala aktiviti harian
yang berbentuk sebaran, maklumat, arahan dan sebagainya melalui masjid. Ia juga berperanan
sebagai tempat menerima tetamu, tempat musafir bermalam dan menyelesaikan masalah
ketenteraan serta kehakiman.
ii. Politik
Menurut catitan Ibnu Hisyam, Sahifah al-Madinah atau Piagam Madinah diasaskan selepas
terbinanya Masjid Nabawi. Piagam ini mengandungi perjanjian di antara orang-orang Muhajirin
dan Ansar serta seluruh penduduk Madinah yang berbilang kaum seperti Aus, Khazraj serta
kaum Yahudi, Bani Quraizah, Bani Qainuqa dan Bani al-Nadir.
Termetrainya perjanjian ini bermakna Rasulullah s.a.w. berjaya mengasas dan memantapkan
kedudukan politik umat Islam di Madinah. Dalam masa yang sama baginda telah berjaya
mewujudkan satu masyarakat baru dikenali sebagai Ummah, serta merubah sama sekali
prinsip suku bangsa yang selama ini melahirkan ketegangan kaum yang berpanjangan. Kejayaan
Rasulullah dalam bidang ini telah membawa keharmonian kepada penduduk kota Madinah.
Sebarang aktiviti yang tidak sihat, kebangkitan Yahudi dan munafik di Madinah dapat
dibendung. Sebarang pihak yang melanggar perjanjian akan dihukum.

iii. Ekonomi

Rasulullah s.a.w. telah mengemaskinikan pungutan zakat, cukai ghanimah, fai dan kharaj.
Golongan Yahudi adalah kapitalis yang menguasai ekonomi Madinah ketika itu. Mereka
mengaut keuntungan tanpa perhitungan moral. Justeru itu Rasulullah memberi galakan kepada
orang Islam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi memecah monopoli yang
selama ini dilakukan oleh orang Yahudi. Dengan cara ini masyarakat Islam dapat memecah
jaringan kewangan golongan Yahudi yang memerangkap orang-orang miskin dengan memberi
pinjaman atas kadar faedah yang tinggi. Rasulullah s.a.w. juga memberi perhatian kepada bidang
penternakan dan pertanian.
Ringkasnya, pembentukan kerajaan Islam di Madinah melambangkan Islam dapat dipraktikkan
dalam kehidupan harian secara menyeluruh. Tamadun Islam yang dibina oleh Nabi s.a.w. di
Madinah menjadi titik tolak kepada kejayaan pemerintah Islam seterusnya. Sesungguhnya
kesabaran, kebijaksanaan dan kemurniaan akhlak yang dimiliki oleh Nabi merupakan kunci
kejayaan pembentukan tamadun Islam.
Sebagai satu peringatan dan panduan hidup dalam kehidupan, Nabi dalam khutbah haji terakhir
baginda berpesan kepada umat Islam bahawa baginda telah meninggalkan pesaka yang tidak
akan menjadikan mereka sesat iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Baginda juga berpesan kepada
lelaki supaya menjaga amanah khususnya mengenai wanita.

1.1 Zaman Khulafa al-Rasyidin (632-661 M)


Tugas membina dan memperkuatkan lagi umat Islam telah diteruskan oleh generasi pelapis
sahabat-sahabat terpilih seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar Bin al-Khattab, Uthman Bin Affan
dan Ali Bin Abu Talib yang dilantik sebagai khalifah. Khalifah bererti pengganti yang
melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang sebelumnya dilakukan oleh
Nabi s.a.w. Perlantikan Abu Bakar al-Siddiq (632-634 M / 11-13 H) sebagai khalifah di baiah
oleh kira-kira 3000 orang yang berada di Masjid Nabawii. Dalam masa pemerintahannya, beliau
terpaksa berdepan dengan golongan yang enggan mengeluarkan zakat dan nabi-nabi palsu.
Beliau juga menghantar tentera diketuai Khalid bin Al-Walid untuk melindungi orang Islam dari
ancaman Rom dan Parsi, dan telah menerima pandangan Saidina Umar al-Khattab supaya

mengumpulkan al-Quran setelah ramai penghafaz al-Quran mati syahid dalam perang (Perang
Yamamah).

Umar al-Khattab (634-644M/13-23H) dilantik menjadi khalifah dengan persetujuan seluruh


kaum muslimin dengan gelaranAmir al-Mukminin. Dalam masa 10 tahun pemerintahannya
beliau berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam semua dasar-dasarnya. Di antarakemajuan
yang telahdibuatolehbeliauialah;

Pendidikan. Menubuhkan kuttab, penekanan kepada membaca, menulis, menghafal al-

Quran, praktikal amalan ibadat dan latihan fizikal.

Politik. Perluasan wilayah meliputi Afrika Utara, Asia Minor dan

Khurasan. Melantikgabenorpadawilayah-wilayah yang ditadbir.

Menubuhkan dewan iaitu Jabatan. Antaranya Jabatan Tentera, Jabatan Ganjaran dan

Pengagihan, Jabatan Cukai dan Jabatan


Polis. Beliautelahmemberi perhatian serius kepadajabatantenterasepertirumahrumahuntuktentera, gaji, elaundan lain-lain.

Sosial. Pungutancukai yang

sistematikdapatmembantubeliaumenyediakanpelbagaikemudahanasaskepadarakyatsepertijalanra
yadansebagainya.
Uthman Bin Affanr.a (644-656M/23-35H) mentadbir hamper kesemuamengikutapa yang
ditinggalkanolehkhalifahterdahulu. Aktiviti yang paling menonjol dapat dilihat ialah penulisan
al-Quran yang lebih sistematik. Sebanyak 6 salinan dibuat. Ini adalah sumbangan paling
berharga dari beliau yang kekal hingga kini.
Ali Bin Abi Talib k.w. (656-661M/35-40H). Beliau juga telah meneruskan pentadbiran seperti
khalifah sebelumnya. Dalam masa pemerintahannya ,beliau telah berdepan dengan pemberontak
yang menuntut beliau menghukum mereka yang terlibat dengan pembunuhan Uthman Bin Affan
r.a.

Dari penjelasan di atas, dapat dilihat tamadun yang dibangunkan oleh Rasulullah dan diteruskan
oleh Khulafa al-Rasyidin merupakan tamadun terunggul dengan model dan praktikalnya adalah
yang terbaik.

1.2

KerajaanBaniUmaiyah (661-743M)

PemerintahanBaniUmaiyah yang diasaskanolehMuawiyah Bin Abu


Sufianberikutanpenyerahankuasaoleh Hassan Bin Ali kepadaMuawiyah. Pemerintahan ini
berpusat di Damsyik. Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam politik dapat dilihat dalam
sistem pemerintahan dan pentadbiran. Terdapatempataspekutamadalam system
pentadbiranBaniUmaiyah.

Sistem Khalifah iaitu perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah.

Sistem Wazarah iaitu perlantikan menteri untuk mengetuai sistem pentadbiran negara bagi

kerajaan pusat sementara gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah.

Sistem urussetia. Beberapa orang pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan rekod,

menguruskan surat-menyurat dan sebagainya.

sistem hijabah (penyekatan). Seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu

menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.

Dalam bidang sosial, ilmu pengetahuan semakin bertambah maju dan Kota Basrah dikenali
sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Kegiatan keilmuan ini melahirkan ilmuan seperti
Khalil Bin Ahmad (pakar bahasa dan filsologi Arab) dan sibawaiyh (ahli nahu Arab). Pada masa
ini bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Taraf
kesihatan turut diberi perhatian dengan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah
al-Walid Bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Khalifah Umar Bin Abdul
Aziz.

Kejayaan dalam pelbagai bidang itu telah menunjukkan kebijaksanaan pihak pemerintahan Bani
Umaiyah dalam merancang, melaksanakan pembaharuan dan menyelaraskan pentadbiran
kerajaannya. Akan tetapi pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, penentangan berlaku
dari dalam dan luar negara. Pada masa yang sama, khalifah telah mengabaikan tanggungjawab
mereka terhadap rakyat di samping mengabaikan ajaran Islam. Pemilihan khalifah mengikut
sistem warisan yang diamalkan itu juga ditentang oleh sebilangan orang Islam khasnya golongan
Syiah dan Khawarij. Faktor-faktor di atas telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani
Umaiyah.

1.3 Kerajaan Bani Abbasiyah (750-1258M)


Zaman kegemilangan kerajaan ini adalah pada abad ke-9 Masihi semasa pemerintahan Khalifah
Harun al-Rasyid (786-809M) dan puteranya al-Makmun (813-833M). Pada masa itu kota
Baghdad (pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah) telah memainkan peranan sebagai pusat
intelektual dan penyebaran ilmu. Perkembangan keilmuan itu telah berlaku melalui penulisan
dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab. Di Baghdad telah dibina Baitul
Hikmah iaitu sebuah institusi keilmuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid dan hanya
berkembang luas pada zaman pemerintahan al-Makmun.
Para ulama juga turut menghasilkan tulisan dalam bidang fiqh, tafsir, sejarah dan lain-lain. Di
antara ulama terkenal pada era ini ialah Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafii dan
Imam Ahmad bin Hanbal. Pada masa ini orang Islam memainkan peranan besar kepada
peradaban dunia. Mereka telah memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah
menerima hasil penulisan itu pada masa Eropah dilanda oleh Zaman Kegelapan iaitu pada ketika
masyarakat mereka kurang menghargai ilmu pengetahuan.
Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifah menjadi lemah dan
kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki.
Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258M apabila ibu kotanya ditawan oleh tentera Monggol di
bawah pimpinan Hulagu Khan.

1.4 Kerajaan Islam di Afrika


Umat Islam dan tamadunnya menguasai dunia selama lebih satu alaf. Selama tempoh masa itu
tamadun Islam telah mewarnai tamadun dunia dan elemen tamadun Islam tersebar luas ke
serata dunia khususnya ke utara benua Afrika dan ke Eropah. Penyebaran tamadun Islam itu
khususnya khazanah ilmu pengetahuannya terjadi di dalam berbagai bentuk dan cara. Afrika
Utara mengalami proses Islamisasi dan menjadi sebahagian dunia Islam sehingga kini. Beberapa
bandar penting di Afrika Utara seperti Kaherah dan Iskandariah di Mesir, Fez dan Tangiers di
Morocco lahir sebagai pusat perkembangan tamadun Islam di dalam jangka masa tertentu
khususnya pada zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyah.
Ringkasnya, Islam telah mengurniakan kepada dunia satu pengertian sebenar kepada apa yang
disebut sebagai tamadun. Umat Islam dari Tamadun Islam yang diterima mereka telah mencipta
dan mewujudkan tamadunnya sendiri iaitu satu tamadun yang teragung dengan segala
kepelbagaian pencapaian dan kegemilangannya yang lahir dalam kesatuan. Sejarah
perkembangan tamadun Islam yang bermula pada zaman Rasulullah dan mencapai tahap yang
paling ideal di zaman khulafa al-Rasyidin. Model dan praktikalnya masih tidak dapat ditandingi
hingga ke hari ini.
Sekalipun dikatakan bahawa kegemilangan Tamadun Islam berada di puncak pada zaman
pemerintahan Abbasiyah di Baghdad terutama dalam aspek ilmu pengetahuan sehingga berjaya
menggarap segala sumber kekayaan untuk kepentingan duniawi, namun Islam melihat kekayaan
dan kemewahan duniawi sebagai sebab kepada berlakunya keruntuhan tamadun sekiranya aspek
kerohanian yang mengingatkan manusia kepada alam akhirat kian terhakis, lebih-lebih lagi
dipinggirkan ketika pembangunan manusia sedang rancak berjalan. Malah tidak dapat dinafikan
dalam zaman-zaman kegemilangan ilmu pengetahuan, masyarakat Islam menghadapi krisis demi
krisis sehingga berlaku perpecahan hingga akhirnya saat keruntuhan tidak dapat dielakkan lagi.

2. Sumbangan Tamadun Islam Andalusia/Sepanyol Kepada Eropah


2.1. Pembukaan Andalusia
Andalusia atau dikenali juga sebagai al-Andalus atau Sepanyol adalah istilah yang diberikan oleh
ahli geografi Islam abad pertengahan. Ia merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di
Semenanjung Iberia yang meliputi negeri Portugal dan Sepanyol moden. Sebenarnya asal-usul
nama Andalusia tidak diketahui secara tepat tetapi mungkin diambil daripada perkataan
Vandalusia yang bererti Tanah Vandal iaitu satu suku bangsa Eropah yang mendiami rantau
tersebut sekitar abad ke 5 Masihi. (Encylopedia Brittanica 1969: 889).

Suku kaum Eropah dan Barbar telah mendiami negeri itu sejak dari zaman awal lagi menurut
catatan sejarah. Manakala Orang Phonecia dicatatkan telah menubuhkan sebuah kerajaan mereka
di Andalusia pada awal kurun ke-10 sebelum Masihi. Seterusnya pada kurun pertama Masihi
datang pula orang Romawi dan diikuti oleh suku kaum Visigoth yang menerajui politik
Andalusia sehingga tahun 92H/711M. (Chejne 1974: 3-4).

Keadaan social, ekonomi dan politik Andalusia terutamanya ketika di bawah pemerintahan
Visigoth amat buruk. Kesan daripada pentadbiran yang tidak teratur, perasaan tidak puas hati
daripada rakyat golongan bawahan dan keadaan yang mengecewakan telah meletakkan negara
dalam keadaan porak peranda. Andalus melalui zaman keruntuhan yang tidak mungkin dapat lagi
dibendung oleh pemerintah-pemerintah Visigoth. Kesemua ini merupakan faktor kepada
keruntuhan kerajaan Visigoth di Andalus. Ini terbukti apabila kerajaan Visigoth dikalahkan oleh
tentera-tentera Islam yang hanya berjumlah 12,000 orang dengan mudah pada 92H/711M.

Misi kejayaan ini dibawa oleh Musa Bin Nusair, Gabenor Islam di Utara Afrika yang telah
mengutuskan Tarif Bin Malik dan telah berjaya menawan Algeciras. Berikutnya beliau
mengutuskan Tariq Bin Ziyad yang telah berjaya menawan keseluruhan bumi Andalus.

Setelah Islam bertapak di Andalus, orang Yahudi dari Timur mulai mencurah masuk. Cordova
menjadi tumpuan utama mereka kerana ia merupakan pusat kegiatan ekonomi, politik, sosial dan
yang paling ketara dalam aspek ilmu pengetahuan. Dalam jangka waktu yang singkat sahaja
agama Islam telah tersebar luas di kalangan penduduk tempatan Andalus. Ini mungkin
disebabkan sikap toleransi Islam sendiri terhadap penganut Kristian. Mereka tidak dipaksa
memeluk agama Islam tetapi hanya perlu membayar cukai jizyah mengikut kadar kemampuan
mereka.

Sikap toleransi pemerintah Islam serta interaksi di antara orang Islam dengan orang Kristian
mengakibatkan berlakunya asimilasi penganut Kristian Andalusia dengan budaya Arab/Islam.
Contohnya ramai orang Kristian menukar nama mereka mengikut nama orang Arab, meniru cara
hidup lahiriah orang Islam seperti berkhatan, meniru resipi masakan, bentuk pakaian dan
sebagainya. Di samping itu, penggunaan istilah-istilah Arab telah menjadi kebiasaan kepada
mereka dan pengajian bahasa Arab mengambilalih pengajian bahasa Latin. (Arnold 1913: 136).

Ringkasnya, kehadiran Islam telah mengubah corak dan sistem masyarakat Andalusia sekaligus
melemahkan penguasaan bahasa Latin di kalangan masyarakat tempatan sehingga memaksa ahli
agama Kristian menterjemahkan buku-buku agama Kristian ke bahasa Arab.

