Anda di halaman 1dari 1

1.

Refleksi Sorotan Literatur


Matematik digunakan oleh setiap insan dalam kehidupan seharian. Dengan

kata lain, aplikasi matematik sangat diperlukan oleh setiap individu. Oleh itu, kita
haruslah pelajari matematik dalam pelbagai bidang, supaya kita dapat menikmati
kehidupan di dunia ini. Matematik merupakan mata pelajaran penting dalam
kurikulum sekolah-sekolah di negara kita. Mata pelajaran ini mula diajarkan dari
peringkat tadika hingga menengah. Malah di kolej dan universiti juga, matematik
masih menjadi komponen penting dalam hampir kebanyakan kursus pengajian.
Alat Matematik yang berstruktur direka khusus untuk menunjukkan
konsep-konsep tertentu. Melalui manipulasi alat, murid dan guru dapat
menggunakan alat tersebut dalam pelbagai kegunaan. Contohnya Blok Asas 10,
Dieness Block, Rod Cuisenaire yang mana alat-alat ini dapat menunjukkan
konsep asas dalam sistem nombor, sistem nilai tempat dan perpuluhan. Alat ini
juga dapat membantu murid membuat penghuraian dan penolakan tentang sifatsifat nombor dan hubungan antara nombor. Pasangan nombor, operasi songsang
dan corak nombor boleh diterokai dan kebiasaan dengan / penggunaan radas boleh
membantu pemahaman matematik (Delaney, 1992).

Anda mungkin juga menyukai