Anda di halaman 1dari 10

Bab 1: Kemahiran Komunikasi

Definisi & Konsep Komunikasi


Menurut Guffey dan Almonte(2010), maksud komunikasi adalah pemindahan maklumat dan
makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut mereka,
terdapat lima langkah akan terlibat dalam sesuatu proses komunikasi, iaitu:
1.Pengirim membentuk idea;
2.Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej;
3.Mesej akan melalui saluran komunikasi;
4.Penerima mendekodkan mesej tersebut; dan
5.Maklum balas dihantar kepada pengirim.
Model-model Komunikasi
Ketiga-tiga model komunikasi berikut adalah disumber dari Wood,J.T(2009). Communication in
our lives (5th ed.). Belmont,CA:Thomson-Wadsworth,hal 9.
1. Model Komunikasi Linear

Model linear yang dibentuk oleh Shannon dan Weaver(1949) mengambarkan bahawa proses
komunikasi adalah satu hala iaitu, pengirim akan menghantar mesej kepada penerima.
Penerima mesej hanya menerima mesej tanpa maklum balas. Bising atau gangguan
merupakan penyebab salah faham mesej antara pengirim dan penerima.
2. Model Komunikasi Interaksional

Model interaksional oleh Wilbur Schramm (1954) menekankan pada proses komunikasi dua
hala antara para perserta komunikasi. Para perserta komunikasi, pengirim dan penerima,
kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu, mengenkod, menterjemah dan mendekod
mesej yang diterima. Elemen yang penting bagi model ini ialah maklum balas. Pengirim dan
penerima mesej akan saling memberi tindak balas dalam bentuk verbal, bukan verbal atau
kedua-dua sekali. Bagi model ini, pengirim dan penerima sekaligus ketika berinteraksi. Medan
pengalaman (field of experience) bagi kedua-dua pengirim dan penerima mesej mempengaruhi
kefahaman dan interpretasi terhadap mesej yang disampaikan.
3. Model Komunikasi Transaksional

Model komunikasi transaksional memberi penekanan kepada pengiriman dan penerimaan


mesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episo komunikasi. Model ini
menekankan komunikasi berlangsung dengan sistem dan konteks
(budaya,keluarga,rakan,tempat kerja) yang mempengaruhi interaksi antara peserta komunikasi.
Kepentingan Kemahiran Komunikasi
1.Segi Hubangan Insan (kemasyarakatan)
Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang
memiliki tingkah laku yang tertentu. Pemahaman dan pengetahuan tentang konteks adalah
perlu untuk membantu kita memahami tingkah laku orang lain. Penguasaan dalam perkara ini
dapat mengelak kita daripada terus membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa
melihatnya secara lebih terperinci.
Suatu perkara lain yang perlu kita fahami ialah terdapatnya kaitan antara sains, psikologi dan
hubungan insan. Kemahiran dalam hubungan dengan orang lain bergantung pada kefahaman
kita tentang psikologi iaitu, ilmu tentang pemikiran, perasaan dan tingkah laku orang lain. Oleh
itu, hubungan insan bukanlah kemahiran berkomunikasi semata-mata tetapi pengetahuan
tentang psikologi manusia yang amat penting bagi memperkukuhkan asas pemahaman kita.
2.Segi Akademik
Kemahiran komunikasi amat penting dalam hubungan dengan para pensyarah khususnya
apabila berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugasan kursus. Kemahiran berinteraksi
yang baik dengan para pensyarah memperlihatkan sikap yang positif terhadap tanggungjawab
sebagai mahasiswa,tanda hormat kepada pensyarah dan guru, dan dapat mencerminkan
maruah dan harga diri mahasiswa yang tinggi. Kemahiran berkomunikasi dari segi akademik
meliputi penguasaan dalam penulisan dan juga lisan.
Tugasan berkumpulan melatih mahasiswa bekerja secara berpasukan yang memerlukan
kemahiran mereka berkomunikasi dengan orang lain, dan juga kemahiran interpersonal, serta
melatih mahasiswa mendengar dan memahami orang lain, menuntut mereka bersabar dengan
perangai orang lain.
Dalam penulisan ilmiah, cara dan gaya dalam komunikasi akademik perlu diketahui dan
digunakan kerana terdapat komponen yang penting dan wajib ada dalam sebuah penulisan
akademik. Untuk mencapaikan matlamat itu, seseorang perlu menguasai tatabahasa dan laras
bahasa dalam bidang untuk menulis dengan bahasa yang baku dan baik.
3.Segi Kerjaya
Melamar pekerjaan memerlukan penguasaan kemahiran berkomunikasi yang baik. Sebagai
contoh, kebolehan menulis sebuah resume atau curriculum vitae yang mernarik. Bakal majikan
sering melihat kebolehan anda berkomunikasi. Penguasaan bahasa yang baik bermakna anda
dapat berkomunikasi sama ada secara lisan mahupun tulisan. Penguasaan beberapa bentuk
penulisan yang biasanya terdapat dalam alam pekerjaan adalah penting seperti surat rasmi,
minit mesyuarat dan laporan. Selain itu, penguasaan komunikasi dan gajet di alam maya adalah
wajib untuk meningkatkan kecekapan komunikasi. Segala komunikasi hendak sentiasa beretika
untuk mengelakkan perkara negatif berlaku antara sesama lain seperti penghinaan.
Komponen Komunikasi

