Anda di halaman 1dari 6

Ciri-ciri guru yang unggul

Kaedah pengajaran

Guru yang yang unggul mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran
dengan baik. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam
tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan
penuh yakin. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan guru memainkan
peranan yang penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Maka
guru perlu menarik perhatian pelajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang disampaikan.
an. Cara yang mudah adalah dengan pengunaan set induksi yang berkesan. Dengan kata lain guru
tersebut perlu membuat persediaan yang efektif sebelum memulakan pengajaran. Persiapan alat
bantu mengajar perlu cukup dan sesuai untuk menarik lebih perhatian pelajar. Selain itu, guru
perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka sesekali semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik adalah dengan
menyelitkan kata-kata peransang serta pujian terhadap pelajar. Ini juga tidak ketinggalan dengan
memasukkan unsur-unsur jenaka . Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik
bagi membuka minda pelajar. Maka dengan melaksanakan perkara-perkara berikut, pelajar akan
merasa seronok dan gembira sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku

Cara Bersosial
Guru yang unggul perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat
sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama rukun tetangga
sangat penting. Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain terutamanya masyarakat
itu sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu jawatan di dalam rukun tetangga. Dengan kata
lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai menyesuaikan
diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya. Selain itu, cara guru bersosial dalam kelas juga
merupakan ciri-ciri seorang guru yang ideal. Ciri-ciri guru yang baik dan boleh menjadi contoh
kepada pelajar.

Penampilan dan perwatakan diri

Penampilan dan perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru yang unggul.
Keterampilan perlu bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru pendidikan
jasmani perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan
yang ditunjukkan dapat membakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti guru
tersebut. Dengan kata lain menjadikan guru tersebut sebagai idola. Sikap berfikiran terbuka untuk
mendengar masalah pelajar dan berusaha menyelesaikan masalah perlu ada pada guru yang
cemerlang. Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk
menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat menyelami perasaan
pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar sangat baik.

Ilmu pengetahuan
Guru perlu berusaha mendalami bidang pengkhususan yang diambil di samping memperluaskan
bidang pengetahuan yang sedia ada dan terus mengulang kaji agar tidak ketinggalan dan ditelan
arus perubahan. Cara lain untuk meningkatkan ilmu adalah dengan mengikuti kursus-kursus bagi
meningkatkan profesion perguruan. Pengalaman mengajar merupakan aset yang penting untuk
mendidik pelajar supaya cemerlang. Guru yang berpengalaman tahu asam garam kehidupan
sebagai seorang guru. Maka dapat menyelesaikan masalah dengan mudah serta menjadi contoh
kepada guru-guru yang lain. Pertuturan antara guru dan pelajar perlu terjalin erat, hubungan yang
baik dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Kemahiran pertuturan antara murid


Komunikasi yang baik perlu wujud antara pelajar dengan guru. Ini semua bergantung kepada
guru tersebut juga, kerana guru yang terlalu garang akan membuatkan para pelajar takut untuk
mendekati dan bertanya soalan yang mereka tidak faham tentang sesuatu tajuk. Ayat yang mudah
dan ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.
Keprihatinan perlu ada pada guru ideal. Keprihatinan dapat mengeratkan lagi hubungan antara
guru dengan pelajar. Guru cuba menyelami perasaan dengan perhubungan yang baik dan
memahami situasi pelajar. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri
mereka disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan duduk
berbual bersama mereka dan mendengar masalah mereka.

GURU UNGGUL

Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik,gemilang,


menerima sanjungan, dan menjadi idola atau "role model" individu atau masyarakat.
Kecemerlangan guru melaksanakan tugasnya di dalammahupun di luar bilik darjah
akan menjadi
titik
tolak
ke
arah
peningkatan
kualitipendidikan bagi pembentukan modal insan yang memiliki personaliti unggul. Guru
mesti mengangkat dirinya sebagai murabbi. Guru mesti terlebih dahulu menjadi insan
yang unggul. Guru mesti terlebih dahulu beriltizam mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan
dirinya
demi
meningkatkan
kualiti
pendidikan
ke
arah
menjana modal insan yang memiliki personaliti unggul.
Guru
unggul
ialah seorang guru istimewa dan
mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya khususnya di
bilik darjah. Guru unggul mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh
diteladani serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Guru yang unggul
terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu dari segi kaedah pengajarannya, cara beliau
bersosial, penampilan dan perwatakan dirinya, ilmu pengetahuannya, kemahiran
pertuturan antara murid dan dirinya dan sifat keprihatinannya. Guru yang yang unggul
mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Seseorang
guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya.
Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin.
Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal
kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang
dan mengajar dengan baik. Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang
dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru
yang berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang
beliau kurang mahir. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan
guru memainkan peranan yang penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta
difahami oleh pelajar. Maka guru perlu manarik perhatian pelajar supaya pelajar tidak
bosan dengan apa yang disampaikan. Cara yang mudah adalah dengan pengunaan set
induksi yang berkesan. Dengan kata lain guru tersebut perlu membuat persediaan yang
efektif sebelum memulakan pengajaran. Persiapan alat bantu mengajar perlu cukup dan
sesuai untuk menarik lebih perhatian pelajar. Selain itu, guru perlu memasukkan unsurunsur humor atau lawak jenaka sesekali semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik adalah dengan

menyelitkan kata-kata peransang serta pujian terhadap pelajar. Ini juga tidak ketinggalan
dengan memasukkan unsur-unsur jenaka.
Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka
minda pelajar. Maka dengan melaksanakan perkara-perkara berikut, pelajar akan merasa
seronok dan gembira sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Oleh itu, guru
yang seperti ini diidamkan oleh para guru kerana dapat menarik perhatian pelajar.Guru
yang unggul perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling.
Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama rukun tetangga sangat
penting.
Guru sejak dahulu lagi dipandang tinggi oleh orang lain terutamanya masyarkat itu
sendiri kerana guru biasanya mengetuai sesuatu jawatan di dalam rukun tetangga. Dengan
kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai
menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya. Selain itu, cara guru
bersosial dalam kelas juga merupakan ciri-ciri seorang guru yang ideal. Ciri-ciri guru
yang baik dan boleh menjadi contoh kepada pelajar. Penampilan dan perwatakan yang
baik dimiliki oleh seorang guru yang unggul. Keterampilan perlu bersesuaian dengan
subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai
sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan yang ditunjulkan dapat
mambakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti guru tersebut. Dengan
kata lain manjadikan guru tersebut sebagai idola. Sikap berfikiran terbuka untuk
mendengar masalah pelajar dan berusah menyelesaikan masalah perlu ada pada guru
yang cemerlang. Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar
untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat
menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar
sangat baik..Ilmu yang cukup didada dan tidak ketinggalan ditelan arus zaman sangat
perlu dalam menempuh kehidupan yang persekitarannya sentiasa berubah dan tidak
pernah statik. Untuk tidak menjadi orang yang ketinggalan, guru berusaha mendalami
bidang pengkhususan yang diambil di samping memperluaskan bidang pengetahuan yang
sedia ada dan terus mengulang kaji agar tidak ketinggalan dan ditelan arus perubahan.
Cara lain untuk meningkatkan ilmu adalah dengan mengikuti kursus-kursus bagi
meningkatkan profesion perguruannya. Pengalaman mengajar merupakan aset yang
penting untuk mendidik pelajar supaya cemerlang. Pengalaman mengajar ini tidak boleh
dijual beli dan tidak ternilai harganya. Guru yang berpengalaman tahu asam garam
kehidupan sebagai seorang guru. Maka dapat menyelesaikan masalah dengan mudah serta
menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.Pertuturan antara guru dan pelajar perlu
terjalin erat, hubungan yang baik dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Guru-guru akan memberi tunjuk ajar jika pelajar tersebut menunjukkan minat terhadap
ilmu yang disampaikannya. Guru akan memberi nasihat dan tip-tip untuk berjaya
terutamanya kepada yang selalu mendampingi guru tersebut. Oleh itu, komunikasi yang
baik perlu wujud antara pelajar dengan guru. Ini semua bergantung kepada guru tersebut
juga, kerana guru yang terlalu garang akan membuatkan para pelajar takut untuk
mendekati dan bertanya soalan yang mereka tidak faham tentang sesuatu tajuk.Kadangkadang pelajar yang guru dia minat, dia suka, sampai mana-manapun dia kejar cikgu tu
kat bilik guru, keluar waktu sekolah dia akan tanya, dia akan tanya Macam mana cikgu
buat ni?Pertuturan perlu bersesuaian dengan penerima terutamanya sewaktu
menyampaikan isi pelajaran agar maklumat tersebut dapat diterima dengan berkesan. Ini
kerana tahap pemikiran pelajar berbeza-beza. Pelajar kelas akhir tahap pemikiran adalah
rendah. Oleh itu, pengunaan kata-kata dan istilah yang mudah difahami digunakan. Ayat
yang mudah dan ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang ingin
disampaikan oleh guru. Keprihatinan perlu ada pada guru ideal. Keprihatinan dapat
mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru cuba menyelami perasaan
dengan perhubungan yang baik dan memahami situasi pelajar.
Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri mereka
disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan duduk
berbual bersama mereka dan mendengar masalah mereka. Menjadi guru berkesan,
sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu
yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan
keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan
bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru
yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri
kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut
kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada
penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja
tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai
sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.
Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan
menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik
melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju,
sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.
Rumusannya, pendidikan berkualiti tinggi menjamin kejayaanpembentukan modal insan y
ang memiliki personaliti unggul,. Bagi menjaminkejayaan ini, guru mestilah mempunyai ci
ri kecemerlangan profesionalisma,

kecemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran,kecemerlangan


kerja, kecemerlangan komunikasi dan kecemerlangan potensi. Oleh itu amatlah penting
bagi guru mengenal pasti ciri-ciri kecemerlangan dalam dirinya dan seterusnya berusaha
sedaya-upaya
untuk
mengekalkannya.
Guru berkualiti adalah guru yang dapat mengekalkan ciri-ciri kecemerlangandalam
dirinya. Guru mestilah menjadi insan yang cemerlang terlebih dahulu bagimenjana lebih
ramai modal insan dan memenuhi aspirasi negara. Pada pendapat saya guru mesti
berusaha mengekalkan ciri-cirikecemerlangan dirinya bagi meningkatkan kualiti
pendidikan ke arah melahirkanmodal insan seperti hasrat Teras Kedua PIPP. Di antara
usaha-usaha yangperlu saya lakukan untuk mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan diri saya
bagi meningkatkan kualiti pendidikan ialah dengan melaksanakan 8M iaitu menghayati
visi negara dan misi KPM, memantapkan penguasaan ilmu, membudayakan
kerja cemerlang, mewujudkan sistem pemantauan berkesan, menyumbang tenaga dan
kepakaran, meningkatkan keterampilan diri, menjaga tingkah laku, dan muhasabah diri.

Anda mungkin juga menyukai