Anda di halaman 1dari 2

Aku adalah sebuah kereta api yang memerlukan enjin untuk bergerak.

Aku diperbuat daripada besi. Dengan itu, aku sering dicat dengan
warna yang gelap seperti hitam dan biru gelap supaya badanku tidak
berkarat. Badanku juga sungguh besar dan panjang. Ini adalah kerana
ia mengandungi beberapa gerabak kereta yang telah dicantumkan
untuk mencukupkan muatan. Dengan itu, aku sering digunakan untuk
mengangkut penumpang ataupun barang-barangan kargo dari satu
destiniasi ke destinasi yang lain.
Terdapat beberapa pengalaman-pengalaman yang sungguh ngeri
sehingga tidak dapatku lupakannya. Pada misalnya adalah ketika aku
baru sahaja mula bekerja sebagai sebuah kereta api. Apabila aku
hampir tiba di stesen Kuala Lumpur, terdapat seorang budak lelaki
yang terjatuh ke landasan kereta api. Dia cuba untuk bangun tetapi
kakinya tersangkut kepada landasan kereta api itu. Walaupun jarakku
daripadanya sungguh dekat, bapanya tetap meloncat ke landasan
kereta api itu untuk menolongnya. Walaubagaimanapun, kaki budak itu
tetap tersangkut di landasan itu. Aku tidak dapat berhenti tepat pada
waktunya kerana had kelajuanku sungguh tinggi. Namun, aku tidak
mempunyai sebarang pilihan yang lain selain untuk melanggar mereka
berdua.
Pengalamanku yang lagi satu pula melibatkan diriku sendiri. Ketika aku
sedang dalam perjalanan pulang ke Singapura dengan banyak barangbarangan kargo, tiba-tiba, aku terkeluar daripada landasan kereta api.
Aku pun tergolek ke dalam sebuah gaung yang besar lalu menuju ke
arah sebuah kampung yang berdekatan. Enjinku pun meletup sebaik
sahaja ia menghentak sebuah batu yang besar. Letupan yang besar itu
telah mengorbankan banyak nyawa orang-orang yang tinggal di
kawasan perkampungan itu. Kebanyakan rumah-rumah kampung di
sana serta barang-barangan kargo yangku angkut juga telah hancur
musnah.
Kejadian-kejadian ini telah membuatku sering berasa sedih walaupun
ia sudah lama berlaku. Aku telah menyebabkan banyak orang-orang
yang tidak bersalah hilang nyawa mereka. Aku sedar bahawa kerjaku
sebagai sebuah kereta api adalah sesuatu kerja yang sukar. Walaupun

ia adalah hanya mengangkut penumpang ataupun barang-barangan,


banyak perkara-perkara yang tidak disangkakan boleh berlaku ketika
dalam perjalanan untuk ke sesuatu destinasi. Contohnya adalah
seperti sebuah kemalangan.

Anda mungkin juga menyukai