Anda di halaman 1dari 3

Lihat

sebelah
KERTAS KERJA PENYERTAAN JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP CABANG
TAHUN 2015 .

Tajuk Aktiviti:
Penyertaan dalam aktiviti Jambori Cabang, 2015
Tarikh Aktiviti :
1. Aktiviti dijalankan pada 13 Ogos hingga 19 Ogos 2015.
2. Pelajar akan berkumpul di dewan Mawaddah SMKA Tun Said pada jam 6.00 pagi dan akan
diberikan taklimat terakhir sebelum sebelum bertolak ke Terminal Bas Kota Belud pagi dengan
menaiki pengangkutan van sekolah. Guru pengiring dan pelajar akan menaiki teksi dari Kota
Belud ke Terminal Bas Kota Kinabalu, pada jam 6.30 pagi dan dijangka sampai ke di Kota
Kinabalu pada jam 7.30 pagi dan seterusnya akan menaiki bas ekspress terus ke Tawau dan akan
bermalam di Tawau. Pada 13 Ogos akan menaiki feri ke Pulau Nunukan bagi tujuan Jambori
Cabang.
3. Pelajar akan bertolak pulang dari tapak jambori menaiki feri ke Tawau pada 19 Ogos 2015 pada
jam 8.00 pagi. Seterusnya akan menaiki bas dari Tawau ke Kota Kinabalu pada jam 10 pagi.
Semua peserta akan berkumpul dan akan diberi taklimat terakhir sebelum pulang ke sekolah.
Bilangan Penyertaan:
1. Seramai 2 orang guru mengiringi 3 orang pelajar sekolah dalam lawatan ini.
2. Pelajar seramai 3 orang lelaki.
Objektif Aktiviti:
a) Mendedahkan ahli pengakap kepada kemahiran dan pengetahuan pengakap dalam aktiviti
berkonsepkan Jambori Pelancongan (Tourism Jamboree).
b) Meningkatkan integriti sosial ahli Pengakap.

c) Meningkatkan kemahiran dalam bantuan kemasyarakatan khususnya yang berkaitan


kebudayaan.
d) Memberi peluang mengenali destinasi pelancongan dan budaya Negara Indonesia.
Pengangkutan :
1. Pengangkutan pergi yang digunakan ialah teksi pada 12 Ogos 2015, pukul 6.30 pagi dari Kota
Belud ke Terminal Bas Kota Kinabalu, bas pada pukul 8.00 pagi dari Terminal Bas Kota
Kinabalu ke Terminal Bas Tawau, feri pada 13 Ogos 2015, pukul 8.00 pagi dari Jeti Tawau ke
Pulau Nunukan.
2. Pengangkutan pulang yang digunakan ialah feri pada 19 Ogos 2015, pukul 8.00 pagi dari Pulau
Nunukan ke Jeti Tawau, bas dari Terminal Bas Tawau ke Terminal Bas Kota Kinabalu pada pukul
10.00 pagi, teksi pada pukul 6.30 petang dari Terminal Bas Kota Kinabalu ke Kota Belud.
Aktiviti :
1. Para pelajar akan menyertai aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pihak penganjur program
sepanjang berada di program tersebut seperti pameran, demostrasi seni budaya, aktiviti kerja
sosial, khidmat masyarakat dan lawatan ke destinasi menarik di Pulau Nunukan, Indonesia.

Prosedur Sebelum Menyertai Aktiviti:


1. Pelajar diminta mengisi borang kebenaran ibu bapa dan borang-borang tersebut hendaklah
diserahkan kepada sekolah/guru selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2015 (Jumaat).
2. Memohon kebenaran dari pihak Jabatan Pendidikan Gabungan Kota Belud yang termaktub
dalam peraturan Undang-Undang Pelancongan Sekolah 1957, dengan mengisi borang
Permohonan Pelancongan Sekolah sekurang-kurangnya sebulan sebelum menyertai lawatan ini.
3. Memohon kebenaran daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
4. Menyediakan peti pertolongan cemas dengan selengkapnya.
5. Memberi taklimat tentang objektif, aktiviti ini dan tentang keselamatan pelajar seminggu
sebelum perjalanan dan semasa pelajar sampai dan sebelum perjalanan pulang daripada tempat
lawatan. Pelajar juga diingatkan supaya lebih mengutamakan keselamatan diri. Pelajar akan
berkumpul di Dataran Perhimpunan SMKA Tun Said sebelum bertolak.
Penutup:
Diharapkan aktiviti ini akan dapat memberikan pengalaman yang mendalam kepada pelajar.
Sekembalinya murid dari lawatan ini, diharapkan murid akan dapat menggunakan kemahiran dan
pengalaman dalam beraktiviti untuk dikongsi bersama ahli pengakap yang lain dalam menuju Pengakap
Di Raja tahun 2015.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
(MOHD RIDZUAN BIN MD SHARIFF)
Pemimpin Kumpulan Pengakap,
SMKA. Tun Said,
Kota Belud.



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN SAID
BEG BERKUNCI NO 4
89159 KOTA BELUD, SABAH
Tel: 088-971185, Fax : 088-971364, email : smatskb@yahoo.com.my

Ruj. Kami
Tarikh

: SMATS/800-1/02(09/1)
: 11 Ogos 2015

Pegawai Pelajaran Daerah,


Pejabat Pelajaran Negeri Sabah,
Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Belud,
Beg Berkunci No.2,
89158 Kota Belud,
Sabah.
Tuan,
BORANG PERMOHONAN PELANCONGAN SEKOLAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG
PELANCONGAN SEKOLAH-SEKOLAH 1957
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2.
Dimaklumkan bahawa murid kami akan menyertai Jambori Antarabangsa Pengakap Cabang
2015. Rombongan kami terdiri daripada 5 orang termasuk 2 orang guru lelaki. Tujuan lawatan kami
adalah untuk mendedahkan murid kepada kemahiran dan pengetahuan pengakap khususnya berkaitan
dengan kemahiran kepengakapan, kebudayaan dan eco-pelancongan.
3.

Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan perkara berikut untuk perhatian dan tindakan tuan.
3.1 Borang Permohonan Pelancongan Sabah (Undang-Undang Pelancongan SekolahSekolah 1957) 4 salinan
3.2 Kertas Kerja Penyertaan Jambori Cabang 2015.

4.
Pertimbangan tuan amat diharapkan dan dihargai serta terlebih dahulu diucapkan berbanyakbanyak terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(TAIP BIN ABDULLAH)


Pengetua,
SMKA. Tun Said,
Kota Belud.

pengakap/k20_mrs

Anda mungkin juga menyukai