Anda di halaman 1dari 7

1.

Pengenalan

Guru merupakan elemen yang paling penting dalam mencorakkan kaedah


pengajaran yang berkesan agar segala matlamat khususnya dalam pendidikan
negara dapat dicapai dengan optimumnya. Perkembangan dunia sains dan
teknologi pada masa kini menambahkan lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh
guru dalam menentukan corak pengajaran yang baik bersesuaian dengan situasi
sekarang. Jika dilihat pada satu masa dahulu peranan utama guru adalah
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya tetapi sekarang
guru diibarat seperti jurutera manusia iaitu berperanan dalam membimbing dari
pelbagai aspek dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Pendekatan

ataupun

corak

terbaik

perlu

dilakukan

seiring

dengan

pelaksanaan yang sistematik bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Maka, tidak
salah lagi tugas bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan serta
berakhlak mulia terletak pada bahu seorang insan yang bernama guru. Hadis
nabi juga mengatakan sesiapa yang menyerahkan sebuah perkara kepada orang
yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuranya. Jadi maksud sebaliknya
ialah memberikan tanggungjawab kepada orang yang salah dalam menguruskan
perkara yang penting akan mendatangkan hasil yang tidak diinginkan.
Maksud perkataan guru itu sendiri membawa maksud yang mendalam jika
dihayati dengan sebaiknya. Mengikut Kamus Dewan edisi ketiga (2002), guru
bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Pada asasnya tugas utama guru
di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan
yang syumul selain daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dalam bahasa Arab guru dikenali dengan gelaran al
muallim ataupun gelaran ustaz dan seluruh dunia sebenarnya telah mengetahui
tugas seorang guru itu iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan.
Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

(FPK)

amat

menekankan

aspek

perkembangan individu secara syumul iaitu menyeluruh dalam pelbagai segi


contohnya intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Perkembangan tersebut
amat berkait rapat dengan peranan guru dalam melahirkan insan tersebut dalam
proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dan sekolah. Murid
diibaratkan seperti kain putih manakala gurulah berperanan mencorakkan kain

tersebut sama ada menjadi insan yang berguna kepada masyarakat ataupun
menjadi duri dalam daging kepada masyarakat.

2.0

Analisis video aktiviti sekolah


Pertama sekali saya telah mengambil video yang dilakukan oleh pelajar

sekolah SK Kebun Bahar yang.telah mengadakan Perkemahan Kokurikulum


sebagai salah satu aktiviti tahunan sekolah. Aktiviti ini dapat dilakukan dengan
jayanya dengan kerjasama antara guru-guru dan pelajar sekolah. Acara tahunan
ini memupuk pelajar-pelajar agar berdikari dan memberi pengalaman berkhemah
kepada semua pelajar sekolah. Perkhemahan tersebut

dirancang dan disusuli

dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan secara langsung penglibatan pelajar.


Video tersebut menunjukkan penghayatan guru terhadap FPK dengan melibatkan
elemen-elemen FPK antaranya ialah:
2.1

Elemen perkembangan secara menyeluruh dan

bersepadu
Sesuatu pekerjaan ataupun perkara itu mestilah dilakukan dengan
kerjasama pelbagai pihak agar membuahkan hasil yang diingini. Perkara
yang sama berlaku di dalam aktiviti perkhemahan tersebut iaitu segala
usaha dan keringat para guru amat ditagih bagi menjayakannya dengan
penglibatan murid secara langsung memudahkan lagi acara ini berjalan
dengan lancar.

Bersatu teguh, bercerai roboh amat bertepatan dengan

hal ini dan pelajar mestilah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
Antara kelebihan aktiviti ini ialah segala idea kreatif, kritif dan
inovatif pelajar dapat dicungkil dan diperkembangkan dengan lebih
mendalam lagi. Aktiviti seperti memasak, memasang khemah dan
membina

gajet

yang

kebanyakkan

dilakukan

oleh

pelajar

sendiri

mencerminkan potensi dan prestasi pelajar tersebut di samping bakat


yang tersirat dapat dicungkilkan melalui aktiviti ini.

2.2

Elemen

melahirkan

rakyat

Malaysia

yang

bertanggungjawab
Seseorang murid yang bertanggungjawab kebiasaannya sangat
mementingkan soal menepati masa. Disiplin pelajar dapat diasuh melalui
aktiviti

perkhemahan

contohnya

menepati

masa

untuk

berkumpul,

membantu ahli khemah dan semestinya memerlukan komitmen yang


tinggi setelah menerima arahan daripada ketua. Guru tersebut telah
berjaya menghayati elemen-elemen dalam FPK

dengan mewajibkan

penglibatan murid dalam aktiviti sekolah seperti perkhemahan ini dan


membantu

meningkatkan disiplin dan sifat tanggungjawab dalam

kalangan pelajar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan memerlukan kemampuan


individu untuk mengerjakannya

tanpa mengharap atau bergantung

kepada orang lain.


