Anda di halaman 1dari 18

LAPORAN

PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 2015
1. TAJUK INOVASI
TaTo Box
2. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Fokus inovasi ini dilaksanakan adalah bagi membantu murid melakukan operasi
tambah dan tolak dengan mudah dan tepat. Sebelum kami melaksanakan inovasi
ini, kami telah melakukan ujian pra berbentuk bertulis bagi mengesahkan murid
bermasalah dalam kemahiran tambah atau tolak. Ujian ini telah dilaksanakan di dua
buah sekolah yang mempunyai perbezaan latar belakang murid iaitu Sekolah
Kebangsaan Desa Putra (SKDP) dan Sekolah Kebangdasaan Bukit Tampoi (A)
(SKBT). Di SKBT, 3 orang murid yang dipilih sebagai responden dikenal pasti
melalui cadangan guru Matematik di sekolah tersebut. Manakala bagi SKDP pula,
responden dipilih melalui hasil analisis dokumen iaitu buku latihan Matematik
mereka. Kami telah memfokuskan kemahiran tambah bagi responden dari SKBT
dan kemahiran tolak bagi responden dari SKDP.
3.

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Hasil daripada ujian pra tersebut, markah keseluruhan yang diperoleh adalah :
RESPONDE
N
R1
R2
R3
R4
R5
R6

SEKOLAH

KEMAHIRAN

SK BUKIT TAMPOI (A)

TAMBAH

SK DESA PUTRA

TOLAK

MARKAH UJIAN PRA


0/0
3/6
0/6
0/6
4/6
6/6

Daripada ujian yang dilakukan, kami telah mengenal pasti beberapa masalah
dalam kemahiran tambah dan tolak ini :
i. Asas pengiraan terlalu lemah (tambah)
1

Umumnya, murid orang Asli amat lemah dalam subjek Matematik terutama
pengiraan asas. Walaupun menggunakan gundal untuk mengira, mereka masih
melakukan kesalahan. Mereka kelihatan mudah panik apabila nilai yang dikira
adalah melebihi 10. Untuk R1, gundal yang dilukis kelihatan tidak seragam dengan
nombor. Jawapan yang diberikannya juga seolah-olah sebarangan dan tidak
membawa erti apa-apa. Bagi R2 pula, gundal yang dilukis adalah tepat dengan
nombor. Namun hasil jawapan yang diberikan masih salah.

HASIL KERJA R1 DAN R2


ii. Sukar mengenal pasti nilai tempat (tambah)
Di sekolah SK Bukit Tampoi (A), murid dibiasakan dengan penyelesaian soalan
tambah dalam bentuk lazim. Penyusunan digit dalam bentum lazim perlulah selari
mengikut nilai tempat. Mengikut hasil jawapan yang diberikan oleh R3, murid tidak
dapat menentukan nilai tempat. Murid ini juga dilihat mempunyai generalisasi
sendiri apabila murid menyusunnya dengan paten atau pola yang hampir sama
pada setiap soalan seperti hasil R3 di bawah ini.

HASIL KERJA R3
iii. Murid cenderung untuk menolak digit yang lebih besar terlebih dahulu tanpa
mengira susunan (tolak)
2

Semasa menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi tolak, murid gemar


menggunakan bentuk lazim. Untuk murid SKDP, mereka tiada masalah dalam
penyusunan nombor dalam bentuk lazim. Namun, apabila digit di atas kurang
nilainya daripada digit di bawah, mereka tidak melaksanakan proses peminjaman
dari nilai nombor sebelah. Mereka akan terus menolak nombor yang dilihat lebih
besar dengan nombor yang lebih kecil seperi yang dilakukan oleh R4 dan R5 di
bawah.

HASIL KERJA R4 dan R5


iv. Murid menggunakan teknik yang memakan masa (tolak)
Berbanding tambah, tolak adalah kemahiran yang kurang digemari oleh muridmurid. Terdapat murid yang tidak yakin untuk menolak dalam bentuk lazim. Maka,
mereka akan menggunakan teknik gundal yang amat memakan masa walaupun
untuk nombor yang nilainya sangat besar. Walaupun R6 berjaya mendapat markah
penuh menggunakan teknik ini, dia juga merupakan responden yang terakhir
menyiapkan ujian ini. Hal ini amat tidak sesuai untuk mereka kerana lingkungan
had nombor yang dipelajari akan semakin besar dari tahun ke tahun. Berikut
merupakan teknik gundal yang digunakan oleh R6.