2.2 Faktor-faktor Perkembangan Keilmuan di Andalusia


Andalusia sering juga disebut Andalus pada suatu ketika dahulu (awal abad ke 8 Masihi sehingga
penghujung abad ke 5 Masihi) telah berjaya meletakkan taraf umum kebudayaan masyarakatnya
pada tahap yang paling tinggi sehingga hampir kesemua penduduknya mengenal huruf. Pada
waktu yang sama masyarakat Kristian Eropah yang berjiran dengan Andalusia masih lagi berada
di Zaman Kegelapan (Dark Ages).

Terdapat beberapa faktor yang membantu suasana perkembangan keilmuan di Andalus, di antara
yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:

i. Gesaan Agama Islam


Islam menegaskan umatnya untuk mengambil berat terhadap kemajuan ilmu pengetahuan.
Melalui al-Quran dan al-Sunnah, umat Islam digesa supaya berusaha menambah ilmu
pengetahuan yang sedia ada dengan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh
Allah. Umat Islam wajib mempelajari semua bidang ilmu yang berkait dengan keperluan dan
kepentingan mesyarakat Islam. Tanpa penguasaan yang sewajarnya terhadap ilmu-ilmu tersebut
tidak akan memungkinkan umat Islam mencapai kestabilan dan keselesaan dalam kehidupan
sebagai individu, masyarakat dan negara.

Kehadiran Islam di Andalus telah mencetuskan suasana keilmuan. Ramai kalangan umat Islam
yang berhijrah ke Andalus memainkan peranan penting dalam bidang perkembangan intelektual.
Andalus berjaya menghasilkan ramai cendikiawan dan muncul sebagai sebuah obor yang
menyinari Eropah yang berada dalam kegelapan itu. Sejarah mencatatkan bahawa di bawah
pemerintahan dan pentadbiran Islam hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf. Malah
umat Islam dan masyarakat Andalus sama-sama bergabung tenaga dan terus mengorak langkah
ke arah kemajuan hidup yang lebih menyeluruh mencakupi seluruh dimensi spritual, fizikal dan
intelektual.

ii. Galakan Pemerintah


Pemerintah-pemerintah Islam di Andalus mengambil berat dalam perkembangan dan kemajuan
kegiatan intelektual dalam berbagai bidang. Mereka berusaha menjemput dan mengumpulkan
para cendikiawan dari seluruh dunia untuk menampung keperluan institusi keilmuan yang
didirikan dihampir setiap bandar di Andalus. (Ahmad Amin 1969: 15).
Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman II (822-852 M), banyak perubahan dan kemajuan telah
dilakukan dan beliau dianggap sebagai penaung dan pengembang kegiatan kesenian dan

kebudayaan di Andalus. Beliau juga telah mendirikan banyak institusi pengajian di setiap kota di
Andalus dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat umum. Sarjanasarjana daripada luar dibawa masuk untuk mengajar di institusi-institusi tersebut dan kesan
daripada usaha beliau itu pendidikan Arab telah berkembang pesat di seluruh Andalus. (Irving
1973: 140).

Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III (912-961 M) Andalus mula mencapai ke puncak
keagungan dan kecemerlangannya dalam berbagai aspek kehidupan seperti pentadbiran, sosioekonomi dan perkembangan ilmu pengetahuan. Di bawah pemerintahan beliau Andalus
mencapai puncak kemakmuran ekonomi. Beliau juga berjaya menyatukan masyarakat Andalus
yang terdiri daripada berbagai bangsa dan suku kaum menjadi satu umat yang menghasilkan
pencapaian tinggi. (Irving 1973: 166).

Berikutnya Khalifah al-Hakam II (961-976 M) telah menumpukan sepanjang lima belas tahun
kekuasaannya menggalakkan perkembangan kegiatan keilmuan di Andalus. Pada zaman
kekuasaannya Universiti Cordova diperbesarkan dan dipertingkatkan peranannya hingga muncul
sebagai sebuah universiti terbaik dan terbesar di dunia. (S.H. Mahmud 1960: 71). Kebudayaan
masyarakat Andalus mencapai tahap tertingginya di bawah pemerintahan al-Hakam II. Menurut
yang dilaporkan oleh Dozy di dalam bukunya Spanish Islam, hampir semua penduduk Andalus
tanpa mengira lapisan masyarakat boleh menulis dan membaca dengan baik. (Dozy 1972: 455)
( Irving 1973: 114).

Begitulah peranan yang dimainkan oleh pemerintah-pemerintah Islam di Andalus, mereka begitu
berminat dan cintakan ilmu sehingga masjid dan istana turut dijadikan tempat pembelajaran.

2.3 Cordova Sebagai Pusat Kegiatan Keilmuan

Kedatangan Islam ke Andalus bukan sahaja telah membawa perubahan kepada struktur
politiknya, malah telah memandu Andalus ke mercu kejayaan cemerlang yang tidak boleh
ditandingi didalam segala bidang kehidupan. Khususnya dalam bidang pertumbuhan dan
perkembangan intelektual.

Penguasaan Islam di Andalus selama hampir lapan abad sebenarnya telah memberikan
pengertian yang amat besar kepada perkembangan kegiatan intelektual dalam berbagai bidang
bukan sahaja kepada masyarakat Andalus, malah kepada seluruh masyarakat Barat dan dunia.
Cordova yang menjadi ibu kota pemerintahan Islam di Andalus pada zaman kemuncaknya telah
muncul sebagai sebuah kota ilmu pengetahuan yang ulung. Ia menjadi tumpuan para sarjana dan
pelajar dari segenap pelusok dunia. (Imamuddin 1965: 184).

Institusi pendidikan tumbuh dengan banyaknya di seluruh Andalus. Boleh dikatakan semua
bandar utama mempunyai universitinya yang tersendiri, sementara bandar-bandar kecil
mempunyai sekolah-sekolah. Masjid-masjid juga turut berfungsi sebagai pusat pembelajaran.
Dicatatkan juga bahawa pada zaman pemerintahan al-Hakam II, di seluruh Andalus terdapat
sebanyak seribu buah universiti yang dilengkapi dengan perpustakaan yang baik. (Kabir Ahmad
Khan 1982: 312).

Hasil daripada banyaknya institusi pendidikan ini, Cordova yang juga merupakan ibukota
pemerintahan Islam di Andalus pada waktu itu muncul sebagai pusat pengajian dan kebudayaan
yang terulung di Eropah bagi orang-orang Islam, Kristian dan Yahudi. Para pelajarnya terdiri
daripada dalam dan luar negeri. Mereka boleh mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu dan di
mana-mana institusi yang terdapat dengan banyaknya di kota Cordova. Universiti Cordova
muncul sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang paling terkenal di zamannya. Hanya
Universiti al-Azhar di Mesir dan Universiti Nizamiyyah yang setanding dengannya. (Abdul Aziz
Salim 1962: 296).

2.4 Cara Penyebaran Tamadun Islam Ke Eropah


Penyebaran Tamadun Islam ke Eropah melalui berbagai cara. Cara terpenting berlakunya
penyebaran tersebut ialah melalui Andalus iaitu dari 92-897H bersamaan 711-1492 M. Tiga
golongan utama yang berperanan besar menyebarkan nilai-nilai tamadun Islam ini ke Barat ialah
masyarakat Kristian Andalus yang dikenali dengan sebutan Mozarab, golongan pedagang dan
para pelajar Kristian Eropah yang belajar di unversiti-universiti Andalus. Cara terpenting
berlakunya proses pemindahan khazanah ilmu pengetahuan dan teknologi Islam ke Eropah ialah
melalui aktiviti penterjemahan.

