Anda di halaman 1dari 13

KAUMMELAYU

Pantang Larang
O
rang Melayu Tradisionalmerupakan kepercayaan masyarakat Melayuzaman lampau berkaitan
dengan adat dan budayawarisan nenek moyang. Kebanyakan adalahbertujuan untuk mendidik
masyarakat agarmengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.Apa yang disebut bukan untuk
dipercayai tetapiuntuk dihayati mesej yang tersembunyi disebalikpantang larang yang telah
diperturunkansecara lisan sejak zaman berzaman.
Pantang Larang Wanita Hamil
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yangbakal lahir juga akan
cacat.2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-manabinatang, dikhuatiri anak
yang bakal lahir mengalami kecacatan.3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih
binatang,dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalamikecacatan.4. Dilarang
bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalamikesulitan ketika melahirkan anak.5. Dilarang
makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketikabersalin. Anak mungkin tercerut tali
pusatnya.6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akankena.
7
. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awalkehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.8. Dilarang
melihat gerhana, dikhuatiri anakmendapat tompok hitam atau bermata juling.9. Dilarang
melangkah kucing yang sedang tidur,dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yangsedang
tidur.10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nantianak akan terencat.11. Dilarang makan
makanan yang berakar sepertipegaga, nanti terlekat uri.12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti
kepalaanak akan menjadi besar.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki
1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan
burukkemaluan.3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mataketumbit.4. Dilarang tidur di
tengah padang, nanti emak mati.5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datanghantu.6. Kalau
tidak tahan berpanas, nanti tunangdilarikan orang
Pantang Larang Bayi
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan semangatkerana ditakuti menjadi
kurus.2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.3. Tak boleh diletak bayi atas lutut,
nanti mendapat sakit perut.4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti
melawancakap.5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepaladan pada
pusatnya kerana dikatakan pendek umur.6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7
. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum,ketawa dan ingin menangis.
Jangan kejutkan kerana dikatakan bayisedang bermain dengan urinya.8. Tidak boleh
menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
Pantang Larang Ketika Berdiri

1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggungdijamah hantu.

2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakanakan jauh rezeki.


Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketikabersanding.2. Makan tidak basuh pinggan, nanti
lambat dapatmenantu.3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.4. Makan waktu Maghrib, makan
bersama hantu.5. Makan sisa anak, anak akan degil.6. Tidur selepas makan, nanti perut
buncit.
7
. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba,nanti suami diambil orang.9. Jangan makan nasi
di senduk, nanti payah rezeki.10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.11. Makan telur
tembelang, mendapat penyakitbarah.12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anakbibir
sumbing.13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.14.Makan berlunjur,akan jadi
pemalas.15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
Pantang Larang Sewaktu Tidur
1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan
langsuir.3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.4. Tidur selepas makan, nanti
ditindih hantu.5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.
Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.2. Dilarang menjahit di badan, nanti
tidak lepas hutang.3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai dipelamin.4.
Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat
anakbodoh.6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orangtua.
7
. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nantididatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajahpucat di malam pertama.9.
Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.10. Pantang berbual di tangga, nanti
dipinang orang diserambi rumah sahaja.11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti
menjadimadu orang.12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nantipendek rezeki.13.
Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datangsial.14. Dilarang makan berubah tempat,
nanti berkahwinramai.15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketikamakan, dikhuatiri
nanti akan merampas suami orang.
Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakanhantu.

2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.

3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.

4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapatbencana.

5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.

6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.

7
. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.

8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takutberpenunggu.

9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nantidirasuk atau dapat malang.

ADAT DALAM MASYARAKAT MALAYSIA


DAN KEPENTINGANYA
Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia dan Kepentinganya
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan
segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan
bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu
perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza,
tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama.
Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan
sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran
berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat
perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah
menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat
sesuatu masyarakat itu.
Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya
itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang difahami
dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah, Justeru wujud
pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya
hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak
boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal.
Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari ini,
kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan budaya
bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat
seragam.
Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga disebut
sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar belakang. Kerana
masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar belakangnya, maka setiap
bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar
belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya.

Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat adat
itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini. Bagi masyarakat
Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali
martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks Minangkabau bukan sekadar cara
bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat
ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini.
Justeru tidak hairanlah jika didalam masyarakat mereka wujud istilah-istilah seperti undangundang adat, mahkamah adat, ketua adat dan sebagainya. Begitu juga dengan lain-lain
kaum di Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa dan
terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan
perlaksanaanya suatu ketika dahulu.
Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu bagi
mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan
aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu,
didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama
di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah sejarawan
khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga masyarakat
pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep merantau yang
menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu.
Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan bahawa adat
Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan pemahaman kita
berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan cantuman ras-ras kecil yang
beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai
percampuran dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan adat Melayu, kita dapat
melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam proses pembinaan adat Melayu. Pertamanya
ialah adat yang dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang dipengaruhi
zaman Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam.
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi
melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam
masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu dan Buddha ini
masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara persandingan
didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adatadat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu.
Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga
merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan
perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga
dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan
Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.

Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pada
zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun sudah beragama
Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan Buddha masih diamalkan. Justeru
zaman ini digelar zaman campuran adat Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu.
Pada zaman ini, walaupun masyarakat Melayu sudah Islam, namun mereka mengamalkan adatadat yang dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai contoh masyarakat Melayu
mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang sial bulan
Safar dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menganggap
perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja pantai dan sebagainya. Ia
jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap diamalkan dengan meluas didalam masyarakat
Melayu yang masih tebal dengan pengaruh Hindu dan Buddha ketika itu.
Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu
pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Melayu,
adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat orang
Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam
telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan
Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan
budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.
Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang Melayu.
Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu
menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang bertentangan
dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan semakin
dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya.
Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan,
seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika
seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang
disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.
Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu
baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan
adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak,
ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan
seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan
tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan
kesihatan.
Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang
baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu
mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat masa
yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan
diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.

Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke
bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat
membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh
masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran bayi
itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang
membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.
Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai adat dan
cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di Malaysia
ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proses kemasukan besarbesaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke
Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat mereka.
---------Aspek ketiga yang menjadi teras kepada pembentukkan keperibadian dan identiti kebangsaan
ialah agama Islam. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting didalam
proses pembangunan dan perpaduan negara. Agama juga perlu bagi merealisasikan pembentukan
rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi
mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Kerana itu ia patut dijadikan unsur yang penting
dalam pembentukan identiti kebangsaan. Ini juga memandangkan kedudukan Islam sebagai
agama rasmi negara. Di samping itu, telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang
telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini sejak dahulu lagi.
Bercakap pula tentang kepentingan aspek-aspek adat yang dijadikan teras kepada pembentukan
identiti dan keperibadian kebangsaan, aspek teras yang disenaraikan seperti adat masyarakat
rantau ini, adat luar yang sesuai dan adat yang berpandukan Islam pasti mempunyai
kepentingannya yang tertentu.
Yang pertama, kepentingan adat Melayu dijadikan sebagai teras dalam pembentukan identiti
nasional ialah untuk memastikan kestabilan sosial dan politik di Malaysia terus terpelihara.
Harus kita fahami apabila kita bercakap berkenaan Malaysia, majoriti penduduknya ialah orang
Melayu. Kerana orang Melayu ialah majoriti didalam masyarakat Malaysia, adalah penting untuk
menjadikan adat kaum yang majoriti sebagai ikutan kepada kaum-kaum lain yang lebih kecil
populasinya. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertikaian kepada masyarakat lain di Malaysia
khususnya kepada masyarakat Melayu sendiri sebagai entiti yang terbesar dan bertaraf peribumi
di Malaysia. Kedudukan masyarakat Melayu yang dianggap nuklius didalam sistem sosial di
Malaysia juga merupakan kepentingan yang perlu diambil berat sesuai dengan kedudukan
istimewanya yang dijamin Perlembagaan.

Kedudukan Raja-Raja, Yang Dipertua Negeri dan Yang Dipertuan Agong juga merupakan aspek
yang penting untuk menjadikan adat Melayu sebagai pemangkin identiti nasional. Raja-Raja dan
Yang Dipertuan Agong merupakan tuan kepada negeri-negeri dan negara Malaysia sendiri.
Mereka juga merupakan orang Melayu. Kedudukan mereka yang menjadi lambang perpaduan
negara ini menyebabkan adat istiadat mereka iaitu adat istiadat Melayu diterima sebagai suatu
unsur teras dalam melaksanakan identiti Malaysia secara bersama. Justeru untuk memastikan
Institusi Raja-Raja Melayu terus dilindungi dan dihormati, maka dalam usaha untuk membentuk
identiti dan peribadi kebangsaan, adat Melayu tidak boleh dikesampingkan.
Kita juga harus melihat kepentingan untuk menerima mana-mana unsur adat dan budaya luar
untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan. Walaupun telah dipersetujui bahawa adat Melayu
merupakan adat teras yang dijadikan ikutan setiap rakyat Malaysia, namun ketetapan itu tidak
bermaksud hanya itu sahaja adat yang akan diterima kearah pembentukan identiti yang seragam
dalam masyarakat Malaysia. Adat dan budaya kaum lain yang sesuai juga dapat dipraktikkan
asalkan ianya tidak bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara. Ini bagi
memastikan tiada suara-suara yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang menggariskan unsurunsur penting kearah membentuk budaya kebangsaan. Pendek kata, penerimaan unsur-unsur
asing ini ialah supaya keharmonian kaum di Malaysia akan terus berlangsung dengan jayanya.
Unsur-unsur adat dan budaya luar juga penting untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan
kerana bagi menghasilkan budaya kebangsaan yang tidak terlalu stereotaip dengan adat dan
budaya Melayu, adat lain juga perlu disenaraikan. Budaya kebangsaan diwujudkan untuk
menunjukkan peribadi dan identiti masyarakat Malaysia yang pelbagai, bukan hanya untuk
melambangkan budaya dan adat Melayu semata-mata. Dengan adanya unsur-unsur yang diluar
daripada adat dan budaya Melayu yang sesuai, maka akan terhasil suatu modul identiti
masyarakat yang pelbagai dan bersifat luwes.
Unsur Islam yang dijadikan teras kebudayaan kebangsaan juga penting bagi menjamin
kedudukannya yang merupakan agama rasmi Malaysia. Islam tidak boleh dan tidak dapat
disamakan dengan agama-agama lain kerana ia merupakan agama yang sebenar. Maka dalam
usaha menerapkan identiti kebangsaan, Islam tidak boleh dikesampingkan. Selain kerana
kedudukan Islam sebagai agama rasmi, ia juga penting kerana Islam merupakan tunjang kepada
kehidupan masyarakat Melayu iaitu masyarakat peribumi dan majoriti di Malaysia. Walaupun
identiti dan peribadi kebangsaan adalah berteraskan Islam, namun agama-agama lain bebas untuk
dilaksanakan dengan syarat amalan agama-agama lain tidak akan menggugat kedudukan agama
Islam sebagai agama utama di Malaysia.
Masyarakat Malaysia sudah mempunyai adat yang tersendiri, tetapi kenapa kerajaan masih
berkehendak supaya diwujudkan suatu adat dan budaya baru bagi mencerminkan identiti dan
keperibadian Malaysia yang seragam? Adakah dengan budaya dan adat kaum-kaum yang sedia
ada di Malaysia tidak cukup untuk mencerminkan identiti negara?

Bagi mewujudkan identiti yang seragam seiring dengan kesanggupan pelbagai kaum untuk hidup
bersama di Malaysia, tidak dapat tidak, penyeragaman identiti dan keperibadian kebangsaan ini
perlu dilakukan. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya
kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai
pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup berdampingan,
berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleran. Penyeragaman identiti dan
keperibadian berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan
aman daripada persengketaan serta kucar-kacir. Dalam erti kata yang lain, identiti dan
keperibadian yang seragam ini akan membolehkan perpaduan nasional berlangsung dengan lebih
utuh lagi.
Identiti dan kepribadian kebangsaan juga berkepentingan untuk menghindarkan masyarakat dari
me1akukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kehidupan
bermasyarakat. Budaya kebangsaan ini penting ke arah melahirkan satu negara bangsa Malaysia
yang maju, progresif, saintifik dan bersatu padu tanpa ada unsur-unsur negatif dalam kehidupan
seharian sesama sendiri. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang mengamalkan
kebudayaan, adat resarn, agarna dan bahasa masing-masing diharap akan dapat bersatu melalui
usaha bersama yang murni ini.
Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas yang
sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. Melalui usaha
membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan masyarakat negara kita
berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam melaksanakan matlamat yang sama
iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bepegang teguh dengan ajaran agama masingmasing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara
kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah
merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis
dan bersatu padu.
Budaya yang seragam bagi rakyat Malaysia juga penting bagi memastikan perancangan dan
tindakan kerajaan untuk menerap serta menanam nilai-nilai murni ke dalam akal fikiran, hati
budi serta perilaku masyarakat Malaysia di pelbagai lapisan masyarakat dapat direalisasikan.
Amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang merupakan perkara penting dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan seharusnya ditegaskan sebagai sebahagian dari proses pembangunan
identiti untuk mencapai tahap keutuhan peribadi dan perilaku yang mulia dan berbudi bahasa.
Maka identiti dan keperibadian kebangsaan ini diharap akan meneguhkan kembali kekuatan
peribadi dan jati diri masyarakat.
Segala tindakan idealisme kebangsaan ini juga adalah suatu usaha untuk membina bangsa
Malaysia melalui semangat Rukunegara. Perisytiharan Rukunegara dengan jelas meletakkan

negara di atas cita-cita perpaduan, kehidupan demokratik, keadilan, tradisi budaya serta
masyarakat progresif. Oleh itu, budaya dan identiti seragam ini penting untuk memastikan citacita tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya.
Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan identiti dan
keperibadian kebangsaan. Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif hasrat ini telah
menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan. Perlu diingat bahawa didalam pembentukan
dan pewujudan satu kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan penerimaannya akan
mengambil masa yang lama dan mungkin melangkaui satu generasi ke satu generasi yang lain.
Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun pembentukan
identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun dilaksanakan. Adalah
didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan semenjak ia mula diterapkan.
Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh didapati didalam perayaanperayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan pelbagai kaum di
Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.
Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian
negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan
rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai
dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai
hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang membentuk
identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang bersifat kesukuan
atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat
persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian
kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
ADAT RESAM
Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan Melayu. Ada berpendapat perkataan Melayu berasal daripada
perkataan Malaju . Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas.
Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas, cerdas, segala tindak
tanduk mereka cepat dan deras.
A.H Keane, ahli antropologi berpendapat bahawa bangsa Melayu berasal daripada campuran antara bangsa
Kaukasus dengan bangsa Mongol. Pendapat ini berdasarkan teori yang mengatakan bahawa orang Melayu berasal
dari daerah utara Asia Tenggara seperti tersebut. Justeru itu, takrif orang Melayu jika dilihat dari segi sosial dan
budayanya yang lebih luas, meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan pulau
pulau Melayu atau Nusantara. Oleh yang demikian kelompok kelompok bangsa Melayu amat besar di dunia.
Adat Melawat dan Berkunjung
Berikut beberapa panduan mengenai adat resam orang Melayu berhubung dengan lawatan dan kunjungan.

Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam
dengan ucapan Assalamualaikum.

Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut.

Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan menundukkan
sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan.

Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu kumpulan atau perhimpunan orang ramai hendaklah
menundukkan sedikit kepada dengan menghulkurkan sebelah tangan. Ucapan ucapan yang sesuai bagi maksud
ini ialah maafkan saya, tumpang lalu, minta jalan.

Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya, tetamu dan tuan rumah dudk bersila. Bagi
orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan bersimpuh. Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap
kurang sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka
kaki dengan luas.

Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis tetamu menolaknya. Jika sudah kenyang
sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu.

Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Jangan senduk terlalu
penuh atau sedikit tetapi sederhana banyaknya. Biarkan orang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian
barulah orang muda kerana tidak sopan membiarkan ornag lebih tua memakan sisa orang muda. Maka itu
sesetengah orang menyediakan peraturan orang muda makan berasingan daripada orang tua atau orang tua makan
dahulu. Bagaimanapun amalan ini tidak begitu sesuai jika kita mahu menanamkan kemesraan dan kekeluargaan di
kalangan anak anak.

Seeloknya ambillah hidangan yang berhampiran dengan kita jangan menjangkau makanan yang terletak
jauh dan sukar dicapai. Jika kita berkehendakkan makanan yang sukar dicapai mintalah bantuan orang lain yang
berdekatan.

Ketika menghulur atau menyambut seeloknya siku atau pergelangan tanggan ditampung sedikit dengan
tangan sebelah lagi. Ketika menyenduk kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
Bunyi ketika menyenduk dianggap kurang sopan dan kasar. Jangan bercakap ketika makan apatah lagi ketika mulut
penuh.

Jika bercakap pastikan tidak menimbulkan perkara perkara kurng menyenangkan sehingga boleh
menganggu selera makan atau menyebabkan pertengkaran.

Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana perbuatan itu dianggap biadap dan tidak
menghormati ornag lain.

Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa golongan muda. Jangan sesekali meninggikan
suara seperti orang menengking.

Jika hendak bercakap sesuatu kepada orng yang berada agak jauh dari kita, hampirilah dia jangan
bercakap dengan menjerit jerit dati satu sudut ke satu sudut.

Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal daripada suami. Lebih sopan kalau tidur menghadap
suami bukan membelakanginya.
Menyambut Kelahiran
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara umumnya,
upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari
segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.
Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa gembira akan
melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang mengandung dielakkan dari
mendengar, melihat dan bercakap perkara perkara yang buruk. Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti:

Menempah bidan

Menjamah perut

Melenggang perut

Mandi melenggang perut

Mengadap semangat
Menempah Bidan
Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan bersiap sedia dengan
berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa yang baik selalunya pad ahari Khamis malam
Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua wanita yang mengandung akan bersiap menghias rumah seperti
menggantung langsir, langit langit dan membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudara
kaum keluarga.
Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluh sembilan hari bulan Islam. Mas
ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. Hari Selasa merupakan hari yang tidak sesuai untuk menempah
bidan lebih lagi sekiranya pada hari tersebut ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.
Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung sahaja. Tujuan upacara
bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk menyambut kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini
dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.
Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan bidan yang ada di kawasan tidak dapat menolong wanita
yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiri yang tidak menempah dari awal atau kerana ada
tempahan lain pada masa yang sama.
Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia seperti Melaka dan
Johor, manakala istilah kirim perut pula difahami oleh orang Melayu di sebelah utara seperti Perak, Kedah dan
Perlis.
Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiak kandungan dipercayai
genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan dipercayai sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada
waktu tertentu kerana di dalam masyarakat tradisi penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah sangat
penting.
Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandung supaya anak yang berada di
dalam kandungan betul kedudukannya dan wanita mengandung akan senang melahirkan anak kelak.
Biidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut. Antara bahan yang
disediakan untuk upacara 7 helai kain batik pelbagai warna, sebiji kepala sederhana besar, secupak beras putih,
sepiring beras kunyit, sebilah pisau atau sudu dan sebatang salur pinang.
Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi serta membetulkan kedudukan
anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali. Kemudian

diletakkan kelapa yang telah dikupas licin di atas perut dan digulingkan ke arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kaki
bakal ibu akan menendang kelapa itu dengan sekuat kuatnya. Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika
melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan jika belahan itu lebih banyak pada bahagian matanya ia
menandakan anak yang bakal lahir adalah lelaki.
Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib, kemudian kunyit di atas perut
bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambil sudu dan digosok ke atas perut dipercayai rupa paras bakal
bayi akan cantik dan licin.
Mandi Melenggang Perut
Dalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan bahan yang disediakan untuk menjalankan upacara itu
seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain
lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.
Biasanya tempat masdi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempat mandi dan wanita hamil akan
duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakan dengan doa selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
untuk mendapat restu. Wanita hamil akan diandam supaya anak yang bakal dilahirkan tidak berbulu. Wanita hamil
akan berkemban dan bidan akan menjurus air dibantu oleh beberapa orang lain yang mengibas mayang pinang.
Ketika air buyung dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu
dilepaskan. Kemudian dimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir sekali air tolak bala
dijurus dan upacara mandi lenggang pun berakhir.
Mengadap Perut
Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah. Ia sebagai
tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja.
Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.
Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap tiap bekas yang berasingan sebagai pemberian kepada
semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi yangakan dilahirkan nanti mempunyai
sifat sempurna dan tidak cacat anggota.
Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil
Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat Melayu telah melakukan
sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk
keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.
Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi perlakuan dan makanan.
Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua yang semestinya diikuti oleh wanita yang
mengandung.

Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang
malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin.

Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda benda yang menakutkan dikhuatiri anak yang bakal
lahir nanti akan terkenan dan cacat.

Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat sifat orang yang
dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.

Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang mempunyai
gelap masa depan.
Mengerat Tali Pusat Bayi
Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar terlebih dahulu supaya hilang
bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali pusat. Ikatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali
pusat dikerat dengan tujuan menyekat al darah daripada mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat
mahupun tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya tali pusat
cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah dipotong.
Menanam Uri dan Tembuni
Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama sama bayitidak boleh dibuang begitu sahaja. Sebelum
ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Uri tidak boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah
hari kerana dikhuatiri anak itu akan degil. Uri biasanya ditanam di pintu jalan bersama sama asam, garam, jarum,

buku dan pensil supaya anak menjadi rjin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidak boleh ditanam terlalu
dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak akan menjadi lambat

Anda mungkin juga menyukai