Anda di halaman 1dari 1

PENAAKULAN MATEMATIK (MTES3023) 1PISMP

SOALAN LATIHAN
Selesaikan soalan berikut dengan menggunakan penyelesaian yang sesuai
(penaakulan/model polya dll)
1.

Cari nilai 1 + 2 + ... + 99 + 100

2.

Tentukan sama ada 784 ialah satu nombor kuasa dua atau tidak

3.

Seekor kambing ditambat denga seutas tali yang panjangnya 7 m pada


sebatang kayu yang terpacak di penjuru sebuah padang rumput. Padang itu
berbentuk segi empat tepat yang berukuran 15 m panjang dan 7 m lebar.
Cari luas kawasan padang yang rumputnya tidak dapat dimakan oleh
kambing itu.

4.

Nik Syakirah hendak membeli sebiji kuih yang berharga 30 sen. Dia ada duit
syiling 20 sen, 10 sen, dan 5 sen. Tentukan berapa cara dia boleh membayar
harga kuih itu.

5.

Berapa banyakkah bilangan nombor ganjil antara 20 dan 200

6.

Seorang kerani pos menjual 4 keping setem RM10 dengan meleraikannya


daripada kepingan setem yang besar, tetapi keempat-empat keping setem itu
masih bersambung pada tepinya. Tentukan bilangan cara yang berlainan 4
keping setem itu boleh dileraikan.

7.

Terdapat enam orang dalam sebuah bilik mesyuarat. Jika setiap orang
berjabat tangan dengan setiap orang lain sekali sahaja, berapakah bilangan
berjabat tangan yang berlaku?

8.

Cari hasil tambah integer 1 hingga 50

9.

Seorang petani mempunyai beberapa ekor biri-biri dan beberapa ekor ayam.
Dia mendapati kesemuanya terdapat 70 kepala dan 200 kaki. Berapa ekor
biri-biri dan berapa ekor ayam yang dipunyai oleh petani tersebut?

Anda mungkin juga menyukai