Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA TAHUN 5


TEMA

SEKOLAH SAYA

TAHUN

5 CERDIK

TAJUK

TEMASYA SUKAN SEKOLAH

MASA

9.30 10.30 pagi

Membaca dan memahami ayat yang mengandungi


perkataan berimbuhan pinjaman dalam bahan
bacaan prosa dengan sebutan yang betul daripada
STANDARD
2.2.3 pelbagai sumber dan memahami perkara yang
PEMBELAJARAN
dibaca.
OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan


dapat :i.Membaca ayat yang mengandungi perkataan
berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam petikan prosa
dengan sebutan yang betul.
ii.Menyatakan ayat yang mengandungi perkataan
berimbuhan pinjaman daripada petikan dengan betul.

1. Murid dipaparkan dengan slaid beberapa gambar


temasya sukan di sekolah. (sumber internet)
SET INDUKSI

2. Murid bersoal jawab.


3. Guru membuat perkaitan dengan pelajaran hari ini.

LANGKAH 1

1. Murid membaca petikan prosa yang mengandungi


imbuhan pinjaman secara mekanis(kuat) bersamasama guru. (sumber petikan surat khabar)
2. Murid membaca petikan prosa secara berkumpulan
mengikut perenggan yang berbeza.
4. Murid membaca petikan secara individu.
5. Murid membaca secara mentalis(senyap/faham) ayat
yang mengandungi imbuhan pinjaman daripada petikan

prosa.

1. Murid menyatakan ayat yang mengandungi imbuhan


pinjaman yang terdapat dalam petikan.
LANGKAH 2

2. Murid membaca dan menggarisi ayat yang


mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman yang
terdapat dalam petikan
1.Murid menjawab soalan pemahaman (KBAT)

LANGKAH 3

PENUTUP
PENGISIAN
KURIKULUM

Pada pandangan kamu, apakah cara untuk


memenangi anugerah olahragawan?(Taksonomi
Mengingat)
1.Murid menulis lima perkataan berimbuhan pinjaman
daripada petikan.
2.Murid membuat rumusan pelajaran dan nilai
Ilmu : Pendidikan Jasmani

Nilai :
EMK :
KB :
BCB :
BAHAN BANTU
BELAJAR

Menjaga Kesihatan Diri


TMK
Menjana Idea, Mengenal pasti
Bacaan Mekanis

LCD, Komputer, teks petikan, lembaran kerja

PENILAIAN
PENGAJARAN
Murid membaca dan menyatakan ayat yang mengandungi
DAN
imbuhan pinjaman.
PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN
REFLEKSI

Tajuk : Temasya Sukan Sekolah


Baca dan fahami petikan di bawah.
Pada hari Ahad yang lepas, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan
tahunan. Sukan tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas
itu. Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.
Padang dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni.
Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang. Para peserta sukan berlatih
dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari.
Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah. Para peserta
sukan berkumpul di padang. Pengerusi PIBG dan para dermawan undangan
sebagai tetamu kehormat hadir bagi merasmikan sukan tersebut. Pelbagai
persembahan diadakan seperti pancaragam, yoyo cina,tarian dan sebagainya.
Persembahan murid terutama persembahan senamrobik daripada murid-murid
prasekolah sungguh menarik. Para penonton memberikan tepukan yang
gemuruh. Perbarisan peserta sukan juga diadakan.
Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan
badan. Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi, lompat jauh, lumba
lari, tarik tali dan sebagainya. Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak
hari sukan. Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.
Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan

masing-masing. Suasana di padang riuh-rendah dan meriah. Ahli Persatuan


Bulan Sabit Merah sebagai sukarelawan juga bersiap sedia bagi membantu
peserta yang cedera.
Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah
muncul sebagai juara.Kit Seng telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti
Fatimah dipilih sebagai olahragawati. Guru Besar menyampaikan piala kepada
para pemenang. Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan
menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa.
Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah
dengan gembiranya walaupun kelihatan letih. Para wartawan daripada surat
khabar Sinar Harian juga sibuk menangkap gambar untuk dimuatkan ke dalam
surat khabar mereka.

Lampiran 2

Salin semula ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman


berdasarkan teks di atas.

1._____________________________________________________
2. ____________________________________________________
3. ____________________________________________________
4.____________________________________________________
5.____________________________________________________
6.____________________________________________________
7.____________________________________________________

Soalan pemahaman
1.Apakah peristiwa yang terdapat dalam petikan?
____________________________________________________________
2.Siapakah yang merasmikan temasya sukan tahunan?
____________________________________________________________________
______________________________________________________
3.Pada pandangan kamu, apakah cara untuk memenangi anugerah
olahragawan?
____________________________________________________________________
________________________________________

Anda mungkin juga menyukai