Anda di halaman 1dari 13

Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Resepi kuah kacang ini adalah resepi pilihan saya untuk


menyediakan kuah kacang dan sate kerana bukan sahaja ianya
sedap tapi juga sangat mudah dan menggunakan bahan bahan
yang ringkas. Resepi dipelajari dari blog Kak Jee yang
merupakan resepi turun termurun keluarga beliau yang berniaga
sate suatu ketika dulu. Boleh klik di SINI untuk melihat entri
berkenaan penyediaan kuah kacang menggunakan resepi ini
yang saya sediakan dulu.

Saya menyediakan kuah kacang ini pada hari raya ke4 iaitu
selepas 2 hari saya kembali ke tanah air dari mengerjakan Umrah
pada 10 akhir Ramadhan yang lalu. Bagi yang tak peka, ibadah
umrah bukan lah satu percutian, tapi ianya adalah satu ibadah
bagi orang Islam. Jadi tak perlu lah merungut yang saya bercuti
panjang ke apa ke. OK kuah kacang ni lagi sedap dimakan
selepas sehari dimasak. Baru semuanya mesra dan sebati.
Memang sedap sehingga saya terpaksa meminta hubby
melarang saya dari makan. Maklumlah ambil masa berbulan
untuk menurunkan berat badan tapi perlu beberapa hari sahaja
untuk naik semula. Cuma yang paling saya tak gemar dalam
menyediakan Kuah Kacang ini ialah bab menyediakan kacang
goreng. Memang memakan masa untuk menyiapkannya dari di
sangai sehingga dikisar. Nasib baik Aween ringan tulang untuk
membantu. Setakat ini belum cuba lagi cara menggoreng kacang
tanah dengan sedikit minyak.
Jika anda tercari cari resepi Kuah Kacang dan Sate Goreng,
bolehlah mencuba resepi ini. Jom layan resepi di bawah ini....

Satay Ayam Goreng


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
600 gram daging batang pinang/isi dada ayam
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam - guna 3/4 sudu besar jer
1 sudu besar serbuk kunyit
Cara cara:
Ayam dibersihkan atau daging dibersihkan urat urat dan
lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah
disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.

Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak


kacang tanah. Masukkan semua bahan seperti gula, garam,
kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi ke dalam
bekas.
Gaul
rata.
Pastu masukkan ayam/daging tadi dan gaul sampai rata betul
betul. Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging
tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam.

Pastu, cucuklah guna lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat


bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk ketuk sikit,
Kemudian bubuh sedikit minyak dalam mangkuk campur air
sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay

masa bakar. Balik balikkan. Hati hati jangan terbakar lidinya atau
daging hangus.
Nota:
Kalau nak buat satay goreng, tak payah dicucuk daging perap.
Goreng dalam minyak terendam dan curahkan kuah diatasnya.
Atau dimasukkan satay yang telah digoreng dalam periuk kuah.
Boleh simpan dalam plastik dan bekukan. Jika ada satay lebih,
masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer.

Kuah Kacang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:

600 gm kacang tanah - disangai


5 biji bawang besar - mayang
cawan cili kering - 1/2 mangkuk cili kisar
1 cawan gula Melaka
1 sudu besar gula pasir
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
1/2 sudu besar garam halus atau secukup rasa
Cara cara:
Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang
kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Guna air
hanya secukupnya untuk gerakkan blender sahaja. Jangan terlalu
banyak sangat air.
Panaskan 1 cawan minyak dan tumis bawang besar sehingga
layu. Kalau rasa kurang, boleh tambah sedikit lagi minyak
semasa menumis. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis
sehingga cili benar benar masak dan naik minyak.

Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend


dan 2 - 21/2 cawan air. Bila sudah menggelegak, masukkan gula
Melaka, gula dan garam.
Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi,
pandai pandailah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

Nota:
Sedap dimakan dengan bawang dan hirisan timun.
Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan
ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng
kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
Jika lebih, boleh bubuh dalam bekas dan disimpan di dalam
freezer untuk tahan lama.
Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:
(1) Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam kuali
hingga garing
(2) Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali
hingga garing

(3) Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu


maksimum dan kacau-kacau sekejap-sekejap dan masak hingga
agak garing.

Anda mungkin juga menyukai