Anda di halaman 1dari 12

SENI WARISAN DAN BUDAYA BANGSA PERLU DISUBURKAN

Kita tidak dapat memecahkan suatu permasalahan dengan pemikiran yang sama.
Kita menggunakan pemikiran yang baru untuk memecahkan hal-hal baru (Albert
Einstein).

Warisan

yang

takkan

pernah

akan

habis

dan

hilang

adalah

kebaikannya, warisan yang telah terberi dan takkan pernah mampu menjadi
rebutan oleh orang lainnya adalah kebaikannya, warisan yang tak pernah akan
mampu terukur nilai harganya adalah kebaikannya, warisan yang takkan pernah
jatuh ke tangan orang yang salah adalah kebaikannya, dan warisan yang selalu
bermanfaat dan terus tersebar dimanapun dia berada adalah kebaikannya. Kata
Saidina Ali r.a Ilmu adalah warisan para Nabi, sedang harta adalah warisan para
raja dan orang kaya. Ilmu menjaga pemiliknya, sedang pemilik harta menjaga
hartanya.
Terima kasih saya ucapkan kepada saudara / saudari pengerusi majlis.
Yang dihormati Puan Ros Silawati Binti Ahmad, pensyarah Bahasa Melayu
Konstektual, dan rakan rakan taulan yang saya sayangi dan hargai sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, pada pagi / petang yang berbahagia ini, dapat kita bersama
menimba dan meraih ilmu. Seperti mana yang telah saya sampaikan sebentar
tadi, ilmu adalah warisan yang utama dan akan saya kupaskan pada hari ini, seni
warisan dan budaya bangsa wajar disuburkan.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Tak kenal maka tak cinta. Moleklah sekiranya saya mulakan terlebih
dahulu sebelum saya telah jauh ke tengah berkaitan dengan definisi warisan.
Menurut Kamus Dewan edisi ke 4 dan Kamus Pelajar edisi ke 2 menyatakan
perkataan warisan membawa maksud harta peninggalan.
Seperti mana kita sedia maklum, negara kita Malaysia mempunyai harta
peninggalan yang banyak. Adat dan budaya, bahasa dan persuratan, tapak
tapak binaan, bangunan bangunan peninggalan merupakan seni warisan yang
masih utuh lagi kukuh namun tidak lagi menjadi wadah dalam kehidupan
seharian dan dipandang enteng oleh segelintir masyarakat di negara kita.
Adat adalah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada
keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan
1

hidup sehari-hari. Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang


disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan.
Asalnya perkataan adat ini adalah dari bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan.
Istilah adat itu sendiri memberi pengertian yang agak meluas dan dalam situasi
yang tidak begitu terbatas.
Selain itu, adat resam atau adat istiadat yang diterima oleh sesuatu
bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis
penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesebuah
masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka
sebagai menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan.
Peraturan ini menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia
semulajadi di mana lama-kelamaan telah menjadi satu kemestian yang diikuti
secara turun-temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu.
Sidang hadirin yang saya kasihi sekalian,
Ramai sarjana juga telah membuat pelbagai penafsiran bagi istilah adat.
Setiap masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang
hidup bertatacara. Ini memperlihat kehidupan mereka berlandaskan normanorma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Adat resam, adat istiadat dalam
setiap suku bangsa itu semestinya terdapat perbezaan dan berlainan dari cara
perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, apa juga penafsiran dan perbezaan
adat dalam sesebuah masyarakat itu, tujuannya adalah serupa, iaitu untuk
membentuk suatu masyarakat yang maju, dinamik dan progresif, kerana adat
dapat mencerminkan jiwa suatu masyarakat atau bangsa dan merupakan suatu
keperibadian dari suatu masyarakat atau bangsa.
Kepentingan menjaga seni warisan terlalu banyak. Hal ini demikian kerana
negara kita Malaysia mempunyai banyak juga warisan yang telah dan belum
ditemui. Warisan warisan ini perlu dipelihara dan dilakukan pemuliharaan agar
terus tersemat dan kukuh di persada bumi dan dikenali di seantero dunia.
Antara adat dan budaya yang telah diangakat menjadi warisan negara kita
ialah Adat Perpatih Negeri Sembilan dan Naning. Asal mulanya adat ini dikatakan
dari Minangkabau, Sumatera Barat. Sistem adat ini telah dibawa masuk ke Negeri
Sembilan bersama-sama penghijrahan masyarakat Minang ke Tanah Melayu
sekitar abad ke14 M. Adat ini berkonsepkan demokrasi dan pemuafakatan serta
tidak bertentangan dengan ajaran Islam sesuai dengan kata-kata adat Adat
2

Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullah.Biarpun kini adat ini telah


mengalami perubahan kesan daripada peredaran zaman, namun manifestasi
pengamalannya masih ketara dalam beberapa aspek tertentu. Antaranya ialah
soal-soal yang berkait dengan perkahwinan, pembahagian harta pusaka, susunan
serta struktur masyarakat dan aspek pentadbirannya.
Rumah Terbuka Malaysia. Pada tahun 2000 Kerajaan Malaysia telah
memutuskan sebanyak 6 perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan
utama rakyat Malaysia. Ia dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia dan diraikan
di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah memupuk perpaduan di kalangan
rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana aman dan damai.
Hari Raya Aidilfitri diraikan oleh masyarakat beragama Islam setelah
mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama sebulan. Bagi kaum Cina,
Tahun Baru Cina atau "Gong Xi Fa Cai" merupakan perayaan adat tradisi yang
dirayakan bagi menyambut tahun baru kalendar Cina. Kaum India yang
beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali.
Kaum Dayak di Borneo khususnya di Sarawak meraikan Gawai Dayak sebagai
perayaan kaum yang bersifat adat tradisi. Begitu juga bagi kaum Kadazandusun
di Sabah yang merayakan Tadao Kaamatan sebagai menandakan kesyukuran
selepas musim menuai. Bagi penganut agama Kristian pula, Hari Krismas atau
Hari Natal disambut dengan meriahnya pada 25 Disember setiap tahun.
Melenggang Perut. Adat melenggang perut yang diamalkan dalam
masyarakat Melayu merupakan sebahagian daripada kegiatan perbidanan
tradisional. Adat ini juga secara tidak langsung mempunyai pertautan rapat
dengan konsep 'tubuh' pada wanita. Ini disebabkan pandangan hidup terhadap
tubuh bagi wanita dalam masyarakat Melayu tidak hanya dibatasi oleh sudut
pandangan biologi tetapi mencakupi budaya. Adat ini diadakan untuk wanita
yang bakal melahirkan anak sulung dan ketika usia kandungan cukup 7 bulan.
Selain daripada melenggang perut adat ini turut dikenali sebagai adat 'kirim
perut' di negeri-negeri utara semenanjung. Tujuan adat ini dilaksanakan adalah
bagi

memelihara

anak

dalam

kandungan,

memudahkan

kelahiran

dan

menjauhkan kecelakaan pada ibu serta anak yang bakala dilahirkan.


Cukur Jambul atau Adat Naik Buai. Adat ini dilakukan pada hari ke tujuh
selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan
3

doa selamat diadakan pada hari tersebut. Untuk menjalankan upacara tersebut
beberapa kelengkapan disediakan seperti sebuah dulang berisi tiga mangkuk
atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. Pada hari itu,
bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas
dengan tilan kecil atau didukung oleh oleh bapa atau datuknya. Si bayi
seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil
berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih.
Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut
dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting rambut
bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil iaitu tiga, lima, tujuh dan
seterusnya. Adat ini merupakan upacara upacara bayi diletakkan di dalam buaian
daripada kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan.
Buaian ini akna diikat dengan selendang di kiri-kanannya dan ditarik perlahanlahanuntuk mengendoi bayi dengan nazam atau marhaban oleh sekumpulan
lelaki atau wanita. Bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada
kumpulan ini. Adat ini masih diamalkan dan mendapat sambutan dalam kalangan
masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh
meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu
sulung.
Namun demikian, masyarakat kini kebanyakannya telah meninggalkan
adat ini dan lebih menyedihkan lagi ada yang langsung tidak mengetahui dan
tidak pernah berhasrat untuk mengambil peduli.
Hadirin hadirat dan warga dewan sekalian,
Seterusnya, permainan tradisi juga merupakan seni warisan di negara kita.
Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di
anjung-anjung rumah sahaja dan memerlukan pergerakan yang terbatas.
Contohnya; batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya.
Sehubungan itu, permainan tradisi ini dilihat dapat merealisasikan gagasan
1Malaysia

yang

berteraskan

bentuk

seni

budaya

dan

mempunyai

titik

sentuhannya yang tersendiri seperti dapat merapatkan hubungan antara


masyarakat. Di samping itu, permainan tradisi ini juga dapat mewujudkan
masyarakat yang dapat mempertahankan dan mengamalkan budaya tempatan.
Tidak

ketinggalan,

permainan

laman.

Permainan

laman

merupakan

permainan yang melibtakan ruang yang besar dan akan ada penonton yang
4

datang untuk menonton. Pergerakan yang tidak terbatas dan melibatkan ramai
orang. Antaranya ialah galah panjang, sepak takraw, tating lawi, ketinting,
kabbadi dan sebagainya.
Dapat kita lihat di mana permainan permainan sebegini semakin kurang
menjadi permainan tumpuan generasi kini. Sekolah sekolah juga kurang
menitikberatkan soal isu adat dan budaya malah permainan tradisi kian
dilupakan dan hapus ketinggalan dek zaman. Namun, sekiranya permainan ini
ingin dikembalikan maka usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang
diidamkan. Permainan seperti ini perlu dilaksankan dan diadakan pertandingan
bagi melahirkan semula individu yang mengekalkan adat dan budaya Malaysia.
Selanjutnya, Seni Pertahanan Diri merupakan satu kaedah yang wujud bagi
seseorang mempertahankan diri daripada serangan musuh. Ia merupakan
kaedah berlawan secara tradisi dengan atau tanpa menggunakan senjata. Seni
Pertahanan Diri telah lama wujud sejak berkurun abad dahulu.
Pada

zaman

dahulu,

adalah

menjadi

satu

amalan

setiap

orang

terutamanya kaum lelaki harus mempelajari dan mempunyai ilmu pertahanan


diri. Boleh dikatakan hampir setiap negara mempunyai seni pertahanan diri yang
berkembang hasil cetusan tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar
yang

meresap

masuk

seterusnya

menjadi

budaya

sesuatu

kaum

atau

masyarakat.
Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur
bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan
kosong Terdapat beberapa jenis seni mempertahankan diri di negara ini
Antaranya

ialah

Seni

Persilatan

Melayu,

Silambam,

Wushu,

Kuntau

dan

sebagainya. Seni mempertahanan diri sering dikaitkan dengan budaya sesebuah


kaum

perlu

dilihat

dalam

konteks

yang

lebih

luas

iaitu

sebagai

asas

menyatupadukan masyarakat di negara ini. Ini kerana seni mempertahanan diri


bukan hanya bertujuan untuk melahirkan individu-individu yang berdisiplin malah
melatih pengamalnya memupuk semangat cintakan negara.
Malaysia amat kaya dengan warisan kebudayaan termasuk makanan
warisannya yang pelbagai dan esotik. Adalah menjadi satu tanggungjawab
mengangkat Makanan Tradisi

ke suatu tahap yang tinggi dan seiring dengan

perkembangan teknologi makanan masa kini. Di Malaysia, masyarakat majmuk


telah

menyumbang

penghasilan

pelbagai
5

jenis

masakan

warisan

yang

menonjolkan kekreatifan di samping kesenian seperti teknik pembuatan,


pembungkusan dan penyajian makanan.
Kehidupan

masyarakat

yang

tinggal

mesra

bersama

alam

telah

membenarkan alam diterokai terutama dalam memperolehi sumber untuk


menghasilkan makanan, penyajian dan pembungkusannya. Warisan berbentuk
masakan dan penyajian makanan ini juga merupakan satu ciri kebudayaan yang
unik dan bersifat tradisi.
Makanan Warisan terbahagi kepada makanan yang dimasak dan makanan
mentah. Terdapat pelbagai teknik penyediaan makanan iaitu bahan mentah
dimasak secara membakar atau salai, mengukus, mengoreng, merendang,
merebus atau sup dan sebagainya. Makanan yang tidak dimasak merangkumi
proses menjeruk, diperap atau penapaian dan sebahagiannya dimakan segar.
Sehinga kini, jumlah Makanan Warisan Kebangsaan yang diisytihar adalah
151. Antaranya ialah ayam percik, pulut kukus dam periuk kera, bubur pedas
Sarawak, nasi ulam, ganti tandan jagung, ubi rebus dan sambal tumis dan
banyak lagi. Makanan warisan ini sangat penting dalam mengekalkan adat dan
budaya di Malaysia. Hal ini demikian kerana makanan warisan ini menjadi salah
satu sumber ekonomi negara kita. Sektor pelancongan dan pertanian merupakan
sektor yang menggalakkan usaha ini.
Disamping itu, Bahasa dan Persuratan pula terdiri daripada tradisi lisan.
Masih ingat lagikah kita dengan cerita cerita rakyat? Cerita yang dahulunya kita
suka bila dedengarkan oleh orang tua tua. Cerita yang dahulunya kita dapat
ambil iktibar darinya. Cerita yang dahulunya menjadi peneman di saat mata ingin
terpejam. Cerita yang dahulunya kita mahu jadikan pedoman dan pengajaran.
Antara cerita rakyat yang digemari ialah Keldai dan Serigala, Anjing dan
Bayang bayangnya, Lebai Malang, dan banyak lagi. Setiap cerita ini membawa
kita ke alam dan dimensi yang lain. Cerita cerita ini sering dijadikan
perumpamaan. Ingat lagikah kita dengan Sang Arnab dan Sang Kura kura?
Cerita ini mampu memberi impak kepada setiap lapisan masyarakat.
Program Penghayatan Cerita Rakyat dianjurkan oleh Jabatan Warisan
Negara(JWN) untuk melaksanakan kerja-kerja pengembangan Warisan Tak Ketara
dengan

menyatukan

beberapa

penggiat

cerita tradisi

lisan

dari

seluruh

Semenanjung Malaysia yang kini semakin sukar ditemui. Pada 31 Oktober 2012
6

Jabatan Warisan Negara, mengundang tokoh yang terdiri daripada Y.Bhg. Dato
Dr. Rosli bin Haji Saluddin (Tukang Teromba), Tn. Haji Ali Badron bin Haji Sabor
(Penglipurlara), En. Ramli Mahmud

(Awang Batil) dan En. Ibrahim Kadir (Tok

Selampit). Mereka telah mempersembahkan cerita lisan dari negeri masingmasing dengan mengggunakan dialek mengikut negeri yang diwakilinya iaitu
Negeri Sembilan, Johor, Perlis dan Kelantan.
Melalui program ini, ia telah menghidupkan semula tradisi lisan yang telah
semakin hilang dan dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan yang baru
mengenai kaedah penyampaian tradisi lisan yang berbeza mengikut kawasan di
Semenanjung Malaysia. Ia juga merupakan suatu penghormatan kepada penggiat
seni tradisi lisan kerana Jabatan Warisan telah memberi ruang untuk mereka
kembali mempersembahkan cerita rayat yang semakin dilupakan yang sekaligus
mendidik generasi muda tentang peranan penglipur lara dalam masyarakat suatu
ketika dahulu.
ManuskripMelayu didefinisikan sebagai hasil sastera Melayu tradisional
yang

menggunakan

tulisan

tangan

dalam

tulisan

Jawi

atau

Rumi

dan

menggunakan bahan seperti kertas, kulit, daun lontar, buluh, gading, kayu dan
kain yang isi kandungan dan jangka waktu yang tidak terbatas. Penghasilan
manuskripbermula dengan pesatnya selepas kedatangan Islam, iaitu selepas
masyarakat Melayu menerima tulisan Jawi sebagai tulisannya. Dengan demikian,
zaman perkembangan manuskripMelayu ialah selepas kedatangan Islam hingga
ke akhir abad ke-19.
Menyedari tentang ketinggian nilai ilmu dan keunikan yang terkandung
dalam khazanah warisan bangsa ini, Jabatan Warisan mengambil inisiatif untuk
menyelongkar ilmu mengenai manuskrip Melayu ini meliputi kajian jenis kertas,
bentuk tera air, kolofon, iluminasi, ragam hias, kaligrafi dan sebagainya. Program
yang berlangsung pada 9 Mac 2013 di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru, Kuala Lumpur telah mendapat sambutan menggalakkan.
Seni halus ialah satu proses membina, membuat atau menghasilkan objek
atau barangan melalui kreativiti dan kehalusan hasil kerja yang sangat tinggi.
Ada juga yang yang mengatakan sebagai satu proses penghasilan hasil seni di
dalam bentuk lukisan, catan, cetakan dan arca. Seni halus telah mewarnai
kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Ia diwarisi melalui pembelajaran dari
nenek moyang kita yang kaya dengan warisan seni halus ini.
7

