Anda di halaman 1dari 20

PENGGUNAAN EASY BLOCK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM

TEKNIK KOLAJ RUMAHKU MURID TAHUN 1 AL-FATONAH

NUR AFEEZA BT ANUAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
KUALA TERENGGANU

2015

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini


dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Sains Pendidikan Rendah)

Tandatangan

Nama Penyelia

: Haji Nazli Bin Hamzah

Tarikh

PENGAKUAN PENULIS

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya


sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

Nama Penulis

: NUR AFEEZA BINTI ANUAR

Tarikh

DEDIKASI

Khas untuk suami tercinta,


Fariza Bin Mohamad

Serta ibu bapa tersayang,


WanAzizah Bt Wan Yusoff
Anuar Bin Idris

Pensyarah Penyelia yang banyak membimbing,


Haji Nazli Bin Hamzah

Pensyarah-pensyarah IPG Kampus Dato Razali Ismail


serta rakan-rakan seperjuangan.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Ilahi
atas limpah dan kurnia-Nya, saya berpeluang menjalankan kajian tindakan ini. Saya ingin
menggunakan kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
penyelia saya iaitu Tuan Haji Nazli Bin Hamzah. Saya telah mendapat banyak bimbingan dan
bantuan daripada beliau dalam usaha menyempurnakan serta meningkatkan kualiti kajian
tindakan yang saya laksanakan ini. Sekalung penghargaan juga buat pihak sekolah yang telah
memberi peluang dan keizinan untuk saya melaksanakan kajian tindakan ini.
Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan buat suami tercinta yang tidak pernah jemu
untuk memberi sokongan moral dan tenaga demi menyokong pengajian saya ini. Khas buat
bonda dan ayahanda tercinta, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memberikan
sokongan, dorongan dan doa yang tidak putus-putus untuk saya. Buat sahabat-sahabat
seperjuangan saya dari kelas PPG PSV, terima kasih kerana sentiasa membantu saya dalam
mengharungi pelbagai cabaran dalam menyempurnakan tugasan kajian tindakan ini. Akhir
sekali, terima kasih kepada semua yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung
dalam menyiapkan kajian tindakan ini. Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah penggunaan Easy Block untuk
meningkatkan kemahiran dalam teknik kolaj bagi matapelajaran Dunia Seni Visual Tahun 1.
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Kemaman,Terengganu.
Seramai tiga orang murid Tahun 1 Al-Fatonah dipilih sebagai kumpulan sasaran kajian
tindakan ini. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 2 pelajar lelaki dan 1 pelajar perempuan
yang menunjukkan masalah dalam memahami dan mengaplikasikan teknik kolaj. Tindakan
yang dijalankan ialah bagi sesi pertama, guru mengaplikasikan kaedah tunjuk cara dan
memberi penerangan yang terperinci tentang kaedah penggunaan Easy Block kepada
kumpulan sasaran murid yang terpilih. Bagi sesi yang kedua pula, pelajar diberi peluang
untuk menjalankan aktiviti dengan menggunakan kaedah Easy Block dengan bimbingan
guru manakala bagi sesi terakhir pelajar menggunakan kaedah ini secara individu. Kaedah
pengumpulan data yang digunakan ialah praujian, pemerhatian, soal selidik, temubual dan
analisis karya. Data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa pelajar telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan mereka
dalam kemahiran teknik kolaj menerusi kaedah penggunaa Easy Block. Dapatan kajian ini
juga menunjukkan bahawa kaedah ini berupaya meningkatkan tahap penglibatan pelajar
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Dunia Seni Visual.
Diharapkan cadangan kajian ini dapat memberi manfaat dan sesuatu yang baharu kepada
guru guru dan pelajar dalam meningkatkan kemahiran kolaj dalam seni visual.