i. Orang Mozarab
Mozarab ialah panggilan kepada masyarakat Kristian. Ia diambil dari bahasa Arab mustaribun
(orang-orang yang diarabkan) iaitu orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa
aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam. Penumpuan dan pemerhatian mereka terhadap
karya-karya Islam menyebabkan mereka lebih menguasai bahasa Arab berbanding dengan
bahasa Latin. Sebagai bukti, pada tahun 1049 M, John of Seville terpaksa mengusahakan
terjemahan Bible ke bahasa Arab untuk digunakan oleh penganut-penganut Kristian Andalus.
Orang Mozarab telah membelanjakan wang yang banyak untuk membina perpustakaanperpustakaan besar bagi menyimpan buku-buku Arab. Perkembangan ini telah menimbulkan
kebimbangan dan bantahan dari Bishop Alwaro. Dengan penguasaan yang meluas terhadap
karya-karya Islam golongan ini telah menjadi sebahagian daripada agen perantara memindahkan
elemen-elemen tamadun Islam Andalus kepada masyarakat Kristian Eropah. (Azam 1991: 87).

ii. Pedagang
Pedagang-pedagang Islam Andalus telah membuat hubungan dagang dengan negara Kristian
sama ada melalui perdagangan darat dan juga laut. Barang dagangan dari Andalus menguasai
pasaran di setiap bandar besar Eropah. Melalui kontrak perdagangan ini sistem nilai dan
keilmuan masyarakat Islam Andalus berjaya dikuasai oleh masyarakat Kristian Eropah. Ini

kerana sudah menjadi lumrah dunia, bangsa yang menguasai perdagangan akan mempengaruhi
bangsa-bangsa lain yang mempunyai kontrak perdagangan dengannya. (Imamuddin 1965: 186).

2.5 Peranan Andalus Kepada Kebangkitan Eropah


i. Kebangkitan Eropah
Kebangkitan Eropah bermula ketika orang Islam mulai melalui zaman kemerosotan dan
kemundurannya. Negara-negara Eropah mula sedar dan mula mengejar kemajuan dalam
berbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial dan akhirnya berjaya menewaskan orang
Islam di Andalus pada abad ke 15 M. Mereka telah belajar daripada orang Islam dalam
membantu proses pemodenan masyarakat Kristian Eropah yang jauh tertinggal. Mereka berbaikbaik dengan orang Islam Andalus dan bergantung kepada jasa-jasa mereka untuk memindahkan
khazanah-khazanah ilmu Islam ke Eropah. Mereka mula mengkaji faktor-faktor yang telah
membawa kepada kejayaan Islam.

Abad ke 11M menyaksikan perubahan positif dalam bidang ekonomi di negara-negara Kristian
Eropah. Tanda-tanda pemulihan ekonomi ini adalah dalam pertambahan penduduk, pembukaan
tanah untuk kegiatan pertanian, kemunculan golongan pedagang yang bergantung kehidupan
mereka pada perdagangan dua jalinan semula hubungan Eropah Barat dengan Laut
Mediterranean yang tertutup pada Zaman Kegelapan (Dark Ages). Venice di Itali muncul sebagai
pusat perdagangan penting di Eropah Selatan. Mereka mewujudkan hubungan dagang dengan
pedagang Islam di Timur. Aktiviti ini berkembang ke Lambardy dan Tuscany tempat
berkembangnya bandar-bandar terkenal saperti Milan, Florence dan Siena. Pedagang Kristian
mula menguasai perdagangan dan berusaha menyingkirkan kapal-kapal dagang Islam di
bahagian barat Mediterranean. Pemulihan ekonomi juga berlaku di bahagian utara dan hampir di
semua kawasan di Eropah Barat. Institusi kewangan dan perbankan mula berkembang khususnya
di Genoa dan Tuscany di Italy. (Sivachandralingam 1996: 99-109).

Pada abad ke 12 dan ke 13M, beberapa buah universiti mula didirikan di Eropah. Universiti
Oxford dibangunkan pada tahun 1167M, Universiti Cambridge pada tahun 1207M dan Universiti
Pradua pada tahun 1222M. Selain unversiti-universiti ini, kebanyakan unversiti lain di Eropah
didirikan selepas tahun 1250M. (Azam 1990: 3). Pada penghujung abad ke 12M terdapat enam
buah universiti di Eropah dan menjelang tahun 1500M jumlahnya meningkat kepada 76 buah.
(Sivachandralingam 1996: 108). Sementara kegiatan penulisan ilmiah pula mulai giat dilakukan
di Eropah pada tahun 1647M iaitu setelah tertubuhnya Academy Experiment di Itali. Seterusnya
di London ditubuhkan pula Royal Society of London padatahun 1662M dan di
Perancisdibangunkan French Academy of Sciencepadatahun 1666M. Kebanyakan sarjana
Kristian Eropah yang menjadi pelopor pengembangan ilmu di negara mereka pernah berguru
dengan sarjana Islam khususnya di Andalus. (Azam 1990: 3).

Meskipun sarjana Kristian Eropah banyak bergantung kepada kepakaran sarjana muslim dalam
merintis jalan kebangkitan Eropah, namun tidak ramai penulis sejarah sains Barat yang
menonjolkan sumbangan sarjana-sarjana Muslim dalam penulisan mereka. Ini kerana
kebanyakan mereka adalah penulis anti-Islam yang amat fanatik. Mereka menafikan segala
sumbangan besar saintis Muslim dan beranggapan bahawa mereka (saintis Muslim) itu hanyalah
sebagai penterjemah karya-karya yang telah dihasilkan oleh saintis dan ahli falsafah Yunani.
Namun begitu ada juga segelintir sarjana mereka yang mengaku secara jujur dan menghargai
sumbangan sarjana Muslim.

Sesungguhnya sumbangan yang diberikan oleh sarjana-sarjana Muslim terhadap khazanah ilmu
pengetahuan dunia tidak terhitung banyaknya dan tidak ternilai harganya.

ii) Iktibar Dari Sejarah


Orang Islam Andalus (Sepanyol) telah berjaya mencipta sejarah dari segi politik dan peradaban
yang tinggi dalam bidang keagamaan, intelektual dan senibina. Peradaban Islam adalah
berasaskan akidah. Akidah Islam adalah berbentuk universal, global dan integral. Kegiatan

senibina berkembang pesat di Sepanyol. Masjid merupakan institusi pertama yang


mencerminkan seni ukir dan seni bina Islam. Masjid yang teragung di Sepanyol ialah Masjid
Cordova. Istana khalifah juga mencerminkan seni ukir dan seni bina Islam. Istana yang paling
indah dan agung ialah Istana al-Hamra (Alhambra) yang terletak di bandar Granada
(Gharnatah).

Aspek perbandaran merupakan ciri terpenting dalam kehidupan orang Islam di Sepanyol.
Terdapat banyak bandar orang Islam yang baru dibina atau sudah sedia ada tetapi diperbaharui di
Sepanyol seperti bandar Cordova, Granada dan Seville. Di bandar-bandar ini terdapat institusiinstitusi agama dan pendidikan dan di sini juga tumbuh dan berkembangnya peradaban orang
Islam. Usaha membina dan memajukan bandar-bandar Sepanyol merupakan suatu taktik dan
strategi penting bagi mengukuhkan pengaruh Islam dari segi politik, ekonomi, sosial dan
pendidikan. Tegasnya dari bandar orang Islam mula berkuasa dan mengambil alih pemerintahan
dan diperluaskan ke desa-desa.

Di bandar terdapat ramai penduduk dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan bagi


menjalankan aktiviti-aktiviti untuk keperluan masyarakat dan negara. Pembinaan kota Cordova,
Seville dan Granada mencerminkan kegemilangan tamadun Islam di Sepanyol. Namun terdapat
juga aspek-aspek negatif dari kehidupan di bandar. Ciri-ciri kebudayaan dan kemewahan yang
terdapat di bandar boleh membawa keruntuhan akhlak penduduknya. Kerana itu Allah
mengingatkan tentang keburukan penduduk bandar yang sering melakukan kerosakan di bumi.
Firman Allah bermaksud:
Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu ada sembilan orang yang semata-mata
melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan
sedikit pun.(Surah al-Naml ayat 48)

Mereka yang tinggal di bandar termasuklah kaum elit dan raja. Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya raja-raja apabila mereka memasuki sesebuah kampong mereka


membinasakannya dan penduduknya yang mulia dijadikan hina, dan demikian pulalah yang
akan mereka lakukan.(Surah al Naml ayat 34)

Pengaruh budaya Barat yang tersebar luas di kawasan bandar Sepanyol telah memberi kesan
negatif terhadap kehidupan penduduknya. Ramai dikalangan pemimpin Islam yang terjerumus ke
lembah kehinaan, mereka lebih mementingkan hiburan, keseronokan dan kebendaan daripada
menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Keadaan ini telah
menimbulkan sifat-sifat angkuh, tamak dan mementingkan diri sendiri. Justeru itu timbul
perbalahan dan akhirnya berpecah sesama sendiri. Dalam keadaan berpecah ini umat Islam telah
kehilangan kekuatan politik dan menjadi semakin lemah. Perbalahan dan peperangan sesama
sendiri mengakibatkan kerugian besar dari segi nyawa dan harta benda.

