Anda di halaman 1dari 13

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DALAM BENTUK LAZIM DALAM

LINGKUNGAN 100 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SAPU CALIT.


1. Abstrak
Murid-murid perlu diberi perhatian khusus apabila tidak dapat menguasai operasi asas
matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tidak semua murid dapat menguasai
kemahiran asas dalam tempoh yang sama. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan dan
membimbing murid-murid yang belum dapat menguasai kemahiran menolak. Selain itu, ia
juga bertujuan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid yang lambat
menguasai kemahiran tersebut.
Kajian ini melibatkan 8 orang murid-murid tahun 1 yang mempunyai jantina yang berbeza.
Mereka ini baru melepasi ujian Linus dan perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus
ketinggalan. Kajian ini ditumpukan kepada operasi tolak dengan menggunakan kaedah
sapu calit. Tinjauan awal yang dilakukan ialah mengenalpasti masalah murid melalui
menyemak latihan murid, latihan congak, pemerhatian dan temu bual. Pengesanan awal
terhadap masalah kemahiran menolak yang mereka hadapi dapat membantu saya
menentukan kaeadah yang sesuai dan mereka dapat mempelajari teknik baru yang boleh
dipraktikkan untuk masa akan datang.
2. Nama ahli Pengkaji
Kertas kerja ini dikemukakan oleh jawatan kuasa penyelidik Sekolah Kebangsaan Kg.
Maamor yang terdiri daripada 4 orang pengkaji iaitu:
i.

Haniza Binti Abdul Rahim

ii.

Maslea Binti Taris

iii.

Nor Azirah Binti Abdul Wahab

iv.

Zarina Binti Othman

3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu


Masalah tolak dengan mengumpul semula merupakan masalah utama bagi pelajar yang
baru menguasai operasi tolak. Ini juga merupakan operasi asas yang perlu dikuasai oleh
murid supaya tidak keciciran apabila berada di tahun dua. Operasi tolak ini juga agak sukar
terutama bagi murid-murid linus numerasi yang baru memasuki perdana atau disebut freshie
perdana. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya

memberi soalan yang hanya melibatkan nombor dalam lingkungan 20 mereka dapat
menolaknya dengan menggunakan ayat matematik tetapi apabila menulis dalam bentuk
lazim murid-murid menjadi keliru terutama yang perlu mengumpul semula. Sebahagian
murid pula, mereka tidak dapat menulis kedudukan nombor yang melibatkan rumah puluh
dan sa.
Saya juga ada meminta pendapat dengan guru matematik lain. Mereka mencadangkan
murid-murid diberi banyak latihan dan latih tubi. Saya berpendapat mungkin penerangan
saya tidak difahami oleh murid. Oleh itu saya perlu memikirkan satu kaedah yang lebih
efektif untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan dan menjejaskan pencapaian murid. Ini
juga akan menjejaskan ujian konstruk dua yang akan diadakan tidak lama lagi.

4. Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas, didapati murid-murid tidak dapat menolak dengan mengumpul
semula adalah disebabkan:
i.

Murid kurang memahami pengajaran guru.

ii.

Murid kurang cekap penambahan asas.

iii.

Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.

iv.

Tidakmenyiapkan latihan yang diberi di rumah.

v.

Kurang suasana pembelajaran di rumah.

vi.

Kurang berminat dengan mata pelajaran Matematik.

Bagi mengatasi masalah ini, saya cuba menggunakan kaedah sapu calit supaya muridmurid dapat mengingat dalam tempoh yang panjang dan akhirnya kekal dalam ingatan
mereka.

5. Objektif Kajian
Selepasa kajian ini selesai dijalankan, diharapkan pelajar-pelajar dapat mencapai objektif
berikut:
5.1 Objektif umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menolak dengan mengumpul
semula.

5.2 Objektif Khusus


i.

Murid dapat membina dan mengaplikasikan formula sama ada dalam


penambahan atau penolakan yang melibatkan bentuk lazim.

ii.

Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil


tolak yang melibatkan nombor dua digit dan seterusnya.

iii.

Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

6. Metodologi Kajian
Model kajian tindakan yang akan dilaksanakan ialah kaedah sapu calit. Kajian ini akan
dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut:
Langkah 1 Pengenalpastian Isu dan Masalah
Pada peringkat permulaan saya dapati pelajar kurang memberikan respon semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya juga menyemak dan meneliti latihan yang
telah diberikan. Didapati pelajar banyak melakukan kesalahan terutama topik operasi tolak.
Ada juga pelajar tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan kerana pelajar menyatakan
bahawa mereka tidak mengetahui cara untuk menyelesaikan kiraan tersebut.

Langkah 2 Perancangan Tindakan


Sebelum langkah-langkah seterusnya dilakukan, tinjauan awal masalah akan saya lakukan
terhadap pelajar saya. Tinjauan awal dilakukan bagi membolehkan saya mengetahui
permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, saya merancang beberapa perkara. Antaranya ialah:
i. Semakan buku latihan
Semakan buku latihan juga digunakan bagi mengesan kelemahan pelajar bagi topik
penolakan. Kelemahan pelajar juga boleh dikesan berdasarkan latihan yang diberi di
dalam kelas dan di rumah.
ii. Latihan congak

Selain daripada itu, saya juga menjalankan latihan congak dan murid mengira dalam
bentuk lazim.
Contoh soalan yang diberikan:
a) 20 4 =
b) 32 6 =
c) 44 7 =
d) 52 5 =
e) 76 8 =
Analisa yang di dapati daripada soalan operasi tolak dengan mengumpul semula
dalam bentuk lazim adalah seperti berikut:
Markah

Bil Murid

Peratus

Lulus (3 5 markah)

17 orang

68 %

Gagal (0 2 markah)

8 orang

32%

iii) Sesi temu bual


Saya telah menjalankan sesi temu bual dengan murid-murid secara lisan untuk
mendapatkan maklumat. Saya dapati sebilangan mereka kurang didedahkan dengan
suasana pembelajaran. Ini mungkin disebabkan kebanyakannya dari keluarga yang
berpendapatan rendah. Ada juga yang tidak memahami pengajaran guru dan
sebilangannya pula tidak berminat dengan pelajaran matematik. Guru-guru lain juga,
ramai yang berpendapat murid-murid tidak menunjukkan minat belajar.

iv) Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Saya menggunakan borang senarai semak yang
menyenaraikan tingkah laku murid dan hasil dapatan secara keseluruhan dapat
memberi gambaran sebenar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.

v) Borang Senarai Semak Kelakuan Murid


Bil Kelakuan

No. Meja

1.

Berbual dengan rakan di sebelah.

2.

Tidur.

3.

Mengganggu pelajar di sebelah.

4.

Menjawab soalan yang diajukan.

5.

Bertanya soalan di luar topik yang diajar.

vi) Ujian Pra


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 8 orang yang sentiasa
mendapat 0 2 markah di dalam operasi tolak.Tujuannya adalah untuk
mengesan sejauh mana kefahaman murid dan ingatan mereka dalam mengira
hasil tolak 2 digit dengan mengumpul semula.
Analisa daripada ujian Pra
Bil. Soalan Yang Betul

Bil Murid

Terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:


a. Penguasaan tolak yang kurang cekap.
b. Menolak nombor besar di bahagian rumah sa tanpa mengira
kedudukan. Contoh:
46
8
42
Murid akan mengira nombor 8 terlebih dahulu baru ditolak dengan 6. Ia
akan memberi jawapan salah iaitu 42.
5

c. Murid menyusun kedudukan nombor pada tempat yang salah.


Contoh: 46 8 ditulis dalam bentuk lazim.
46
8

d. Pengiraan yang salah walaupun telah menulis dalam kedudukan


yang betul. Contoh:

46
8
42

vi) Borang soal selidik


Bil

Pernyataan

Tidak Setuju

Saya tidak faham cara cikgu mengajar.

Saya tidak mengenal nombor 1-100

Saya boleh menulis dalam ayat matematik

Saya lupa cara menulis bentuk lazim

Saya sangat meminati mata pelajaran Matematik

Setuju

vii) Bahan dokumentasi


Saya mengumpul maklumat dari dokumen sokongan iaitu keputusan pentaksiran dan
dari instrumen yang telah dijalankan.
Langkah 3 Pelaksanaan Tindakan
Setelah saya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar saya bercadang untuk
memperkenalkan kaedah sapu calit kepada pelajar untuk membantu mereka dalam topik
penolakan dalam bentuk lazim dengan mengumpul semula. Selepas itu saya akan memberi
ujian pos kepada pelajar untuk melihat peningkatan kemahiran pelajar dalam operasi tolak.

i. Memperkenalkan kaedah sapu calit.


