Anda di halaman 1dari 4

Di dalam sebuah hutan terdapat sebuah keluarga arnab yang

hidup dengan aman dan bahagia. Hiro dan Lili ialah ayah dan ibu
kepada Dido, Lilo an Kiko. Mereka berdua amat menyayangi
anak-anak mereka. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi
kebahagiaan anak-anak mereka.

Pada suatu hari, Lili keluar ke pasar untuk membeli makanan. Hiro
pula pergi bekerja. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Lili
membawa makanan kegemaran mereka sekeluarga iaitu lobak.
Lili yakin bahawa anak-anaknya pasti akan gembira apa bila
melihat lobak itu nanti. Namun apabila tiba di rumah , Lili
terkejut melihat lobak yang dibelinya hanya tinggal tiga biji
sahaja. Sebenarnya Lili terjatuh semasa dalam perjalanan pulang.
Mungkin lobak tersebut tercicir dari plastik yang dipegangnya.

Dido, Lilo, dan Kiko balik dari bermain bola dan terus datang ke
meja makan. Lili mahu anaknya mendapat lobak yang
secukupnya agar mendapat tenaga semula selepas bermain.
Makanlah anakku sehingga kenyang. Ujar Lili. Ibu pun
makanlah bersama-sama, sambut Dido. Ibu sudah makan tadi,
Jawab Lili sambil tersenyum dalam kelesuan. Dido, Lilo dan Kiko
pun makan dengan lahap tetapi dengan sedikit rasa serba salah .

Tiba-tiba, pintu diketuk. Lili membuka pintu dan melihat Hiro yang
baru pulang dari kerja. Hiro membawa pulang lima biji lobak
untuk makan malam keluarganya. Lili berasa sungguh terkejut
dan gembira dengan kepulangan Hiro.

Pada malam itu, mereka makan bersama-sama dan saling


berkongsi cerita. Dido, Lilo dan Kiko makan hingga kekenyangan
lalu tertidur. Lili gembira kerana melihat keluarganya bahagia.

Pengajaran
1) Kita menyayangi ahli keluarga kita.
2)Kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai