Anda di halaman 1dari 2

Pn Nor Maziah Bt Abd Halim

SK Seri Utama,Kg Sungai Nibong,


Jalan Batu Putih ,83600 Semerah
Batu Pahat,Johor Darul Takzim
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4 Blok E12Kompleks
Kerajaan Parcel EPusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
25 Ogos 2013
Tuan,
RAYUAN PERTUKARAN SEKOLAH MENGIKUT SUAMI
Merujuk seperti perkara diatas ,saya seperti nama di atas ingin membuat
rayuan pertukaran agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan pertukaran ke
PPD Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Saya telah menghantar borang
permohonan pertukaran melalui e G tukar baru-baru ini.
2
Antara sebab utama saya perlu bertukar ke PPD Hulu Langat, Selangor
ialah kerana merasa bimbang dengan keselamatan saya yang tinggal disini
tanpa suami dan saudara mara. Bagi pengetuan tuan pengarah baru-baru ini
bertarikh pada 18/8/2013 jam 11.27 malam (merujuk report IPD Batu Pahat
bernombor :SEMERAH/001246/13) di dapati keselamatan terancam apabila
terdapat cubaan untuk memecah masuk ke dalam rumah saya semasa saya
berseorangan tanpa suami disisi. Rasa fobia dan trauma terhadap cubaan
tersebut lebih- lebih lagi dengan keadaan saya sekarang yang mengandung 4
bulan.
3
Antara sebab lain, saya ingin memohon pertukaran ini juga adalah kerana
saya telah hampir berkhidmat 3 tahun berkhidmat disini. Selama 8 bulan saya
dan suami berulang alik setiap minggu dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur dan dari
Kuala Lumpur ke Batu Pahat seorang diri bersabung nyawa di jalan raya melalui
perjalanan sejauh 200 km. Kos berulang alik yang tinggi menyebabkan saya
sering kesempitan wang.
4.
Bersama-sama ini saya lampirkan salinan report polis, dan laporan
kesihatan ibu mengandung bagi rujukan tuan pengarah.
5
Justeru itu, saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan
pertukaran saya ini secepat mungkin kerana
saya bimbang terhadap
keselamatan diri dan kandungan saya. Sehubungan itu juga, saya berharap
mendapat belas kasihan daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan
amatlah saya hargai.
Sekian, Terima kasih.
Yang benar,

,
(PN. NOR MAZIAH BINTI ABD HALIM)
Guru Siswazah DG41,
Sk.Seri Utama.

Anda mungkin juga menyukai