Anda di halaman 1dari 8

Esei

penulisan

berkaitan

dengan

pembangunan

bahan

pembelajaran

berasaskan web.

Mengikut Smith & Ragan, 1999, Reka Bentuk Pengajaran ialah proses
memindah dan menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran dan pengajaran ke dalam
satu bentuk perancangan untuk bahan serta aktiviti pengajaran. Dick dan Reiser
(1989) mendefinasikan Reka Bentuk Pengajaran sebagai satu proses yang
sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.
Manakala Richey, (1986) menganggap Reka Bentuk Pengajaran sebagai satu
bidang ilmu sains yang mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk
pengembangan,

penilaian

dan

penyenggaraan suatu keadaan yang

boleh

memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran.

Kajian yang dilakukan oleh lapan orang pengkaji iaitu Rosen dan Weil (1995),
Winnans dan Brown (1992), Dupagne dan Krendl (1992) serta Hadley dan Sheingold
(1993), menerangkan bahawa kecanggihan komputer perlu dilengkapkan dengan
pelbagai perisian yang berguna seperti hardware dan software yang dapat
membantu guru meningkatkan kecekapan mereka dalam memaksimumkan proses
memanipulasikan keupayaan komputer. Hal ini adalah untuk meningkatkan
keyakinan serta memudahkan para guru untuk menyampaikan pengajaran mereka
dan seterusnya membantu para murid untuk bersedia belajar berdasarkan bahan
pembelajaran berasaskan web 2.0 yang telah disediakan.

Tujuan

utama

reka

bentuk

pengajaran

adalah

untuk

menghasilkan

pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran,


pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh para pelajar.
Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan,
kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina
disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan
lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

Dalam proses pemilihan bahan pula sesuatu model reka bentuk pengajaran
itu mampu membimbing dan membantu guru untuk membuat pilihan, menghasilkan
serta menggunakan media tersebut secara lebih tepat berlandaskan kriteria yang
dinyatakan

seperti

bersesuaian

dengan

ciri-ciri

pelajar, memenuhi

objektif

pengajaran serta melalui proses penilian bahan agar penggunaannya nanti lebih
mantap, berkesan dan mendapat respons yang positif daripada pelajar.

Seseorang guru harus mengetahui aspek reka bentuk pengajaran kerana


tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat
mencapai keberkesanan dalam pengajaran terutamanya dalam proses pemilihan
dan pengaplikasian media pengajaran. Saya telah belajar pelbagai model reka
bentuk pengajaran iaitu Model Assure, Model Addie dan Model Gagne, Briggs dan
Wager pada mata pelajaran EDU 3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran yang diajar oleh Pn Seow Sieu Kian.

Saya telah membangun bahan pembelajaran berasaskan web dengan


merujuk model reka bentuk pengajaran Assure. Saya telah merujuk kepada model
ASSURE semasa membina web wordpress saya. Model ASSURE merupakan salah
satu reka bentuk pengajaran diperkenalkan oleh Heinich pada tahun 1996. Model ini
mementingkan enam langkah iaitu menganalisis pengguna, menyatakan objektif,
memilih kaedah, media dan bahan, menggunakan media dan bahan, memerlukan
penglibatan pelajar serta melakukan penilaian dan pengubahsuaian.

Dalam langkah pertama Model Assure iaitu menganalisis pengguna.


Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu
sebelum membentuk sesuatu perisian. Semasa saya membangun perisian Web 2.0,
saya perlu memastikan isi kandungan yang dipersembahkan bersesuaian dengan
golongan sasaran saya. Pengguna saya adalah murid yang berdarjah empat dan
mata pelajarannya adalah Sains. Saya telah mengambil kira pengalaman lepas
murid, sifat murid dan cara interaksi murid sebelum merancang reka Web 2.0
Wordpress. Saya mengetahui setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza dan tersendiri. Ini kerana setiap pelajar mempunyai personaliti yang

berlainan. Perbezaan personaliti ini menyebabkan wujudnya pelbagai gaya


pembelajaran di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain.

Saya juga menganalisis ciri-ciri umum pengguna saya seperti jantina, umur,
tahap dan cara pembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,
pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan media dan
bahan. Selain itu, saya juga menganalisis pengetahuan pengguna saya terhadap isi
kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran.

Dengan merujuk langkah kedua Model Assure dalam reka bentuk


pengajaran, iaitu menyatakan objektif pembelajaran. Dalam langkah ini pembangun
perisian harus memastikan objektif dan kurikulum yang dirancang bersesuaian
dengan pengguna. Objektif saya membina Web ini adalah untuk menyampaian
pengajaran saya melalui teknologi dan maklumat komunikasi serta meningkatkan
minat murid terhadap mata pelajaran Sains. Saya telah merujuk dokumen seperti
sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum dan buku teks semasa membina objektif
pembelajaran pembangun perisian supaya objektif saya dinyatakan secara jelas,
bagi memastikan Web saya yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas.

