Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan.

Tahun 5

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA

Tajuk A : Tanggungjawab Keluarga Dikongsi Bersama

Unit 3 : Tanggungjawabku Terhadap Keluarga

Aktiviti 3A Tanggungjawab Keluarga Dikongsi Bersama

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
0

Menerangkan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas.

Memainkan peranan sebagai anggota keluarga asas.

Bertanggungjawab terhadap anggota keluarga asas.


Set Induksi (5 minit)

0 Murid memerhatikan video serta lirik lagu Sayang Semuanya yang ditayangkanmelalui LCD
0

Murid menyanyikan lagu Sayang Semuanya dengan iringan muzik sambil menggayakan gerak badan mereka.

Guru dan murid bersoal jawab mengenai lirik lagu dan seterusnya mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
pelajaran.
Nilai Hormat-menghormati & Kerjasama
Langkah 1 (10 minit)

Guru memaparkan gambar aktiviti mengemas rumah. Murid diminta meneliti


gambar dan menerangkan aktiviti yang dilakukan oleh setiap anggota keluarga
berdasarkan pengalaman sedia ada murid.

Berdasarkan gambar, tarik perhatian murid untuk memahami peranan dan tanggungjawab setiap anggota
keluarga.

Guru nenerangkan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas.


Langkah 2 (20 minit)

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan

Material monitor mengambil kad aktiviti/situasi dari meja guru.

Murid membuat perbincangan tentang watak yang akan dimainkan oleh setiap ahli dalam kumpulan.

Dengan isyarat guru , murid melakonkan peranan masing-masing seperti yang ditetapkan mengikut situasi
dalam kad situasi/aktiviti.

Setiap kumpulan dibahagikan dengan kad situasi yang berikut ;

Situasi 1 : Di ruang tamu

Situasi 2 : Mencuci Kereta

Situasi 3 : Membersihkan Kawasan Rumah

Situasi 4 : Mengemaskan Bilik Tidur


Langkah 3 (20 minit)Menghasilkan Buku Skrap Keluarga Asas

Murid dibahagi kepada empat kumpulan.

Material monitor mengambil pen marker, kertas template buku skrap, gunting, gam dan gambar-gambar dari meja
guru.

Guru menunjukkan contoh buku skrap keluarga yang bertujuan untuk mengenali dan menghargai anggota
keluarga asas kepada murid.

Berdasarkan contoh dan penerangan guru, murid diminta secara individu menghasilkan sebuah buku skap

Murid membuat gallery tour supaya dapat memerhatikan buku skrap yang dihasilkan oleh rakan-rakan yang lain.

Murid secara rawak diminta merumuskan tentang aktiviti yang telah dijalankan.

mengenai profil keluarga masing-masing dengan berlatarbelakangkan muzik.

Penutup (5 minit)
0

Guru bersama-sama muridmembuat rumusan bahawa keluarga akan bertambah erat sekiranya setiap anggota
keluarga menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Murid sekali lagi menyanyikan lagu Sayang Semuanya dengan iringan muzik sambil menggayakan gerak
badan mereka.

Anda mungkin juga menyukai