Saya akan memperuntukkan 2 masa pengajaran iaitu sebanyak 60 minit untuk
memperkenalkan kaedah sapu calit. Saya memberikan 1 soalan permulaan untuk
melihat sejauh mana pemahaman mereka.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk menjawab soalan penolakan
menggunakan kaedah sapu calit ini. Contoh soalan: 52 6 =
a) Letakkan nombor dan simbol mengikut kedudukan rumah dengan
menggunakan kad nombor. Saya akan memastikan murid dapat meletakkan
nombor, betul mengikut kedudukannya.

Pu

Sa

5
-

b)

2
6

Bersoaljawab

dengan

murid

cara

menolak

nombor.

Saya

akan

menerangkan cara menolak mesti dimulakan dari rumah sa baru diikuti


dengan rumah puluh. Bagi memudahkan murid mengingat hanya dengan
singkatan sa dan pu.
c) Setelah murid faham, murid diajar pula cara untuk menolak yang
melibatkan nilai nombor lebih dari 10. Kad simbol akan digunakan untuk
memudahkan murid menolak nombor dengan mengumpul semula. Contoh
kad:

Pu
5
-

Sa
2
6

d) Kemudian, saya akan menerangkan cara menolak untuk mendapatkan


jawapan.

Pu

Sa

5
-

2
6

e) Selepas murid memahami cara menggunakan kad simbol, murid dilatih


buat garisan sendiri dengan menggunakan istilah calit dan diberi nombor
yang berlainan.

ii. Ujian pos


Ujian pos akan dijalankan pada pengajaran yang akan datang setelah pengajaran
menggunakan kaedah sapu calit selesai. Sebanyak 10 soalan akan diberikan
kepada pelajar dan masa yang diberikan untuk menjawab ialah 20 minit. Soalan yang
diberikan dalam ujian pos adalah berlainan dengan soalan ujian pra akan tetapi
soalan adalah setara. Markah pelajaran akan direkodkan dan ditukar kepada
peratusan.

Langkah 4 Pemerhatian dan menganalisis data


Bagi ujian pra dan ujian pos, soalan yang diberikan berbentuk ayat matematik. Murid akan
menukarkan kepada bentuk lazim mengikut cara pengiraan yang betul. 1 markah diberi pada
setiap satu soalan yang dijawab dengan tepat dan menunjukkan jalan pengiraan yang betul.
8

Penguasaan pelajar dalam operasi tolak dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pos.
Keberkesanan kaedah sapu calit dapat dinilai melalui perbandingan pencapaian pelajar
dalam ujian tersebut.
Draf analisa keputusan pencapaian ujian pra
Bil

Nama Pelajar

1.

Ahmad Fauzan Asmawi b. Ahmad Puat

2.

Khairunnisa bt Mohd Shafiee

3.

Mior Mohamad Amir Haikal

4.

Mohamad Fawwas Fikri b Ramali

5.

Muhamad Fadilah b Hamidan

6.

Muhammad Khairul Syazwan

7.

Nur Diana Husna bt Ahmad Puad

8.

Wan Nor Aisyah bt Azemi

Bil Jawapan betul

Peratus

Langkah 5 Refleksi dan Penilaian


Daripada kajian ini saya berharap pencapaian pelajar akan terus meningkat dan murid
dapat meneruskan kaedah yang telah diperkenalkan. Selain itu, saya juga berharap
pelajar dapat mengaplikasikan kaedah sapu calit ini pada operasi tambah bagi
mendapatkan jawapan yang betul dan tepat. Jika berlaku peningkatan pencapaian, ini
menunjukkan kaedah ini benar-benar membantu pelajar. Di samping itu, selepas kajian ini
saya berharap pelajar mempunyai minat untuk mencuba dan yakin dengan jawapan
mereka. Saya juga berharap tingkah laku pelajar akan berubah selepas diperkenalkan
kaedah ini.

6. Sasaran Kajian
6.1 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan saya sebagai guru matematik Tahun 1 dan 8 daripada 25 orang
pelajar tahun satu dari Sek. Keb. Kg. Maamor. Pelajar ini merupakan pelajar yang
baru menjalani ujian konstruk 1. Berdasarkan keputusan ujian konstruk 1, seramai 13
orang mencapai tahap perdana, 11 orang murid-murid linus numerasi dan seorang
linus tegar. Setelah ujian pra dijalankan didapati:
9

Murid lelaki

5 orang

Murid perempuan

3 orang

Jumlah keseluruhan murid ialah 8 orang yang masih belum menguasai operasi tolak
dengan mengumpul semula. Mereka ini adalah terdiri daripada murid-murid linus
numerasi dan linus tegar.
6.2 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos. Saya menggunakan
soalan-soalan ujian yang disediakan sendiri. Saya mengemukakan 5 soalan bagi
ujian pra dan 8 soalan bagi ujian pos. Soalan yang diberikan adalah berlainan tetapi
setara. Masa yang diberikan 30 minit.
6.3 Method Analisis Data
Saya berharap murid-murid dapat menyelesaikan soalan lebih cepat dan betul
semasa ujian pos berbanding ujian pra. Ini adalah disebabkan saya menggunakan
kaedah sapu calit ini bukan sahaja kerana istilah yang digunakan tetapi juga kad
nombor yang berwarna-warni dapat memudahkan mereka mengingati kedudukan
rumah nombor. Mereka juga diharapkan tidak lagi lesu semasa pembelajaran dan
pengajaran dijalankan.

7. Kesignifikanan Kajian
Dapatan dari kajian ini diharapkan guru-guru Matematik dapat meneruskan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan di dalam kelas. Ia
juga diharapkan dapat membantu murid untuk menguasai konstruk yang akan datang.
Secara tidak langsung ia membantu mengurangkan bilangan murid linus numerasi. Melalui
aktiviti ini juga diharapkan guru-guru Matematik dapat berkongsi pendapat bagi membantu
murid-murid yang lemah. Kaedah ini juga diharapkan dapat membantu pelajar melakukan
pengiraan dengan lebih cepat, tepat dan tidak membebankan pelajar. Ia juga memudahkan
guru mengesan kesilapan murid mengira.

10

9. Anggaran Perbelanjaan
Jenis Bahan

Kegunaan

Bil

Kos

Jumlah

Kertas A4

Soalan kaji selidik

1 rim

1 x RM10.00

RM10.00

Permanent Marker

Membuat carta

3 batang

3 x RM4.00

RM12.00

Manila kad

dan kad nombor

5 keping

5 x RM0.80

RM 4.00

Photostate

lembaran kerja

200 helai

200x RM0.05

RM10.00

Dakwat Printer

soalan kaji selidik

1 bekas

1 x RM25.00

RM25.00

JUMLAH

RM61.00

10. Jadual Kerja


Bil

Perkara

Tarikh

1.

Mesyuarat Jawatankuasa

18 Jun 2012

2.

Penulisan kertas cadangan

21 Jun 2012

3.

Mesyuarat perancangan

28 Jun 2012

4.

Mesyuarat pembinaan ujian pra/pos

2 Julai 2012

5.

Pelaksanaan ujian pra

5 Julai 2012

6.

Memproses data ujian pra

9 Julai 2012

7.

Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian

11 Julai 2012

8.

Analisis data ujian pra dan pemerhatian

16 Julai 2012

9.

Pelaksanaan ujian pos

20 Julai 2012

10.

Refleksi dan Penilaian

25 Julai 2012

11.

Penulisan laporan kajian

28 Julai 2012

12.

Pemurnian laporan

31 Julai 2012

11

Rujukan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran


Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.
Chow Fook Meng, (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Izzati Hamid, (2011). Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak
Integer. Diambil daripada www.slideshare.net/kizzatiey/kajian tindakan.
Othman Lebar, (2011). Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran 2, Tanjong Malim: Penerbit
UPSI
http://www.teachersrock.net/kajian%20tindakan.htm
http://www.scribd.com/doc/55146383/11/Jenis-Jenis-Kajian-Tindakan
http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/format-penulisan-proposal.html
http://www.scribd.com/fullscreen/20877495?access_key=key-1lbdsg2dobd9g0ihwk5y
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005/10%20janting.
pdf

12

13

Anda mungkin juga menyukai