Anda di halaman 1dari 3

MEMAKSIMUMKAN KECEKAPAN

Aspirasi kecekapan adalah sistem yang memaksimumkan keberhasilan


murid mengikut peruntukan sedia ada. Kementerian secara tekal telah
menyalurkan

sumber

yang

signifikan

bagi

membangunkan

sistem

pendidikan. Komitmen untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi semua


murid telah meletakkan asas bagi banyak kejayaan yang telah dicapai oleh
sistem pendidikan dan negara. Untuk memastikan Malaysia dan sistem
pendidikan dapat bersaing dengan negara yang setara dengannya dalam
trend globalisasi abad ke-21 ini, Kementerian komited sekali lagi untuk
memaksimumkan

sumbernya

bagi

menyediakan

yang

terbaik

untuk

golongan remaja. Sumber dan sokongan yang disediakan sesuatu sistem


kepada sekolah memainkan peranan penting dalam menentukan tahap
prestasi sekolah, dengan membolehkan guru dan pengetua/guru besar
memberi tumpuan kepada aktiviti utama penyampaian pengajaran dan
pempelajaran yang berkesan. Justeru adalah menjadi satu kewajipan untuk
guru memanfaatkan sepenuhnya sumber yang telah disediakan oleh
kementerian. Bagi guru-guru permulaan bantuan dan sokongan daripada
pihak kepimpinan sekolah seperti guru besar dan guru-guru pakar disekolah
tersebut adalah sangat penting supaya mereka dapat mengoptimumkan
keupayaan diri sekaligus memenuhi aspirasi kecekapan.
Pada peringkat guru permulaan, mereka perlu berusaha mempelajari
fakta-fakta yang spesifik secara objektif serta menguasai konsep asas dan
peraturan asas untuk bertindak. Guru permulaan sedang belajar dan
berusaha untuk membentuk suatu pandangan menyeluruh untuk memahami
pengertian 'menjadi seorang guru'. Mereka mulai memperoleh beberapa
kemahiran asas, menguasai peristilahan-peristilahan yang berkaitan dengan
profesionnya serta menghimpunkan idea-idea awalan tentang tugas-tugas
mengajar. Justeru dalam memahami dan memantapkan diri sebagai seorang
guru, bantuan dan sokongan daripada kepimpinan sekolah adalah menjadi
satu kemestian. Hal ini adalah kerana pada peringkat kepimpinan sekolah

yang melibatkan guru pakar misalnya, guru ini merupakan bintang yang
menyerlah dalam bidangnya. Guru pakar boleh dianggap sebagai jurucakap
atau orang yang berautoriti dalam profesionnya sekaligus mampu menjadi
kayu ukur dan garis panduan kepada guru permulaan.
Lee Shulman (1986, 1987), seorang pengkaji terkemuka dalam bidang
pendidikan guru mengutarakan satu kerangka konseptual yang sering
dijadikan panduan kepada pendidik guru dalam perbincangan berkaitan
kualiti seorang guru yang kompeten. Kecekapan seseorang guru harus
mengambil kira tujuh teras pengetahuan, iaitu:
Pengetahuan isi kandungan.
Pengetahuan pedagogi am.
Pengetahuan kurikulum.
Pengetahuan kandungan pedagogi.
Pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar.
Pengetahuan tentang konteks pendidikan.
Pengetahuan tentang falsafah, matlamat dan nilai pendidikan.
Kepimpinan sekolah harus bertindak membantu guru permulaan dalam
menguasai kesemua pengetahuan tersebut agar mampu menjadi guru yang
kompeten dan dapat memenuhi aspirasi kecekapan. Untuk Pengetahuan
kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge) dibentuk hasil
daripada mensintesis dan menyepadukan tiga teras pengetahuan, iaitu
pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am dan pengetahuan
tentang konteks pendidikan. Kepimpinan sekolah boleh menerangkan dan
memperkukuh ketiga-tiga teras pengetahuan ini dengan berkongsi melalui
pengalaman yang dilaluinya. Mengikut Shulman dan Grossman (1988),
pengetahuan kandungan pedagogi hanya dimiliki oleh kaum pendidik sahaja.
Maka orang yang paling arif dan sesuai untuk berbicara dan berkongsi
tentang pengetahuan ini tentulah bahagian kepimpinan sekolah seperti guru
besar dan guru pakar kerana mereka telah lama berkecimpung dalam bidang
pendidikan.

Untuk menghayati pengurusan bilik darjah, seseorang guru permulaan


boleh dibantu

oleh

kepimpinan sekolah melalui

pendedahan

kepada

pengalaman yang terancang. Sebagai contohnya, analisis kajian kes, dan


juga senario bilik darjah. Selain itu, kepimpinan sekolah juga dapat
membantu menerusi pengalaman vikarious dengan memerhati guru pakar
mengendalikan kelas, pengalaman simulasi menerusi main peranan atau
pengajaran mikro dan makro di mana perbincangan boleh berfokus kepada
masalah disiplin atau isu akademik yang spesifik. Melalui aktiviti demikian,
permulaan akan mula memperoleh suatu kefahaman baharu, seperti mana
Shulman (2000) berpendapat, mengetahui sesuatu secara peribadi adalah
berbeza daripada memahami apa jua yang orang lain patut tahu dan
laksanakannya. Guru permulaan perlu mencari peluang yang berterusan
agar dapat meningkatkan kemahiran profesionalismenya ke peringkat yang
lebih baik agar segala dana yang telah dicurahkan oleh pihak kerajaan
berbaloi pulangannya.
Kesimpulannya,
daripada

bantuan

kemantapan
kepimpinan

gerak

sekolah

kerja

guru

permulaan

akan

membolehkan

hasil

aspirasi

kecekapan tercapai dan tertunai. Pepatah Melayu ada menyatakan, bulat air
kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat serta muafakat
membawa berkat. Hasil perkongsian dan saling bantu membantu dalam
organisasi disekolah akan mewujudkan sebuah pendidikan yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai