Nota PJ Zeehan
Nota PJ Zeehan
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald
Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr
dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat
pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum
olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh.
Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara
200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika
Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9.
Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat
masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa
43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi
wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska
dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari
Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.
A. Arahan Permulaan
Untuk semua acara 400 meter dan termasuk 400 meter, arahan untuk memulakan
perlumbaan adalah ke garisan, sedia, bang .
2.1.1 Persediaan
Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ke
garisan diberi.
2.1.2 Ke garisan
Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tmbakan pistol ataupun
tiupan wisel.
2.1.4 bang atau mula
Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki
hadapan.
yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa (dalam
Payne, 1985).
1) Gaya peluru
- Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok
hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari
bahagian hadapan blok hadapan.
2) Gaya sederhana
- Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3) Gaya panjang
- Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak
dari bahagian hadapan blok hadapan.
Contoh = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 0.55 = 47.30 cm
Jarak antara blok = 86 0.42 = 36.12 cm
LUTUT
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki
hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di
antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke
hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM DAN PENGEKALAN KELAJUAN
Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut,
pecutan berlaku awal dalam larian.
Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan
ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak
mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter,
maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih
rendah dari kelajuan maksimum.
TEKNIK LARIAN DI SELEKOH
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'.
Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk rnengimbangkan
kuasa 'centrifugal', seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam.
Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan
mengarah ke dalam
2.3.3 Teknik Penamat
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10
meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m
untuk 200 m.
Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga
melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah
Contoh:
Jam 1 Jam 2 Jam 3
11.6 11.5 11.2
( 11.2 tidak dikira masa rasmi = 11.6)
Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan
mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter
hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan
kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.
Nilai pengetahuan tentang komposisi badan adalah lebih tinggi untuk meramalkan
prestasi atlit jika dibandingkan dengan hanya sekadar mengetahui jisim dan
ketinggian atlit sahaja. Menurut Willmore dan Costill (1994) adalah lebih baik jika
jurulatih berupaya mengujudkan jisim badan piawai bagi sesuatu jenis sukan dan
hendaklah berdasarkan kepada komposisi badan .
Atlit yang mengalami lebih jisim badan akan mengalami kemerosotan prestasi.
Peningkatan jisim 9Kg mengambil masa 9-12 bulan untuk dipulihkan. Ringkasnya
jisim badan yang piawai adalah ciri terbaik dan ideal tetapi sukar dipraktikkan. Oleh
itu dengan hanya mempunyai bentuk badan yang sesuai sahaja belum cukup untuk
menjamin prestasi yang optima kerana manusia sukar diramalkan tingkah lakunya.
Morfologi berkait rapat dengan fisiologi dan biomekanik pergerakan badan manusia.
Tanner (1964) merumuskan bahawa adalah mustahil untuk atlit mencapai kejayaan
jika mempunyai bentuk badan yang tidak sesuai dengan sukan yang diceburi. Oleh
itu buat masa sekarang ahli-ahli kinanthropometry giat mengkaji bentuk badan
manusia.
Kinanthropometry adalah merupakan sub-displin fisiologi dan merupakan bidang
yang baru. Bidang ini mengkaji secara kuantitatif tentang saiz, bentuk, perkadaran,
komposisi dan kematangan berkait dengan fungsi motor dan banyak digunakan
untuk memilih pemain.
Perkadaran saiz mungkin sesuai untuk sesuatu jenis sukan. Sebagai contohnya
dalam sukan angkat berat, secara teorinya atlit perlu mempunyai tuas yang lebih
pendek untuk penghasilan daya. Umumnya ahli sukan angkat berat mempunyai
tuas yang lebih pendek dan ini adalah merupakan perkadaran saiz atlit tersebut.
Morphology merujuk kepada bentuk dan struktur badan Willmore dan Costill (1994)
dan biasanya dibahagikan kepada tiga komponen:
i. Muscularity
ii. Linearity
iii. Fatness
Setiap atlit mempunyai kombinasi yang unik dari ketiga-tiga komponen ini. Atlit
dalam sukan yang tertentu akan menunjukkan pengaruh yang kuat dari satu
komponen mengatasi dua komponen yang lain.
Carter et al. (1982) merumuskan bahawa kebanyakan atlit mempunyai
keseimbangan di antara muscularity dan linearity, tetapi muscularity kebanyakanya
dimonopoli oleh atlit lelaki.
Costill 1972 mendapati bahawa pelari marathon umumnya rendah dan mempunyai
jisim badan yang rendah. Walau bagaimana pun pelari pecut secara puratanya lebih
besar jika dibandingkan dengan pelari-pelari dalam acara yang lain. Pelari pecut
bertaraf dunia mempunyai ketinggian di anatara 1.57- 1.90m dan berjisim di antara
63.4-90 Kg. Kenyataan ini menunjukkan bahawa di samping kecergasan fizikal,
morfologi atlit juga mempengaruhi prestasi atlit.
Tanner (1964) menyatakan bahawa pelari pecut lelaki secara semula jadinya
mempunyai otot-otot besar dan bukanya dihasilkan dari sistem latihan. Pelari pecut
perlukan jisim otot yang besar kerana dapat memberikan kelebihan semasa
permulaan perlumbaan dan pada fasa permulaan pecutan. Ika dan Fukunaga (1968)
merumuskan bahawa lebih banyak daya dapat dibina jika atlit mempunyai lebih
banyak otot per luas keratan rentas.
menjadi dominan dan pengambilan oksijen menjadi semakin penting. Oleh itu
jurulatih yang mengetahui penggunaan sistem tenaga akan merangka program
berdasarkan kepada sistem tenaga yang dominan khusus untuk sukannya.
Aktiviti boleh dikelaskan dalam bentuk pengkhususan dan juga pemindahan tenaga
dominan yang terlibat. Program latihan yang berkesan akan menyediakan ruang
masa yang sesuai untuk tenaga khusus yang terlibat dalam aktiviti.
Sistem latihan sekarang menggunakan aktiviti fizikal yang sederhana diikuti
denagna latihan anaerobik (pemulihan aktif) dan ini meningkatkan pemulihan
berbanding dengan kaedah pasif. Pemulihan aktif akan mengakibatkan
pembuangan "blood lactate" dengan lebih berkesan.
Untuk mengekalkan kecergasan, atlit perlu menyediakan dirinya melalui program
suaian. Kaedah suaian fizikal yang didasarkan kepada beberapa prinsip latihan akan
menghasilkan peningkatan yang optima. Mengikut Willmore dan Costill (1994),
prinsip-prinsip berikut adalah sangat penting:i. prinsip tambah beban.
ii. pengkhususan senaman.
iii. Kebolehbalikan
iv. perbezaan individu.
Di samping prinsip di atas, terdapat beberapa faktor yang boleh memberi kesan ke
atas peningkatan latihan (McArdle et al. 1996).
i. tahap kecergasan awal.
ii. frekuensi latihan
iii. intensiti latihan
7.3 ASPEK BERKAITAN PRESTASI
Walaupun kekuatan mutlak adalah komponen yang penting dalam prestasi, kuasa
mungkin lebih penting dalam kebanyakan aktiviti Willmore dan Costill (1994).
Berdasarkan formula , kuasa adalah fungsi aplikasi kekuatan dan kelajuan. Ia adalah
merupakan kunci komponen kepada prestasi atlit olahraga. Jelas sekali komponen
ini berasal dari aspek fisiologi. Kelembutan yang baik dapat menghindarkan atlit
dari mengalami kecederaan yang serius.
Atlit yang mempunyai kelembutan yang baik dapat menghasilkan daya yang lebih
besar kerana peningkatan julat pergerakan. Peningkatan komponen ini dihasilkan
melalui latihan yang berterusan sepanjang tahun dan boleh berkurang dengan
cepat semasa tidak aktif.
Hasil latihan biasanya mewujudkan kekuatan, kuasa, daya tahan otot, kelembutan
dan kardiovaskular tetapi kurang peningkatan dari segi kelajuan dan ketangkasan
(Willmore dan Costill 1994). Dalam olahraga banyak masa dihabiskan untuk
mengembangkan kualiti prestasi lebih dari kelajuan dan ketangkasan tetapi sukan
lain memberi lebih penumpuan kepada komponen ini.
Kualiti yang diperlukan adalah berbeza dan bergantung kepada keperluan
peningkatan dan jenis sukan serta posisi pemain. Kehilangan kelajuan dan
ketangkasan yang berlaku semasa keadaan tidak aktif dapat dipulihkan melalui
latihan. Namun begitu peningkatan hanyalah dalam kuantiti yang sedikit.
Atlit bertaraf dunia biasanya mempunyai koordinasi yang baik. Koordinasi bukan
merupakan faktor yang penting bagi sukan yang bergantung kepada faktor fisiologi.
Ianya menjadi bertambah penting apabila kita membandingkan "novice" dan atlit
berpengalaman bagi sukan yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi
seperti larian berpagar, acara-cara lompatan dan lontaran. Koordinasi merupakan
faktor penentu jika atlit mempunyai kekuatan yang sama.
Keseimbangan pula penting bagi atlit-atlit gimnastik dan atlit-atlit yang melibatkan
diri dalam acara-acara kemahiran seperti melompat dan melontar. Dalam acara
larian pecut pula, pemenang biasanya ditentukan dalam perbezaan masa yang
amat singkat.
Oleh itu atlit yang mempunyai masa tindak balas yang baik mempunyai kelebihan
untuk muncul sebagai pemenang. Sekiranya atlit mempunyai kecergasan fizikal
yang berkaitan dengan prestasi motor pada tahap terbaik maka ia akan mempunyai
banyak kelebihan untuk muncul sebagai juara berbanding dengan mereka yang
mengabaikanya.
Badan atlit hendaklah dijaga dengan begitu rapi akibat latihan yang berterusan.
Bagi mencapai hasrat ini, atlit perlu memberi perhatian terhadap pemakanan yang
sempurna, tidur dan rehat yang cukup.
Dewasa ini banyak terdapat bahan makanan berbentuk cecair dijual secara
komersil. Bahan ini menawarkan pendekatan yang praktik terhadap makanan
sebelum pertandingan dan mengandungi banyak sumber pembekal tenaga.
Makanan ini disarankan kerana mempunyai nilai kalori seimbang dan membantu
proses penyerapan dengan cepat dan tidak meninggalkan sisa pada saluran
penghadaman.
Makanan sebelum pertandingan sepatutnya sedia dihadam dan memberikan tenaga
yang diperlukan untuk senaman. Oleh itu makanan ini sepatutnya tinggi nilai
karbohidrat dan rendah dari segi kandungan lemak dan protin. Masa 2-3 jam adalah
jangkasama yang sesuai untuk membenarkan penghadaman dan penyerapan
berlaku.
Cara ini memelihara homeostasis gula dalam darah dengan menyimpan glukosa.
Kekurangan atau lebihan rembesan hormon ini membawa kepada pembentukan
tubuh yang tidak normal. Kekerdilan tubuh berpunca daripada kurangnya rembesan
hormon ini sementara kegergasian dan acromegaly pula disebabkan oleh
rembesan hormon yang berlebihan. akibat acromegaly.
9.2 KELENJAR TIROID
Kelenjar tiroid terletak dibahagian bawah kerongkong dan di hadapan halkum.
Kelenjar ini menghasilkan hormon tiroksin, triodotaironin dan kalsitonin. Hormon
tiroid adalah hormon yang utama bagi metabolisme. Selain daripada mengawal
kadar pengoksidan glukosa semua sel, hormon ini juga penting untuktumbesaran
dan perkembangan secara normal tisu-tisu khususnya sistem pembiakan dan
sistem saraf. Hormon kalsitonin pula merangsang penyimpanan kalsium pada
tulang-tulang.
Kekurangan iodin mengganggu pembentukan hormon tiroksin dan ini menyebabkan
berlakunya beguk. Kekurangan tiroksin pada kanakkanak menyebabkan kretisme
iaitu keadaan individu yang mempunyai kaki lebih pendek berbanding badan, cacat
akal, berkulit kering dan berambut nipis. Bagi orang dewasa pula, kekurangan
tiroksin menyebabkan kelembapan pergerakan dan mental, bengkak pada muka,
kelesuan, suhu badan yang rendah dan kegemukan. Masalah cacat akal tidak
berlaku pada orang dewasa.
Lebihan tiroksin menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung, kadar
metabolisma yang tinggi, tidak tahan dengan suhu panas dan kegelisahan.
Kekurangan kalsitonin pula menyumbang kepada osteoporosis.
9.3 KELENJAR ADRENAL
Kelenjar adrenal terletak di atas ginjal. Kelenjar ini terbahagi kepada adrenal korteks
dan adrenal medulla. Adrenal korteks merembaskan hormon glukokortikoid,
mineralokortikoid dan androgen (kuantiti kecil). Glukokortikoid merangsang
pertambahan glukosa dalam darah dan penyimpanan glikogen dalam hepar. Adrenal
medula pula merembeskan hormon epinefrin dan norepinefrin. Epinefrin dan
norepinefrin meningkatkan kandungan glukosa dalam darah, meningkatkan aktiviti
metabolik dan menjerut salur-salur darah tertentu.
Kekurangan glukokortikoid dan mineralokortikoid boleh menyebabkan penyakit
Addison (simptom kehilangan elektrolit dan bendalir tubuh, tekanan darah rendah,
hipoglisemia). Kehilangan selera makan dan pertambahan pigmentasi. Lebihan
glukokortikoid menyebabkan penyakit cushing (simptom tangan dan kaki
membesar, luka lambat sembuh, muka bulat, tekanan darah tinggi, kurang
pembentukan antibodi, hiperglisemia dan lemah otot).
9.4 PANKREAS
Pankreas terletak berhampiran dengan perut. Pada pankreas terdapat kelenjar
endokrina yang dikenali sebagai kumpulan pankreatik (pancreatic islets). Kumpulan
pankreatik ini menghasilkan hormon insulin dan glukagon.
Perembesan insulin dirangsang oleh aras glukosa yang tinggi dalam darah. Insulin
bertindak ke atas semua sel tubuh dengan meningkatkan keupayaan sel-sel untuk
menerima glukosa. Melalui tindakan ini, aras glukosa dalam darah dapat
dikurangkan.
Glukagon pula dirangsang oleh aras glukosa yang rendah dalam darah. Glukagon
merangsang penguraian glikogen yang tersimpan di dalam hepar kepada glukosa
dan membebaskan glukosa ini ke dalam darah.
Lebihan insulin akan menyebabkan hipoglisemia, sementara kekurangan atau
ketiadaan insulin pula boleh menyebabkan diabetis mellitus. Lebihan atau
kekurangan glukagon pula tidak menyebabkan gangguan atau masalah kesihatan
yang serius.
10.0 KELESUAN OTOT PELARI PECUT
Kelesuan merujuk kepada kemerosotan kapasiti otot meregang dengan
stimulasi yang berulang. Keadaan ini menyebabkan prestasi individu menurun.
Perbincangan tentang kelesuan memberi tumpuan kepada:
(i) Sistem tenaga (ATP-PC, glikolisis dan pengoksidanan).
(ii) Pengumpulan hasil sampingan metabolik.
(iii) Sistem saraf.
(iv) Mekanisme kegagalan penguncupan gentian.
Bagi mengelakkan kelesuan, atlit mesti mengawal kadar kerja melalui rentak larian
yang sesuai bagi memastikan PCr dan ATP tidak kehabisan. Jika pada permulaan
larian terlalu cepat mengakibatkan simpanan ATP dan PC berkurang dengan cepat.
Keadaan ini menyebabkan kelesuan berlaku lebih awal dan atlit gagal mengekalkan
rentak larian sehingga fasa terakhir. Latihan dan pengalaman dapat membantu atlit
menilai rentak larian yang optima bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan
ATP dan PC.
10.5 SISTEM TENAGA DALAM SENAMAN
Sistem tenaga yang diperlukan pada setiap sukan bergantung kepada cirri-ciri
permainan tersebut, tempoh masa dan intensiti. Sistem tenaga yang terlibat dalam
larian 5000 meter adalah seperti yang berikut:
a) 10 saat pertama anaerobik alaktik.
b) 10 saat hingga 30 saat peralihan dari sistem alaktik sistem laktik.
c) 30 saat hingga 2 minit anaerobik laktik.
d) 2 minit hingga 5 minit peralihan dari anaerobik laktik ke aerobik.
e) 5 minit ke atas sistem aerobik.
Sistem tenaga yang dominan bagi aktiviti yang melibatkan kuasa bergantung
kepada:
i. Bekalan tenaga anaerobik alaktik.
ii. Kekuatan otot.
iii. Kelajuan penguncupan otot.
Secara am, fungsi lemak adalah untuk membekalkan tenaga bagi proses
metabolisme. Majoriti trigliserida disimpan dalam tisu adipos. Trigliserida akan
diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol yang dapat menghasilkan tenaga.
11.1.1 Keperluan Semasa Senam
Semasa rehat, lebih kurang 60% dari tenaga kita dibekalkan oleh proses
metabolisme lemak. Orang dewasa memerlukan 10-15% kalori yang berasaskan
lemak. Atlit memerlukan 15-25% kalori dari lemak dalam diet harian sebagai
simpanan tenaga semasa latihan.
11.2 PROTEIN
Protein terdiri dari rantaian asid amino. Apabila dua asid amino bergabung, ia
dikenali sebagai dipeptida dan jika lebih dari dua, dipanggil polipeptida. Protein
boleh didapati dari daging, hasil tenusu, kekacang dan juga tumbuhan seperti
brokoli dan lobak merah.
Larut Air;
2.4 mikrogram (membentuk koenzim bagi membina DNA, bantu pembinaan sel
darah merah)
JENIS MINERAL
Keperluan dan Fungsi Sumber dari makanan
Elektrolit adalah bahan, dalam bentuk cecair yang boleh mengkonduksikan arus
elektrik. Cecair tersebut juga dikenali sebagai cecair elektrolit contohnya asid, bes
dan garam. Elektrolit utama adalah natrium, kalium, klorida, bikarbonat, sulfat,
magnesium dan kalsium.
11.5 PENYELENGGARAAN SUHU BADAN
Suhu badan dikawal oleh hipotalamus, satu struktur di otak yang merupakan
sebahagian dari sistem saraf pusat. Contohnya, sekiranya kulit kita menjadi panas
kerana cuaca panas atau demam, tubuh badan akan membuat penyesuaian untuk
mengurangkan haba. Pertama, lebih darah akan mengalir berdekatan dengan kulit
supaya haba dapat dibebaskan dengan lebih mudah melalui kulit.
Kedua, perpeluhan akan bermula dan penyejatan peluh akan mengurangkan haba
badan.
11.6 PEMAKANAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS LATIHAN & PERTANDINGAN
Prestasi fizikal boleh ditingkatkan melalui pemakanan yang baik. Contohnya
peningkatan pengambilan karbohidrat sebelum dan semasa latihan dapat
meningkatkan kualiti latihan atlit. Atlit akan dapat berlatih dengan lebih lama dan
melambatkan rasa kelesuan ketika latihan.
Semasa pertandingan, atlit akan menggunakan sumber tenaga dari sistem tenaga
yang berbeza bergantung kepada jenis, intensiti dan jangkamasa aktiviti tersebut.
Contohnya untuk aktiviti yang berintensiti tinggi dan tidak lebih dari 3 minit seperti
larian 200m, sumber tenaga akan dibekalkan oleh glukosa dalam darah dan
glikogen otot.
Apabila aktiviti tersebut melebihi 5 minit seperti permainan bolasepak, glikogen hati
dan lemak pula akan mula membekalkan tenaga bagi aktiviti tersebut. Pada masa
yang sama, ketiga-tiga sistem tenaga ini juga memerlukan vitamin dan mineral
tertentu untuk memastikan keberkesanan sistem tenaga ini.
Semasa pertandingan, atlit patut mengambil cecair yang tinggi kandungan
karbohidrat dan rendah kandungan lemaknya untuk mengelakan ketidakselesaan
dalam perut. Atlit yang mengamalkan pemakanan yang optimum boleh melakukan
kebanyakan aktiviti fizikal dengan menggunakan sumber tenaga yang disimpan
dalam tubuh badan.
Adalah penting untuk atlit memastikan gaya pemakanan adalah bersesuaian
dengan aktiviti yang dilakukan dan juga mempunyai kandungan kalori yang
mencukupi. Contohnya seorang atlit berdaya tahan tinggi memerlukan sehingga
3,500 kalori sehari dengan 60-70% (karbohidrat): 20-30% lemak: 10-15% protein
(termasuk asid amino esential).
https://encrypted-tbn0.google.com/images?
q=tbn:ANd9GcTWBE72xvSB4blT_l48e7uiaL3MrXL0U2um8dt6Cr9d4uaas9zb
https://encrypted-tbn0.google.com/images?
q=tbn:ANd9GcT7R0vP_bx1OqLmTJ8AVMy2W0pXjKC5QVA0sYJKZ7WezDs7WvWY
LELAKI
REKOD DUNIA:
TIME(sec) WIND (m/s) ATHELETE NATION DATE LOCATION
9.58 0.9 USAIN BOLT JAMAICA 16/8/09 BERLIN
WANITA
REKOD DUNIA:
TIME(sec) WIND (m/s) ATHELETE NATION DATE LOCATION
10.49 0.0 FLORENCE GRIFIFTH USA 16/07/88 INDIANAPOLIS