Selepas menyatakan objektif pembelajaran menghasilkan Web saya, saya


telah merujuk langkah ketiga pada Model Assure iaitu pemilihan kaedah, media dan
bahan.

Pembangun

perisian

seharusnya

merancang

bahan

serta

kaedah

penyampaian yang sesuai. Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang
digunakan untuk mempersembahkan maklumat. Pemilihan kaedah serta bahan yang
bersesuaian dengan murid sangat penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan
menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sains. Pembangun perisian perlu
memilih kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian
multimedia. Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangun
perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran.
Untuk memilih kaedah, pembangun Web perlu mengkaji perkara-perkara seperti
objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup
penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap
persembahan. Saya telah menggunakan pelbagai media dalam Wordpress saya
seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian
dengan kehendak murid dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Saya
berpendapat media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif
terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.

Langkah keempat dalam Model Assure ialah memastikan penglibatan pelajar.


Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat
penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Oleh itu,
saya memastikan Web Wordpress saya dapat membentuk keadaan yang sesuai
dengan murid, efektif serta dapat menarik minat murid terhadap mata pelajaran
Sains. Pembinaan Wordpress saya memerlukan murid melibatkan diri dengan
memerhati, memikir serta memberi maklum balas terhadap keupayaan Web saya
supaya dapat merangsang penglibatan pelajar yang aktif. Contohnya, saya telah
membina permainan memori supaya merangsang minat murid dan melibatkan diri
dalam pengajaran Web yang dibina oleh saya.

Selepas memastikan penglibatan murid adalah aktif, langkah terakhir yang


perlu dijalankan ialah membuat penilaian dan pengubahsuaian. Untuk menentukan
keberkesanan Web Wordpress saya dalam pengajaran dan pembelajaran, perisian
saya perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembinaan Wordpress
saya membuat pengubahsuai bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang
terdapat dalam perisian saya supaya memenuhi kehendak murid dan mencapai
penyampaian pengajaran dengan lebih berkesan. Saya telah membuat penilaian
saya daripada aspek kepuasan murid, aspek pembelajaran dan pengajaran, aspek
media dan kaedah yang digunakan. Dalam penilaian kepuasaan murid, saya telah
meminta rakan-rakan sekelas saya menjadi pengguna Wordpress yang dibina oleh
saya dan memberi cadangan kepada saya. Rakan sekelas saya telah memberi
cadangan penambahbaik kepada saya seperti memasukkan lebih banyak gambar
supaya Wordpress saya dilihat lebih menarik. Saya juga telah menilai pembelajaran
dan pengajaran saya adakah sesuai dengan merujuk buku teks, dokumen standard
kurikulum. Saya telah menilai Wordpress saya dari aspek media dan kaedah yang

digunakan, saya telah menambah beberapa media seperti animasi supaya


Wordpress saya lebih menarik.

Menurut Jamalludin dan Zaidatun,2003, Pelbagai kaedah baru diperkenalkan


bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih
bermakna. Antara kaedah berkenaan adalah penggunaan Multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran yang mampu mencapai tujuan tersebut. Lima elemen
utama multimedia yang sering digunakan iaitu teks, grafik, animasi audio dan video.

Teks merupakan elemen multimedia yang menjadi asas untuk menyampaikan


maklumat, kerana teks adalah sejenis data yang paling mudah dan memerlukan
tempat penyimpanan yang paling kecil. Teks merupakan cara yang paling berkesan
dalam mengemukakan idea-idea kepada pengguna. Dalam Wordpress saya,
kekuatan saya adalah menghiaskan teks saya telah menggunakan saiz fon yang
sesuai dan warna-warni supaya ia dapat menarik perhatian murid. Contohnya, dalam
perkataan yang memerlukan pemerhatian murid yang sepenuhnya, saya akan
menggunakan warna merah pada teks itu dan saiz fon text yang lebih besar.
Malangnya, teks pada wordpress tidak boleh memilih theme fonts, semua theme font
hanya sama.

Grafik adalah sangat bermanfaat untuk mengilustrasi informasi yang akan


disampaikan terutama informasi yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Grafik
sangat penting kerana paparan visual grafik membantu menyampaikan maklumat
dengan lebih berkesan. Ia menjadikan persembahan atau penyampaian maklumat
menjadi lebih menarik. Penggunaan grafik dalam wordpress saya misalnya pada
halaman Web saya mampu menceriakan lagi pencarian maklumat oleh murid. Di
samping itu juga, dalam wordpress saya, saya telah memasukkan banyak grafik
untuk menjelaskan tajuk sains yang ingin disampaikan supaya murid akan menerima
maklumat dan mesej yang ingin saya disampaikan dengan lebih jelas dan tepat
berbanding teks secara bersendirian. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai
maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh

manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya
mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi..
Multimedia tidak akan lengkap jika tanpa audio. Audio biasa berupa
percakapan, muzik atau suara. Saya telah memasukkan lagu racak dalam
Wordpress saya untuk menyediakan peluang kepada murid berehat sementara dari
membaca. Selain itu, audio dapat mempersembahkan idea atau maklumat kepada
murid yang tidak suka atau tidak tahui membaca. Audio juga boleh memanfaatkan
masa murid dengan sebaiknya kerana membolehkan mereka melaksanakan
pelbagai tugas atau aktiviti secara serentak. Lagu yang saya masukkan dalam
wordpress saya dapat dan megekalkan perhatian pelajar serta menyediakan elemen
motivasi kepada murid.

Penggunaan Video dalam pembelajaran merupakan salah satu media yang


dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Menurut Tomalin, 1986
Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang
direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV. Penggunaan video
sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada
sebilangan pelajar. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah
mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Dalam
Wordpress saya, saya telah memasukkan video yang link kepada youtube untuk
menjelaskan kandungan mata pelajaran Sains. Kepada murid yang tidak mahir
belajar, mereka masih boleh belajar mata pelajaran Sains melalui derria penglihatan
dan pendengaran. Dalam video wordpress saya, sifat-sifat bahan dapat ditunjukkan
kepada murid melalui video. Ianya dapat membantu murid membayangkan sifat
benda-benda diperbuat daripada bahan apa di samping memberi pengalaman
kepada para murid secara visual. Menurut Norizan, 2002 menyatakan bahawa
sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi
sesuatu keadaan.

Brown J.W, 1985 menegaskan bahawa gambar bergerak adalah merupakan


bahan yang mempunyai kekuatan yang tinggi jika dibandingkan dengan bahanbahan lain. Secara ringkasnya penggunaan grafik animasi dalam Wordpress saya
ialah keturunan sajil sekiranya murid melayari Wordpress saya. Pemasukkan

animasi dalam Wordpress saya adalah untuk mendapatkan perhatian murid. Selain
itu, unsur gerakan animasi akan menyediakan rangsangan khas untuk membantu
dan mengarahkan perhatian pelajar. Animasi dalam wordpress saya juga adalah
untuk menjadikan perisian saya menjadi lebih menarik dan menambahkan nilai
estetik murid iaitu menumpu perhatian dan belajar bersungguh-sungguh.

Pembinaan Wordpress saya telah mencapai pelbagai permintaan asas dalam


reka bentuk pengajaran multimedia. Kekuatan Wordpress saya telah mengandungi
pelbagai multimedia iaitu teks, grafik, animasi audio dan video. Teks memainkan
peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada murid dalam
pengajaran. Iannya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh.
Penggunaan teks yang sesuai digunakan dalam Wordpress membolehkan
Wordpress saya lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen
multimedia yang lain. Selain itu, wordpress saya mempunyai banyak grafik yang
mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan
berkesan. Grafik juga menjadikan penyampaian maklumat sains kepada murid lebih
menarik dan mampu memfokuskan perhatian murid terhadap maklumat yang ingin
disampaikan. Audio juga salah satu kekuatan Wordpress saya bagi membantu
proses penyampaian persembahan agarnya ianya lebih mantap dan berkesan. Di
samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih
menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin
dipersembahkan. Penggunaan Video dalam Wordpress saya juga merupakan
kekuatan saya kerana mengaplikasi video di dalam Wordpress saya mampu
merangsang pelbagai deria murid serta meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Animasi dalam Wordpress saya merupakan kekuatan
saya kerana anismasi boleh menghasilkan persekitaran pembelajaran yang
merangsang dan menyeronokkan.

Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang


bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini
tidak bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran
dan pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh
membantu mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran
teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media
7

pembelajaran inimempunyai keupayaan yang tidak diperoleh oleh media lain


sebelum ini. Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang
boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan. Ini adalah kerana multimedia menyepadukan pelbagai media; vedio, teks,
suara, imej, grafik dan animasi. Selain daripada gabungan itu, satu lagi
keistimewaannya yang utama ialah kebolehan interakviti. Ini dapat menarik minat
pelajar serta menyokong perkembangan pelajar yang masih dalam intelensi dan
kreativiti. Sekaligus memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai dan
mengembang esatkan lagi sistem pendidikan Negara.

Anda mungkin juga menyukai