Tinjauan literatur: Adakah memberi tinjauan keseluruhan tentang bidang berkaitan? Adakah
ia logik, serta melibatkan pemikiran kreatif dan kritis?
Rangka kerja teoritikal: Adakah ia boleh memberi maklumat kajian? Adakah ia memberi
kefahaman teori sedia ada dan seterusnya membentuk secara induktif sesuatu teori/model
yang baru?
Metodologi: Adakah huraian kaedah kajian sesuai dengan tujuan kajian? Adakah kaedah
tersebut berkesan untuk mencapai matlamat/objektif kajian?
Penilaian: Adakah penilaian dibuat berdasarkan prinsip kritikan luaran dan dalaman?Adakah
refleksi kendiri diamalkan atas isi kandungan dan metodologi?
Kesimpulan dan implikasi: Adakah kesimpulan saling berkait dengan tinjauan literatur?
Apakah implikasi kajiannya yang boleh menggalakkan kajian masa depan?
Persembahan: Adakah laporannya ditulis dengan jelas, tepat, dan sistematik? Adakah isi
kandungannya mudah difahami dan berguna untuk tujuan penyelidikan seterusnya?
Sumber: Buku Literatur dan Kaedah Penyelidikan oleh Mok Soon Sang