Anda di halaman 1dari 3

4 Jenis Lelaki Yang Akan Ditarik Wanita Ke Dalam Neraka

Pendahuluan
Pada Zaman Kemodenan ini, ramai wanita ingin menyaingi lelaki
dari pelbagai sudut. Wanita melihat tugas lelaki adalah mudah. Terdapat
juga wanita yang mengeluh disebabkan tanggungjawab yang dipikul lebih
berat berbanding lelaki terutama apabila wanita mula membandingkan
hak-hak lelaki, aurat lelaki, dan tugas lelaki. Namun wanita kurang cakna
satu hal yang amat berat bagi kaum lelaki yang tidak akan mempu dipikul
oleh kaum wanita yakni penanggungan dosa wanita atas bahu lelaki.
Ketika di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamasamanya

ke

dalam

neraka.Tulisan

ini

bukanlah

bertujuan

untuk

memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan


peranannya dengan sebaik-baiknya berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anakanak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia
membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Hal ini
kerana tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia
sahaja, tetapi didikan agama dan pengawasan yang sewajarnya
oleh seorang yang bergelar bapa. Maka disebebkan ketidakcaknaan
bapa, dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya itu.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya yakni
dengan membiarkan isterinya bergaul bebas di tempat kerja,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum
lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami mendiam diri tanpa
menegur atau menasihati walhal dia seorang alim seperti solat tidak

bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh
isterinya ke neraka.
3. Saudara Lelaki (Abang atau Adik Lelaki)
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu saudara lelaki. Jikalau mereka hanya
mementingkan

keluarganya

sahaja

dan

adik

perempuannya

dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, maka tunggulah tarikan


adiknya itu ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan
yang haram di sisi Islam, bila ibu membuat kemungkaran seperti
mendedah aurat, mengumpat, mengata & sebagainya, maka anak
itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Nantikan tarikan ibunya itu ke neraka.
Firman Allah SWT:-

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu


dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada
mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (At
Tahrim : 6)
Justeru,
bukanlah

sedarlah

mudah.

bahawa

Seorang

Tanggungjawab
lelaki

seorang

mempunyai

lelaki

itu

berbagai-bagai

tanggungjawab di bahunya. Tidaklah harus bagi mana-mana wanita


memandang tugas lelaki itu sebagai satu tugasa yang mudah dan tidak
harus juga seorang lelaki itu menjadi lelaki yang tidak bertanggungjawab
serta tidak berguna kepada diri sendiri, keluarga dan agama.

Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai