Anda di halaman 1dari 14

Artikel 4 :

KRM3013 ASAS NOMBOR - MISKONSEPSI DAN PENYELESAIAN

1.0

PENGENALAN
Matematik adalah pelajaran yang abstrak yang melibatkan penggunaan rumus,

peraturan-peraturan langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short
& Spanos, 1989). Matematik mengandungi dua unsur yang utama dan melaluinya manusia
mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala dan benda-benda di bumi dan alam
cakerawala melalui cara yang sistematik. Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan
yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan
cakerawala. Selain itu juga matematik dianggap sebagai suatu alat rekreasi dengan adanya
aktiviti-aktiviti yang menarik dan unit.
Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukumhukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan
yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar
(MacGregor & Moore 1991). Mengikut Bruner, untuk mempelajari konsep matematik dengan
berkesan, bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks, mengikut
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.
Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan
Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan
pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru
sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan
maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi adalah
sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu
perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick
1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul,
kemungkinan tanpa disedari oleh guru.
Dalam mempelajari asas nombor yang merangkumi tajuk nombor bulat, pecahan
perpuluhan, peratus dan wang, terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid
25

sehingga menimbulkan miskonsepsi dalam mempelajari kemahiran tersebut. Miskonsepsimiskonsepsi ini juga saling berkait dari satu konsep ke konsep lain dalam tajuk yang berbeza.

PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 12 OKT 2008

2.0

MISKONSEPSI

2.1

Nombor Bulat

Antara salah satu miskonsepsi bagi tajuk nombor bulat ialah yang sering menjadi masalah bagi
murid-murid ialah mendarab dengan nombor 2 digit. Umumnya operasi kira darab adalah
merupakan cara mudah bagi mencari jumlah bagi beberapa nombor bulat yang serupa. Apabila
nombor bulat didarab dengan nombor 1 digit, murid boleh menjawab dengan melakukan
pendaraban dalam bentuk lazim.

3 4 5
x

1 3 8 0

Miskonsepsi : Kebanyakan miskonsepsi murid-murid tentang masalah pendaraban nombor


ialah mendarab nombor bulat dengan nombor 2 digit. Miskonsepsi yang dihadapi oleh muridmurid ialah apabila mendarab digit yang kedua dalam bentuk lazim. Mereka meletakkan hasil
darab digit kedua pada kedudukan seperti contoh yang diberikan dibawah.

26

5
1
1

Penyelesaian
penyelesaian

4 =

1
2

3 4 5

Antara
yang

dilakukan bagi membantu

murid memahami konsep


mendarab nombor bulat
dengan nombor dua digit
ialah

dengan

menggunakan

kaedah

3 4
1

1 3 8 0
+ 1 0 3 5

2 4 1 5

kotak kekisi atau lattice. Guru hendaklah membantu murid membina kotak terlebih dahulu.
Langkah kedua ialah dengan membimbing murid mengisi kotak yang telah dibina dengan
nombor hasil darab satu digit. Penambahan akan dilakukan mengikut kecondongan garis yang
telah dibina. Melalui pengalaman, kaedah ini amat sesuai bagi membantu murid yang sering
mengalami masalah pendaraban.

2.2

Pecahan

Kajian yang telah dilakukan oleh Maznah Mahmood (2000), mendapati kesilapan yang sering
dilakukan oleh pelajar dalam tajuk pecahan ialah tidak memudahkan pecahan dalam bentuk
pecahan wajar. Selain itu, pelajar juga melakukan kesilapan dalam operasi penambahan
pecahan. Pemahaman terhadap konsep pecahan yang terhad ini juga mungkin dipengaruhi
oleh amalan pengajaran yang terlalu menekankan penguasaan kemahiran, tanpa kefahaman
konsep yang sebenar.
Amalan pengajaran yang berasaskan kepada kaedah hafalan dan latih tubi boleh
menghalang murid daripada mempunyai kefahaman yang jelas mengenai konsep pecahan itu
sendiri. Beberapa bentuk dan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid berkaitan nombor
pecahan ialah melalui aktiviti perbandingan pecahan. Antara punca yang dikenalpasti ialah
konsep pecahan setara tidak difahami dan dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Selain itu juga
27

kesilapan dihadapi ketika melakukan penyusunan pecahan yakni murid tidak dapat
membezakan antara nombor bulat dengan nombor pecahan. Akibatnya terdapat pelajar yang
menyusun pecahan secara menaik sama ada berdasarkan nilai pengangka ataupun nilai
penyebut.
Miskonsepsi : Aktiviti pengajaran selalunya bermula dan berakhir dengan himpunan pelbagai
simbol dan istilah matematik yang abstrak disamping petua dan peraturan-peraturan jalan kerja
yang perlu dihafal oleh murid. Pendekatan sebegini tidak memberi sebarang makna kepada
proses pengajaran pelajar (Peterson 1988; Nik Azis 1992; Amin 1993). Sebaliknya amalan ini
akan mengakibatkan kesilapan konsep dikalangan pelajar. Miskonsepsi pecahan yang kerap
diambil mudah ialah menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Kesukaran murid
pada kemahiran tersebut menyebabkan kesilapan pada jawapan terakhir walapun jalan
penyelesaian yang ditunjukkan adalah betul. Sebagai contoh, berikut merupakan penambahan
pecahan yang diselesaikan oleh murid.

4
5

(2 + 3)

3
5

4 + 3
5

7
5

1
5 7
5

1
2

2
Penyelesaian
penyelesaian

bagi

mengatasi kesukaran
menunjukkan kaedah

+ 5

1
0

1
2

1
2

Sebagai
membantu
ini

ialah

jalan
murid
dengan

dan pendekatan yang

sesuai. Guru akan membimbing dan menjelaskan kepada mereka dengan terperinci peranan
setiap nombor. Nombor bulat hendaklah berada di hadapan nombor pecahan, baki daripada
hasil bahagi diletakkan di atas sebagai pengangka dan pembahagi sebagai penyebut. Guru
perlu menegaskan kepada murid agar mengingati rumus ini dalam menyelesaikan soalan-

28

soalan yang mempunyai hasil jawapan ialah pecahan tak wajar hendaklah ditukar kepada
nombor bercampur.

2.3

1
5 7
5
2

Perpuluhan

Perkataan
decimal

perpuluhan
berasal

bermaksud
nombor

atau

daripada
sepuluh.

perpuluhan

amat

perpuluhan boleh diwakilkan

=
1

dalam Bahasa Inggeris ialah

Perkaitan

perkataan latin decem yang


ketara

pecahan
sekali.

dengan
Nombor

dengan nombor pecahan yang

penyebutnya 10, 100, dan 1000.

Miskonsepsi : Terdapat beberapa kesukaran dan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid
yang akhirnya membawa kepada miskonsepsi kepada kemahiran dalam tajuk perpuluhan.
Antaranya ialah kesilapan menyatakan nilai tempat bagi nombor perpuluhan. Sebagai contoh,
murid beri nombor 35.046 dan nyatakan nilai tempat bagi digit 4 dalam nombor tersebut. Bagi
murid yang mempunyai masalah menguasai kemahiran perpuluhan tentunya murid akan
menjawab puluh walaupun jawapan yang tepat ialah per sepuluh. Murid tidak dapat
membezakan nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan. Begitu juga apabila
diminta menyatakan nilai digitbagi nombor tersebut tentunya murid menjawab 40 dan
bukannya 0.04 atau

. Murid seharusnya perlu menguasai kemahiran ini kerana ia adalah

kemahiran asas dalam tajuk nombor perpuluhan.


nilai tempat bagi 4 dalam nombor
35.046

5 . 0

Tens / puluh

29

Penyelesaian : Bimbingan yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah miskonsepsi bagi
kemahiran di atas ialah dengan menunjukkan jadual nilai tempat bagi nombor perpuluha. Murid
akan

Nombor bulat

Titik

Kedudukan

sebelum titik

perpuluhan

nilai

perpuluhan

(.)

Nilai tempat

Nombor perpuluhan selepas titik


perpuluhan

Puluh

Sa

Persepuluh

Perseratus

Perseribu

0.04 =
Nilai digit

30

0.006 =

0.2 =

dibimbing melihat perbezaan antara nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan.

Apabila murid telah mahir dalam menyatakan nilai tempat bagi setiap nombor murid akan
menyelesaikan soalan yang melibatkan nombor perpuluhan dengan mudah. Perlu diingatkan
juga kepada murid perbezaan nombor bulat dan nombor perpuluhan. Pada peringkat awal guru
boleh menyediakan rumus dalam bentuk jadual bagi membantu murid menyelesaikan nilai
30

tempat nombor perpuluhan. Stelah murid dapat memahami konsep dan kemahiran ini jadual ini

Perseribu

Perseratus

Persepuluh

NOMBO
R
SOALA
N

2.4

(.)

sa (0-9 )

puluh (10)

ratus (100)

ribu (1000)

nilai
digit /
nilai
tempa
t

000)puluh ribu (10

akan diabaikan dan dijadikan bahan rujukan.

Wang

Wang merupakan objek yang diterima pakai sebagai alat pertukaran dalam urusan jual beli oleh
masyarakat di sesebuah negara. Setiap negara mempunyai nilai mata wang yang tersendiri dan
berbeza dengan negara yang lain. Dalam pengajaran dan pembelajaran wang, murid dibimbing
mengenal rupa bentuk wang, symbol, nilai wang dan pertukaran ringgit dan sen disamping
operasi-operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan wang. Melalui pengalaman
mengajar, didapati murid dapat melakukan penyelesaian wang dengan hanya mencongak
sahaja, namun apabila diminta menyelesaikan soalan dalam bentuk lazim, miskonsepsi muridmurid dapat dikesan.

Miskonsepsi : Kesukaran murid mempelajari tajuk wang berkait secara langsung dengan
pengetahuan nombor lain iaitu nombor bulat dan perpuluhan. Oleh itu miskonsepsi yang
berlaku dalam tajuk wang berkait dengan tajuk perpuluhan dan nombor bulat. Menambah dan
menolak wang melibatkan sen antara kesilapan yang dilakukan oleh murid. Berikut merupakan
contoh miskonsepsi yang dilakukan oleh murid. Murid tidak menukar salah satu unit sama ada
ringgit mahupun sen.

RM 3 4 5 +

9 0 sen
2

14

31

RM

RM

sen

sen

Penyelesaian : Berikut merupakan penyelesaian yang boleh membantu murid-murid


menghadapi masalah miskonsepsi tajuk wang melibatkan sen dan ringgit. Murid dibimbing
meletakkan nilai sen pada wang ringgit dengan melekatkkan 2 sifar selepas titik pemisah.
ringgit dan sen. Kemudian adalah dengan membimbing murid meletakkan 1 sifar sebelum
nombor 9 dan diikuti titik pemisah. Setelah murid memahami langkah ini, murid diminta
menyelesaikan operasi yang ditunjukkan pada soalan.

RM 3 4 5 +

9 0 sen

RINGGIT

SEN
10

RM
-

RM

RM

2.5

Peratus

Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100
(peratus bermaksud per seratus). Simbol yang mewakili peratus, ialah (%). Sebagai
contoh, 56% (dibaca sebagai "lima puluh enam peratus") sama dengan 56 / 100 atau
0.56.

32

Miskonsepsi : Dalam mempelajari tajuk peratus, terdapat beberapa kesukaran yang sering
dihadapi oleh murid dan akhirnya membawa kepada miskonsepsi. Antara miskonsepsi tersebut
ialah semasa memahami soalan penyelesaian masalah. Bagi penyelesaian yang tidak
melibatkan penyelesaian masalah, murid dapat menjawab menggunakan kefahaman yang ada.
Walaubagaimanapun adapun kesilapan yang dilakukan hanya kecuaian dalam melakukan
pengiraan. Berikut merupakan contoh miskonsepsi murid dalam tajuk peratus (%).

Contoh soalan : Dalam satu ujian Matematik, 75% orang murid telah gagal, hanya 15 orang
murid lulus dalam ujian tersebut. Berapa ramaikah murid yang menduduki ujian tersebut?

75
1 0 0

1125
1 0 0

15 orang

= 11.25 orang murid lulus


Penyelesaian

Berdasarkan

masalah

yang ditunjukkan di atas murid tidak dapat memahami kehendak soalan yang sebenar.
Kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah hanya mendarab 75 % dengan 15 orang murid.
Sedangkan soalan inginkan jumlah murid yang menduduki ujian tersebut. Oleh yang demikian
beberapa pendekatan perlu dilakukan bagi membimbing mereka memahami konsep sebenar
peratus. Murid dibimbing memahami konsep pelengkap dalam peratus. Murid dibimbing
meneroka kehendak soalan.

Apa yang diberi : 75% orang murid gagal, 15 orang murid lulus

Apa yang dikehendaki : Jumlah murid menduduki ujian


33

Operasi :

=
Oleh

itu

75%

murid

bersamaan
kedua

iaitu

2 5
1 0 0

15 orang

5 0
1 0 0

30 orang

7 5
1 0 0

45 orang

1 0 0
1 0 0

60 orang

1 0 0
1 0 0

75
1 0 0

pelengkap dalam 75% ialah 25%. Jika


gagal, maka murid diperingatkan 25%

25
1 0 0

dengan 15 orang yang lulus. 25% yang


50% bersamaan dengan 30 orang murid,

25% yang ketiga bersamaan dengan 45 orang murid dan 25% yang keempat iaitu 100%
bersamaan dengan 60 jumlah orang murid. Maka 75% bersamaan dengan 45 orang murid
gagal dan 15 orang murid lulus bersamaan dengan 25%
Oleh yang demikian murid perlu ditekankan tentang konsep pelengkap dalam pecahan dan
peratus. Perkaitan antara pecahan dan peratus perlu ditekankan kepada murid. Bezanya
34

peratus mewakili penyebut 100, manakala pecahan mempunyai penyebut yang tidak tetap
bergantung kepada kehendak soalan

3.0

PENUTUP

Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan


dalam bidang sains dan teknologi. Oleh tiu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu
bekerjasa dalam memastikan murid-murid dapat menguasai matematik dengan baik supaya
hasrat dengan untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global
tercapai.
Liew dan Wan Muhamad Saridan (1991) menyatakan pengajaran matematik disekolah
jarang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar-pelajar. Ini mengakibatkan
sesetengah pelajar khususnya pelajar yang lemah menghadapi kesukaran semasa guru
memberikan penerangan tentang sesuatu konsep matematik.Sekiranya kaedah penyampaian
guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya
mereka akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik.
Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus
murid terhadap perkara yang disampaikan oleh guru
Selain itu murid-murid perlu menguasai sesuatu tajuk dalam matematik sebelum
mempelajari tajuk yang seterusnya supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik
dalam pelbagai situasi terutamanya asas nombor iaitu nombor bulat, pecahan, perpuluhan,dan
peratus. Oleh itu pemahaman konsep dan kemahiran matematik adalah amat penting dalam
proses pembelajaran murid-murid. Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan
kemahiran matematik pada peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh
dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru.
Kelemahan dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah
tentunya memberi kesan pula apabila mereka berada di sekolah menengah. Kesedaran perlu
ada untuk memastikan murid-murid ini menguasai konsep asas matematik dengan baik agar
mereka menjadi generasi yang dapat merealisasikan wawasan negara di masa akan datang.
35

4.0

RUJUKAN

Aida Suraya Mad Yunus. Algoritma Pendaraban Nombor Perpuluhan Dari Persepsi Pelajar
Tingkatan Satu. ISSN : 0128-7702 : Universiti Putra Malaysia
Baharin Shamsudin (1990). Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah
Rendah Buku . Kuala Lumpur : DBP, KPM
Jamil A, Norlia G, Norhashimah S. (11-12 Oktober 2008). Seminar Pendidikan Sains dan Matematik :
Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia
Lim K.L, Khaw A.H, Seah A.K. satu Kajian Mengenai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran
Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Maktab Perguruan Batu Lintang : Jabatan Matematik
Meor Ibrahim Kamaruddin (2001). Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia. (Tidak diterbitkan)
Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad .(2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung Malim : Universiti
Perguruan Sultan Idris
Mok Soon Sang (1993). Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Roslina Radzali. Kepercayaan Matematik Pelajar Berhubung Penyelesaian Masalah Matematik.
Jabatan Matematik
See Kin Hai (Dr.), ____. Analisis Kesilapan Umum Dalam Matematik di Sekolah- Sekolah Rendah.
Universiti Brunei Darussalam
Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha, Abdul Razak Habib . Pengetahuan Pedagogi Isi
Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah . Jurnal
Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 131 - 153
Wong Leon Kit._____. Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk Nombor
Perpuluhan. Universiti Teknologi Malaysia

36

Zainudin Bin Abu Bakar, Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil.______. Keberkesanan Kaedah Petak Sifir
Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab DalamMatematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah
Kebangsaan Mersing Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Sumber dipetik dari :


http://www.slideshare.net/salinalina77/miskonsepsi-mte-3111

37

Artikel 5 :

38

Anda mungkin juga menyukai