HASIL KERJA R6
3

4. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN


A) Hubungkait inovasi dengan teras-teras dalam dasar KPM
a) Dasar KPM
Bagi memenuhi menambah baik dan menyusun semula kurikulum
sedia ada, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2011.
Dalam KBSR, hanya tiga kemahiran sahaja yang difokuskan iaitu
membaca, mengira dan menulis. Namun, dalam KSSR, satu
kemahiran ditambah bagi memenuhi kemahiran abad ke-20 yang
menjadi keperluan untuk bersaing dalam arus pemodenan ini.
Kemahiran yang ditambah adalah menaakul.
Jika murid berjaya menguasai kemahiran menaakul, murid
akan mampu membuat keputusan berdasarkan akal logik serta
membezakan antara perkara positif dan negatif. Murid juga dapat
menceritakan sebab bagi sesuatu konsep. Justeru, dalam memenuhi
dasar ini, inovasi ini memberikan ruang fleksibiliti kepada murid untuk
menyelesaikan soalan tambah dan tolak. Murid digalakkan untuk
menceritakan

semula

langkah-langkah

penyelesaiannya

kerana

algoritma yang digunakan antara murid mungkin berbeza. Seandainya


murid menceritakan langkah-langkah penyelesaian tanpa sebarang
unsur penaakulan, guru boleh menguji kognitif murid dengan
bertanyakan soalan-soalan yang memerlukan murid menceritakan
sebab-sebab pemilihan penyelesaian tersebut.
b) Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
Proses menyelesaikan soalan tambah dan tolak menggunakan teknik
ini agak berbeza dengan teknik konvensional yang sering digunakan
oleh

guru-guru

di

Malaysia.

Sekiranya

sebelum

ini,

proses

penambahan membawa konsep kuantiti yang semakin bertambah,


inovasi ini mengetengahkan konsep mencukupkan bilangan 10. Oleh
hal yang demikian, kesukaran dalam mengira yang melibatkan jumlah
4

yang terlalu banyak melebihi nilai 10 dapat dielakkan dan digantikan


dengan konsep mencukupkan bilangan 10. Maka kemahiran yang
diperlukan adalah pengiraan dalam lingkungan 10.
Manakala, untuk konsep penolakan pula, konsep yang lazim
digunakan adalah pengurangan kuantiti. Kebiasaannya murid tidak
bermasalah apabila pengurangan kuantiti tidak melibatkan proses
peminjaman. Proses peminjaman sering kali mendatang kekeliruan
kepada murid dan membuatkan murid cenderung untuk memberikan
jawapan yang salah. Justeru, inovasi ini membawakan konsep
penolakan dalam dimensi yang lain iaitu perbezaan. Sebagai contoh,
untuk ayat matematik 7-3, kebiasaan konsep yang difahami adalah
mengurangkan 3 daripada 7. Namun dengan inovasi ini, 7-3
memberikan definisi mencari perbezaan antara 7 dengan 3.
B)

Deskripsi dari segi kandungan, strategi, keluaran atau perkhidmatan


baru

Kotak ini dibina hasil pengalaman lawatan ke Thailand untuk melihat dan
memerhati sistem pendidikan projek rintis yang menggunakan buku daripada
Jepun. Inovasi yang dibina telah diubahsuai dengan budaya dan
persekitaran pendidikan di Malaysia yang mana KSSR diperkenalkan yang
bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif, kritis, inovatif dan
memiliki kemahiran berfikir aras tinggi. Pendidikan dilihat sebagai wahana
yang dapat melahirkan insan dan warga yang berketrampilan, berkemahiran
dan sedia menghadapi cabaran masa n termasuk di peringkat global. Ini
bersesuaian dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai
negara maju dan menjanjikan rakyat yang berpendapatan tinggi. Tato Box
ini membantu murid untuk mengenal pasangan nombor 10. Selain daripada
penggunaan bola ping-pong, butang magnet juga membantu untuk mengira
pasangan nombor dan memberi pengukuhan bagi murid mengingati
pasangan nombor dengan baik dan jelas.
C) Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi
i) Bidang pendidikan
5

a.Boleh menjadikan pendidikan lebih produktif dan bermakna.


b.Berpusatkan murid dan menarik
c.Bahan yang digunakan dapat melahirkan dorongan daya kreativiti
kepada murid mahupun guru.
d.Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru
dan pelajar dengan pelajar.

D)
i.
ii.

Jumlah kos yang terlibat


Bilangan anggota
:
6 orang
Jumlah kos operasi
:
a) Kotak air mineral jenama Spritzer
:
b) Kertas A4 warna
:
c) Mounting board
:
RM
d) Plastic PVC
:
RM
e) Tape kain
:
RM
f) Perekat jernih
:
RM
g) Foam
:
RM
h) Bola ping pong
:

10.00
5.00
6.80
3.00
6.00

---------------RM 30.80
----------------

E)

Keadaan Masalah (Penyelesaian dicapai) selepas pelaksanaan


inovasi :

Sangat sukar memasukkan bola ping pong yang banyak ke dalam lubang
TaTo Box. Masa banyak dihabiskan untuk mengutip bola yang tercicir. Kami
telah mengatasi masalah ini dengan membina corong besar menggunakan
plastik PVC.

5.

FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG TELAH / AKAN DIPERKENALKAN

Setelah inovasi diperkenalkan, kami juga telah melaksanakan ujian pos bagi
mengumpul data berkenaan keberkesanan inovasi ini. Berikut merupakan
perbandingan antara markah ujian pra dan ujian pos.
RESPONDE

SEKOLAH

KEMAHIRAN

UJIAN PRA

UJIAN POS

0/6
3/6
0/6
0/6
4/6
6/6

4/4
4/4
4/4
6/6
6/6
6/6

N
R1
R2
R3
R4
R5
R6

SK BUKIT TAMPOI (A)

TAMBAH

SK DESA PUTRA

TOLAK

Merujuk kepada markah jadual ujian pra dan ujian pos, murid berjaya
mendapat markah yang penuh dalam ujian pos berbanding dalam ujian pra.
Melalui inovasi ini, faedah-faedah yang akan diperoleh oleh murid adalah :

Murid tidak perlu melakukan pengumpulan semula lebih daripada nilai


10 bagi operasi tambah. Murid cenderung melakukan kesalahan
apabila

melakukan

proses

penambahan

yang

melibatkan

pengumpulan semula. Melalui inovasi ini, murid tidak lagi perlu risau
dengan penambahan nombor besar yang rata-ratanya memerlukan
pengumpulan semula. Hal ini disebabkan murid hanya perlu
membiasakan diri dengan kemahiran mencukupkan 10 atau
pasangan nombor sahaja.

Murid tidak perlu melakukan proses peminjaman daripada nilai


nombor sebelah apabila ingin menyelesaikan soalan penolakan.
Proses peminjaman sering kali menjadi satu kekeliruan untuk muridmurid kerana banyak langkah yang terlibat dalam proses ini. Dengan
inovasi yang dilakukan, murid tidak perlu risau dengan peminjaman
ini kerana murid hanya perlu mencari perbezaan nilai antara dua
nombor yang ingin ditolak. Apabila menyebut perbezaan, mereka
hanya perlu mencari nilai yang sama dan menyingkirkannya sehingga
tinggal nilai yang mewakili perbezaan antara dua nombor.

Proses pengiraan menjadi lebih mudah dengan menggunakan inovasi


ini. Murid yang kurang cekap mengira sering kali bermasalah apabila
mengira nilai lebih daripada sepuluh (kemahiran tambah) dan mengira
7

dalam turutan menurun (kemahiran tolak). Melalui inovasi ini, murid


hanya perlu memahirkan diri mengira dalam lingkungan sepuluh
sahaja kerana nombor yang besar tersebut telah dimudahkan dengan
mewakilkannya dengan nilai sepuluh-sepuluh.

Masa untuk menyelesaikan soalan operasi tambah dan tolak menjadi


lebih jimat berbanding teknik gundal yang memerlukan murid mengira
batang satu per satu. Hal ini kerana murid banyak menyelesaikan
soalan ini secara sepuluh-sepuluh.

Murid berasa amat gembira kerana berjaya menyelesaikan soalan


dengan mudah dan tepat. Secara tidak langsung, mereka berasa
bersemangat dan bermotivasi untuk menyelesaikan soalan operasi
tambah dan tolak. Hasil temu bual dan pemerhatian, murid lebih
berminat untuk menyelesaikan soalan tambah dan tolak selepas
menggunakan teknik inovasi ini berbanding semasa peringkat
sebelum ini.

LAMPIRAN

GAMBAR SEMASA PROSES MEMBINA TATO BOX

Proses mengukur saiz skrin

Skrin siap dipotong

Membalut bahagian kotak dengan kertas


berwarna

Meletakkan plastik PVC sebagai


penutup skrin

Menyiapkan bahagian dalam kotak

Membina asas sokongan papan


condong

Menghasilkan papan condong daripada


kotak terbuang

Menghias bingkai

TATO BOX YANG TELAH SIAP DIHIASKAN

10

UJIAN PRA RESPONDEN DARI SKBT

Responden dari SKBT


sedang menjalani ujian
pra

Responden 1 menjalani
ujian pra

11

Responden 2 menjalani
ujian pra

Responden 3 menjalani
ujian pra

UJIAN PRA RESPONDEN DARI SKDP

Responden 4 menjalani
ujian pra

Responden dari SKDP


sedang menjalani ujian
pra
12

Responden 5 menjalani
ujian pra

Responden 6 menjalani
ujian pra

HASIL UJIAN PRA RESPONDEN DARI SKBT (KEMAHIRAN TAMBAH)

Responden 1 (R1)
13

Responden 2 (R2)

Responden 3 (R3)

HASIL UJIAN PRA RESPONDEN DARI SKDP (KEMAHIRAN TOLAK)

14

Responden 4 (R4)

Responden 5 (R5)

Responden 6 (R6)

PELAKSANAAN INOVASI TERHADAP RESPONDEN


15

Proses pelaksanaan
inovasi (tambah)

Responden menyelesaikan
soalan tambah menggunakan
inovasi

Proses pelaksanaan
inovasi (tolak)

Responden menyelesaikan
soalan tolak menggunakan
inovasi

16

ANTARA HASIL UJIAN POS RESPONDEN SKBT (TAMBAH)

ANTARA HASIL UJIAN POS RESPONDEN SKBT (TOLAK)

17

18

Anda mungkin juga menyukai