Anda di halaman 1dari 4

Kaedah penggunaan Papan Chi Tie

Penggunaan Papan Chi Tie ini digunakan untuk murid pemulihan bagi pembinaan
konsep awal mengenai cara menolak dengan mengumpul semula. Berfokus kepada proses
penolakan satu digit dari satu digit, murid mampu untuk memanipulasikan papan ini dengan
mudah kerana wujud perbezaan warna mengikut nilai tempat yang telah disediakan. Nama
Papan Chi Tie diberikan kerana Chi Tie ini berasal daripada Bahasa Cina dan bermaksud
magnet. Pengkaji menggunakan magnet sebagai blok asas bagi menyelesaikan masalah
penolakan dengan mengumpul semula. Berikut merupakan cara untuk menggunakan Papan
Chi Tie.

Langkah 1:
1. Peserta kajian diberikan seorang satu kad imbasan beserta pen marker yang boleh
dipadam serta Papan Chi Tie diletak di hadapan peserta kajian.
soalan
Nilai satu

Nilai puluh

Tempat
Rajah 5.2 : Memperkenalkan Papan Chi Tie
menyimpan
magnet
2. Pengkaji akan memberikan soalan matematik yang berfokus kepada tolak satu digit
dari dua digit dengan mengumpul semula. Peserta kajian diminta menulisnya soalan
dalam bentuk ayat matematik pada ruangan yang disediakan dalam Papan Chi Tie
dalam kad imbasan yang disediakan.

Rajah 5.3 : Pengkaji memberi soalan.

Langkah 2:
1. Peserta kajian diminta menulis soalan dalam bentuk lazim pada kad imbasan yang
diberi. Seterusnya, peserta kajian akan meletakkan magnet yang diperlukan dalam
Papan Chi Tie mengikut warna yang ditentukan.

3 magnet
papan
mewakili

2 magnet
mewakili 2

Rajah 5.4 : Meletakkan magnet yang diperlukan.


Bagi memudahkan peserta kajian, petunjuk berwarna telah digunakan. Bagi kotak
pertama yang mewakili nilai tempat puluh yang berwarna kelabu, murid akan
meletakkan papan magnet yang mengadungi sepuluh magnet dalam satu papan yang
diperlukan iaitu tiga puluh. Seterusnya peserta kajian akan meletakkan magnet yang
diperlukan iaitu dua magnet pada kotak yang mewakili nilai tempat satu yang
berwarna kuning. Data ditukarkan di dalam bentuk magnet-magnet kecil supaya
memudahkan murid untuk mengira dengan lebih pantas dan tepat serta ia menarik
perhatian murid untuk menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula.

Langkah 3:
1. Murid akan mengambil magnet yang perlu dikeluarkan dan mencatatkan pada kad
imbasan yang diberi.

Rajah 5.5 : Meminjam magnet dari rumah sebelahnya.


Murid akan meminjam sepuluh magnet iaitu satu papan dari nilai tempat puluh bagi
menolak nombor yang terletak pada nilai tempat satu. Di samping itu, murid akan
membuat penolakan dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim. Dengan ini
mereka dapat memahami konsep penolakan dengan mengumpul semula dengan
mudah.

Langkah 4:
1. Murid akan mengira magnet yang tertinggal dalam Papan Chi Tie. Di samping itu,
murid akan mengira dan menulis jawapan pada soalan yang ditulis pada kad imbasan
dalam bentuk lazim.

Rajah 5.6 : Mengambil magnet


dari papan yang dipinjam.

Rajah 5.7 : Mengeluarkan


magnet yang perlu

ditolak.
Dengan ini murid dapat menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula
dengan mudah serta dapat memahami konsep penolakan dengan mengumpul semula
dengan menggunakan Papan Chi Tie.

Rajah 5.8 : Mengira magnet yang tertinggal dan menulis jawapan

Anda mungkin juga menyukai