Anda di halaman 1dari 2

Faktor Kedatangan

Kedatangan orang Siam ke Tanah Melayu amnya dan ke Kedah khasnya tidaklah
seperti kedatangan kaum-kaum imigran yang lain seperti India ataupun Cina.
Kaum India dan Cina telah di bawa masuk secara sistematik oleh pemerintah
Inggeris pada akhir abad ke 19. Manakala kedatangan masyarakat Siam ke
Kedah bukanlah kedatangan yang dirancang untuk memenuhi keperluan kuasa
kolonial pada masa itu. Kedatangan golongan ini lebih merupakan lanjutan dari
peristiwa yang telah wujud sebelumnya seperti peperangan ataupun krisis
ekonomi yang teruk yang memaksa mereka melakukan penghijrahan.
Pada tahun 1813, ramai rakyat Patani telah melarikan diri ke Perak,
Kelantan, Kedah dan Perlis akibat serangan yang dilakukan oleh Rama II (18091824) kerana keengganan pemerintah Patani, Datuk Kun Pengkalan tunduk dan
mengakui kedaulatan Siam ke atas Patani. Setelah Patani dikalahkan oleh Siam
pada tahun 1813, ia telah menjadi sebuah wilayah di bawah naungan Siam dan
pemerintah Patani terpaksa menghantar Bunga Mas ke Bangkok. Patani bukan
saja diletakkan dibawah naungan Siam malah wilayag itu terus ditindas.
Penindasan ini telah membawa akibat yang buruk kepada orang Thai Islam.
Pada tahun 1813, orang Siam dari daerah Songkla (Singora) dan Nakhorn
Srithammarat telah masuk ke Kedah secara beramai-ramai. Kedatangan mereka
ke sini disebabkan terdapatnya satu krisis ekonomi yang serius. Untuk
mendapatkan taraf hidup yang lebih baik menyebabkan mereka berhijrah ke
Kedah. Kemasukan orang Siam ke Kedah secara beramai-ramai pada abad ke 19
adalah berdasarkan polisi yang dijalankan oleh Rama III (1824-1851). Pada masa
pemerintahannya, Rama III telah menjalankan polisi meluaskan tanah jajahannya
ke bahagian selatan negaranya iaitu di bahagian-bahagian Utara Tanah Melayu.
Pada ketika itu Kelantan, Terengganu dan Patani telahpun ditakluki olehnya, yang
tinggal hanyalah Kedah belum ditakluki.
Dengan dasarnya ini Rama III telah menyebabkan pertambahan orang
Siam di Kedah. Bilangan ini semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Tidak kurang juga penduduk Siam yang masuk ke Kedah akibat dari
aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan di negara asal mereka (Thailand). Oleh
itu, mereka melarikan diri ke Kedah kerana takutkan tindakan dari pemerintah
Thailand. Keadaan ini berlaku kerana pada masa itu undang-undang keluar
masuk orang asing ke Kedah masih belum dikuatkuasakan lagi. Dengan itu

kemasukkan orang asing dipandang ringan sahaja oleh pihak pemerintah


sehinggalah tahun 1932. Namun begitu sehingga tahun 1940an masih lagi
terdapat kemasukan secara haram oleh orang Siam ke Kedah. Pada bulan April
1948 pasukan polis dan tentera Bangkok telah menyerbu sekumpulan penduduk
Patani yang sedang membuat ibadat di daerah Dusun Nyior Benghara. Dalam
serbuan itu seramai 266 orang telah mati dan beribu-ribu yang lainnya telah lari
masuk ke Tanah Melayu.
Di samping krisis ekonomi, tindakan pemerintah Siam terhadap penduduk
di bahagian Selatan Thai dan juga peperangan yang berlaku antara Siam dan
Kedah terdapat satu golongan orang Thai yang dikenali sebagai Sam-Sam Siam
sengaja dibawa masuk ke Kedah semasa berlakunya peperangan. Golongan
Sam-Sam ini dipercayai berasal dari tawanan-tawanan perang Siam yang terdiri
orang-orang Melayu yang ditangkap semasa Perang Kedah Siam pada abad ke
14. Mereka ini di bawa balik ke Siam dan kemudian keturunan mereka inilah di
bawa balik ke Kedah semula pada abad ke 19, iaitu semasa Kedah berperang
dengan Siam. Mereka dikatakan sebagai golongan Sam-Sam kerana mempunyai
darah campuran Thai dan Melayu atau Cina. Pada masa sekarang golongan ini
terdapat di Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Kroh.

Anda mungkin juga menyukai