Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM :

NAMA GURU PELATIH :

PROGRAM IJAZAH SARJANA


MUDA PERGURUAN
TAJUK KURSUS :
PERANCANGAN DAN
PENGAJARAN MATEMATIK

SEMESTER : 2

KOD KURSUS: MTE 3073

TARIKH MULA

12 Julai 2015

TARIKH HANTAR

9 Ogos 2015

Hasil Pembelajaran
Pada akhir Semester pelajar dapat:
1.
Menjelaskan dan mengaplikasikan konsep pengajaran dan pembelajaran
matematik
2.
Menghasilkan satu rancangan harian matematik yang sempurna dengan
format
yang betul dan berkualiti
3.
Memilih pelbagai kaedah dan teknik pengajaran matematik yang sesuai untuk
digunakan dalam pengajaran
4.
Mengaplikasikan teori dan idea pembelajaran matematik yang
berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran matematik
Kerja kursus ini merujuk kepada hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4.
Objektif Projek
Membolehkan pelajar untuk:
1. Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan topik
matematik sekolah rendah yang dipilih dengan bahan bantu mengajar mengunakan
ICT atau Model Maujud
2. Membuat pembentangan pengajaran mengikut pendekatan pengajaran yang
dipelajari
3. Membuat refleksi secara illimah dari pembentangan pengajaran dan pembelajaran
serta berkebolehan membuat cadangan untuk penambahbaikkan penggunaan bahan
bantu mengajar.

TUGASAN PROJEK
Sebagai seorang pendidik matematik yang berkualiti, anda perlu membuat
perancangan yang teliti dan baik sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran agar ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan dan bermakna.

Berdasarkan kajian terhadap Sukatan Pelajaran Matematik yang terkini, anda


dikehendaki memilih satu topik/kemahiran matematik sekolah rendah bagi pelajarpelajar anda dan seterusnya melaksanakan perkara berikut.
a. Bina satu Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang lengkap dan berkulaiti
berdasarkan topik/kemahiran matematik yang anda pilih (20%).
b. Hasilkan bahan bantu mengajar matematik yang sesuai dan kreatif bagi
pelajar dalam memahami sesuatu konsep /kemahiran yang anda hendak
sampaikan (30%).
c. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang anda bina untuk
satu satu jam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentangkan hasil
Rancangan Pengajaran Harian anda berserta dengan pengunaan bahan
bantu mengajar yang bersesuaian(30%).
d. Buatkan satu laporan refleksi yang kreatif dan kritis serta berilimah dengan
rujukan yang sah tentang perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta
keberkesanan bahan bantu mengajar yang anda gunakan (20%).

Panduan Perlaksanaan Kerja Kursus:


1. Perlu dilaksanakan secara individu kecuali penghasilan bahan bantu
mengajar perlu dibuat secara berpasangan.
2. Anda boleh bergerak secara kolaborasi untuk melaksanakan tugasan ini.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1
Muka depan hendaklah mengikut templet yang terkini
3.2
Fon Arial
3.3
Saiz huruf 11
3.4
Langkau 1.5 baris
3.5
Rujukkan mengikut format APA(American Psychological
Association)
3.6
Lampiran adalah wajib
3.7
Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan
5. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh Enam minggu
6. Tugasan Projek ini membawa markah 100% dengan wajaran 60%

Tugasan yang baik harus menunjukan kriteria-kriteria berikut:


(Mengikut kehendak soalan tugasan)
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut,
a. Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan topik yang
dibincangkan.
b. Bukti dan bahan-bahan yang diapikasikan hendaklah dikemukakan.
i.

Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukan keaslian


dan sokongan ilmiah
ii.
Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran.
iii.
Penulisan laporan harus menunjukan kefasihan bahasa,
kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara
analitikal.
3. Rujukan perlu dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan(buku, internet,jurnal dan bahan bercetak yang lain)
Kriteria Permarkahan
Tugasan akan disemak berdasarkan criteria permarkahan yang disediakan.
Disediakan oleh:
..................................................
(MUHAMMAD BIN BASAR)
Penyelaras MTE 3073
IPGKTI Johor Baharu
Johor

Disahkan oleh:
............................................................
(HJ ARISTON SHAH BIN MUHAIMIN)
Ketua Jabatan Matematik
IPGKTI JohorBaharu
Johor

Disemak oleh:
..................................................
(
)
Pakar Bidang (SME)

Anda mungkin juga menyukai