Anda di halaman 1dari 6

ISRA DAN MIKRAJ MENGUJI KEIMANAN

( 18 Ogos 2006 / 24 Rejab 1427 H )



Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan para jamaah sekelian supaya bertakwa
kepada Allah dengan melaksanakan perintahnya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita akan beroleh rahmat dari Allah s.w.t..
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,
Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu peristiwa penting
dimana pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah s.a.w. telah
berlaku peristiwa Isra dan Mikraj dimana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran,
1

kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w. dari
Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis di Palastin dan seterusnya nabi
s.a.w. diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah s.w.t.
Peristiwa ini menguji tentang keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap kekuasaan
Allah serta bukti kebenaran kenabian nabi Muhammad s.a.w., kerana bagi pandangan
orang-orang yang tidak beriman atau tipis imannya mereka menyatakan bahawa peristiwa
Isra dan Mikraj tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya. Tetapi bagi
orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap
percaya dengan penuh keimanan dan keyakinan serta memperakukan kebenaran peristiwa
tersebut seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam mempercayai
Allah dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud orang
yang benar.
Tuan-Tuan Kaum Muslimin Yang Berbahagia,
Peristiwa ini berlaku 2 tahun sebelum hijrah Baginda ke Madinah. Walaupun sentiasa
mendapat tentangan serta penganyaian dari kaumnya. Baginda tetap bersabar dan tabah
menghadapinya, baginda tidak bertindak balas terhadap penganyaian tersebut, malahan
baginda mendoakan kaumnya agar sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. dengan
doanya seperti berikut :







Yang Bermaksud : Wahai Tuhanku! Berikanlah petunjuk kepada kaumku
sesungguhnya mereka tidak mengetahui
Justeru, kita hendaklah menghayati peristiwa penting ini dengan menjadikan pengajaran
sebagai panduan dalam menjalani kehidupan sebagai muslim yang tegoh berpegang
dengan perinsip-perinsip Islam yang digambarkan melalui peristiwa tersebut. Maka bagi
umat Islam meyakini berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj pada diri Rasulullah s.a.w. itu
hukumnya adalah wajib tidak boleh diragukan sama sekali kerana nasnya disebut di
dalam al-Quran secara jelas. Sebagaimanan firman Allah dalam surah al-Isra ayat 1 :

Maksudnya : Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada
malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palastin), yang
kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui .
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Para Ulama Hadis, Ulama Fekah dan Ulama Tafsir sepakat menegaskan bahawa
sesungguhnya peristiwa Isra dan Mikraj itu dimana kedua-duanya berlaku dalam satu
malam dan dalam keadaan diri baginda sedar berserta dengan jasad dan roh bukannya
melalui roh sahaja.
Demikianlah peristiwa Isra dan Mikraj yang merupakan satu ujian dalam proses
pemisahan antara orang yang benar-benar beriman atau mereka yang tipis imannya dan
yang kufur ingkar terhadap Allah dan Rasul-Nya. Peristiwa ini juga memperlihatkan
ramai yang sebelumnya menyatakan keimanan kepada rasul telah menjadi murtad setelah
mendengar penjelasan Baginda tentang peristiwa Isra dan Mikraj ini.
Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Sepanjang perjalanan Isra dan Mikraj baginda telah menyaksikan beberapa gambaran
perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Dan ini
merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda. Dan diantara salah
satu peristiwa yang wajar kita sama-sama mengambil pengajaran ialah baginda
mendengar dua panggilan dari kiri dan kanan, tetapi baginda tidak menyahut panggilan
tersebut lalu dijelaskan oleh Malaikat Jibril a.s. sekiranya baginda menyahut panggilan
tersebut, maka ramailah dikalangan umatnya menjadi murtad atau menjadi sesat. Kerana
kedua-dua panggilan tersebut merupakan panggilan dari pihak Yahudi dan Kristian.
Disini kita dapat melihat betapa bijaksananya baginda apabila berhadapan dengan
panggilan tersebut, kerana baginda tidak mahu umatnya diseleweng dan ditipu oleh ke
dua-dua golongan tersebut.
Tetapi malangnya hari ini, kita telah menyaksikan kekejaman golongan Yahudi terhadap
umat Islam di Bumi Palastin dan Wilayah Lobenan mereka setaip saat diburu, dibom dan
dibunuh dengan kejam oleh rejem Yahudi Israil. Perbuatan tersebut dilakukan terhadap
umat Islam adalah bertujuan bukan sekadar untuk memaksa Islam tunduk dan ikut
kemahuan mereka tetapi sebenarnya mereka mahu membunuh umat Islam dan
menghancurkan agama Islam. Inilah cita-cita mereka, kerana mereka tidak akan senang
selagi mana mereka melihat adanya umat Islam dan agama Islam. Ini telah dijelaskan
oleh Allah dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 120 :