1.Pesanan verbal
2.Pesanan bukan
verbal
3.Pesanan
Paraverbal

Pesanan verbal yang baik ialah pesanan yang disampaikan secara


ringkas dan tersusun, bebas daripada jargon yang tidak menimbulkan
rintangan kepada pendengar.
Pesanan bukan verbal yang baik ialah pesanan yang sampai melalui
mimik muka yag betul dan sesuai gaya tubuh dan gerak geri yang
sesuai.
Pesanan ini merujukkan kepada pesanan yang sampai melalui
nada,intonasi dan suara bukan apa perkataan yang kita sebut. Pesanan
yang disampaikan boleh diterima dengan makna yang berbeza-beza
jika disampaikan dalam nada dan intonasi yang berbeza-beza.

Kunci Kemahiran Mendengar


Kemahiran mendengar termasuk memahami maksud verbal dan bukan verbal. Apabila
pendengar menunjukkan kepada penyampai bahawa dia telah memahami apa yang
disampaikannya, pendengar telah memberi penyampai itu satu pengalaman penghargaan.
Pendengar juga member peluang kepadanya untuk memberi maklum balas tentang persepsi
pendengar sehingga mewujudkan komunikasi yang baik dan berkesan.
Jenis Komunikasi
Kemampuan mengolah kata dan penguasaan perbendaharaan kata yang luas sangat penting
dalam berkomunikasi kerana komunikasi tidak akan menjadi berkesan sekiranya menggunakan
perkataan yang tidak ada erti. Pemilihan perkataan yang tidak mempunyai erti yang jelas atau
yang samar-samar maksudnya boleh menimbulkan salah faham.

Komunikasi bukan verbal


Komunikasi lisan dan komunikasi bukan verbal sering berlaku secara srentak.Harrison (1974)
telah mencadangkan bahawa sebarang situasi komunikasi boleh dilihat sebagai satu
penggabungan komunikasi lisan dan bukan verbal.Kebanyakan daripada maksud atau niat
yang disampaikan melalui komunikasi adalah bersifat bukan verbal.
Aspek-aspek bukan verbaldan pengaruhnyameliputi hal-hal seperti berikut:

Beberapa contoh perilaku lain menunjukkan komunikasi bukan verbal adalah:

Menitiskan air mata menandakan perasaan terharu.


Menangis sebagai tanda kecewa, sedih, kesal atau marah.
Tersenyum, berjabat tangan, melambaikan tangan sebagai rasa senang, simpati dan
penghargaan.
Mimik muka negative terhadap seseorang.

Komunikasi bertulis
Penulisan merupakan aktiviti merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk
lambing-lambang bertulis atau grafik. Tujuannya adalah untuk menyalurkan mesej, berhubung
atau berkongsi maklumat. Komunikasi bertulis mempunyai kelebihannya sendiri : ia kekal dan
boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
Faktor-faktor komunikasi bertulis
Komunikasi bertulis berlaku secara spontan atau dirancang dan melibatkan beberapa faktor:

Oleh yang demikian, laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi.

LARAS
Formal
Bukan formal

CONTOH BAHASA
Muhammad bin Ali, aku nikahkan dikau dengan Dewi Putri bintii
Awang dengan mas kahwinnya 22 ringgit setengah, hutang.
Pembeli Ikan sendiri bela, sendiri tangkap, sendiri jual, apa pasal
banyak mahal?
Penjual Encik mesti mau ingat, bela ikan pun, ikan mau kasi makan.
Lagi, saya bukan tangkap sendiri, saya upah orang.

Kebolehan membezakan antara laras bahasa formal dengan yang bukan formal boleh
mengelakkan seseorang daripada menggunakan laras yang tidak sesuai tertentu.
Bentuk atau Teks Komunikasi Bertulis

KOMUNIKASI : DEFINISI MENURUT PANDANGAN DAN IDEOLOGI SARJANA

DEFINISI KONSEP

Komunikasi

Istilah Komunikasi disebut sebagai communication dalam bahasa Inggeris berasal


dari Bahasa Latin communicatus yang membawa maksud to make common atau
mewujudkan persamaan. Menurut kamus bahasa pula, komunikasi merujuk pada
suatu keupayaan bertujuan untuk mendapatkan kebersamaan. Menurut Webster
New Collage Dictionary, komunikasi adalah suatu proses pertukaran maklumat
antara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku.

Beberapa definisi komunikasi dikemukakan oleh para ilmuan mengikut bidang,


pandangan dan pemahaman seperti berikut: -

Hovland, Janis & Kelley mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses oleh
individu (penyampai) menyampaikan idea atau maklumat (biasanya dalam
bentuk kata-kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang
lain (khalayak).

Berelson & Steiner mendefinisikan komunikasi sebagai suatu proses


penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain melalui
penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar, angka-angka, dan lainlain.

Menurut Harold Lasswell, komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses


yang menjelaskan tentang siapa, apa, saluran apa, kepada siapa dan dengan
akibat apa atau hasil apa. (who says what in which channel to whom and with
what effect).

Menurut Barnlund, komunikasi timbul didorong oleh keinginan untuk


mengurangkan rasa ketidakpastian, bertindak secara efektif,
mempertahankan atau memperkuat ego.

Menurut Weaver pula, komunikasi adalah prosedur umum yang dihasilkan


melalui fikiran seseorang untuk mempengaruhi fikiran orang lain.

Menurut Gode, komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari
mula yang dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh
dua orang atau lebih.

Menurut Green Berg dan Baron, komunikasi ialah satu proses dimana
individu, kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai
penyampai dengan menyampaikan maklumat kepada individu, kumpulan
atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penerima maklumat.

Menurut Lasswell, komunikasi dilihat secara eksplisit dan kronologis


menjelaskan tentang lima komponen yang terlibat dalam komunikasi seperti
berikut: -

1. Penyampai adalah pelaku komunikasi pertama yang mempunyai inisiatif atau


sumber. Sumber adalah permulaan maklumat dan orang yang memulakan
proses komunikasi. Penyampai memilih jenis maklumat yang ingin
disampaikan sama ada menerusi tulisan, lisan atau bahasa badan yang
difikirkan paling berkesan untuk menyampaikan malumat kepada penerima.
Mesej yang telah dihantar perlu disusun dan dipilih simbol-simbolnya sama
ada lisan atau bukan lisan supaya dapat difahami oleh penghantar dan
penerima. Enkod yang digunakan oleh penghantar perlu difahami oleh
penerima jika tidak komunikasi akan terhenti.
2. Idea atau isi penyampaian adalah susunan idea yang disampaikan terdiri
daripada kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim, maksud,
fakta atau niat yang difahami oleh penerima mesej dan mesej boleh
berbentuk lisan atau bukan lisan.

3. Penerima idea (dekod) ialah pelaku komunikasi lainnya yang dijadikan


sasaran penerima. Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh
penyampai mesej atau maklumat. Penerima maklumat mungkin datang dari
dalam atau luar organisasi atau pelbagai pihak. Individu akan menerima
mesej yang disampaikan oleh pengirim melalui saluran komunikasi. Mesej
yang diterima akan diterjemahkan mengikut interpretasi mereka.
4. Saluran adalah medium atau alat dan saluran penyampaian informasi.
Saluran adalah alat yang digunakan untuk menyalurkan mesej iaitu deria
pancaindera manusia, media elektronik dan media masa. Ia merupakan alat
penghubung antara pengirim dengan penerima. Antara saluran yang
digunakan adalah seperti kata-kata, tulisan, lisan, tanpa lisan, buku dan
sebagainya.
5. Maklumbalas. Maklumbalas adalah hasil yang terjadi diakhir proses.
Maklumbalas ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai
tindakbalas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej.

Anda mungkin juga menyukai