1.0 Pendahuluan
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Semasa saya mengajar dan meminta murid kelas 1 Al- Fatonah membuat kolaj
bertemakan Rumahku, saya dapati seramai 4 orang murid di kelas saya tidak dapat
menampal kertas warna mengikut bentuk rumah yang disediakan. Cara tampalan
kertas yang dibuat tidak menampakkan bentuk sebuah rumah dan terkeluar
daripada garisan.
1.2 Sorotan literatur
Aktiviti kolaj mungkin nampak remeh, namun guru masih perlu
memastikan kaedah yang dipilih adalah berkesan dan bermanfaat bagi
murid-murid mereka. Kolaj bermaksud memotong , mengoyak ,
meggunting dan menampal sesuatu bahan ke atas permukaan . Ia juga
boleh didenifisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan menampal
sebahagian imej seperti gambar foto atau cetakan majalah yang disusun
dan ditindihkan.Berbagai jenis bahan dilekatkan dan ditampalkan pada
satu permukaan khas seperti kertas lukisan. Tetapi masalah yang dihadapi
murid masih salah menampal kertas yang di potong lebih dari kawasan
yang dilukis. Ini akan menunjukkan kolaj tersebut tidak cantik kerana
masalah tersebut. Beberapa kepentingan dari aktiviti kolaj yang dapat
dikenal pasti adalah memantapkan kemahiran motor hakus yang dikuasai
oleh murid. Menurut Foster & Headley ( 1966 ), guru boleh membantu
murid dengan membina kawalan motor kasar dan motor halus. Menurut
Haliza Hamzah ( 2008 ) , pada peringkat awal kanak-kanak , otot-otot kasar
sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembangan dengan
sempurna. Jadi , dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus
seperti kolaj. Di harap perkembangan fizikal kanak-kanak akan
berkembangan secara optimum.
Menurut ahli teori pembelajaran sosial , kebolehan, kognitif dan faktorfaktor fizikal , personaliti , kepercayaan dan sikap mempengaruhi

tingkahlaku kanak-kanak serta persekitaran di mana mereka berada.


Pengaruh ini bersifat timbal balik di mana tingkahlaku seseorang individu
boleh mempengaruhi sikap dan kepercayaan individu yang lain. Selain itu,
pemerhatian ke atas apa yang berlaku di alam sekeliling boleh juga
memperngaruhi sikap dan kepercayaan seseorang individu.
Pembelajaran pemerhatian berlaku apabila tingkahlaku boleh berubah
melalui proses menampal menggunakan blok . Pelopor bagi Teori
Pembelajaran Sosial adalah Albert Bandura yang terkenal kerana telah
membuat kajian tentang cara bagaimana manusia belajar melalui
pemerhatian. Melalui pemerhatian apa yang dilakukan oleh guru semasa
tunjuk cara amatlah penting supaya apa yang dilakukan oleh murid itu
betul. Menurut Albert Bandura , manusia adalah makhluk yang bersifat
proaktif, sentiasa membuat refleksi sendiri, mempunyai kebolehan kawalan
diri dan berupaya mengurus diri.
Permasalahan murid semasa menyiapkan kolaj ini adalah kerana murid
sudah memikirkan dalam fikiran mereka bahawa kolaj ini adalah susah dan
membosankan, murid-murid sukar untuk menampal dengan kemas di
dalam garisan lukisan menyebabkan hasil kolaj kurang memuaskan.
Murid perlu memerhati proses membuat kolaj sebelum mereka cuba
menghasilkannya sendiri. Kaedah yang digunakan ialah demontrasi
dengan penggunaan blok untuk menampal kertas, dengan cara ini murid
cuma menampal didalam blok itu sahaja.Guru dan murid akan sama-sama
terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama
ataupun berbeza. Terdapat tiga jenis demontrasi iaitu mneggunakan model
blok untuk menampal , model persepsi dan model hidup. Menurut Wan
Noraini ( 2009 ) antara cirri penting demontrasi adalah ia member peluang
kepada murid untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari
setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Ia juga membuat murid

menguasai konsep dan prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan


murid terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti. Guru yang
menunjukkan demontrasi juga akan meningkatkan keyakinan murid-murid
untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Melalui teknik demontrasi penggunaan
blok menampal tadi murid-murid akan dapat mencontohi sesuatu
perlakuan dengan lebih mudah. Antara kelebihan demontrasi ini ialah
memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid melalui
penglihatan dan pendengaran.
Menurut Zaiton Zanariah ( 2000 ) kaedah demomtrasi yang diasaskan
oleh John Dewey, menggalakkan murdi mempelajari sesuatu melalui
pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Murid akan merasa seronok
menjalankan aktiviti yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.
Biasanya kaedah ini member peluang kepada murid menggunakan
kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan
penanggapan secara berkesan. Menurut Amir Hasan (2002) , dalam
sebuah bilik darjah , setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan
intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang
dirancang perlu sesuai, disusun mengikut tahap murid dan disokong
dengan kaedah pengajaran bagi merangsang perkembangan potensi
individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru perlulah bijak dan
kreatif dalam pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran
mereka. Kaedah pengajaran adalah penting dalam pengajaran dan
pendidikan kerana ianya dapat merangsang minit yang tinggi kepada
murid untuk belajar. Menurut Ng Ying (2004) , kaedah demontrasi adalah
sangat penting kerana murid dapat belajar menerusi pengalaman dan
boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, para guru
hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang kaedah
mengajar dan kesannya keatas proses pembelajaran murid.Guru juga perlu
9

sentiasa berusaha kearah pengajaran yang dapat memberikan kesan


positif kepada pelajarnya.Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, melahan dapat melahirkan
murid-murid yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan
Negara.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Tinjauan Masalah
2.1.1

Saya lebih memfokuskan pada kemahiran membentuk kerana ianya


adalah satu kemahiran yang agak susah untuk dikuasai oleh murid
Tahun 1.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah


2.2.1 Murid boleh melukis bentuk rumah tetapi tidak menguasai kemahiran
2.2.2

membuat kolaj dengan betul.