2.3

Elemen rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan


Guru di sekolah tersebut berjaya mengadakan aktiviti-aktiviti yang

dapat

menambahkan

ilmu

pengetahuan

sepanjang

perkhemahan

berlangsung. Aktiviti memasak yang dijalankan sangat membantu pelajar


memperoleh ilmu pengetahuan yang baharu dan kepentingannya telah
diketahui umum. Perkongsian ilmu yang diajar oleh guru mengenai
bagaimana cara untuk menghidupkan api dan cara memasak yang cepat
amat berguna dipraktikkan oleh semua pelajar. Pengalaman baru semasa
berkhemah seperti mencari kayu api dan memasak tanpa menggunakan
gas amat berguna kepada pelajar pada masa hadapan.
Aktiviti

di

luar

bilik

darjah

seperti

ini

sangat

membantu

meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para pelajar dan pada masa


yang sama guru berjaya menjadikan elemen-elemen dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsan sebagai panduan menjayakan aspirasi pendidikan
negara. Sebuah hadis ada mengatakan jadilah kamu orang yang berilmu,
mempelajari ilmu, mendengar di majlis ilmu, mencintai ilmu dan jangan
menjadi golongan kelima yang tidak termasuk dari golongan yang empat
tersebut.
2.4

Elemen melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Matlamat perkhemahan ini sendiri menggalakkan penghayatan dan


amalan nilai-nilai murni di dalam kalangan pelajar terutamanya semasa
melakukan aktiviti yang dirancang. Sikap tolong menolong dan saling
membantu

ketika

berlakunya

kesusahan

amat

digalakkan

kerana

perlakuan mencerminkan peribadi seseorang itu. Amalan menunding jari


kepada pihak lain apabila terjadinya masalah perlulah dijauhi sama sekali.
Seorang muslim menjadikan akhlak mulia sebagai salah satu cara
mendekatkan diri kepada Allah. Sifat mazmumah seperti khianat, pecah
amanah dan dengki perlu dijauhi dan amat ditegah kerana akan
membawa kepada pepecahan dan sebaliknya perlulah mengamalkan sifatsifat mahmudah seperti amanah dengan tanggungjawab, jujur dalam
percakapan dan ikhlas dalam pekerjaan.
Kelemahan yang terdapat dalam video tersebut ialah guru kurang menekankan
aspek bekerjasama semasa melakukan aktiviti yang dijalankan. Terdapat
segelintir pelajar hanya melihat rakannya ketika dalam kesusahan malah
langsung tidak mempedulikan perkara tersebut walaupun terjadi kepada kawan
sendiri kerana kurangnya penguatkuasaan mengenainya.
3.0

Aktiviti PdP di bilik darjah melalui analisis video yang bertajuk


Pengajaran Jawi Dalam Kelas
Permulaannya, saya telah mengambil satu video pembelajaran dan

pengajaran (PdP) sebuah sekolah di laman web youtube. Intipati di dalam


video tersebut menunjukkan bagaimana penghayatan seorang guru terhadap
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan digunakan semasa mengajar di dalam
kelas. Proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang telah digunakan di dalam
kelas tersebut ialah mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
menumpukan

kepada

enam

perkara

iaitu

komunikasi,

kerohanian,

nilai

kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan


terakhir iaitu keterampilan diri.
Video yang saya pilih ialah mengenai pengajaran tulisan jawi dan tajuk
pengajaran yang yang telah dipilih ialah huruf hijaiyah. Pengenalan huruf-huruf
tersebut telah didedahkan dengan cara yang mudah difahami oleh pelajar.
Kelebihan guru tersebut ialah bijak menggunakan pendekatan yang sesuai
supaya

memudahkan

pelajar

memahami

sesuatu

konsep

atau

sesuatu

pengetahuan, manakala guru yang menggunakan kaedah pengajaran yang tidak

sesuai akan menyebabkan murid sukar untuk memahami sesuatu perkara.


Malahan ia akan menyebabkan murid mudah menjadi bosan, murid tidak
memberi tumpuan dalam pembelajarannya atau murid akan ponteng kelas.
Pertama, guru telah memulakan sesi pembelajaran dengan bacaan doa
belajar sesudah memasuki kelas. Guru tersebut berjaya menekankan aspek
kerohanian dalam diri pelajar agar sentiasa mengharapkan pertolongan dan
yakin bahawa usaha tanpa tawakal kepada Allah tidak berguna kerana hanya
dengan

pertolonganNya

serta

keizinan

Ilahi

sahaja

kita

boleh

berjaya.

Pengharapan yang sebenar kepada Sang Pencipta menjadikan pelajar tidak


terpesong dari landasan yang sebenar iaitu membawa kepada keseimbangan
rohani, emosi dan mental.
Amalan

pengajaran

dan

pembelajaran

(PdP)

guru

yang

berkesan

bermakna pengajaran guru tersebut dianggap baik jika guru tersebut berupaya
mempelbagaikan kaedah pengajaran contohnya menggunakan alat bantu
mengajar (ABM). Guru tersebut telah menggunakan alat bantu mengajar iaitu
projector dan layar bagi membolehkan pelajar menerima pelajaran dengan
mudah serta menarik minat pelajar dengan kepelbagaian aktiviti dalam
pengajaran. Kaedah pedagogi yang ditunjukkan oleh guru tersebut mempunyai
kelebihannya yang sendiri sekaligus meningkatkan perkembangan pelajar secara
bersepadu dan menyeluruh. Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan
intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran
dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Kepelbagaian aktiviti di dalam kelas sebagaimana dilakukan oleh guru
tersebut contohnya menyuruh pelajar menulis huruf hijaiyah di papan putih dan
menyusun huruf hijaiyah yang sama bentuk merangsang pelajar untuk berfikir
selain meningkat perkembangan pelajar dari segi intelek. Antara kelemahan guru
tersebut ialah bersifat autokratik iaitu lebih mendominasi suasana pembelajaran
sebaliknya guru perlulah bersifat permissive iaitu kurang menguasai suasana
PdP dengan cara membiarkan para pelajar menentukan corak pembelajaran
sendiri dan kurang kawalan sepenuhnya daripada guru. Pembelajaran yang
dikawal oleh guru akan menyebabkan pelajar menjadi pasif sebaliknya suasana
pembelajaran akan lebih harmonis sekiranya guru bersifat demokratik.

Suasana yang kondusif dan harmonis amat berkait rapat dengan


pencapaian dan perkembangan pelajar di dalam kelas. Antara kelebihan yang
lain dilakukan oleh guru tersebut ialah membina konsep kendiri yang positif
dalam diri pelajar seperti dengan memberi pujian dan dorongan kepada pelajar
yang lemah. Kaedah dan teknik guru

dalam pengajaran akan

membentuk

personaliti pelajar itu sama ada introvert contohnya sifat pasif, tidak suka
bergaul dan pendiam malah sebaliknya sifat ekstravert iaitu mudah bergaul,
aktif dan suka bercakap. Menurut Mohamad Amin Ismail (1977) mengatakan
personaliti merujuk kepada keadaan jiwa yang menyebabkan seseorang itu
berkelakuan

dengan

cara

yang

tertentu

termasuklah

perasaan,

fikiran,

kemahiran, cara bertindak dan sebagainya.


Psikologi

pendidikan

dalam

pengajaran

menunjukkan

bahawa

guru

tersebut mempunyai sikap professional dan menghayati elemen di dalam FPK


iaitu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis. Di dalam kelas,
terdapat pelajar yang cepat belajar dan ada pelajar yang lambat belajar. Video
tersebut menunjukkan bahawa guru tidak memarahi pelajarnya padahal pelajar
itu tidak tahu membaca huruf hijaiyah melalui aktiviti soal jawab menggunakan
kertas berwarna oren. Sebaliknya, guru tersebut menggunakan rangsangan dan
galakan yang positif seperti senyuman dan ucapan yang baik supaya semangat
pelajar tersebut tidak menurun. Kelemahan yang perlu dibaiki oleh guru tersebut
ialah perlulah memperbanyakkan soalan setelah menjalankan aktiviti untuk
menguji tahap kefahaman pelajar tersebut. Maka jelaslah bahawa penghayatan
seorang guru terhadap FPK mampu melahirkan pelajar yang cemerlang sesuai
dengan aspirasi negara.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa kepentingan penghayatan seorang guru
terhadap FPK amat mempengaruhi corak pengajaran dan pencapaian seseorang
pelajar itu. Jadilah guru yang professional dan janganlah kita menjadi seperti suri
rumah yang menyalahkan pisau kerana jarinya terluka kerana gurulah yang akan
menjayakan aspirasi negara.

4.0

Rujukan

Bahan Ilmiah

Ee Ah Meng (1996). Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan. Shah Alam:


Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Mohd. Amin Ismail (1997). Pendidikan Dan Psikologi Kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Pustaka
Antara.
Mok Soon Sang (1996). Pendidikan Di Malaysia Untuk Diploma Perguruan.
Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jurnal
Zubir Mohamed. 1998. Kajian mengenai perbandingan tentang keberkesanan
dua kaedah pengajaran ke atas sikap dan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran tingkatan dua di Sekolah Menengah Jalan 3, Bandar Baru Bangi.
Kertas projek Sarjana Pendidikan Sarjana Pendidikan.Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Internet
http://stpm-study.blogspot.com/2013/10/disiplin-pelajar-tanggungjawabsiapa.html
http://nonsensical-orator230994.blogspot.com/2012/02/kebaikan-penyertaanmurid-murid-dalam.html
http://tni.my/kerjasama_coursecontent.php

Anda mungkin juga menyukai