Anda di halaman 1dari 8

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan

2014

Bab 5
Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Perisian Google Satu Analisis Kajian Lepas.
Suzana Shaharuddin & Fariza Khalid
Sarjana Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat
Fakulti Pendidikan
Universti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Abstrak
Kajian ini merupakan satu analisis deskriptif yang dibuat oleh penulis ke atas dapatan oleh penyelidik berdasarkan
kajian yang telah dijalankan dengan memberi fokus kepada manfaat perisian Google dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Beberapa perisian yang telah dijalankan kajian penggunaannya dalam dunia pendidikan melalui
kajian lepas mencakupi perisian Google Form dalam aspek penilaian pengajaran Bahasa Indonesia, Google Doc
sebagai sarana utama subjek teknologi maklumat, Google Plus dalam subjek komponen sastera, Google Maps untuk
manfaat subjek geografi serta Google translate dan Google Sketch up dalam pendidikan seni. Kajian ini juga
mendapati hasil dapatan pengkaji cenderung ke arah positif dalam usaha merealisasikan perisian - perisian ini dalam
pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan arus teknologi maklumat abad ke - 21. Namun tidak
dapat dinafikan terdapat sedikit kekurangan yang memerlukan penambahbaikan apabila sesuatu perisian itu hendak
dilaksanakan seperti keperluan pelaksanaan rangkaian jalur lebar yang meluas, infrastruktur komputer yang
mencukupi dan kemahiran ilmu teknologi maklumat itu sendiri perlu dikuasai sebelum perisian Google ini dapat
dilaksanakan secara meluas dalam dunia pendidikan.
Kata kunci: perisian google, teknologi maklumat
1. Pengenalan
1.1 Senario Pendidikan
Sistem pendidikan negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara.
Sehubungan dengan itu, sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi
maklumat dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21. Pada Oktober 2011, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksana satu kajian semula sistem pendidikan Malaysia dan hasilnya terbina lah satu
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. Serentak dengan itu, kerajaan telah melaksanakan pelan
tindakan yang pertama di bawah gelombang satu transformasi pendidikan (2013 - 2015) dengan memfokuskan ke
arah mengubah sistem pendidikan yakni memberi sokongan kepada guru dan kemahiran utama. Dalam agenda
gelombang pertama transformasi pendidikan telah dilaksanakan 1 Bestari Net kepada semua sekolah supaya
teknologi maklumat dan komunikasi diintegrasikan dalam pembelajaran harian. Rangkaian jalur lebar telah
dibangunkan oleh kerajaan menerusi transformasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 2025 (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2010) yang menampakkan kemajuan dan transformasi sistem pendidikan. Dalam anjakan ke 7, memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia,
kerajaan berusaha meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1 Bestari Net bagi ke
semua 10,000 buah sekolah mulai 2013 (Kementerian Pendidikan Malaysia 2010). Semua pelajar bakal mempunyai
akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet. Rangkaian ini bertindak sebagai asas kepada pembinaan
landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru dan pelajar untuk berkongsi sumber pembelajaran,
melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan komunikasi secara maya. Kerajaan juga mengkaji penggunaan
kemudahan ICT alternatif yang baharu melalui peminjaman komputer riba dan pembekalan chrome book kepada

