Anda di halaman 1dari 5

DEFINISI

DAN

KONSEP

PENTAKSIRAN,

PENGUJIAN

DAN

PENILAIAN

SERTA

PERKAITAN ANTARA KOMPONEN

Dari segi kajian memang kita boleh nafikan bahawa pentaksiran, pengujian dan
penilaian merupakan unsur yang penting dalam melahirkan murid berkaliber di dalam
pembelajaran dan pengajaran. Seseorang murid dapat memahirkan diri sekiranya mereka
dapat mematuhi peraturan yang dilaksanakan oleh guru dalam sistem pentaksiran, pengujian
dan penilaian. Murid harus bangga dengan usaha dan prihatin yang ditunjukkan oleh guru dari
segala sudut.
Perkara ini telah dipertekankan oleh Dunn (1991), memperkatakan bahawa unsur
pentaksiran dapat merealisasikan usaha guru dalam mengumpul maklumat tentang pencapaian
dan kemajuan di dalam latihan serta ujian yang dilalui oleh murid. Selain daripada itu,
pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru juga berjaya dalam mengesan perkembangan dan
kebolehan minda murid dalam mengecapi keputusan yang cemerlang di dalam ujian dilalui.
Selain daripada tokoh tersebut, seorang lagi tokoh Noraini Idris (2008) telah membukti bahawa
pentaksiran perlu dirancang dan dikendalikan dengan teliti oleh seorang guru. Ia perlu
dijalankan dengan baik supaya , tindakan itu tidak memberi kesan negatif kepada pembelajaran
murid. Guru perlu menunjukkan tingkah laku formatif supaya murid dapat menunjukkan sikap
ingin belajar dan meningkatkan penguasaan serta kemahiran di dalam pentaksiran yang
diberikan oleh guru. Tugasan lain yang harus dibuat oleh guru ialah, mereka harus merancang
serta bijak dalam menilai dan membaiki pemahaman murid dalam sesi pembelajaran.
Unsur kedua terpenting adalah pengujian yang merupakan satu aspek yang mengukur
kebolehan murid untuk menjawab. Kebolehan murid ini sebenarnya mengubah tingkah laku
positif serta meningkatkan kecergasan otak mereka untuk meneliti soalan ujian yang
dikemukakan. Tokoh Milagros (1981), mengatakan bahawa ujian adalah cara untuk
mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihat murid dalam keadaan di kawal. Murid
seharusnya menjawab dengan baik kerana jawapan mereka merupakan ukuran di dalam
mendapat menentukan markah yang mereka perolehi. Dari ujian ini, murid murid juga dinilai
dan diuji kedudukan serta prestasi di kalangan murid-murid di kelas itu sendiri. Contoh- contoh
pengujian yang boleh dilaksanakan adalah secara pemerhatian, temuramah, ujian serta
tugasan tugasan yang diselesaikan sepanjang tahun.

Penegasan seterusnya adalah unsur penilaian. Unsur ini boleh dikaitkan dengan proses
mengumpul dan menganalis maklumat murid yang dikumpul dari ujian yang dijawab oleh murid.
Melalui data yang dikumpul, maka mudah untuk guru untuk menilai dan menentukan sama ada
objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan oleh guru tercapai atau tidak. Sekiranya
tidak tercapai maka guru harus berusaha dalam membuat pertimbangan dan keputusan untuk
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya melengkapkan penilaian yang
boleh diterima semua. Di sini seorang tokoh Gay (1985) menegaskan bahawa penilaian
merupakan peringkat yang bersistematik dan membantu guru dalam mencapai objektif yang
ditetapkan. Maka boleh dikatakan bahawa penilaian ini merupakan aspe terakhir dalam
mentafsir hasil pengukuran dari segi kebolehan murid seterusnya memberi imej yang
memberangsangkan terhadap pencapaian murid. Pada kesimpulan boleh dikatakan bahawa
ketiga-tiga unsur ini merupakan cabang yang perlu dipandang serius agar dapat memantapkan
kedudukan pembelajaran dan pengajaran murid di dalam sesebuah sekolah. Perkara ini tidak
boleh dipandang remeh kerana, murid hadir ke sekolah semata-mata untuk meningkatkan mutu
pelajaran dari segi unsur pentaksiran, pengujian dan penilaian.

ARAS TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan, guru dan murid-murid
akan melalui kedua-dua arus ini iaitu aras Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl. Keduadua aras ini merupakan saujana yang menerapkan unsur dan nilai murni terhadap guru untuk
membangkitkan semangat mengajar dan membangkitkan semangat murid untuk belajar.
Taksonomi Bloom merupakan satu cabang yang memberi banyak perhatian terhadap
prinsip yang perlu diikuti oleh guru dalam menyediakan rancangan pengajaran harian strategi.
Murid pula mengikut peraturan-peraturan pembelajaran yang ditetapkan oleh guru dengan
mengikuti prosedur Taksonomi Bloom. Peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh murid adalah
mereka harus memberi perhatian terhadap pengajaran guru, melaksanakan tugasan yang
diberikan oleh guru dan menghormati guru dari segala aspek. Mereka juga harus mengamalkan
sikap ingin tahu dan peka terhadap pelajaran yang mereka ikuti. Sekiranya mereka tidak
mengamalkan sikap positif maka mereka akan kerugian besar dalam sesi hidup mereka. Tidak

ada makna mereka menghadirkan diri ke sekolah. Bukan dari segi sikap sahaja, mereka harus
menunjukkan minat, emosi serta perasaan yang baik untuk menTidak ada makna mereka
menghadirkan diri ke sekolah. Bukan dari segi sikap sahaja, mereka harus menunjukkan minat,
emosi serta perasaan yang baik dengan menyesuaikan keadaan diri di dalam kelas mahupun
dengan seseorang guru. Malah tidak ketinggalannya juga dengan aspresiasi serta naluri
mereka dengan persekitaran supaya dapat melahirkan keadaan kondusif yang lebih aktif.
Selain daripada itu, keadaan domain kognitif, keadaan domain dan keadaan domain
psikomotor juga membantu dalam jurang aras ini.

Domain Kognitif

Pemikiran pelajar

Domain Afektif

Intelektual
Pengetahuan, pengertian dan ketrampilan berfikir
Perkembangan sikap

Domain Psikomotor

Perasaan
Emosi
Nilai murni
Sikap
Apresiasi
Cara penyesuaian diri
Perkembangan

Kemahiran fizikal murid

Ia juga melibatkan otak dan pemikiran guru dan murid dalam mengembangkan potensi
masing-masing. Pemikiran ini terdiri daripada pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi.
PENILAIAN PEMIKIRAN ARAS TINGGI
SINTESIS PEMIKIRAN ARAS TINGGI
ANALISIS PEMIKIRAN ARAS TINGGI
APLIKASI PEMIKIRAN ARAS RENDAH
KEFAHAMAN PEMIKIRAN ARAS RENDAH
PENGETAHUAN PEMIKIRAN ARAS RENDAH
Pengetahuan - ialah sumber penting yang disampaikan oleh guru kepada anak murid.
Tanpa pengetahuan tidak ada maknanya seorang murid hadir ke sekolah. Maksud pengetahuan
adalah definisi, teori dan hokum yang diketahui oleh murid di dalam matapelajaran Bahasa
Melayu. Selain daripada itu, setiap sumber pengetahuan yang dipelajari oleh murid juga tertera
tarikh, peristiwa dan isi pembelajaran lepas dipelajari oleh insan. Oleh itu, setiap murid akan
3

mengimbas kembali, mengenali idea yang dipelajari sebelum ini semasa ia diperlukannya
contohnya semasa menjawab ujian mahupun melalui kehidupan sehariannya. Ia juga akan
membantu mereka semasa berada di sesuatu kerjaya pada satu hari nanti.
Kefahaman - merupakan unsur yang berkaitan dengan diri murid itu sendiri. Ia boleh
dikaitkan dengan kebolehan murid dalam membentuk, membina ayat serta menterjemah idea
baru dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Mereka juga dapat melengkapkan konsep dan
menterjemahkan draf bahasa. Selain daripada itu, istilah istilah yang digunakan dalam Bahasa
Melayu sanggup membantu murid dalam memilih, menerangkan dengan ayat dan tatabahasa
betul serta menulis semula ayat bahasa dengan baik. Kefahaman ini amat penting kepada
murid dalam merealisasikan bahasa dengan cemerlang.
Aplikasi - merupakan satu unsur yang membantu dalam menyelesaikan masalah dari
segi susunan ayat, susunan perkataan, kosa kata, tatabahasa dan lain-lain lagi. Aplikasi ini
bukan hanya bergantung pada seorang guru sahaja malah boleh dipakaiguna oleh murid dalam
menggunakan kaedah tersebut untuk mewujudkan maklumat dan situasi yang baru dalam
pelajaran Bahasa Melayu yang diikuti. Oleh itu, kita tidak boleh pertikaikan bahawa unsur
aplikasi ini banyak membantu pihak guru dan murid.
Analisis - adalah satu perkara yang kompleks kerana ia merupakan satu perkara yang
membezakan fakta serta struktur organisasi di dalam sistem bahasa. Istilah ini juga membantu
dalam memastikan murid memilih struktur ayat yang betul.
Sintesis - menyepadu dan membantu dalam mencantum idea bagi melahirkan satu ayat
yang lengkap. Usaha yang mendalam ini sebenarnya menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh murid dalam membina ayat yang tepat. Ia juga melengkapkan diri murid dalam membuat
ramalan dan membuat klasifikasi dalam topik yang dipelajari. Selain daripada itu, ia turut
memberi keyakinan kepada guru dalam menyediakan murid untuk membina, menghasilkan,
menyusun dan mengembangkan ayat.

Penilaian - merupakan satu pencapaian yang terakhir di dalam Domain Krathwohl.


Tanpa penilaian setiap matapelajaran mahupun matapelajaran Bahasa Melayu tidak akan
terbukti sebagai ilmu kepada murid. Penilaian ini memberi rasional dalam mewujudkan kritikan
secara dalaman dan luaran kepada murid mahupun guru. Ia turut membantu murid dalam
memilih kesahihan mereka dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Dengan alasan yang ada ,

maka terjawab bahawa penilaian merupakan satu aspek terpenting dalam keseluruhan Bahasa
Melayu.
Pada kesimpulannya boleh dikatakan bahawa aras Taksonomi Bloom dan Domain
Krathwohl merupakan arena yang banyak membantu murid pada zaman dahulu sehingga
sekarang. Keadaan ini sudah pasti tidak pupus untuk selamanya sebaliknya akan memberi
cahaya kepada pihak guru dan pihak murid untuk mempelajari bahasa kebangsaan kita iaitu
Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai