Anda di halaman 1dari 2

Dengan bermulanya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

pada Tahun 2011, cabaran kepada insan guru menjadi semakin hebat dan
memerlukan komitmen padu insan guru supaya faham, cukup berpengetahuan
dan berkemahiran semasa menjalankan tugas masing-masing. Jika tidak, apa
sahaja rancangan yang akan dilaksanakan hanya memberi impak minimum dan
sangat perlahan, kalau pun tidak, bakal mengundang kegagalan, membazirkan
masa, tenaga dan wang rakyat. Secara khusus, pelaksanaan KSSR dilihat
memerlukan komitmen dan kefahaman insan guru, bagi melaksanakan pelbagai
program mengikut acuan yang ditetapkan agar transformasi pendidikan negara
tercapai. Secara realitinya perlaksanaan KSSR amat bertetapan dengan
perkembangan arus pendidikan global di mana KSSR amat mementingkan 4M
iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul bersesesuaian dengan
pembelajaraan abad ke-21.
Kejayaan perlaksanaan KSSR harus seiring kesediaan warga pendidikan
menerima perubahan secara positif. Namun sebagai pemimpin di sekolah yang
melaksanaan dasar tersebut perlu mengambil langkah-langkah di bawah :
a. Mendapatkan informasi yang terkini dalam pelaksanaan KSSR. Contohnya
bahan-bahan terkini untuk setiap subjek.
b. Guru-guru diberi latihan dan pendedahan dalam melaksanakan KSSR
seperti menghadiri kursu-kursus, LDP yang berkaitan dengan KSSR untuk
meningkatkan kemahiran guru.
c. Menyediakan prasarana dan keperluan untuk memudahkan pelaksanaan.
Contoh, penyediaan bilik AV atau alat-alat keperluan yang berkaitan
d. Pemantauan dari masa ke semasa oleh Pihak Pentadbir atau Ketua Panitia
seperti pengemaskinian fail-fail murid untuk matapelajaran masing-masing
e. Memaklumkan ibubapa dan memberi taklimat tentang pelaksanaan KSSR
semasa hari pemuafakatan PIBG
f.

Memantapkan

pengurusan

kurikulum

di

sekolah

untuk

mengesan

keberkesanan pelaksanaan KSSR dengan membuat post-mortem di


peringkat sekolah selain program PLC dan lain-lain

Anda mungkin juga menyukai