Orang Kristian telah mengambil kesempatan daripada perpecahan yang berlaku ini. Pada bulan
Julai 1212M tentera Salib (Kristian) dari Castile, Leon, Navarre dan Aragon telah bersatu tenaga
untuk menyerang kerajaan al-Muwahhidun dan wilayah-wilayah lain yang diperintahkan oleh
orang Islam. Tentera Salib telah meraih kemenangan besar dalam peperangan di Los Navas de
Tolosa. Kemenangan tentera Salib ini merupakan titik tolak kejatuhan pemerintahan Islam di
Andalusia (Sepanyol) kerana selepas itu satu demi satu wilayah Islam jatuh ke tangan mereka.
(Mahayuddin 1990: 222).

Orang Kristian yang dilihat pada lahirnya baik dan jujur, mempunyai perancangan dan niat jahat
terhadap Islam. Mereka sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan orang Islam. Perancangan
ini telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang.

3. Pengaruh Tamadun Islam Dalam Ilmu Pengetahuan


Ajaran Islam yang menekankan betapa pentingnya ilmu pengetahuan telah menjadikan umatnya
mampu menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Mereka mampu menghasilkan karyakarya sendiri dan mampu menyumbang dan menyebarkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat di
seluruh pelusuk dunia. Selama beberapa abad umat Islam menjuarai dunia menguasai pelbagai
bidang ilmu pengetahuan. Beberapa disiplin ilmu baru telah dikembangkan dan beberapa
penemuan baru telah ditemui hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan secara berterusan
dalam bidang-bidang sains dan teknologi, sains kemanusiaan dan sosial dan lain-lain.
Kewujudan dan perkembangan pelbagai disiplin ilmu ini telah mempengaruhi dunia. Pada waktu
itu dunia khususnya di Eropah berada di Zaman Kegelapan. Sehingga kini penemuan sarjana
Islam masih dikaji, dipelajari dan dihayati sama ada secara langsung atau tidak, diakui atau
dinafikan.

3.1 Sumber, Prinsip dan Matlamat Keilmuan Islam


a. Sumber
Sumber ilmu pengetahuan adalah;
i. Al-Quran
ii Al-Sunnah
iii Al-Ijtihad

Al-Quran:
Terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia menyingkap tanda-tanda kebesaran Allah
s.w.t, menggesa manusia mempelajari dan mengembangkannya. Ada dalam bentuk umum dan
ada dalam bentuk khusus.
Terdapat ayat-ayat khusus yang membabitkan disiplin tertentu seperti:

i. Astronomi; al-Anbiya: 23, al-Anam: 97, Yasin: 38-40 dan lain-lain.


ii. Matematik; al-Nisa: 11-12.
iii.Biologi; alHajj: 5, al-Alaq: 2 dan lain-lain.
iv. Fizik; al-Ala: 1-3, Luqman: 20.
v. Kimia; al-Rahmah: 7-9, al-Rad: 3 dan lain-lain.

Al-Sunnah:
Hadith-hadith Nabi juga ada menerangkan, menggesa dan menganjurkan pencarian ilmu serta
melakukan segala urusan dengan cara yang sesuai dengan kepakaran yang dimiliki seperti sabda
Nabi s.a.w. yang bermaksud;
Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu.

Al-Ijtihad:
Penggunaan akal yang bijak telah menghasilkan ilmu-ilmu baru. Ini sesuai dengan tuntutan
mencari ilmu dalam Islam. Menurut Imam al-Ghazali, tuntutan mencari ilmu adalah kewajipan
keagamaan yang dibahagikan kepada fardhu ain dan fardhu kifayah.

b. Prinsip Keilmuan
Ia mempunyai tiga prinsip:
i.

Tauhid

Segala disiplin ilmu mestilah terikat dengan ilmu tauhid iaitu dengan menjadikan maklumat dan
ilmu itu dirujukkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan sumber-sumber muktabar yang lain.

ii.

Berasaskan hiraki ilmu

Dari sudut hiraki ilmu, ilmu-ilmu wahyu yang merupakan ilmu teras atau dasar yang merupakan
ilmu yang tinggi kedudukannya. Ilmu-ilmu fardhu kifayah pula merupakan ilmu-ilmu yang lebih
bersandarkan akal. Oleh itu ia di tempat kedua dari segi hirakinya.

iii.

Kesepaduan ilmu

Idea dualisme hanya akan memberi kekeliruan dan mampu sekadar mencapai matlamat jangka
pendek sahaja. Sebaliknya kesepaduan ilmu akan berkesinambungan dan seterusnya mencapai
kedudukan yang paling tinggi iaitu keredhaan Allah s.w.t. Akidah tauhid harus menjadi paksi
atau tunjang kepada ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

c. Matlamat Ilmu Dalam Islam


Matlamat ilmu dalam Islam harus berlegar kepada beberapa tujuan tertentu iaitu:
i.

Untuk mengenali Yang Maha Pencipta iaitu Allah. Ini merupakan tonggak matlamat segala

ilmu yang ada di atas muka bumi ini.


ii.

Untuk mengetahui bagaimana kehidupan sebenar yang merupakan ibadat kepada Allah.

iii.

Untuk mengatur kehidupan beribadah menurut kepercayaan akidah yang sebenar.

iv. Untuk menguruskan dan mentadbir alam sebagai khalifah Allah.

4. Pengaruh Tamadun Islam Kepada Ilmu Pengetahuan


Seperti yang ditegaskan bahawa bukti-bukti pencapaian Tamadun Islam dalam pelbagai bidang
ilmu pengetahuan yang menyerikan zaman kegemilangan Islam adalah lahir dari ajaran Islam itu
sendiri yang telah diolah oleh pemikir-pemikir Islam. Ia menjadi rebutan oleh pencinta-pencinta
ilmu terutama dari blok Eropah dan Barat. Hal ini boleh diperhatikan beberapa kesan pengaruh
tamadun Islam terhadap dunia Eropah dan Barat dan dunia seluruhnya, antara lain:
i. Penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam
Kaum muslimin amat tekun mengkaji isi kandungan al-Quran dan al-Hadith sejak dari
permulaan Islam lagi. Di samping ketekunan beribadat, mereka juga tidak ketinggalan dalam
usaha penemuan ilmu-ilmu umum baru yang lain. Kesemua ini bertujuan bagi kepentingan umat
manusia, baik untuk keselesaan hidup di dunia mahupun mencari kebahagian di akhirat. Dengan
sebab itu, lahir para ilmuan dalam pelbagai bidang tersebar di seluruh pelosok dunia Islam.
Pemimpin Islam telah mengambil inisiatif untuk mengumpul para ilmuan di suatu tempat dan
diberi upah bagi mereka yang mengajar dan membuat penyelidikan dari semasa ke semasa.
Akhirnya tempat itu menjadi Pusat Pengajian Tinggi Islam. Berbagai lapisan masyarakat datang
ke tempat itu sama ada dari dalam atau luar negara seperti pelajar-pelajar dari Eropah untuk
menimba pelbagai ilmu pengetahuan dari tokoh-tokoh terkenal.

ii.

Kewujudan Institusi Penterjemahan

Orang-orang Eropah yang menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur Tamadun


Islam kemudian mereka bawa pulang ke negeri masing-masing. Sejak mereka mengenali
kecemerlangan Tamadun Islam sekitar abad ke 11 Masehi, maka semakin tinggi keinginan
mereka untuk menyerap tamadun dalam kehidupan mereka sehari-hari. Mereka berfikir
bagaimana cara supaya ilmu pengetahuan yang amat berguna itu masuk lebih cepat ke Eropah.
Akhirnya golongan ilmuan di kalangan mereka sependapat bahawa cara yang terbaik ialah
penterjemahan.

Sebahagian besar usaha penterjemahan dilakukan oleh ilmuan di Universiti Islam di Sepanyol,
Sicily dan ilmuan Islam di Universiti Islam di Timur. Usaha penterjemahan buku berjalan dengan
pesat kerana mereka berkemampuan menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke bahasa Latin
dan Eropah. Pada mulanya mereka hanya menterjemah ilmu-ilmu falsafah sahaja kemudian
kegiatan ini diteruskan ke bidang-bidang sains. Buku-buku hasil karya ilmuan Islam itu dijadikan
rujukan di pusat-pusat pengajian mereka di Eropah.

iii. Penubuhan Universiti Pertama di Eropah


Penubuhan universiti yang pertama di Eropah merupakan inisiatif daripada pelajar-pelajar
Kristian Eropah yang telah tamat pengajian mereka di Timur (Baghdad) dan di Barat (Sepanyol).
Penubuhan universiti tersebut juga ada kaitan dengan Perang Salib kerana berlaku pemindahan
ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam serta bahan-bahan ilmiah lain yang dibawa oleh tenteratentera salib pulang ke negara mereka. Model universiti-universiti yang dibangunkan di negara
mereka adalah merupakan tiruan daripada institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Sepanyol.

iv. Penggunaan Istilah Arab/Islam dalam istilah saintifik di Barat


Para ilmuan Barat banyak menggunakan istilah-istilah Arab dan Islam di pusat pengajian mereka
di Barat. Ini kerana mereka pernah belajar dari sarjana-sarjana Islam dan mempelajari buku-buku
yang ditulis oleh mereka. Kebanyakan istilah-istilah Arab dan Islam yang dikemukakan oleh
ilmuan Islam pada masa dahulu, mereka kekalkan sebagai istilah-istilah saintifik Barat sehingga
dewasa ini. Contohnya ialah istilah Sifr-sifar, Zero, Almanac-al-munakh (cuaca), Alcohol-alkuhul dan Arsenic-al-zirnikh.

4.1 Disiplin Ilmu, Tokoh Dan Sumbangannya


Rasulullah s.a.w. adalah tokoh yang mengintegrasikan ilmu pengetahuan yang berbentuk
duniawi dan ukhrawi tanpa wujud sebarang pemisahan di antara satu sama lain. Di antara caracara yang biasa dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk merealisasikan perkara di atas

antaranya pada malam hari baginda banyak mengerjakan amal ibadah dan pada siang hari
baginda bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan negara. Baginda juga mendidik
para sahabat secara langsung dengan ilmu-ilmu yang dapat mendisiplinkan mereka sehingga
tidak sanggup melakukan sebarang penyelewengan dalam kehidupan bermasyarakat disebabkan
mereka menguasai ilmu dunia dan akhirat dengan seimbang. Kecemerlangan keilmuan dalam
Tamadun Islam di zaman silam itu, akhirnya melahirkan ramai tokoh ilmuan dalam pelbagai
bidang. Ianya dikagumi dunia sehingga kini. Oleh itu lahir tokoh-tokoh intelektual yang terbilang
dalam pelbagai bidang. Berikut akan dijelaskan ilmu-ilmu yang telah diterokai oleh para ilmuan
Islam itu dan sumbangan yang telah mereka berikan.

a. Sains dan Teknologi


i.

Astronomi

Merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kajian bulan, bintang, planet, galaksi, jirim
antara bintang, nova dan pulsar dan apa jua bahan dan jasad yang terdapat di angkasa lepas
(Baharuddin Yatim, 1992, 20)

Walaupun ilmu astronomi turut dicurigai oleh masyarakat umum, Andalusia tetap berjaya
melahirkan ramai ahli astronomi terkenal. Ini kerana mereka mendapat galakan daripada
pemerintah dalam menjalankan kajian dan pencerapan astronomi. Salah satu tempat yang
digunakan sebagai kajian pencerapan angkasa lepas ialah di menara masjid. Seterusnya sebuah
balai cerap yang dikenali sebagai Giralda telah dibina berhampiran dengan Masjid Seville pada
tahun 1190M. Para sarjana astronomi Islam Andalusia telah mencipta pelbagai alat astronomi
yang belum diketahui oleh dunia sebelum itu. Contohnya Astrolab yang digunakan oleh orang
Eropah sehingga kurun ke-12 Masehi untuk menentukan saiz bumi dengan lebih tepat daripada
cara yang dilakukan oleh orang Greek sebelumnya.

Antara tokoh astronomi Islam ialah Abd al-Rahman al-Sufi (903-986M). Sumbangan beliau di
dalam astronomi ialah mengkatalog bintang sehingga lebih dari 1000 jenis. Nama bintang yang
diperkenalkan oleh beliau tetap terus digunakan hingga hari ini oleh ahli sains Barat. Namun
demikian nama dalam bahasa Arab telah diubahsuai dengan sebutan Eropah seperti algharab
diubah jadi algorab (Mustafa Daud 1991: 262).

ii. Matematik
Orang Islam telah mempersembahkan kepada dunia ilmu Algebra dalam bentuknya yang asli.
Algebra, perangkaan dan matematik gunaan telah dipelopori dan diketengahkan oleh para sarjana
Muslim. Merekalah orang pertama menggunakan Algebra dalam bidang Geometri. Di antara
tokoh ilmu matematik Islam ialah al-Khawarizmi (780-850M). Beliau merupakan seorang ahli
matematik Islam termasyhur. Beliau memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu
matematik apabila mengemukakan asal usul angka. Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagni, iaitu kitab al-Jami wa al-Tafiq bi Hisab alHind. Kitab ini dikatakan ditulis oleh beliau berdasarkan kepada matematik yang berasal dari
India.

Al-Khawarizmi telah memperkenalkan satu teorem baru dalam matematik iaitu Algebra. Perkara
ini dirakamkan di dalam kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.(Mustafa Daud
1991: 261).

iii. Perubatan
Sarjana Islam Andalusia telah berjaya menghasilkan kemajuan yang amat membanggakan dalam
bidang ini dan kejayaan mereka mengatasi pencapaian ahli-ahli perubatan Timur.Berdasarkan
teori-teori baru, ahli-ahli perubatan Islam Andalusia telah berjaya melakukan eksperimeneksperimen yang sukar. Mereka sentiasa berhati-hati dalam semua operasi yang dilakukan
khususnya dalam bidang aetiologi, patologi dan terapuitik. Dengan itu Andalusia berjaya

melahirkan ramai sarjana yang mempunyai kepakaran yang mendalam dalam berbagai cabang
ilmu kedoktoran dan mereka telah menghasilkan karya-karya perubatan yang dilengkapi dengan
ilustrasi alat-alat pembedahan. Inilah sumbangan terbesar oleh sarjana perubatan Islam dan dunia
perubatan moden terhutang budi kepadanya. Orang Yahudi mempelajari ilmu daripada sarjana
Islam Andalusia dan mereka menjadi terkenal di merata tempat. Selain daripada itu, para sarjana
perubatan menjadi tenaga pengajar di universiti-universiti di seluruh Andalusia. Mereka
bertanggungjawab mengurniakan diploma atau ijazah kepada para pelajar yang telah tamat
pengajian kedoktoran. Seseorang itu tidak dibenarkan untuk mengajar atau memperaktiskan ilmu
kedoktoran tanpa diploma atau ijazah yang berkenaan. Banyak hospital awam didirikan di
semua bandar penting di Andalusia. Contohnya pada zaman pemerintahan khalifah Bani
Umaiyah terdapat lebih kurang 40 buah hospital di Cordova.

