Anda di halaman 1dari 3

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

Menjalankan tugas guru besar semasa ketiadaannya.

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan guru besar.

Bertanggungjawab kepada guru besar dalam hal kurikulum, pentadbiran,


hubungan masyarakat dan keselamatan.

Membantu guru besar menyelia dan menilai proses pengajaran.

Membantu guru besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan


sekolah.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)


Kurikulum

Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya.

Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.

Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal


dan bengkel.

Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber


pendidikan.

Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru
yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas
harian mereka.

Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta


mencadangkan tindakan susulan.

Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,


Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.

Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.

Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.

Pengurusan

Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah

Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta
staf sokongan.

Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat dan


perangkaan.

Membantu merancang,menyelaran dan malaksanakan takwim sekolah.

Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.

Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.

Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.

Menyelaras semua jenis kutipan yuran.

Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.

Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.

Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

Mengurus hal-hal bangunan, kawasan kemudahan fizikal dan keceriaan.

Pembangunan Diri Pelajar

Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan


kebersihan sekolah.

Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar.

Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

Pembangunan Organisasi.

Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan
masyarakat.

Mengadakan kursus/latihan personal.

Pembangunan Kendiri.

Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.

Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.

Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.

Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
perguruan.

Kebersihan Dan Keindahan Sekolah

Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan


kebersihan sekolah.

Tugas-tugas Lain

Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar


dari
masa ke semasa.
Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh
Guru Besar dari masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai