Anda di halaman 1dari 17

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201

4
Lontar Peluru
Pengenalan
Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan
dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh
yang boleh. . Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada
abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang
mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka
lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai
sukan di kedua-dua negara itu.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat
sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang
mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap
kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan.
Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu
bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh
dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu
tanggapan yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai
struktur fizikal yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik
untuk memastikan jarak yang maksimum.
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu
acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab
acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik
lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin
kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan
yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut
ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktivitiaktiviti sampingan, serta pemakanan.
Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan
dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta
dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta
yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang
menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang
dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4
teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di
bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

Asal usul
Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan
acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar
batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abab ke-19. Orang Scotland dan
Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar
peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu.
Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di
kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat
sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang
mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap
kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan.
Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru
diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan
dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk
segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru
telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima
untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada
tahun1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada
bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat
melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat
pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada
peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru. Akhirnya, pada tahun

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4
1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah
Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru,
yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.
Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan
gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik
bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik.
Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak
berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan
atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan
kaki memainkan peranan utama.Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah
menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua,
perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum,
semasa, dan selepas.Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang
mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta
sesuatu kejayaan.Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas
melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik
Sydney tahun 2000.

Berat Peluru dan diameter peluru

UMUR

LELAKI

PEREMPUAN

BAWAH 15

4 kg

3.25 kg

BAWAH 17

5 kg

4 kg

Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala
untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm
Kawasan lontaran
Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang
berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4
diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran
seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap
berhubung teknik melontar peluru.
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara
ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan
sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada
diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan
lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta
menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya
akan dibatalkan.
Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang
merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan
kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran
dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini.
Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar
mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang
gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada
sudut 40 pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu
bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang
mengambil bahagian.
Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di
dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas
garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta
hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam
kawasan yang dikhaskan.

Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi
peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau
piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod.
Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas
sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian
tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat
bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak
paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4
Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan
iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah
berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga
dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula
mengganggunya ketika melakukan lontaran.
Ukuran garispusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi
bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.
Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di
0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau
diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir
belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut
tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran.
Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau
bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya
sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini
diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.
Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m
sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi
berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.
Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang tidak
lembut dari tembaga atau kulit dari bahan yang sama dan diisi dengan timah hitam
atau bahan-bahan sejenisnya. Bentiknya mestilah bulat dan licin.

Ansur maju

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4
Pegangan peluru
Peluru harus terletak atas tapak jari-jari yang dikembangkan dengan ibu jari dan jari
kelingking member sokongan sisian.Pergelangan tangan haruslah
membengkoklurus (flexed).
Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu
kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar
peluru.

Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua
iaitu:
i.

Teknik memegang peluru dengan tiga jari .

Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking
dibengkokkan di sisi peluru.
ii.

Teknik memegang peluru dengan lima jari

Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan
peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4

Menyokong peluru
Letakkan peluru dengan selesa di rongga tulang selangka berhampiran leher
dengan pangkal tangan menghadapke luar dan siku berada jauh sedikit daripada
badan.

Ansur maju untuk gaya berdiri


Bahagian terakhir lontaran akan diajar dahulu kerana ia adalah posisi asas untuk
melontar peluru.
1.
Berdiri dengan kaki terbuka,lutut dibengkokkan,punggung ke dalam dan
tangan berada di pinggul.Berat badan dipindahkan ke atas kaki belakang (kaki
kanan).Kaki kiri diletakkan dengan ringan di atas tanah.(rajah a).

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4

(a)
2. Semasa menolak dari kaki belakangberat badab harus dinaikkan (semasa kaki
belakang diluruskan) memutar dan bergarak ka hadapan di atas kaki depan (kaki
kiri).Tolakan diakhiri dengan kedua-dua kaki berdiri di atas jari-jari kaki yang masih
menyentuh tanah.(rajah b)

3.
Dengan atau tidak memegang peluru,ambil posisi berdiri seperti digambarkan
di sebelah.(rajah c)

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4

4.

Menolak lengan (dengan atau tanpa peluru) ke hadapan dan ke atas.(rajah d).

(d)
5.
Berdiri dengan lebih lebar dan membongkokkan tubuh ke belakang.Lengan kiri
dibengkokkan dengan siku berada tinggi.(rajah e).

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4

6.
Putarkan batang tubuh ke hadapan untuk menolak peluru dengan kuat.Selapas
tolakan kaki dan tarikan badan diperolehi,di mana pergerakan untuk mendapatkan
semula imbangan adalah diperlukan untuk mencengah faul,langkah pemulihan
patut dipelajari.(rajah f)

7.
Pemulihan:kedua-dua kaki bertukar posisi,iaitu kaki depan bergerak ke
belakang sebelum kaki belakang sampai ke papan penahan.(rajah g)

Lungsuran (The Glide)


1.
Ambil posisi seperti yang digambarkan di sebelah,dengan beratan yang
mencukupi di atas kaki kiri.Cuba imbangan badan.Kaki kanan dibengkokkan sedikit.
(rajah h)

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4

2.
Menolak kaki belakang (kaki kanan) tetapi masih tidak meninggalkan
tanah.Kaki kiri diangkat lebih kurang satu kaki di atas tanah.(rajah i)

3.
Pembaling mendarat di bahagian depan bulatan dengan kaki diletakkan seperti
dalam gambar.(rajah j)

Rangkaian sempurna

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4
Peringkat akhir ini mengandungi rangkaian lungsuran kepada pergerakanpergerakan lontaran berdiri dan pemulihan.
1.
Berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan arah lontaran
bulatan dan kaki kiri di belakang kaki kanan.

2.
Bongkok ke depan dari pinggul,naikkan kaki kiri dan membawa paha kiri ke
kaki kanan.(rajah b)

3.
Tolak kaki kiri ke atas dank e belakang kea rah papan penahan,dengan
menggerakkan badan melintasi pertengahan bulatan.(rajah c)

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4

4.
Tiba ke tengah bulatan dengan lutut kanan bengkoko dan kaki kanan rata di
atas tanah,(rajah d)

5.
Menolak ke atas dengan kaki kanan untuk menaikkan keseluruhan bahagian
kanan badan dan dada ke atas sambil memindahkan tenaga melalui pinggul ke
bahu,lengan ,tangan dan melakukan tolakan akhir daripada pergelangan tangan
semasa peluru dilepaskan.(rajah e dan f)

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4

(f)
6.
Selapas peluru dilepaskan,pindahkan berat badan dengan cepat daripada kaki
kiri ke kaki kanan.Pergerakan ini bertindak sebagai satu pemulihan , menolong
menahan momentum ke hadapan dan mencegah faul.(rajah g)

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4

Aktiviti latihan kemahiran beransur maju


1. Cara memegang peluru dengan menggunakan bola lisut tanpa memperkenalkan
peluru dahulu.
2. Memperkenalkan peluru.
3. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang
lurus.
4. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan
memegang tangan bebas pelaku.
5. Geongsoran dengan menggunakan peluru.
6. Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan ibu jari
kaki Power Position (tapak kki bersudut).
7. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas.
8. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan Power
Position (chin-knee-toe) dagu, lutut dan ibu jani, lakukan pergerakan pinggang
menghala ke arah lontaran.
9 Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power
position dan putaran pinggang.
10. Dan kedudukan dinan buat gelongsoran dalam bulatan lontaran.
11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang
menhala ke arah lontaran.
12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari
dan Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang 7
kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran).
13. Membuat lontaran berdiri atau Standing throw.
14. Membuat lontaran sisi.

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4
15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran.

16. Lakukan lontaran dengan cara Perry OBrien iaitu gabungan semua kemahiran
yang telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan.

Aspek penting dalam lontar peluru


I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan
betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
II. Gerakan berjingkit(shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi - iaitu
lakukan seberapa rendah yang boleh.
III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di
bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada
bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.

Prinsip umum lontar peluru


Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu
peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan
penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan. Selain itu,peserta hendaklah
mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara ini sama ada
matlamat dirinya atau pasukannya. Malahan peserta hendaklah mempunyai bentuk
serta ciri-ciri pelontar peluru supaya penglibatannya memberikan keberkesanan.
Tambahan pula,peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan
mematuhi setiap peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat
kesukanan tulen. Di samping itu,peserta hendaklah bersedia ketika mengambil
bahagian dalam sesuatu pertandingan sama ada daripada segi fizikal, kemahiran
dan mentalnya.

Kemahiran Ikhtisas Olahraga Padang 201


4
Kesimpulan
Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu
itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar
peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagimanapun, asas
melontar peluru seperti acara-acara olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan
kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah
disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.

Rujukan
Bibiografi
http://www.google.com/images?q=kawasan%20lontar
%20peluru&hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla:enUS:official&channel=s&source=lnms&tbs=isch:1&ei=9hJVTZTKDsnlrAft1O2eBw&sa
=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&ved=0CAoQ_AUoAQ&biw=1350&bih=559
dimuatturun pada 11 Februari 2011
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru dimuatturun pada 11 Februari 2011
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-2/ dimuatturun pada
11 Februari 2011
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-3/ dimuatturun pada
11 Februari 2011
http://franknis.blogspot.com/2009/07/lontar-peluru-1.html dimuatturun pada 11
Februari 2011

Anda mungkin juga menyukai