Anda di halaman 1dari 1

MODUL 6.

1
Knowledge Management dalam pendidikan masa kini.
Knowledge Management bermaksud satu set latihan yang membantu penggunaan
dan perkongsian data dan maklumat dalam membuat keputusan. Knowledge Management
menumpukan perhatian terhadap kemajuan teknologi dan maklumat dan cuba untuk
meningkatkan kedua-duanya pada masa yang sama. Knowledge Management
menggabungkan tiga elemen utama iaitu orang, proses dan teknologi untuk membolehkan
organisasi menggunakan dan berkongsi maklumat secara efektif.
Knowledge Management membolehkan ahli dalam sesuatu organisasi mencipta satu
set amalan praktis untuk mengutip data dan berkongsi pengetahuan lalu melaksanakannya
untuk meningkatkan keputusan. Sesebuah organisasi perlu mengambil kira sistem, orang
yang terlibat, bagaimana sesebuah organisasi beroperasi, penggunaan ICT dan yang paling
penting apa yang ingin dicapai melalui penggunaan Knowledge Management ini. Hal ini
akan memudahkan pengurusan sesebuah organisasi kerana ahlinya akan bekerjasama, bersifat
proaktif, mempunyai kepercayaan dan kefahaman antara satu sama lain.
Konklusinya, dengan mempraktiskan Knowlegde Management, boleh membantu
ahli dalam organisasi untuk menyumbang, berinteraksi dan belajar bersama-sama untuk
mengubah pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai