Anda di halaman 1dari 1

Modul 5.

3 / Topik 3
Jurnal : Permuafakatan Sekolah Komuniti
Strategi Menjalin Hubungan Permuafakatan Dengan Pihak Luar
Antara strategi untuk menjalin hubungan permuafakatan dengan pihak luar adalah
dengan mengadakan Program Penglibatan Ibu Bapa, Perkongsian Keluarga - Sekolah dan
Kerjasama Ibu Bapa-Guru. Ibu bapa hendaklah menyediakan persekitaran pembelajaran yang
selesa, kemudahan alatan dan bahan pembelajaran, memantau anak-anak belajar di rumah,
menjaga kesihatan anak-anak dan membantu anak-anak menyiapkan tugasan sekolah yang
diberikan oleh guru-guru.
Hubungan kerjasama yang erat antara keluarga dan pihak sekolah dapat meningkatkan
prestasi pendidikan murid-murid. Ciri-ciri perkongsian keluarga dan sekolah adalah ibu bapa
memantau pembelajaran anak-anak di rumah, ibu bapa dan sekolah berinteraksi dan
bekerjasama untuk meningkatkan prestasi murid-murid, hubungan kerjasama berterusan dan
diberikan perhatian utama, perkhidmatan sedia ada tanpa halangan waktu, mudah berurusan
dan proaktif. Sekiranya perkara-perkara di atas dapat dilaksanakan dengan baik maka prestasi
murid-murid di sekolah tersebut akan meningkat kerana mendapat sokongan daripada semua
pihak.
Peranan Sekolah Dalam Institusi Masyarakat
Sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam kalangan masyarakat. Antara
peranan sekolah adalah sekolah menjadi agen yang memodenkan dan memajukan masyarakat
dalam semua bidang. Sekolah juga melahirkan pelajar mengikut hasrat Falsafah Pendidikan
Negara.Sekolah juga berperanan memenuhi keperluan masyarakat untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk memajukan diri, masyarakat dan negara. Sekolah
bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan membawa perubahan terhadap pelajar.
Sekolah merupakan agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang selari dengan
keperluan-keperluan yang dinyatakan dalam matlamat pendidikan negara. Selain itu, sekolah
turut menjadi agen perpaduan kerana murid-murid pelbagai kaum belajar dan berinteraksi
bersama-sama dalam sesuatu kawasan.

Anda mungkin juga menyukai