Anda di halaman 1dari 3

MINGGU 1 : PENGENALAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN REKABENTUK

PENGAJARAN

DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN


Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang digunakan
secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam
pembelajaran.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


i.

Membina Kemahiran Kognitif


Proses pengulangan yang dilakukan beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep
pembelajaran melalui perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan lebih membantu
murid mengingati sesuatu maklumat berbanding proses pengulangan melalui bahan
bercetak. Sesuatu maklumat yang disampaikan dalam bentuk verbal (lisan dan teks)
berserta dengan bentuk visual (gambar, animasi dan video) akan meningkatkan lagi
kadar ingatan dan mencapai semula maklumat dari memori.

ii.

Menggalakkan Pembelajaran Kendiri


Pembelajaran kendiri melalui perisian pengajaran adalah lebih baik berbanding kaedah
tradisi, di mana melalui pembelajaran kendiri ini murid boleh mengawal pembelajaran
berdasarkan tahap kemampuan serta kesesuaian mereka. Contohnya, menyediakan
platform pembelajaran kendiri serta jadual belajar yang sesuai

iii.

Menjadikan Pembelajaran Aktif


Melalui pembelajaran aktif, banyak kelebihan dapat dicapai seperti menarik tumpuan
murid, membina ingatan jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan peningkatan
motivasi belajar.

iv.

Menggalakkan Pembelajaran Yang Menghiburkan


Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan pembelajaran berasaskan
perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan akan memberi kesan yang baik
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran asalkan ianya tidak menganggu
pembelajaran.

v.

Mempelbagaikan Latar Belakang Dan Kaedah Belajar


membolehkan penyampaian isi pelajaran kepada murid dalam bentuk yang mudah
difahami dan lebih menarik berbanding buku atau media lain dan mampu memenuhi
strategi belajar yang bervariasi.

vi.

Mengatasi Masalah Bilangan Murid Yang Ramai


sekiranya berurusan dengan murid yang ramai, penumpuan secara individu adalah di
luar kemampuan. Guru juga akan dapat bersama murid di suatu tempat yang sama
pada suatu tempoh yang terhad, ini dapat diatasi dengan penggunaan perisian

pengajaran dalam teknologi pendidikan yang menawarkan kebolehan menyampaikan


maklumat kepada setiap murid secara individu serta menjamin pencapaian yang baik.
vii.

Melibatkan Lebih Daripada Satu Deria


Pendidikan menerusi perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan akan
menggerakkan setiap deria murid untuk terlibat sama dalam proses pembelajaran. Hal
ini bermaksud, deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan minda seseorang murid
itu akan tertumpu dan terlibat secara aktif dalam proses tersebut.

viii.

Menjimatkan Masa Pembelajaran


Perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan dapat menjimatkan masa pembelajaran
seseorang murid jika dibandingkan dengan kaedah tradisi.

ix.

Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Murid


penggunaan perisian pengajaran dalam teknologi pendidikan menunjukkan kesan positif
terhadap pencapaian murid serta dapatan markah yang tinggi dalam peperiksaan
terutamanya terhadap murid lemah.

x.

Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif


Penggunaan tekonologi pengajaran yang berkesan dapat merangsang persekitaran
pembelajaran yang positif (berkesan) dan dapat menarik minat murid. Penggunaan
teknologi terkini seperti penggunaan laptop, tayangan slaid dapat meransang perhatian
murid secara optimum jika dilaksanakan dengan sistematik.

xi.

Menggalakkan Pendekatan Koperatif


Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk
belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya bagi menyelesaikan
masalah yang diberikan. Kemahiran bersosial dalam kalangan ahli kumpulan
dititikberatkan supaya dapat membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan
mengekalkan hubungan yang positif. Dalam melaksanakan pendekatan ini guru
hendaklah memberikan motivasi kepada murid seperti pengiktirafan dan penghargaan
sekiranya dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik.

xii.

Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif


Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan
idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai
persetujuan kumpulan. Dalam pendekatan ini, murid akan mengumpul idea atau data,
berkongsi pengalaman, berbincang sesame mereka dan menyelesaikan masalah
bersama. Dalam pendekatan ini juga, setiap ahli kumpulan hendaklah memberikan
komitmen bagi melaksanakan tugas yang diberi dan sedia untuk saling membantu bagi
meningkatkan prestasi akademik mereka.

xiii.

Mengubah Pengalaman Pembelajaran


Pengalaman pembelajaran amat penting untuk menjadikan pembelajaran yang
berkesan, iaitu pembelajaran yang dapat mengubah tingkah laku murid. Oleh yang

xiv.

xv.

demikian, pengalaman pembelajaran merupakan aspek yang penting di dalam


pelaksanaan kurikulum.
Mengubah Peringkat Membuat Keputusan
Dengan adanya teknologi pendidikan, pelaksanaan pengajaran berlandasakan
kurikulum yang telah ditetapkan menjadi lebih berkesan, mudah, berteknologi terkini dan
memberikan impak positif kepada pembelajaran murid dan seterusnya sistem
pendidikan.
Mengubah Sistem Atau Pendekatan Pengajaran
Selain daripada mengubah peringkat membuat keputusan, teknologi pendidikan juga
berperanan untuk mengubah sistem atau pendekatan pengajaran. Hasil pembaharuan
teknologi pendidikan ia dapat mempengaruhi sistem atau pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pendidikan juga dapat menukar sistem atau
pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem
kelas terbuka atau sistem sekolah bebas.

Anda mungkin juga menyukai