Antara seni yang begitu berkait rapat dengan masyarakat pelbagai kaum
ini antaranya ialah seni bina rumah kediaman dan masjid, pembuatan pakaian
sehari-hari, pembuatan tembikar atau seramik, pembuatan batik, ukiran kayu,
anyaman tikar mengkuang, tenunan songket, pembuatan pakaian, tekatan perak
dan emas, batik, pua kumbu, kain destar dan kain tenun, manik, penghasilan
tembaga, labu sayung, perhiasan diri dan berbagai-bagai seni halus yang lain.
Motif penghasilan seni halus ini pula lebih tertumpu pada pengaruh alam
sekeliling seperti flora dan fauna. Hasil seni halus ini juga memaparkan
ketinggian serta kepandaian si penghasil yang dapat menghasilkan hasil kerja
tangan tradisional yang begitu halus dan bernilai tinggi.
Pihak JWN telah menjalankan beberapa usaha dalam menarik semula
minat dan memperkenal semula kepada masyarakat mengenai adat dan budaya
yang menjadi adat resam di Malaysia. Antaranya ialah jejak warisan. Jejak
warisan ini bertujuan mencari dan mengenal semula warisan yang sedia ada dan
menghebohkan lagi.
Program Jejak Warisan Merdeka 1Malaysia merupakan program tahunan
yang dianjurkan oleh .

Jabatan Warisan Negara.

Program ini melibatkan

penyertaan daripada kalangan pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia


termasuk Sabah dan Sarawak. Para peserta terdiri daripada pelbagai kaum iaitu
Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli.
Antara lokasi lawatan di sekitar Kuala Lumpur adalah Dataran Merdeka,
Stadium Merdeka, Memorial Tunku Abdul Rahman, Kelab Sultan Sulaiman
sementara lokasi lawatan di Melaka adalah Tapak Penyelidikan dan Ekskavasi
Penyelamatan Tembok Kota Melaka, Bangunan HSBC, Memorial Pengisytiharan
Kemerdekaan, Harmony Street, Kuil Sri Poyyatha Vinayaga Moorty, Masjid
Kampung Kling, Tokong Cheng Hoon Teng dan Istana Kesultanan Melayu Melaka.
Pada 8 Jun 2009 yang lalu, Jabatan Warisan Negara telah menganjurkan
sebuah program buat julung kalinya melibatkan ekspedisi ke beberapa buah
bangunan masjid warisan iaitu Program Jejak Warisan Masjid Kuala Lumpur
bersempena dengan Celebration Of Cultural Heritage In Islamic Cultural Capital
2009(KLCIC).

Program ini adalah di bawah seliaan Pertubuhan Islamic

Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO).


Majlis penuh bersejarah tersebut telah diadakan di Masjid Negara Kuala
Lumpur dan telah disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan
8

Kebudayaan, YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Sementara majlis penutup
Program KLCIC pula telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Warisan
Y.Brs. Profesor Dr. A Ghafar bin Ahmad.
Melalui program ini, para peserta dibawa melawat ke masjid-masjid
warisan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. Sebanyak lima buah masjid
terlibat dalam menjayakan program ini iaitu Masjid Jameul Ehsan di Setapak,
Masjid India di Jalan TAR, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Asy-Syakirin
di KLCC dan Masjid Wilayah di Jalan Duta. Selain itu Muzium Kesenian Islam juga
turut lawati kerana di sinilah para peserta dapat melihat dan mendalami ciri-ciri
seni bina Islam dengan lebih meluas lagi.
Fokus lawatan lebih kepada melihat sesebuah masjid itu dari sudut
sejarah, fungsi dan keunikan seni binanya. Selain itu, ianya juga merupakan satu
cara untuk mendedahkan generasi muda tentang kepentingan memelihara dan
memulihara warisan negara khususnya yang terdapat di Kuala Lumpur.
Penyertaan

terdiri

daripada

pelbagai

bangsa,

agama

dan

lapisan

masyarakat. Program ini yang hanya mengambil masa satu hari sahaja. Melalui
program seperti ini para remaja berpeluang mempelajari serta menghayati seni
bina Islam yang sememangnya cukup terkenal dalam sejarah tamadun dunia.
Pendekatan sebegini juga merupakan satu pendedahan dalam mengatasi jurang
pendapat-pendapat tertentu terhadap masjid yang dianggap sebagai suatu
kawasan larangan untuk dilawati di kalangan bukan muslim.
Salam 1 malaysia. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara.
Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara
kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni dan sebagainya.
Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.
Misalnya pakaian terdisional kaum yang unik dan berwarna-warni.
Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi dan pekerti masyarakat
malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan ketika mengadakan rumah terbuka pada
hari perayaan menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap
mesra.. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari perayaan
menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi
oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.

Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui


budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan
lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang
kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan
kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan
tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran.
Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini,
rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca
daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri
Budaya popular merupakan budaya yang diamalkan oleh masyarakat moden.
Kebanyakan isi budaya popular disebarkan oleh filem, televisyen dan industri
penerbitan.
Ramai berpendapat, bahan-bahan budaya popular yang dibawa dari barat
membawa kesan-kesan buruk kepada masyarakat tempatan, terutama golongan
muda. Misalnya, budaya barat itu selalu dikatakan budaya kuning, dan dianggap
tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Penyebaran bahan-bahan
budaya popular moden kini membawa perubahan besar kepada kehidupan
masyarakat Malaysia terutama orang Melayu.
Bahan-bahan budaya popular telah memberikan saluran penting kepada
orang ramai untuk mengisi keperluan hiburan, kepuasan individu, dan mengisi
masa lapang. Dengan itu kononnya budaya popular dapat mengurangkan
tekanan hidup kepada anggota-anggota masyarakat. sebenarnya orang ramai,
sebagai

pengguna

bahan-bahan

budaya

popular

boleh

membuat

pilihan

mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing.


Pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai.
Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita
dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh
diadakan melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya.
Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar
Berita

Harian,yang

merencanakan

sudut

budaya

tentang

masakan,

pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji.


Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti
Malaysia Hari lni dan Selamat Pagi Malaysia. Janganlah kita biarkan
kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi
10

biar mati anak,jangan mati adat. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara
budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama
memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas,
tidak lapuk dek hujan.
Kesimpulannya, seni warisan dan budaya bangsa amat penting dalam
membentuk sebuah negara yang maju. Terdapat pelbagai usaha yang sedang
dan boleh dijalankan bagi menaikkan semula seni warisan dan budaya bangsa di
negara kita. Justeru itu, dapat dikatakan di sini bahawa banyaknya usaha perlu
diteruskan dan dijalankan. Namun, setiap individu juga berperanan penting
dalam merealisasikan usaha ini. Sudah tiba masanya kita tetapkan satu
matlamat yang jitu. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Yang
ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Gunung sama didaki, lurah sama
dituruni. Semoga kesedaran kita di hari ini memberi peluang kepada anak anak
kita berlari, menyayi dengan hati dan perasaan yang gembira.

11

RUJUKAN
BERITA HARIAN. (2014, DISEMBER 13). PERKUKUH JATI DIRI MELAYU DENGAN
KENALI BUDAYA BANGSA. Didapatkan dari http://www.bharian.com.my:
http://www.bharian.com.my/node/23033
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA. (2008, NOVEMBER 14). KAUM-KAUM DI
MALAYSIA. Didapatkan dari http://pmr.penerangan.gov.my:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3242-kaum-kaum-dimalaysia.html
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA. (2006, MARCH 1).
JABATAN WARSIAN NEGARA. Didapatkan dari http://www.heritage.gov.my:
http://www.heritage.gov.my/index.php/ms/warisan-tidak-ketara/adat-abudaya/pengenalan-adat
WORDPRESS. (2013, NOVEMBER 26). MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA.
Didapatkan dari https://zanas.wordpress.com:
https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysiayang-berdaulat/budaya/
WORDPRESS. (2013, NOVEMBER 26). MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA.
Didapatkan dari https://zanas.wordpress.com:
https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysiayang-berdaulat/adat-dalam-masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/

12

Anda mungkin juga menyukai