25

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan


2014

pelajar. (Kementerian Pendidikan Malaysia 2010). Bersandarkan kepada kelebihan adanya jaringan akses kepada
rangkaian 4G di sekolah melalui 1Bestari Net, di samping penggunaan sistem luar talian di sekolah, penulis
berpandangan, adalah wajar pendidik dan pelajar mengambil panduan dan memanfaatkan perkembangan perisian
Google dalam pengajaran dan pembelajaran menelusuri kajian lepas ke atas aplikasi perisian ini. Tambahan lagi,
pelaksanaan VLE frog (Virtual Learning Environment), satu kaedah pembelajaran maya menjadi pemangkin
kepada pelaksanaan sistem perisian Google ini. Menurut Norazilawati Abdullah (2013), VLE adalah satu kaedah
penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran boleh
diakses di sekolah, atau di mana-mana sahaja melalui capaian internet. Frog VLE merupakan satu projek
transformasi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Projek
1Bestari Net mulai tahun 2011.
Dalam projek ini, sekolah - sekolah dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu mengenai urusan pentadbiran
sekolah, kaedah maya pengajaran dan pembelajaran dan maklumat terkini persekolahan murid-murid menerusi
capaian internet. Pendidikan tidak wajar dihidangkan sebagai satu kaedah penyampaian ilmu secara sterotaip yang
menggunakan kaedah penyampaian sehala guru kepada pelajar dan kebergantungan hanya kepada buku teks semata
apabila pelajar sukar mendapatkan maklumat yang dikehendaki atau pun maklumat lambat diberikan kepada pelajar.
Konsep maklumat di hujung jari perlu direalisasikan bagi memenuhi keperluan maklumat generasi ini. Terdapat
pelbagai enjin pencarian maklumat yang memudahkan integrasi dengan pelbagai sistem rangkaian sosial seperti
Internet Explore, Google Chrome dan Mozilla Firefox yang menjalankan fungsi rangkaian sosial.
2. Perisian Google dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan pelbagai penciptaan perisian telah membuka ruang
maya yang cukup luas kepada pelajar dalam mencari ilmu. Selain mendorong minat dan menggalakkan
pembelajaran secara akses kendiri, teknologi maklumat ini wajar dimanfaatkan untuk menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih efektif. Sejajar dengan transformasi pendidikan dan perkembangan teknologi maklumat,
penulis cenderung meneroka sumbangan perisian Google dalam arena pendidikan dengan menelusuri analisa
deskriptif kajian lepas. Google adalah koperator multinasional yang mengkhususkan perkhidmatan internet dan
beberapa produk atas talian. Antara produknya meliputi teknologi pengiklanan, pencarian, pengkomputeran dan
perisian. Google telah diasaskan oleh Larry Page dan Sergey Brin semasa mereka menjadi pelajar PHD di Universiti
Stanford University. (http://en.wikipedia.org/wiki/Google). Apabila syarikat Google berkembang, ia telah
meluaskan produk atas talian nya selain sebagai enjin pencarian, ia menghasilkan perisian email iaitu (Gmail),
perkhidmatan cloud storage iaitu (Google Drive), perisian pengurusan office suite iaitu (Google Doc) manakala
rangkaian sosial disediakan melalui perkhidmatan (Google plus). Selain itu Google turut menyediakan Google
translate, Google Maps dan terkini dihasilkan Google Street View.
2.1 Google Drive
Sejajar dengan transformasi pendidikan dan perkembangan teknologi maklumat, penulis cenderung meneroka
sumbangan perisian Google dalam arena pendidikan dengan menelusuri analisa kajian lepas. Muhammad Rizal
Fauzi (2014) dalam kajiannya terhadap penggunaan perisian Google Drive dengan memfokuskan komponen borang
google form sebagai alat penilaian bagi mata pelajaran bahasa Indonesia di Sekolah Menengah Pertama Negeri 1
Lembang Jawa Barat. Google Form ini digunakan sebagai borang untuk membina soalan Bahasa Indonesia
berbentuk aneka pilihan yang diberikan kepada pelajar dalam bentuk visual dan menggunakan komputer serta
kemudahan jaringan internet. Rumusannya, penggunaan Google Form ini memberikan impak dan manfaat yang baik
daripada aspek efektif, menarik dan menghasilkan latar yang menarik. Google form ini juga membantu pendidik
daripada segi menjimatkan kos, waktu, dan tenaga dalam menghadapi ujian di SMP Negeri 1 Lembang, Jawa Barat.