Di antara tokoh ilmu perubatan Islam ialah Ibn Zuhr (meninggal dunia pada 525H/1131M). Di
Barat beliau dikenali sebagai Avensoon. Beliau juga merupakan pakar perubatan yang
termasyhur di Andalusia. Beliau telah meninggalkan karya yang amat dihargai oleh Barat iaitu
kitab al-Taysir yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dalam tahun 1289M oleh Paravicius
dengan nama Theisir. Ia dikenali sebagai Facilitation of Treatment dalam bahasa Inggeris.

b. Sains Kemanusiaan dan Sosial


i. Antropologi dan Sosiologi
Di kalangan ahli antropologi Barat tidak wujud keseragaman dalam memahami manusia ini
kerana mengikut fahaman humanisme yang berkembang di Barat melalui abad ke15 hingga
abad ke18 unsur kerohanian atau keagamaan tidak wujud dalam kehidupan manusia. Menurut
Islam definisi manusia yang diberikan ini adalah amat tidak lengkap. Mendefinisikan manusia
dengan mengambil kira unsur biologinya sahaja merupakan satu jenayah dan penafian tentang
hakikat kemanusiaan itu sendiri kerana manusia tidak dapat hidup berdasarkan kepada jasad
sahaja. Malah ia memerlukan roh. Tanpa roh manusia tidak dapat hidup. (Mustafa Daud 1991:
203).

Di antara tokoh ilmu sosiologi Islam ialah Dr. Ali Syariati (1933-1977M). Beliau berasal dari
Iran dan merupakan di antara pakar sosiologi Islam mutakhir yang cuba menganalisis sosiologi
dari perspektif Islam. Percubaan beliau ini menghasilkan satu kejayaan gemilang. Kegemilangan
ini adalah berpunca daripada kejayaannya mengadun ajaran-ajaran al-Quran dengan ilmu
sosiologi moden yang dipelajarinya di Perancis sehingga mendapat ijazah doktor falsafah (Ph.D).

Keunggulan teori Dr. Ali Syariati hanya dapat dilihat setelah dibandingkan dengan teori
perubahan sosial Barat. Barat menyenaraikan beberapa faktor yang membawa perubahan sosial
seperti penjajahan, kemajuan komunikasi, kemajuan teknologi, faktor alam sekitar seperti gempa
bumi dan sebagainya. Dengan bimbingan al-Quran, Dr. Ali Syariati menemukan teori perubahan
sosialnya dengan menitikberatkan tentang umat manusia itu sendiri. Istilah yang digunakan oleh
beliau ialah al-nas. Hal ini berpandukan kepada ayat al-Quran yang ber maksud:
Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum itu (kaum manusia) jika mereka sendiri tidak
mahu mengubahnya. (Surah al-Rad: 11).

ii. Psikologi
Ia adalah ilmu yang mengkaji tentang jiwa, merupakan ilmu yang paling tua usianya bermula di
zaman primitif lagi. Ia maju setapak pada zaman Yunani kuno. Ia dikira sebagai era bermulanya
psikologi yang bersifat saintifik. Tokoh-tokoh seperti Plato, Aristotles, Gelen dan sebagainya
merupakan tokoh psikologi Yunani yang tidak asing lagi kepada kita.

Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar didalam perkembangan psikologi ini. AlImam Abu Mansur Al-Tahlabi telah berjaya mengumpulkan 50 istilah yang pernah digunakan
oleh ahli-ahli psikologi Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu
seperti janin, walid, radi, baligh dan sebagainya. Nafs (jiwa), qalb (hati), roh dan aql (akal)
adalah empat istilah yang paling popular dalam psikologi Islam. Semua istilah ini terdapat dalam

al-Quran. Perkataan nafsdiulang oleh al-Quran sebanyak 367 kali. Ia membawa erti sebagai
kemanusiaan pada keseluruhannya tanpa terkhusus kepada pemikiran sahaja. Perkataan qalb pula
diulang sebanyak 144 kali. Ia mempunyai berbagai-bagai makna, seperti pemberian hidup,
wahyu malaikat yang membawanya dan sebagainya. Aql pula diulang sebanyak 49 kali, bukan
secara tepat tetapi dalam bentuk kata kerja, iaitu aqala yang memberi erti sebagai berfikir.
(Mustafa Daud 1991: 210).

Tokoh Psikologi Islam yang utama ialah al-Farabi (meninggal pada 350/961M). Di Barat beliau
dikenali sebagai Alpharabius. Beliau meninggalkan Farab (Uzbekistan, Rusia) untuk menuntut
ilmu di Baghdad sejak kecil lagi. Al-Farabi ketika membicarakan masalah roh bermula dengan
menghuraikan akal. Akal dikatakan oleh beliau sebagai satu gejala yang mempunyai daya
kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu terangkum di dalamnya
beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup. Terdapat juga daya perasaan dan
imaginasi yang terkandung di dalam daya mengenal. Di samping itu ada daya yang berupa
intelek yang praktis yang digerakkan oleh intelek yang berbentuk teori yang kedua-duanya dapat
mencetuskan daya berfikir.

Akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain, iaitu dapat berfikir sesuatu yang berbentuk
abstrak yang terpisah daripada kebendaan yang dapat diinderai, dan daya kekuatan untuk
mencari sesuatu yang dapat memberi faedah, kebaikan dan kesempurnaan jasmani seperti
bagaimana mencari makan dan tempat perlindungan. Al-Farabi berpendapat bahawa daya
kekuatan yang kedua ini akan hancur, dengan hancurnya jasad ditelan bumi. Sedangkan daya
kekuatan yang pertama tetap kekal bersama roh dan daya kekuatan inilah juga yang akan
dibangkitkan bersama roh pada hari kiamat.

iii. Kesusasteraan dan Kesenian


Sejak dahulu lagi manusia bersastera dengan menghasilkan berbagai bentuk puisi seperti
nyanyian, sajak dan jampi mentera, di samping bentuk prosa seperti cerita-cerita penglipur lara,

dongeng dan sebagainya. Sebelum Islam, sastera mereka dipenuhi unsur-unsur animisme
terutama dalam puisi mistik. Beberapa pembaharuan dapat dilihat selepas kedatangan Islam.
Kemudian dengan kedatangan Barat telah mengubah sama sekali dunia sastera orang Islam.
Malangnya sebahagian besar masyarakat Islam tidak menyedari bahawa dari segi prinsip dan
konsepnya, seni Barat yang umumnya bersifat sekular itu tidak selaras dengan Islam. Seni
sastera Islam pula tidak diberikan tempat dalam dunia yang sekular ini. Sifat asas seni sastera
Islam adalah tauhid. Sasterawan Islam hendaklah yakin bahawa hanya nilai yang ditentukan oleh
Allah sahaja yang mutlak dan terbaik.

Di antara tokoh seni sastera Islam ialah al-Maari (973-1057M). Beliau adalah seorang
sasterawan yang menguasai kedua-dua bidang prosa dan puisi. Karya prosanya yang terkenal
ialahRisalah al-Ghufran (Bingkisan Pengampunan). Ia mengandungi unsur simbolik dan sindiran
yang merupakan pengalaman pengembaraan penulis di alam akhirat. Beliau juga menghasilkan
kitab akhlak yang bermutu iaitu Mulk al-Sabil(Tertinggal Jalan) yang mengandungi kata-kata
hikmat dan ajaran akhlak. (Mustafa Daud 1991: 323).

c. Ilmu Pentadbiran dan Pengurusan


i. Pengurusan Sumber Maklumat
Dalam Islam, semua maklumat dan ilmu adalah milik Allah. Oleh itu sumber maklumat utama
yang tidak boleh diketepikan ialah al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber primer manakala
sumber maklumat selainnya adalah sumber sekunder, atau dengan sebutan lain sumber naqli
(wahyu) dan sumber aqli (ijtihad). Sumber primer ialah sumber asal maklumat dalam Islam dan
bersesuaian dengan setiap zaman, manakala sumber sekunder (alternatif) adalah sumber-sumber
maklumat yang dikembangkan oleh pemikiran manusia hasil analisis dan sentesis daripada
prinsip-prinsip al-Quran dan al-Sunnah.