Murid tidak boleh menampal kertas warna mengikut bentuk rumah

2.2.3

yang dilukis dengan baik.


Kesilapan menampal kertas warna tidak menampakkan bentuk rumah
yang sempurna dan menarik.

Oleh yang demikian, saya amat berharap dan berkeyakinan bahawa murid saya dapat
membuat kolaj dengan bantuan kaedah Easy Block.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kreativiti murid murid dalam Dunia
Seni Visual yang menjurus kepada bidang Menggambar bagi aktiviti kolaj.
10

3.1.2 Objektif Khusus


i) Meningkatkan persepsi dan pemahaman bahasa seni visual yang terdapat pada objek
ii)
iii)
iv)
v)

buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan lukisan melalui teknik kolaj.
Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktivti kesenggaan yang berfaedah.
Meningkatkan prestasi murid dalam teknik kolaj.
Meningkatkan minat murid terhadap penghasilan karyadalam bidang menggambar, teknik
kolaj.

3.2 PERSOALAN KAJIAN


i. Adakah kaedah ini benar- benar dapat meningkatkan kemahiran murid dalam teknik
kolaj?
ii. Adakah kaedah ini dapat meningkatkan minat murid terhadap penghasilan karya, teknik
kolaj?
iii. Adakah pengaplikasian kaedah ini dapat menggalakkan interaksi aktif dengan
persekitaran?

3.3 KEPENTINGAN KAJIAN


Mata pelajaran Dunia Seni Visual pada masa kini ramai beranggapan ianya tidak
penting oleh sesetengan sekolah mahupun ibu bapa murid itu sendiri. Mereka lebih
menumpukan kepada mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains
dan Matematik. Ini disebabkan oleh senario pendidikan yang lebih mengutamakan kepada
exam oriented.
Bagi murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR lebih merasakan mata
pelajaran teras adalah lebih penting berbanding mata pelajaran Seni Visual ini. Adakalanya
waktu sepatutnya diperuntukkan untuk mata pelajaran ini iaitu satu jam seminggu diisi
11

dengan mata pelajaran lain kerana merasakan tidak ada kepentingan dan tidak menduduki
peperiksaan UPSR. Perkara ini tidak harus terjadi kerana tanpa penekanan yang serius
terhadap seni, ia akan membantutkan daya kreativiti seseorang murid itu. Senario seperti ini
jugalah yang menyemai rasa di dalam jiwa murid murid bahawa seni adalah sesuatu yang
tidak penting dan membosankan untuk di dalami dan dipelajari, apatah lagi dengan strategi
pengajaran guru yang tidak melibatkan murid secara aktif dengan penerokaan alam
sekeliling mereka.
Penggunaan Kaedah Kajian dapat menggalakkan murid untuk meneroka alam
sekeliling, kajian yang dijalankan ini dapat mengubah persepsi bahawa Dunia Seni Visual
adalah subjek yang membosankan untuk diikuti. Subjek ini dapat mendekatkan diri murid
dengan persekitaran mereka dan memberi peluang kepada murid untuk menyerlahkan bakat
masing masing. Oleh itu, melalui penglibatan aktif dan pengalaman langsung murid
murid dengan persekitaran, ia akan membuatkan murid murid lebih teruja untuk
mendalami subjek Seni Visual yang mempunyai bidang yang luas untuk diterokai. Secara
tidak langsung kajian yang dibuat ini juga dapat meningkatkan kemahiran menampal yang
melibatkan kerja kerja bersifat kolaj.

3.3.1 Pelajar
i) Membuka minda murid untuk lebih kreatif dan mempunyai pemikiran bercapah
semasa menghasilkan karya.
ii) Menggalakkan aktiviti penerokaan dan penemuan sesuatu yang baharu dalam
kehidupan mereka.
iii) Menggalakkan interaksi aktif dengan alam sekeliling.
iv) Memberi pengalaman kepada murid untuk berinteraksi secara langsung dengan
alam sekeliling mereka.
3.3.2 Guru
i) Mempelbagaikan strategi pengajaran guru.
ii) Memberi peluang kepada guru untuk mewujudkan suasana pengajaran yang
menyeronokkan.
iii) Memudahkan guru memberi kefahaman kepada murid tentang istilah dan konsep
di dalam bidang Menggambar.