26

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan


2014

2.2 Google Document (Google Doc)


Selain itu Ernita Tamba (2012), telah membangunkan prototaip Aplikasi Pemanfaatan Google Doc Berasaskan Web
dalam subjek pendidikan teknologi maklumat di SMP Negeri 1 Salatiga, Indonesia. Ia merupakan satu program
rintis sekolah bertaraf antarabangsa. Google Docs merupakan salah satu perisian Google yang disediakan untuk
menyimpan dokumen - dokumen. Kelebihan Google Docs ialah ia dapat melakukan perkongsian bahan (shared)
secara atas talian, menyimpan dokumen berupa spreadsheet seperti Microsoft Excel, pengolahan perkataan seperti
Microsoft Word dan melakukan persembahan seperti Office Power Point. Dokumen tersebut tidak hanya dapat
dibaca (read only) tapi juga dapat diedit. Dapatan daripada kajian ini ialah terdapat peningkatan ruang komunikasi
antara guru dan siswa di Slatiga, selain daripada melakukan diskusi, latihan secara atas talian dan perkongsian bahan
pembelajaran secara atas talian. Pembelajaran lebih menarik dan interaktif kerana terdapat kolaborasi antara guru
dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Sebagai rumusan kajian, dengan adanya web pembelajaran menggunakan
Google Docs, dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan meningkatkan interaksi antara guru dan
pelajar.
2.3 Google Plus
Aplikasi rangkaian sosial Google Plus telah dikaji oleh Siti Salwa Atan (2013) dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) Bahasa Melayu Komponen Sastera di tiga buah sekolah menengah di Zon Seremban 2, Seremban. Pengkaji
ingin mengenal pasti sejauh mana guru-guru Bahasa Melayu mengaplikasikan rangkaian sosial Google Plus sebagai
medium pengajaran dalam P&P mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru yang terlibat menunjukkan
sikap yang sangat positif berkaitan penggunaan rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran
KOMSAS. Guru-guru bersedia menggunakan rangkaian sosial ini untuk diaplikasikan bersama murid.Guru-guru
sangat pasti Google Plus menjadi bahan pengajaran yang sangat efektif kepada murid. Bahan pengajaran yang guru
muat naik di Google Plus mudah dikemas kini dari semasa ke semasa. Guru boleh menghantar apa-apa saja bahan
berbentuk nota pelajaran, kuiz mahu pun latihan dengan mudah, menarik, berkesan dan disediakan dengan paparan
yang cantik dan menarik. Data yang dikutip dan dianalisis mendapati, kebanyakan guru yang menggunakan perisian
Google Plus ini pada bila-bila masa boleh menghantar tugasan untuk dilengkapkan oleh murid. Jika guru keluar
untuk bermesyuarat atau berkursus, murid hanya perlu mengakses laman sosial Google Plus untuk mendapatkan
latihan atau sebarang nota yang dihantar oleh guru. Hal ini amatlah menyenangkan sama ada kepada pihak guru
mahu pun murid. Tidak ada alasan yang boleh diberi oleh murid jika sekiranya mereka tidak menyiapkan tugasan
dan latihan yang diberi oleh guru menerusi Google Plus. Sewaktu cuti sekolah pun jika guru berkehendakkan murid
mengulang kaji, guru tiada masalah untuk melakukan sedemikian kerana apa yang perlu guru lakukan hanyalah
menghantarkan saja latihan untuk dikongsi bersama muridnya di Google Plus. Satu kebaikan yang nyata yang
disediakan oleh Google Plus adalah setiap soalan latihan atau pun kuiz yang diberikan, guru boleh mendapatkan
tindak balas segera apabila murid menjawabnya. Guru boleh melihat dan menyemak jawapan murid secara online
malah boleh menyemak murid yang belum menghantar tugasan kerana setiap jawapan yang dijawab oleh murid,
nama mereka akan terpapar dalam halaman tersebut. Mohd Arif, Zamri dan Norizan (2008) dalam kajian mereka
berkenaan multimedia dan aplikasinya dalam pembelajaran Bahasa Melayu mendapati, penggunaan multimedia dan
Internet mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat murid belajar dengan lebih baik
dan berkesan. Hal ini kerana konsep multimedia serta hipermedia membolehkan maklumat pengajaran dan
pembelajaran dapat diakses oleh murid dengan lebih berkesan dan bermakna seperti laman sesawang SMART Net
yang dibangunkan untuk membantu guru dan murid mempelajari strategi-strategi pembelajaran bahasa dalam
Bahasa Melayu.
2.4 Google Sketch up
Dalam pada itu, kajian telah dilakukan oleh Dewi Masithah (2012) melalui penerapan Google Sketch up
pembelajaran seni untuk karya menggambar perspektif terhadap para siswa kelas XI-IPA 4 SMAN 1,
MOJOKERTO yang selama ini menggunakan alat penggaris untuk melakukan hasil seni mereka. Sketch up

27

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan


2014

merupakan salah satu daripada perisian yang berfungsi untuk membuat gambar 3D (3 dimensi). Perbezaan Sketch up
berbanding dengan perisian 3D lain adalah user friendly, iaitu Sketch up mudah digunakan oleh siapa pun tanpa
perlu menguasai teknik-teknik yang rumit dan melibatkan banyak pengiraan. Keunikan Sketch up juga, ia dapat
menghasilkan pelbagai ragam karakter gambar. Bermula dari gambar 2D vector, 3D realistik, atau pun gambar yang
sangat menyerupai sketsa tangan. Pada 9 Januari 2007, Google telah merintis Sketch up 6 dengan pelbagai fitur
tambahan seperti "follow me" tool, dan Sketch up Layout. (agnespedrosa.blogspot.com/2012/12/apa-itusketchup.html). Sehubungan dengan itu, Dewi Masithah (2012), menggunakan perisian Google Sketch Up bertujuan
untuk meningkatkan minat siswa kepada pembelajaran Seni Budaya dan perisian ini begitu fleksibel hingga dapat
digabungkan dengan aplikasi model 3D lainnya seperti AutoCAD, 3DSMAX, dan Blender. Hasil kajiannya
menunjukkan adanya peningkatan dalam aktiviti pembelajaran seni para siswa melalui karya menggambar
perspektif sebanyak 44% dengan menggunakan Google Sketch Up. Hal ini kerana para siswa lebih mudah
memahami dan menerapkan bahan untuk karya menggambar perspektif dengan menggunakan Google Sketch Up.
2.5 Google Maps
Selain Google Sketch Up, Google turut menyajikan perisian Google Maps. Google Maps adalah aplikasi peta online
yang disediakan oleh Google. Melalui perisian Google Map tersebut, pelajar mendapat informasi tentang geografi
pada hampir semua permukaan di bumi kecuali daerah kutub utara dan selatan. Google Maps dibuat dengan
menggunakan kombinasi daripada gambar, peta, database, serta objek interaktif yang dibuat dengan bahasa
pemprograman HTML, JavaScript dan AJAX, serta beberapa bahasa pemprograman (Mohd Syaiful Amri. 2009).
Google Maps mempunyai banyak kemudahan yang bermanfaat tamsil nya dalam subjek geografi, pencarian lokasi
dapat dilakukan dengan memasukkan kata kunci seperti nama tempat atau jalan, seterusnya dapat melakukan
perhitungan jarak perjalanan dari satu tempat ke tempat lainnya. Google Maps diperkenalkan dalam sebuah posting
blog di Google pada Februari 2005. Google maps merupakan revolusi tampilan peta di halaman web, yang
memungkinkan pengguna melihat bahagian peta untuk bernavigasi, serta bersifat integrasi. Google Maps pada
awalnya dikembangkan oleh dua bersaudara Denmark, Lars dan Jens Rasmussen. Mereka adalah pemilik
perusahaan yang khusus tentang solusi pemetaan. Perusahaan tersebut kemudian diikiraf oleh Google pada bulan
Oktober 2004, dan dua bersaudara kemudian menciptakan Google Maps.
(Kuswari Hernawati.2012). Kajian oleh Mohd Syaiful Amri (2009) menggunakan Google Maps API untuk
menampilkan peta lokasi di Surabaya merupakan salah satu cara untuk penyajian informasi daerah di kota Surabaya
secara visual dalam bentuk data dan atau informasi yang dikaitkan dengan kondisi geografi suatu wilayah. Sistem ini
sering disebut sebagai Sistem Informasi Geografi. API atau Application Programming Interface digunakan sebagai
penghubung suatu aplikasi dengan aplikasi yang lain bagi membolehkan programmer mengintegrasikan Google
Maps ke dalam website masing-masing dengan menambahkan data sendiri. Hasilan akhir menggunakan Google
Map API ini, ia dapat menampilkan lokasi dan informasi sesuatu tempat yang dikaji dengan jelas.
2.6 Instant Street View
Terkini Google Malaysia dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia menjalankan projek Instant Street View
yang merupakan satu perkhidmatan atas talian bertujuan memudahkan pengguna mengakses lokasi dan bangunan
sebelum tiba ke sesuatu destinasi. Ia memberikan gambaran secara real view dan 360 darjah. Perkhidmatan ini
diintegrasikan dengan Google Maps dan pengguna hanya perlu menaipkan lokasi pilihan
(http://kafeque.blogspot.com/2014/09/cara-menggunakan-google-street-view.html). Dari aspek pembelajaran,
kemudahan perkhidmatan Instant Street View ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk mengakses lokasi dalam
subjek geografi atau sejarah tanpa kos dan menjimatkan masa. Tamsil nya, lawatan ke lokasi Lembah Bujang,
Kedah (tempat bersejarah) atau ke Gua Niah, Sarawak untuk melihat proses stalagmit dan stalaktit (proses batu
kapur).

28

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan


2014

2.7 Google-Translate
Google juga menawarkan perisian Google-Translate. Perisian Google Translation ini dilancarkan pada tahun 2007
dengan menggunakan sistem SYSTRAN dan menawarkan hampir 50 bahasa di seluruh dunia untuk diterjemahkan
.(http://www.anneahira.com/google-translate.htm). Ia membantu pengguna internet bagi memahami sesuatu
informasi jika ia tidak menguasai bahasa tersebut. Sehubungan dengan itu, perisian ini sangat membantu proses
pembelajaran khasnya kepada pelajar yang lemah dalam aspek berbahasa. Pengguna hanya perlu membuka
halaman http://translate.google.com/ dan di bagian From, pilih bahasa yang akan diterjemahkan. Misalnya English,
pada bahagian To, pilih bahasa terjemahan seperti dalam Rajah 1.
Taip bahasa yang hendak di terjemah
dalam kotak translate (From)

Butang to

Hasil terjemahan

Rajah 1. Perisian Google Translation


Masukkan teks yang hendak diterjemahkan dan klik Translate. Hasil terjemahan dipaparkan di sebelah kanan
halaman Google Translate (internet.blogspot.com/2011/06/cara-menggunakan-google-translate.html). Novia
Arifatun (2012) dalam kajiannya tentang kesalahan penterjemahan teks Bahasa Indonesia ke bahasa Arab melalui
Google Translate: studi analisis sintaksis, merumuskan bahawa, penterjemahan teks Bahasa Indonesia ke bahasa
Arab dengan menggunakan perisian google translate lebih tepat jika bahasa sumber diterjemahkan secara perkataan
demi perkataan ke bahasa sasaran. Hasil terjemahan tidak tepat jika teks diterjemahkan per kalimat. Secara tuntas
nya, perisian Google Translate masih sesuai dan boleh diguna pakai bagi pengguna selagi tidak menterjemahkan
secara ayat demi ayat.
3. Sejauhmana Praktikaliti Perisian dalam P&P di Sekolah
Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan
penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian
(networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data.
Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar pada
zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps,
1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999) dalam Johari dan Fazliana
(2011). Persoalan tentang sejauh mana semua perisian yang disediakan dalam laman sosial dapat diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bergantung kepada penerimaan pelajar dan pelaksanaan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa melaksanakannya.
Antaranya ialah capaian internet terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus dan bebanan kerja guru yang banyak.
(Siti Salwa Atan 2013). Selain itu, aspek kemahiran teknologi penting dalam menguasai penggunaan bahan sumber
dan kemudahan aplikasi enjin pencarian yang terdapat di internet. Zamri dan Mohamed Amin (2008), mendapati
sesetengah guru Bahasa Melayu tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk mengendalikan P&P

