Anda di halaman 1dari 1

No.

60,Jalan 14/1,
Taman Segar,
77300 Masjid Tanah,Melaka.
___________________________________________________________________
Guru Pusat Sumber,
Sekolah Menengah Kebangsaan Hilir,
77300 Masjid Tanah,
MELAKA BANDARRAYA BERSEJARAH

30 JUN 2010

Tuan,
Cadangan-Cadangan bagi Mengatasi Kelemahan Pengurusan di Pusat Sumber
Sekolah
Saya merupakan pelajar Tingkatan Tiga Arif di sekolah ini. Belakangan ini saya
perhatikan bahawa bilangan pelajar yang mengunjungi Pusat Sumber semakin
berkurangan walaupun mempunyai pelbagai kemudahan.Oleh itu,saya ingin
mengemukakan beberapa cadangan yang saya fikirkan sesuai dan dapat menarik
perhatian pelajar-pelajar untuk mengunjungi pusat sumber.
2. Persekitaran pusat sumber yang suram dan tidak ceria menyebabkan para
pelajar tidak berminat mengunjungi pusat sumber. Saya mencadangkan agar
diadakan projek ``Taman Dalam Pusat Sumber. Bunga-bunga dan lukisan mural
alam semulajadi pada dinding didalam pusat sumber secara tidak langsung dapat
memberikan ketenangan kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.
3. Pustakawan pula hendaklah diberi kursus tentang cara-cara mengendalikan
pusat sumber dengan lancar. Pustakawan sekolah mendapati kurang cekap
mengurus proses peminjaman dan pemulangan buku. Buku-buku juga diletak tidak
mengikut label pada rak. Amat diharapkan agar kursus tersebut dapat
menmantapkan sistem pengurusan di pusat sumber.
4. Pusat Sumber mempunyai banyak kemudahan seperti penggunaan mesin
fotostat tetapi tidak ada petugas yang mahir mengendalikan mesin tersebut. Saya
mencadangkan agar pihak pengurusan mengenakan caj dan melantik petugas yang
mahir untuk membantu para pelajar menggunakan mesin itu. Hasil kutipan yang
diperoleh itu dapat digunakan untuk rujukan kerceriaan pusat sumber atau
menambah bilangan buku rujukan untuk para pelajar.
Semoga cadangan-cadangan yang saya kemukakan ini dapat dipertimbangkan
sewajarnya agar bilangan pelajar yang mengunjungi pusat sumber akan meningkat.
Sekian, terima kasih.
Yang ikhlas,
```````````````````````````````
(Ramona Aini Binti Rahim)

Anda mungkin juga menyukai