12

iv) Dapat melihat perbezaan kesan penggunaan kaedah Kajian Visual dengan hanya
tertumpu di dalam bilik darjah sahaja.

3.3.3 Sekolah
i) Memberi impak positif kepada sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif.
ii) Menyediakan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan
Sosial.

3.4

DEFINISI OPERATIONAL

Definisi merujuk kepada sesuatu kenyataan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep
kolaj yang digunakan di dalam kajian ini. Berikut adalah beberapa istilah yang sering
digunakan dalam kajian ini berserta dengan definisinya.

3.4.1 Keberkesanan
Keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya sesuatu tindakan, perubahan, dan
sebagainya. Contohnya keberkesanan sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang
diperoleh sesudahnya.
(Kamus Dewan Edisi Empat)

3.4.2 Pembelajaran
Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Menurut
Woolfok (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai
13

perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang
baharu, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baharu.

3.4.3 Kreativiti dan Kreatif


Perkataan kreativiti berasal daripada perkataan bahasa Latin iaitu creare yang membawa
maksud membuat manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud
memenuhi. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) pula mentakrifkan kreativiti
sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.
Kreatif pula adalah kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan mengembangkan
sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan
seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang
mendefinisikan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada atau tidak wujud
sebelumnya.
(Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Modul OUM HBAE 1203 Perkembangan Seni
Kanak Kanak)

3.4.4 Keberkesanan
Keberkesanan ialah perihal berkesan, berkesannya sesuatu tindakan, perubahan, dan
sebagainya. Contohnya keberkesanan sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang
diperoleh sesudahnya.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

3.4.5 Interaksi
Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak balas
antara dua pihak atau lebih. Komunikasi ialah proses perhubungan atau interaksi di kalangan
14

individu, berinteraksi bertindak atau perhubungan atau interaksi di kalangan individu,


berinteraksi bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain. Pertemuan itu
memberi peluang kepada yang hadir untuk berinteraksi serta bertukar tukar fikiran.
(Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka)
3.4.6 Menggambar
Menggambar merupakan satu respresentasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan
diatas permukaan. Ianya mengandungi suatu komposisi artistik mana dihasilkan melalui
aplikasi warna diatas permukaan yang rata. Illustrasi yang digunakan untuk menerangkan
dengan lebih jelas tentang sesuatu objek.
Selain itu, gambar ialah satu artifak yang menunjukkan satu kecendurangan terhadap
sesuatu imej atau objek. Selain itu, respresentasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua
dimensi dan gambaran huruf yang diterangkan adalah dalam bentuk grafik. Dalam teknik
menggambar, perkembangan, imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid perlu
diutamakan. Bidang menggambar ini membolehkan murid mengenali lebih dekat lagi
kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
Menggambar lebih menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam
sesuatu hasil karya seni. Terdapat pelbagai kegiatan yang dijalankan dalam bidang
menggambar antaranya lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan
mozek.
(Modul OUM HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual)

15

3.5

BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya melibatkan beberapa orang murid Tahun 1 Al Fatonah di Sekolah
Kebangsaan Kijal, Kemaman, Terengganu. Kesemua murid ini pernah mengalami sesi
pengajaran dan pembelajaran Dunia Seni Visual di sekolah melalui guru mata pelajaran.
Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan Kaedah Kajian Visual
ke atas responden dalam mewujudkan kebolehan menggunakan teknik easy block dalam
bidang menggambar bagi teknik kolaj.

16

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran ialah murid tahun 1 Al- Fatonah di Sekolah Kebangsaan Kijal,
Kemaman, Terengganu. Terdapat 28 orang murid di dalam kelas ini. Dalam kajian
tindakan ini, penyelidik telah memilih 3 orang responden yang terdiri daripada 2 orang
murid lelaki dan 1 orang murid perempuan. Penyelidik telah memilih sampel secara rawak
sebelum ujian pra dan pasca ditadbir. Penyelidik akan menumpukan kajian terhadap 3
responden ini.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN


Bahagian ini meliputi tindakan yang dijalankan oleh penyelidik. Tindakan ini merangkumi
prosedur tindakan, prosedur cara mengumpul data, cara menganalisis data, perancangan
pelaksanaan tindakan.
5.1 Perancangan Tindakan
Pengkaji telah merujuk kepada Model Reka Bentuk Kajian oleh Kurt Lewin
(1946). Rekabentuk ini menunjukkan kitar kitar dalam kajian tindakan yang
mempunya empat bahagian iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi.
Pengkaji menggunakan seramai tiga orang murid 1 Al Fatonah sebagai
responden kajian. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah
mengadakan soal selidik kepada murid murid tersebut berhubungkait tajuk
rumahku dan kolaj. Ujian pra ini diberikan untuk mengetahui penguasaan dan
pengetahuan dalam menghasilkan kolaj. Data- data dikumpulkan dan dianalisis.