Sejarah memperlihatkan betapa ramai tokoh-tokoh intelektual Islam yang terkenal menjadikan
sains pengurusan maklumat dan ilmu sebagai asas kejayaan mereka dalam menguasai pelbagai
bidang keilmuan. Di antara tokoh ilmu pengurusan sumber maklumat Islam ialah al-Ghazali
(1111M). Beliau adalah Abu Hamid Muhammad al-Ghazali. Lahir di daerah Tus di kawasan
perkampungan Ghazalah. Berhijrah ke Nisabur dan berguru dengan Imam al-Haramain iaitu
Imam al-Juwaini. Kemudian berhijrah ke Baghdad dan dilantik sebagai professor di Universiti
Nizamiyah ketika berusia 33 tahun. Berhijrah lagi ke Damsyik, Bait al-Maqdis, Makkah,
Madinah dan berkhidmat di Universiti Nizamiyah sehingga beliau meninggal dunia.

Beliau dicatatkan sebagai bapa falsafah moden, mahir dalam bidang muzik, metafizik, logik,
sosiologi, matematik dan sebagainya. Telah menghasilkan lebih daripada 400 buah buku pelbagai
bidang dan disiplin. Beliau mengkelaskan disiplin ilmu berasaskan kepada empat aspek iaitu:
i.

Ilmu Teoritikal dan Praktikal

ii.

Ilmu Huduri dan Husuli

iii.

Ilmu Keagamaan dan Keintelektualan

iv. Ilmu Fardhu Ain (Individu) dan Fardhu Kifayah (Kemasyarakatan)

ii.

Pengurusan Ekonomi

Ekonomi Islam adalah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia
dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan juga
masyarakat bagi mendapat keredaan Allah. Ekonomi Islam mempunyai ciri-ciri khusus yang
membezakannya dari ekonomi hasil penemuan manusia. Sistem ekonomi Islam adalah
sebahagian dari syariat dan erat hubungannya dengan akidah selaku dasar.Kegiatannya bersifat
pengabdian dan bercita-cita luhur iaitu memakmurkan bumi dan mempersiapkannya untuk
kehidupan insan sebagai satu bentuk kepatuhan terhadap perintah Allah. Kegiatan ekonomi Islam
juga selain diawasi oleh syariat, juga diawasi oleh hati nurani yang terbina di atas kepercayaan
akan adanya Allah dan perhitungan hari akhirat.

Di antara tokoh ekonomi Islam yang terkenal ialah Ibn Taimiyah (1262-1328M). Ibn Taimiyah
membenarkan campur tangan kerajaan dalam pasaran dengan sebab menopoli, penyorokan dan
spekulasi. Di antara tulisannya ialah berhubung dengan institusi hisbah yang berperanan untuk
menjaga persaingan secara saksama dan berurusan dengan jujur. Hal ini boleh dilakukan dengan
cara penguatkuasaan peraturan-peraturan terhadap pengeluar, pedagang dan orang tengah.

Berhubung dengan pemilikan oleh individu, Ibn Taimiyah membenarkan pihak berkuasa untuk
memendekkan tempoh atau menarik balik pemilikan tersebut, beliau juga menekankan supaya
pihak kerajaan memenuhi keperluan asas rakyat. (Muhammad Nejatullah Siddiqi 1989: 106).

Jelas sekali bahawa Islam merupakan alternatif tunggal yang dapat menyelesaikan segala
permasalahan hidup manusia di dunia ini. Justeru itu, Islam mesti digunakan dalam pendekatan
terhadap disiplin ilmu khususnya sains kemanusiaan dan sosial seperti psikologi, sosiologi dan
sebagainya.

Ahli-ahli sains Islam pada zaman keemasannya dahulu telah mencapai satu tahap yang sungguh
mengkagumkan dunia. Mereka telah meninggalkan warisan yang amat berharga kepada tamadun
dan generasi kini. Kelebihan ahli-ahli sains Islam ialah mereka bukan sahaja mahir sesuatu
bidang malah menguasai pelbagai disiplin. Ibn Rusyd contohnya bukan sahaja menguasai ilmu
perubatan atau disiplin sains, malah beliau juga menguasai falsafah yang tidak ada kaitannya
dengan sains. Demikian juga halnya dengan Ibn Khaldun yang terkenal sebagai ahli falsafah
sejarah dan ahli sosiologi, tetapi beliau juga merupakan seorang ahli kimia yang termasyhur.
Lebih utama lagi mereka juga merupakan ulama yang menguasai ilmu-ilmu fardhu ain seperti
ilmu kalam, fiqh dan tasawuf.

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Abdul Aziz Salim. 1962. Tarikh al-Muslimin wa Atharuhum fi al-Andalus. Beirut: Dar alMaarif.

Ahmad Amin. 1969. Zuhr al-Islam. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.

Aidit bin Hj. Ghazali. 1994. Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia dalam Ilmu dan
Kecemerlangan dari Perspektif Islam. Penyunting Ismail Hj. Ibrahim & Mohd. Shahri Abdul
Rahman. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Al-Buti, Said Ramadan. 1988. Fiqh al-Sirah. Terjemahan Mohd Darus Sanawi Ali. Shah Alam:
DewanPustakaFajar.

Arnold, Thomas. 1913. The Preaching of Islam. London: Constable and Company Ltd.

Azam Hamzah. 1987. Sumbangan Islam kepada Tamadun Dunia. Klang: Fontarz Enterprise

........................... 1991. Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus (711-1492M). Shah Alam:
Penerbitan Hizbi

1991. SejarahTamadun Islam di Andalus (711-1492). The Commercial


Press Sdn. Bhd.

Azam Bin Hamzah, Zulekha Yussof. 1990. Tamadun Islam Konsep dan Pencapaiannya. Shah
Alam: Penerbitan Hizbi.

Azhar Hj. Md Aros. 2002. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Azizan Baharudin. 1986. Pengenalan Tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Baharuddin Yatim, Sulaimana Noordin. 1992. Sains Menurut Perspektif Islam. Bangi; Pusat
Pengajian Umum, UKM

Chejne, Anwar G. 1974. Muslim Spain: Its History and Culture. Minneapolis:
The University of Minnesota Press.

Dozy, Reinhart. 1972. Spanish Islam: A History of Moslems inSpain. London: Frank Cass.

Encyclopedia Britanica. 1969. Chicago: William Benton Publisher.

Ibn al-Qifti, Ali bin Yusof.1903. Tarikh al-Hukama. Leipzig.

Imamuddin, S.M. 1965. Some Aspects of the Sosio-economic and Cultural History of
Muslim Spain. Leiden: E.J. Brill.

Inan, Muhammad Abdullah. 1959. Nihayat al-Andalus. Kaherah: Matbaah Misr Sharikat
Muhasamah Misriyyah.

Irving, T.B. 1973. Falcon of Spain. Lahore: SH. Muhammmad Ashraf.

Mahyudin Hj. Yahaya, Dr. 1990. Islam di Sepanyol dan Sicily. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Asri Abdullah dll. (editor). 1992. Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Menghadapi
Cabaran Abad ke 15H/21M, Prosiding Seminar Tamadun Islam Peringkat Asia Tenggara.
Shah Alam: UPENA, UiTM.

Muhammad Nejatullah Siddiqi. 1989. Pemikiran Ekonomi Islam. Terj. Mohd Amin Abdullah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustafa Hj. Daud. 1991. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd.

S.H. Mahmud. 1960. The Story of Islam. Karachi: OxfordUniversity Press.

Universiti Malaya. 2001. Tamadun Islam danTamadun Asia.Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

W. Abdullah Bin Hj. W. Mahmood, Dra. Wista Ahmad. 1997.Tamadun Islam dan Tamadun
Alam Melayu Serta Sumbangannya Kepada Dunia. Selangor: Global Printers Sdn. Bhd.

Wan Kamariah Leman, Mazlah Yaacob. 1997. Sejarah dan Tamadun Islam. Shah Alam:
PusatPendidikanLanjutan, UiTM.

Anda mungkin juga menyukai