Anda di halaman 1dari 4

FRASTRUKTUR BILIK

2. LATIHAN PROFESIONAL GBKSM DAN GURU LAIN


KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
2.2 KETERAMPILAN DIRI
3. PROGRAM-PROGRAM MURID
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH

PROGRAM PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL

PROGRAM PEMBANGUNAN KAREKTOR MURID DAN KERJAYA

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS)

MENTOR MENTEE

PROGRAM BERSAMA AGENSI LUAR


4. OUT REACH PERKHIDMATAN
PEMBINAAN BLOG

FACE BOOK

VIDEO KOPORAT

PROGRAM BERTEMU PELANGGAN


5. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
B. PANDUAN PELAKSANAAN
1. INFRASTRUKTUR BILIK
Bilik kaunseling merupakan tempat utama perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bilik-bilik ini perlu memenuhi
keperluan perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok dan pengurusan . Suasana bilik hendaklah memenuhi ciri-ciri
teraputik, kondusif, bermaklumat, menarik serta mempunyai ciri-ciri mengikut spesifikasi berdasarkan buku panduan perkhidmatan
b&K KPM 2009.(Rujuk lampiran 1.)

2. PROFESIONAL GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM) DAN GURU LAIN
1. Latihan Profesional
Latihan professional adalah penting kepada semua guru di sekolah bagi meningkatkan kemahiran insaniah yang merangkumi bidangbidang berikut:
a. Kemahiran-kemahiran asas kaunseling
- Kemahiran membina hubungan
- Kemahiran mendengar
- Kemahiran menyoal
- Dll.
b. Psikologi Kanak-kanak dan remaja
c. Kemahiran komunikasi berkesan
( CUT APPLE ABR )
2.2 Keterampilan diri
Guru sebagai role model yang harus menunjukkan personaliti terpuji dari segi penampilan dan sahsiah diri
3. PROGRAM-PROGRAM MURID
3.1 Program Pembangunan Sahsiah
a. Kaunseling Berfokus
Program kaunseling berfokus wajib dilaksanakan disetiap sekolah dengan memberi penekanan dalam bidang disiplin yang berkaitan
dengan ponteng, buli , bergaduh dan masalah disiplin yang lain berdasarkan keperluan sekolah.
b. Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Melaksana 6 bidang utama modul perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu bidang akademik, kerjaya, psikososial dan
kesejahteraan mental, pembangunan diri murid, keibubapaan dan pendidikan pencegahan.Modul ini dilaksanakan semasa kelas ganti 2
waktu sehari bagi setiap orang GBKSM.
3.2 Program psikososial dan kesejahteraan mental

Melaksanakan program berasaskan keperluan utama sekolah seperti program-program berkaitan pembinaan karektor murid,
keterampilan murid, kesihatan mental, pengurusan stress dan emosi , kemahiran asertif , penyelesaian masalah, komunikasi berkesan
dan lain-lain
3.3 Program Pembangunan Kerjaya
Melaksanakan program berkaitan pembangunan dan pembentukan halatuju pendidikan dan kerjaya murid seperti inventori kerjaya,
kemahiran penyediaan temu duga (resume, personaliti, soal jawab temu duga )
3.3 Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS)
Melaksanakan program PRS berasaskan modul yang terkini, berdasarkan peringkat- peringkat tertentu seperti PRS Bongsu ( thn 4-6 ),
PRS Muda ( Ting 1-2 ), PRS Sulung (Ting 3-4) , PRS Bestari ( Ting 5 6). PRS juga akan dinilai dan diberi penghargaan sama seperti
badan pengawas dengan markah merit kokurikulum
3.4 Mentor mentee
Mewajibkan pelaksanaan program mentor mentee bagi pelajar yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
berdasarkan kes-kes salah laku murid. Sistem pementoran akan melibatkan sama ada guru dengan murid atau murid dengan rakan
sebaya .
3.5 Program bersama agensi luar
Melaksanakan program sokongan dengan agensi luar yang signifikan dengan perkhidmatan pembangunan insan murid seperti
Kementerian Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK) , Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Kementerian Dalam Negeri ( PDRM, Penjara )
4. OUT REACH PERKHIDMATAN
Melaksanakan perkhidmatan kaunseling melalui promosi dengan menggunakan medium yang sesuai dengan keperluan semasa dan
minat murid seperti berikut :
4.1 Pembinaan blog

4.2 Face book


4.3 Video korporat
4.4 Program bertemu pelanggan
4.5 Kaunselor Muda
5. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Melaksanakan sistem pengurusan e-kaunseling bagi pengurusan pelaporan perkhidmatan dan program bimbingan dan kaunseling
seperti pelaporan perkhidmatan kaunseling individu, kaunseling kelompok, program bimbingan , sistem profil murid .
C PELAKSANAAN
1. Menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana
2. Menyediakan Kertas Cadangan
3. Melaksanakan Program
4. Pemantauan Program
5. Pelaporan dan Penilaian Program .

Anda mungkin juga menyukai