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang
telah terpesong itu) .
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Bersempena memperingati peristiwa Isra dan Mikraj pada kali ini diharap dapat memberi
kesedaran kepada seluruh umat Islam kerana Amerika Syarikat (Pihak Kristian) yang
mengaku dirinya sebagai polis dunia atau pengaman dunia telah dibeli oleh rejim Yahudi
bagi menghalalkan tindakkan mereka membunuh penduduk Islam di Wilayah Palastin
serta mengumumkan Baitul Maqdis bumi Isra yang penuh dengan keberkatan sebagai
ibu negara kepada negara haram Yahudi.
Begitu juga, mereka pada hari ini mereka begitu berani dan rakus melakukan kekejaman
terhadap umat Islam dengan membunuh dan menyerang penduduk awam Lobenan
dimana sehingga kehari ini telah mengorbankan penduduk awam yang tidak berdosa
serta menyebabkan seramai hamper 500,000 orang penduduk menjadi pelarian.
Maka, kita sebagai umat Islam yang bermaruah dengan tegas mengutuk dan mengecam
sekeras-kerasnya kekejaman dan tindakan jahat yang dilakukan oleh rejim Yahudi.
Kerana ia bukan sahaja telah melanggar hak kemanusiaan tetapi ia memberi kesan yang
cukup besar terutama ke atas Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam
dan sejarah Isra baginda s.a.w.
Selain itu, kita sama-sama berdoa dan mengharapkan kuasa dunia khususya Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Negara-negara Islam (OIC) khususnya Negara jiran di
sekitar Palastin dan Lobenan mampu memberi bantuan dan menghentikan kekejaman
rejim Yahudi ini dengan secepat mungkin. Kerana kita tidak sanggup lagi melihat setiap
saat umat Islam diburu dan dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusiaan seolah-olah
nyawa umat Islam tidak berharga.
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,
Akhirnya, sebagai kesimpulan khutbah kita pada hari ini, melalui peristiwa Isra dan
Mikraj terdapat beberapa hikmah dan pengajaran yang terkandung didalamnya yang
dapat kita jadikan pengajaran, diantaranya :
1. Allah s.w.t. ingin memperlihatkan kebesaran-Nya sebagai pencipta agar
keyakinan dan keimanan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar tumbuh di jiwa
manusia.

2. Agar sentiasa menjalin hubungan dengan Allah, baik diwaktu senang mahupun
diwaktu ditimpa musibah, kerana Allah sahajalah yang mampu memberi
pertolongan kepada diri manusia.
3. Sebagai membuktikan sesuatu perkara yang mustahil pada fikiran manusia boleh
berlaku tetapi bukan mustahil bagi Allah untuk menjadikanya. Disamping ianya
merupakan suatu mukjizat bukti tentang kebenaran agama Islam yang
disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w.
4. Peristiwa yang digambarkan sewaktu Isra dan Mikraj, khususnya mengenai
bahayanya terhadap golongan Yahudi dan Kristian, ia benar-benar berlaku pada
hari ini. Dimana mereka bukan sahaja memusuhi dan mahu umat Islam tunduk
kepada mereka, sebaliknya mereka mahu menghapuskan sama sekali agama dan
umat Islam.

Maksudnya : dan tiadalah kami menjadikan ( pada malam Mikraj ) yang telah kami
perlihatkan kepadamu melainkan sebagai suatu ujian bagi manusia ; dan (demikian juga
kami jadikan) pokok yang dilaknat didalam al-Quran; dan kami beri mereka takut
(dengan berbagai-bagai amaran) maka semua itu tidak manambahkan keimanan mereka
melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau.
( Surah al-Isra ayat 60 )

Anda mungkin juga menyukai