29

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan


2014

menggunakan Web tool seperti mengendalikan Internet , e-mel, mengakses laman web yang boleh digunakan untuk
mencari bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Pengetahuan yang terhad ini menyukarkan guru Bahasa Melayu
menggunakan bahan berasaskan komputer dan Internet dalam pengajaran. Daripada segi kelengkapan peralatan,
didapati kebanyakan sekolah luar bandar menghadapi masalah berkaitan capaian internet. Perkara ini telah
menimbulkan satu dilema dalam kalangan pentadbir sekolah berkenaan dan guru selaku pelaksana (Norazilawati,
2013). Faktor faktor seperti kurangnya kemudahan di sekolah seperti tiada bilik akses komputer, ditambah pula
dengan capaian internet yang tidak stabil sedikit sebanyak mematahkan semangat guru untuk mengaplikasi
pengajaran menggunakan internet seterusnya menggunakan perisian percuma yang disediakan oleh engin pencarian
seperti Google.
4. Cadangan
Asniza dan Zaidatun (2011) mengatakan bahawa integrasi alatan rangkaian sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang
berkemahiran akan dapat meningkatkan pembelajaran murid dan memudahkan pembangunan kemahiran sepanjang
hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Ini bukan membawa maksud kemahiran
penting tidak boleh diajar tanpa teknologi, namun kerjasama antara murid daripada pelbagai latar belakang akan
menambahkan dan mendalamkan lagi pengalaman murid. Robiah dan Nor Sakinah (2009) mengatakan dalam era
globalisasi yang berpaksikan perkembangan ICT, pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan
penguasaan ICT dalam kalangan murid. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik
darjah yang mana pendekatan terkini teknologi adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta
menggalakkan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran
sepanjang hayat. Menyedari hakikat ini, sewajarnya lebih banyak usaha dilakukan sebagai mengorak langkah seiring
dengan zaman ledakan maklumat dengan menggariskan beberapa cadangan yang difikirkan bermanfaat dan releven
untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran interaktif dan
memanfaatkan teknologi. Antara cadangan yang utama ialah menyediakan tenaga pengajar yang kompeten dan
mempunyai kemahiran teknologi maklumat. Usaha yang boleh dijalankan melalui kursus- kursus teknologi
maklumat secara konsisten. Di samping itu penyediaan kemudahan yang lengkap perlu bagi merealisasikan hasrat
menjadikan internet dan perisian digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran.Kajian oleh Zainudin dan
Muhamad Azam (2011) mendapati, latihan atau kursus menggunakan komputer dan internet mungkin diperlukan
oleh guru supaya komputer dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
4. Kesimpulan
Pada era globalisasi ini, internet memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu proses mendapatkan
informasi. Penggunaan kemudahan teknologi internet dan perisian Google khasnya mampu menarik minat pelajar
dan secara tidak langsung meningkatkan motivasi pelajar. Teknologi juga memudahkan pendidik dan pelajar
mencari bahan pembelajaran bukan sahaja di dalam kelas tetapi di mana sahaja malah melangkaui sempadan tempat
dan masa, berkongsi ilmu dan interaktif serta kreatif. Fokus penulis kepada Google sebagai enjin pencarian yang
telah menyediakan pelbagai perisian yang dapat dimanfaatkan khasnya dalam dunia pendidikan. Perisian perisian
Google yang diterokai dalam analisis kajian lepas ini dengan memberi fokus kepada peranannya dalam pengajaran
dan pembelajaran antaranya ialah Google Dokumen, Google Form, Google Maps, Google Sketch Up, GoogleTranslate dan Google Instant Street View.

Rujukan
Anne Ahira. 2014 Mengenali Lebih Dekat Google Translate. http://www. anneahira. com/google-translate.htm
Agnespedrosa. 2012. TutorialSketch up Layout.angnespedrosa.blogspot.com/2012/12/apa-itu-sketchup.html.

30

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan


2014

Asniza Musa & Zaidatun Tasir. 2011. Implikasi alatan rangkaian sosial terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.http://pdfscout.org/Implikasi-Alatan-Rangkaian-Sosial-Terhadap-Proses-Pengajaran-danPembelajaran.
Cara menggunakan google street view Malaysia. http: //kafeque. blogspot.com/2014/09/ cara- menggunakan google-street-view.html
Dewi Masithah. 2012. Penerapan Google Sketch up dalam Pembelajaran Seni Budaya Menggambar Perspektif
Untuk Meningkatkan Hasil Berkarya Siswa Kelas Xi-Ipa 4 Sman 1 Gedeng, Mojokerto. Jurnal Online
Universitas Malang.
Ernita Tamba. 2012. Pemanfaatan Google Docs Untuk Sarana Penunjang Pendidikan Komunitas Pembelajaran Tik
Studi Kasus: Smp N 1 Salatiga. Tesis Program Studi Teknik Informatika Fakulti Teknologi Informasi
Universitas Kota SamarangAmerican Psychological Association. (1972). Ethical standards of
psychologists. Washington, DC: American Psychological Association.
Johari Hassan dan Fazliana Rashidah Abdul Rahman. 2011. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kuswari Hernawati. 2012 Aplikasi Perhitungan Jarak Antara Dua Waypoint Pada Google Maps. Prosiding
Seminar Nasional Penelitian, Pendidikan Penerapan MIPA, Fakultas MIPA, Universitas Negeri
Yogyakarta, Indonesia.
Mohd Aizuddin (2013). Peningkatan profesionalisma dalam penggunaan frog vle. http:// www.slideshare.
net/aizuddinbakar/.
Mohd Arif Ismail, Zamri Mahamod & Norizan Abd Razak. 2008. Multimedia dan aplikasinya dalam pemelajaran
Bahasa Melayu. Dlm. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2008. Teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Praktis, 26-42. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Mohd Syaiful Amri. 2009. Membangun Sistem Navigasi Di Surabaya Menggunakan Google Maps API. Jurnal
Online, 5(5).
Muhammad Riza bin Fauzi. 2014. Penggunaan Google Form Sebagai Alat Evolusi Pembelajaran Mata Pelajaran
Bahasa Indonesia: Studi Deskriptif Analitis Pada Kelas Viii Di Sekolah Menengah Pertama Negeri 1
Lembang. Tesis Universitas Pendidikan Indonesia.
Norazilawati Abdullah. 2013. Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog Vle) dalam Kalangan Guru Sains.
Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia .Vol.3 no.2 ISSN 2232-0393
Novia Arifatun. 2012. Kesalahan Penterjemahan Teks Bahasa Indonesia Ke Bahasa Arab Melalui Google Translate
(Studi Analisis Sintaksis). Journal of Arabic Learning and Teaching LAA 11) (2012).
http://journal.unnes.ac.id/sju/index.php/laa
Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad. 2007. ICT dalam pendidikan: Prospek dan cabaran dalam pembaharuan
pedagogi. Jurnal Pendidikan, 32: 139-152.
Siti Salwa Atan & Jamaludin Badusah. 2013. Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language Education
(MyLEJ) 3(1): 31-41
Siti Aminah Khasiman.2013. Tinjauan awal penggunaan frog vle di sekolah. http:// sekolahpenandaaras.
wordpress.com.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2008. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Praktis. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Zainudin Hassan & Muhamad Azam Jaafar. (2008). Penggunaan komputer dan Internet dalam pengajaran dan
pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah di daerah Pasir Mas, Kelantan. Tesis Sarjana
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

31

Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat:Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan


2014

Rujukan: Bab 5
Suzana Shaharuddin & Fariza Khalid. 2014. Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Perisian Google - Satu
Analisis Kajian Lepas. Dlm. Aliran Terkini Dalam Pengajaran Sumber & Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas
Penyelidikan dalam Pendidikan, disunting oleh Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Mohd Jasmy Abd Rahman. 2530. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.

32

Anda mungkin juga menyukai