Anda di halaman 1dari 2

Pilih kata gandaan yang sesuai bagi melengkapkan tiap-tiap butiran berikut.

1. Beruang sarkas itu ______ mati apabila ditembak oleh pelatihnya dengan pistol mainan.
a. tiba-tiba
b. pura-pura
c. cuba-cuba
d. ikut-ikut
2. Ke mana sahaja Puteri Aini pergi dia akan ditemani oleh ______nya.
a. amah-amah
b. dewi-dewi
c. pari-pari
d. dayang-dayang
3. Kaki ibu ______ kerana terlalu lama duduk bersila.
a. gatal-gatal
b. semut-semut
c. luka-luka
d. sedu-sedu
4. Negara kita akan menjadi huru-hara kalau rakyatnya tidak mematuhi ______.
a. syarat-syarat
b. ikrar-ikrar
c. rukun-rukun
d. undang-undang
5. Zaini sakit kepala tetapi ibunya menyangka dia hanya ______ sahaja.
a. cuba-cuba
b. suka-suka
c. rasa-rasa
d. main-main
6. Apabila Encik Rosli menutup pintu bilik tidurnya, tangan anak perempuannya ______
tersepit.
a. dekat-dekat
b. nyaris-nyaris
c. cepat-cepat
d. jari-jari
7. Harga ______ di gerai itu mahal walaupun telah layu-layu belaka.
a. ikan-ikan
b. kuih-muih
c. sayur-mayur
d. lauk-pauk
8. ______ boleh bercahaya pada waktu malam.
a. Jentik-jentik
b. Pijat-pijat
c. Anai-anai
d. Kunang-kunang
9. Keadaan di pasar itu ______ dengan suara orang ramai.
a. riuh-rendah
b. gopoh-gapah
c. kelam-kabut
d. nyaring-nyaring
10. Adik menangis kerana ______nya tercucuk tulang ikan.
a. tupai-tupai
b. gigi-gigi
c. langit-langit
d. sibur-sibur

Anda mungkin juga menyukai