5.2 Prosedur Mengumpul Data


5.2.1 Ujian Pra
5.2.2 Ujian pasca
5.2.3 Pemerhatian
5.2.4 Soal Selidik
17

5.2.5 Temubual
5.3 Perancangan Menganalisis Data
Pada minggu pertama, kaedah pengumpulan data yang pertama iaitu praujian telah
diberikan kepada kumpulan sasaran bagi mengenal pasti tahap penguasaan mereka dalam
menentukan kemahiran dalam membuat kolaj. Pada minggu pertama dan juga minggu kedua,
kaedah tunjuk cara telah diaplikasikan oleh pengkaji kepada kumpulan sasaran sebanyak tiga
kali. Kaedah tunjuk cara yang telah dipilih ini merangkumi beberapa fasa seperti tunjuk cara
secara terperinci dan tunujuk cara secara bimbingan. Sepanjang kaedah tunuk cara ini telah
dijalankan selama dua minggu, pemerhatian tidak berstruktur dan juga pemerhatian
berstruktur dengan menggunakan borang senarai semak telah dilakukan untuk melihat tahap
perkembangan dan penguasaan kumpulan sasaran dalam menguasai kemahiran mengenal
pasti kebolehan menampal serta tahap penglibatan mereka terhadap aktiviti yang dijalankan.
Pada minggu kedua juga, tiga orang ahli kumpulan sasaran dipilih secara rawak untuk ditemu
bual bagi mendapat maklumat tentang sejauh mana aplikasi kaedah penggunaan Easy Block
ini telah membantu mereka membuat kolaj dengan kemas dan melibatkan diri secara aktif
tanpa sebarang masalah dalam aktiviti yang dijalankan.
Pada minggu ketiga, selepas beberapa hari pelajar kumpulan sasaran menjalankan aktiviti
kolaj, pascaujian telah diberikan kepada mereka. Pascaujian ini bertujuan untuk melihat tahap
penguasaan pelajar dalam menentukan kemahiran dalam membuat kolaj sama ada
menunjukkan peningkatan atau sebaliknya. Selepas pascaujian diberikan kepada semua ahli
kumpulan sasaran, borang soal selidik juga diedarkan untuk mereka supaya mereka dapat
menyatakan persepsi mereka terhadap kaedah penggunaan Easy Block dalam teknik kolaj
yang telah dijalankan.
Kesimpulannya, segala tindakan yang dirancang telah dijalankan dengan teliti mengikut
kesesuaian tarikh.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
18

Beberapa kaedah pengumpulan data telah dipilih untuk mengumpul dan menganalisis
data dan maklumat daripada kajian tindakan yang dilaksanakan ini. Antara kaedah
pengumpulan data yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah praujian,
pascaujian, pemerhatian, soal selidik dan juga temu bual.

5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian


Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang
dalam kajian tindakan ini.
BI
L
1.

AKTIVITI

TARIKH
PELAKSANAAN
12 Januari 2015

Mengenalpasti masalah dan pengumpulan


data awal.
Pengajaran dan pembelajaran pertama

2.

tentang kolaj serta penyediaan refleksi

17 Januari 2015

3.

pengajaran dan pembelajaran.


Mentadbir pra ujian dan pasca ujian serta

23 Februari 2015

4.

membuat analisis data secara kasar.


Mengenal pasti pelajar yang mendapat

24 Februari 2015

5.

markah rendah dalam ujian.


Menentukan objektif kajian dan menentukan

6.

alat yang hendak digunakan di dalam kajian.


Menghantar cadangan kertas cadangan

2 Mac 2015

kajian tindakan.
Jadual Pelaksanaan tindakan

Kos Penyediaan Intervensi

Bil

Jenis Bahan

Kuantiti
harga seunit
19

Jumlah Kos

1.

Kertas lukisan

1 x RM 10.00

RM 10.00

2.

Kertas warna

6 x RM 1.50

RM 9.00

3.

Gam

3 x RM 1.50

RM 4.50

4.

Fotostat bahan & laporan kajian

5.

Alumium Easy Block


JUMLAH

RM 20.00
3 X RM 15.00

20

RM 45.00
RM 88.50

Anda mungkin juga menyukai